Google+ expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Selasa, 1 Disember 2009

ASSUMPTION : PERMULAAN KISAH 11 TAHUN KU YANG PENUH KENANGAN


Lencana Asal Sekolah Assumption Butterworth


1977
Aku menjejakan kaki di sekolah ini. Masih dungu dan kaku kerana ini kali pertama aku menempuh alam persekolahan. Sekolah yg hanya utk pelajar lelaki yg pada dasarnya multi bangsa, agama, taraf hidup, beraliran inggeris dan dikelolakan oleh pihak pentadbir gereja katolik dan merupakan cabang dari St. Xavier's Institution. Pada waktu itu salib Jesus tergantung di hadapan setiap kelas namun pengajaran agama kristian tidak diajarkan disini. Sebaliknya pelajar2 yang beragama kristian ini akan dibawa ke gereja yang tak terlalu jauh dari kawasan sekolah. Mungkin inilah contoh terbaik kpd dasar 1Malaysia seperti yang disarankan oleh Perdana Menteri skrg iaitu DS Najib Tun Razak kerana tiada diskriminasi dan monopoli kaum mahupun agama. Anak2 dari keturunan Melayu, Cina, India, Serani, Bengali dan anak2 mat saleh RAAF bebas berkawan dan berkomunikasi. ( pada masa dulu terdapat juga anak2 dari kalangan tentera Royal Australian Air Force ( RAAF ) yang belajar di sini )


1980

Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pelajaran telah mengambil alih pentadbiran dan menukar sekolah ini kpd sekolah jenis kebangsaan pula maka semua salib yang ada pun telah dibuang tetapi cikgu2 dan guru besar yg sedia ada tetap dikekalkan. Walaupun pentadbiran telah bertukar tangan tapi yang cuma berubah hanyalah bahasa pengantarnya sahaja iaitu bahasa Inggeris diubah ke bahasa Malaysia. Kalau dulu setiap mata pelajaran di ajar dgn bahasa Inggeris kecuali Pendidikan Agama dan bahasa Malaysia tapi kini semuanya telah diajar dlm bahasa Malaysia kecuali mata pelajaran bahasa Inggeris. Jadi bagi kami pelajar2 tiadalah bermasalah utk mengadaptasi perubahan ini. Aktiviti persekolahan berjalan spt biasa dan diwaktu luang atau rehat permainan tapak, toi, roundes dan marow mengeratkan lagi perhubungan kami pelajar2 sekolah ini. Di sekolah ini setiap darjah akan dibezakan dengan 4 warna. Yang pandai biru kemudian hijau di ikuti merah dan kuning. Pada tahun hadapan pula warna darjah akan berubah mengikut pencapaian peperiksaan hujung tahun sebelumnya. Bagi aku pula hanya 2 warna yang pernah aku duduki iaitu 1 hijau, 2 biru, 3 hijau, 4 biru, 5 hijau dan 6 biru.

1983

Aku masih bersekolah di sini tapi dah bertukar ke sekolah menengah pula. Jumlah pelajar telah berkurangan kepada separuh sahaja kerana sekolah menengah setiap tingkatan hanya ada 2 kelas sahaja iaitu perdagangan dan sains pertanian. Separuh lagi pelajar telah dipindahkan ke sekolah lain yang terdekat berdasarkan alamat rumah mereka. Jadi secara puratanya jumlah pelajar sekolah menengah hanyalah berjumlah 240 pelajar sahaja yang diasingkan dalam dua sesi pembelajaran. Pelajar tingkatan 1 di sesi petang manakala tingkatan 2 dan 3 di sesi pagi. Kini pelajar-pelajar semua dah semakin meningkat remaja maka masalah disiplin pun mula menjadi jadi.


1985
Pada setiap akhir tahun pula sebelum bermulanya cuti panjang, hari penyampaian hadiah akan diadakan. Kebiasaannya para senior akan membuat persembahan sempena akan berpisahlah mereka pada tahun hadapan. Maka masing masing pun akan menunjukkan bakat ada yang terpendam dan ada juga yang berkarat. Tahun ini tibalah giliran kami pula sebagai senior membuat persembahan. Setelah berbincang sesama kawan maka dipilihlah 5 orang membuat persembahan. Sempena dengan kebangkitan kembali demam pop yeh yeh maka persembahan kami pun berupa kugiran irama 60an. Dan aku juga terbabit dengan menyanyikan 2 lagu sebagai penyanyi utama. Tahun ini juga merupakan tahun akhir aku bersekolah di sana. Selepas mengambil peperiksaan S.R.P ( Sijil Rendah Pelajaran ) maka tamatlah sudah sejarah aku disana.


SISTEM D MERIT BAGI DISIPLIN PELAJAR

Akibat masalah disiplin yang makin meningkat maka sistem D MERIT pun diperkenalkan di sekolah ini oleh Guru Besar Kenneth Comb yang juga merupakan guru disiplin bagi sekolah menengah. Mungkin ini adalah yang pertama di Pulau Pinang kalau tak pun di Malaysia. Setiap kesalahan akan dihukum, didenda dan diberikan mata disiplin. Setiap pelajar mempunyai kad disiplin masing-masing yang disimpan oleh guru besar. Hukuman paling ringan pun 1 rotan di punggung. Kalau nasib tak baik akan di jalankan semasa perhimpunan hari Isnin di depan kesemua pelajar sekolah menengah.

Dulu tiada peraturan yg menyekat perlaksanaan hukuman rotan di khalayak ramai. Kalau dah kena hukuman rotan di sekolah, balik rumah tak boleh nak beritahu pada ibu bapa. Silap-silap nanti orangtua kami akan bagi pula hukuman rotan atau lain-lain di rumah pulak. Bukan macam sekarang, cikgu yang bagi hukuman rotan itu pula yang dibuat laporan polis oleh ibu bapa pelajar yang kena hukuman tanpa usul periksa. Berbalik kepada D Merit, bila jumlah mata disiplin dah terkumpul banyak, hukuman pun bertambah berat juga. Amaran pertama dengan memanggil ibubapa datang ke sekolah. Amaran kedua di gantung sekolah selama seminggu dua dan ketiga iaitu yang terakhir ibu bapa akan diberikan surat tunjuk sebab mengapa anak mereka tidak boleh dikenakan hukuman diberhentikan dari sekolah.



KECEMERLANGAN SUKAN DAN AKADEMIK

Sekolah ini terkenal dengan kegiatan sukannya. Bolasepak, hoki, sepaktakraw dan lumba lari setiap tahun pasti memberi pingat kepada sekolah. Ada yang menjadi wakil daerah, ada yang menjadi wakil negeri dan ada juga yang jadi wakil negara. Paling seronok sekali adalah pada hari sukan tahunan sekolah. Wakil2 dari sekolah lain pun di jemput juga untuk sama2 memeriahkan. Dan bagi murid2 pulak yang seronok sekali adalah mendapat minuman MILO percuma yang datang dengan lori dan diberikan di dalam cawan. Punyalah sedap sampai ada yang beratur 4 kali untuk mendapatkannya. 



Dari segi pencapaian akademik, sekolah ini memang terkenal dengan pencapaian cemerlang pelajarnya bagi keputusan Peperiksaan Penilaian Darjah 5 ( sekarang ditukar kepada Ujian Penilaian Sekolah Rendah atau UPSR di darjah 6 ) dan juga Lower Certificate Examination ( LCE ) yang sekarang ini digantikan dengan peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran ( SRP ). Walaupun bukanlah sebuah sekolah berasrama penuh ataupun sekolah bistari kementerian pendidikan tetapi pada setiap tahun ranking sekolah ini akan berada dalam lingkungan 5 sekolah terbaik bagi pencapaian peringkat negeri Pulau Pinang. Inilah penyebabnya sekolah ini agak terkenal kepada penduduk daerah Seberang Perai Pulau Pinang. Pencapaian cemerlang dalam bidang akademik dan sukan cuma dicacatkan sedikit oleh pencapaian rekod disiplin yang agak buruk sedikit maklumlah pelajar sekolah 100% adalah pelajar lelaki.


Tetapi sayangnya kini sekolah ini sudah tiada lagi. Tapak tanah dijualkan dan bangunannya dirobohkan. Maka berdirilah pula bangunan baru di situ yang merupakan bangunan komplek perumahan menggantikan sekolah. Maka sekarang tak dapatlah lagi aku nak menunjukkan kpd anak-anakku dimanakah aku bersekolah dahulu. Walaupun sekolah ini sudah tiada lagi namun aku tetap berbangga bahawasanya aku pernah menjadi warga muridnya dahulu dari tahun 1977 hingga 1985.

Jadi inilah dia serba ringkasnya ceritaku mengenai Sekolah Assumption Butterworth yang sentiasa saja aku akan kukenang selama lamanya.


>NOTA KAKI<

Sekolah Assumption Butterworth menawarkan pembelajaran bermula dari darjah 1 hinggalah ke tingkatan 3. Dan pada asalnya mempunyai seorang guru besar shj utk mentadbir tetapi pada tahun 1983 setelah pihak kerajaan menjadikan sekolah ini sebagai sekolah kebangsaan 100% maka pejabat pentadbiran sekolah dan guru besar pun turut diasingkan menjadi 2 iaitu untuk setiap satu untuk sekolah rendah dan sekolah menengah. 



Setelah bangunan sekolah yang asal dirobohkan, sekolah ini telah berpindah dan berkongsi bangunan dengan sekolah lain iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Nyior. Terletak bersebelahan dengan Sekolah Rendah Convent Butterworth. 

Dan setelah beberapa tahun kemudian atas desakan PIBG dan beberapa NGO maka sebuah pertempatan untuk bangunan sekolah baru telah didirikan dan sekolah ini pun dipindahkan ke Hujung Batu, Bagan Dalam, Butterworth. 

Tapi sayangnya sekolah menengah telah dihapuskan dan yang tinggal hanyalah sekolah rendah sahaja. Begitu juga dengan lencana sekolah turut ditukar kerana kononnya ada gambaran salib 
agama Kristian. 

Walaupun masih ada lagi sekolah ini sampai sekarang tetapi secara kenyataannya sekolah yang baru di lokasi yang baru tersebut adalah sebuah sekolah yang berlainan sama sekali dan tidak mempunyai kesinambungan dari sejarah dan pencapaian Sekolah Assumption Butterworth yang telah bermula mulai tahun 60an dahulu.






( Update : 1/6/2011 )

Kepada bekas2 pelajar sekolah ini yg ingin mendapatkan lebih informasi atau mencari rakan2 lama yg telah kehilangan jejak silalah bergabung dengan kami beramai ramai di FACEBOOK dengan secara klik pada link dibawah ini :





ATAU

tuliskan "Assumption Butterworth School" pada ruangan 'carian / search' di Facebook. Jumlah keahlian terkini telah melebihi 700 org dan wall kumpulan adalah aktif dengan posting dan komen-komen dari ahli tanpa mengira usia.


SEKIAN TERIMA KASIH

16 ulasan:

  1. Pak Nizam..
    Terima kasih..sambil membaca catatan kamu disini.. banyak memori indah melintas di fikiran saya.
    Maaf kalau bahasa saya kaku tak bemaya.. lama tak tulis dalam bahasa malaysia.
    Masih ku ingat.. member2.. bebilang bangsa, saya berdoa agar Menteri2 kita baca blog ini.

    BalasPadam
  2. BS Cheow..
    Apalagi yg boleh saya lakukan sebagai sorg warga yg kerdil. Hanya inilah saja jasa saya sebagai panghormatan kpd bekas sekolah kita dahulu. Memori2 indah yg berada difikiran kita, saya percaya hanya akan hilang jikalau kita sudah sampai ajal dan meninggal dunia. Terima kasih jg buat awk..

    BalasPadam
  3. aku mula bersekolah di situ tahun 1983. Guru kelas aku, Cikgu Ali.. Sekarang, aku dah jadi cikgu. DAh kawinpun, dua kali. hehehe..

    BalasPadam
  4. Cikgu Ali antara cikgu yg menjadi cikgu kesukaan ramai kerana tidak begitu garang dan rajin bercerita pada setiap kelas yg diajarnya. Boleh dikatakan hampir setiap hari dia akan bercerita dan ceritanya itu sgt2 menghiburkan walaupun ada yg tak betul...

    BalasPadam
  5. Darjah 2kuning lepas tu kelas 5 dan 6 hijau. dan kawan-kawan yang masih aku ingat nama antaranya amir hamzah,aidilfitri,nordin kg perlis, razak sg.nyior, Tiong Tau Kim lani dah jadi tokeh besar di Ipoh,muniandy. Kalau ada yang masih kenal aku call pls 019-4312969 azman bin arshad

    BalasPadam
  6. Saudara Azman, sila join group facebook : Assumption Butterworth School
    Terdapat beratus alumni Assumption di situ dan mungkin antaranya adalah rakan lama awak

    BalasPadam
  7. Sudah 25 tahun di Kuala Lumpur,masih rindukan Butterworth dan Assumption...

    BalasPadam
  8. Kelas 76 darjah satu. Memang betul apa yang hang tulis tu. Kena rotan balik diam-diam la, silap silap kena lagi rotan besar dari bapak.

    Yang best sekali and yang paling kita perlui masa ini di Malaysia ialah seperti yang hang tulis itu "tiada diskriminasi dan monopoli kaum mahupun agama".

    Terima kasih untuk mengambil masa untuk menulis tentang sekolah kita.

    BalasPadam
  9. Apa yg aku tulis tu sebenarnya sentiasa ada dlm fikiran aku dari dulu sampailah skrg. Aku juga pernah belajar di sekolah lain lepas Assumption tp kenangan Assumption tetap tak boleh aku nak lupakan. Tetap manis walau ada yg pahit dan tetap akan aku kenang sampai bila2 pun selagi masih bernyawa..

    BalasPadam
  10. dulu kita boleh bergaul dengan semua tanpa batas-batas keturunan dan bangsa tapi kini semua dengan aliran masing-masing dan sekolah pun dipisahkan mengikut kaum masing-masing.dulu,walaupun salib terpampang depan mata disetiap kelas,tak pula kita jadikan isu atau jejaskan keimanan kita, tapi sekarang benda kecilpun diperbesarkan.anak-anak kita patut digalakkan bergaul dengan semua supaya fikiran mereka terbuka seperti kita di sekolah dulu.t.kasih baganboy kerana sudi berkongsi nostalgia di assumption.

    BalasPadam
  11. aku mencari md azuan, yusri, amrul faizal, md radhi. semua ni satu badge masa mula2 masuk thn 1983. apalaa dah jadi kat depa ni?

    BalasPadam
  12. Kepada semua bekas2 pelajar sekolah ini yg inginkan lebih informasi atau mencari rakan2 lama anda silalah lawati homepage FACEBOOK : http://www.facebook.com/home.php?sk=group_36630937153

    atau lebih mudah lagi dengan menulis "Assumption Butterworth School" pada ruangan search/carian di Facebook. YG terkini jumlah keahlian hampir mencecah 400 org yg terdiri dari pelbagai peringkat umur.

    Terima kasih..

    BalasPadam
  13. salam aku penah sekolah katsana jugak kelas 1-6 hijau tahun 1987-1992,aku masih ingat ramai cikgu yang top,cikgu ku azizan,ramli,ali,mr lim guru muzik,zakiah aminah,teoh,mr canny (theseira),mr chelliah,cikgu yusof,...tu jelah yg ingat..manakala kawan aku yg top plak ismail jalal khan,sazali,nizam rambut perang,prabakaran k,prabakaran m,ravi,shahul hamid,zahimi,azman,wong wai ping,loo cheng pang,chan sun nee,ang kwang jim,chu chun nyen,nicholas,mahendran,tamilarasan,ramai lagi laaa.kalau rasa free call aku abd rahim 013-222 8300.cheers all my frends

    BalasPadam
  14. nama aku Shaharudin Manap ex Assumption student 1972-1980. boleh add kat fbb via e-mail address m.syakieriman@gmail.com atau syah_0509@yahoo.com. kepada yg mengenali aku, aku dikenali dgn nama Din Mamak, ex-class mate terlalu ramai nak update kat sini, cuma nak maklumkan yg susah2 nak jumpa shj, antaranya, Wong Chee Meng, Micheal Foong Wai Leong, Ahmad Zaki ( masa sekolah dulu dia tinggal kat Taman Boon Siew Mak mandin ), number aku 013-3911013.

    BalasPadam
  15. Kepada Saudara yang menulis blog ini, tahniah diucapkan kerana satu blog yang memang berinti pati, saya adalah saudari dari sekolah bersebelahan iaitu Sek Ren Convent dan Sek Men Convent, memang tidak boleh disangkal dalam kenakalan budak-budak Assumption mereka juga cerdik dan setia kepada sekolah serta mengharumkan nama sekolah, sekali lagi tahniah atas blog ini. Palani Ammal A.Subramaniam

    BalasPadam
    Balasan
    1. TQ Miss Lawyer Palani Ammal A.Subramaniam

      Padam

PERINGATAN :-

PEMBACA yang mahu menulis di ruang komen PERLU MENULIS nama ID atau menulis 'NAMA SAMARAN'. Sebarang ulasan dan pertanyaan dari 'TANPA NAMA' akan dihapuskan. Penggunaan bahasa perlulah yang penuh DAN berhemah. Penulisan dengan gaya BAHASA SMS yang tidak difahami AKAN DIHAPUSKAN

KLIK FOTO UNTUK MAKLUMAT PERKHIDMATAN KAMI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...