Google+ expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Khamis, 3 Disember 2009

ASSUMPTION : KISAH CIKGU CIKGU SEKOLAH RENDAH


Foto kenangan semasa berada di darjah 4 Biru tahun 1980

Kisah cikgu2 di sekolah rendah Assumption pada tahun 1977-1982 iaitu tahun aku berada di peringkat sekolah rendah. Bermacam ragam cikgu2 disekolah ini. Ada yg datang ke sekolah berbasikal tua. Ada yg berseluar pendek macam manager estet dan memakai topi besi macam tuan inggeris zaman sebelum merdeka. Ada juga yang berjalan kaki, menaiki basikal, menaiki bas awam dan ada juga yang berkereta. Ada yang rokok sentiasa di mulut tak kira pada waktu rehat atau waktu mengajar ( dulu tiada undang2 larangan merokok di kawasan sekolah ). Yg bermisai tebal ular sawa pun ada, yang kurus, yang tinggi, yang gemuk dan kecil semuanya ada dan berbagai bangsa pula. Tetapi walau bermacam ragam cikgu2 ni semua, bila masuk kelas rotan mesti tak lupa.

Cikgu Molly Goh antara yg terseksi pada waktu itu. Bukan sekadar seksi tapi juga gila-gila (ataupun memang dah gila kot). Hari2 berskit pendek membuatkan kami semua tak senang duduk. Al maklumlah budak lelaki semua. Bermacam macam taktik digunakan hanya untuk nak tahu warna apa seluar dalam cikgu. Kegemarannya bertengkar & bergaduh dgn cikgu lain. Kemudian masuk kelas mulalah menangis dan merokok. Pengajaran pula diserahkan kepada ketua darjah untuk menulis di papan hitam. Cikgu Ali pula gemar bercerita macam si penglipurlara. Hari2 ada saja ceritanya tak pernah tak ada sampai kami semua pun suka padanya. Cikgu Nair yg paling garang yang dapat saya rasakan. Rotannya tebal sama seperti misainya. Setiap kali masuk kelas semua murid mesti berdiri. Disoalnya matematik, yg boleh jawap boleh duduk yg tak boleh jawap pula akan terus berdiri dan berasaplah buntot disebatnya. Selagi masih ada yang berdiri pusingan kedua akan diadakan begitulah seterusnya sampai semua murid boleh jawap soalannya. Mr.Lim pun garang orangnya. Berfizikal kurus dan tinggi tapi kepalanya botak. Dan dia juga adalah merupakan penolong guru besar.

Guru besar kami pula adalah merupakan seorang paderi roman katholik. Berasal dari Thailand dan di besarkan di Malaysia. Pada setiap hari pun dia turut mengajar. Bahasa Inggeris oral itulah pelajarannya dan namanya Reverand Brother Brendan. Satu yang bagus mengenai beliau adalah dia tak pernah sekalipun memukul pelajarnya dan semua pelajar juga begitu hormat padanya. Beliau merupakan seorang paderi roman katholik yang menjurus di dalam bidang pendidikan. Seperti yang telah saya ceritakan awal tadi, sekolah ini asalnya adalah sekolah yang ditubuhkan oleh golongan mubaligh kristian dan pecahan daripada St. Xavier's Institution. Jadi jgn pula hairan kalau seorang paderi yang menjadi guru besarnya.

Tak lupa juga pada kerani2 pejabat. Seorang tugas tak rasminya adalah jurulatih sukan. Bermata juling hingga kami pun terkeliru dibuatnya. Kerana matanya pandang ke kanan tapi jarinya pula tunjuk ke kiri. Coach Sundram itulah namanya. Banyak juga jasanya pada sekolah kerana semua jenis sukan pun dialah jurulatihnya. Tapi ada bisik2 di belakang mengatakan dia ni suka yang belakang belakang. Betul ke..entahlah. Zainon adalah seorang lagi kerani yang banyak juga jasanya tp bukanlah untuk sekolah lebih kepada pelajar. Tugas rasminya adalah membuat cetakan soalan peperiksaan. Jadi siapa yang rapat dengannya akan mendapat faedah.

Sebenarnya banyak lagi cikgu2 disekolah ini yg mengajar saya spt cikgu Awaluddin, Kamaruddin ( gemar mencubit anu pelajar), Lim Phee Twan ( membawa basikal tua ), Gary Francis ( Cikgu dalam gambar di atas ), Kenny Thasera ( gemar berseluar pendek ), Miss Khoo ( bercermin mata tebal ) dan banyak lagi. Tapi yang saya tuliskan di sini adalah yang paling tak dapat saya lupakan. Kepada cikgu yang lain2, saya minta maaf banyak2 bukan saya tak ingat jasa cikgu2 semua. Sungguh saya tak akan lupakan sampai bila2 masa pun. Terima kasih banyak2 wahai cikgu2 ku semua. Kerana menjadikan saya seorang manusia yang berguna pada hari ini.

8 ulasan:

  1. Yang masih aku ingat sundram, jurulatih bolasepak sekolah assumption dan musuh paling tradisi ialah sekolah St.Mark. Dalam juling2 sundram tu, masa aku pulangkan jersey bola sekolah yg tak aku basuh, dapat juga dia perasan.

    BalasPadam
  2. St Mark & Stowell adalah musuh ketat team bola bagi peringkat bawah 12 tahun. Pada peringkat menengah pula lebih byk pencabar antaranya Dato Onn, St Mark & Kg Kastam. Pada tahun 1985 Assumption telah menjadi juara negeri Pulau Pinang bagi kejohanan piala Cocacola bawah 15 tahun.

    BalasPadam
  3. Yang basikal tua tu namanya Cikgu Tan Phee Tuan.

    BalasPadam
  4. Betul.. betul.. betul..
    Cikgu Tan Phee Tuan dgn basikal tua bergalangnya, berseluar pendek mcm kerani estet dan pakai topi mat salih British..

    BalasPadam
  5. aku ingat lagi cikgu zakiah, cikgu azizah, cikgu ali, cikgu molly. fuhh. tempat ni memeng byk sgt kenangan. aku penah kena penampar dengan mr kenny. tapak tangan dia besar macam pinggan woooo. tapi bila kena hukum di sekolah, takdak pulak mak pak mai serang cikgu di sekolah. heran betui..

    BalasPadam
  6. Bila hang sebut Cikgu Molly terus aku terbayang muka dia, Mr Kenny memang ada hati kat dia. Apa yang aku ingat depan kelas kita mesti ada salib. Sebelum balik aku dgn kawan aku akan balik dengan duster bagi jatuh. Herannya esok mai sekolah dah digantung balik. Rupa-rupanya Raju yg tinggal kat rumah pekerja sebelah tandas yg gantung balik.

    BalasPadam

PERINGATAN :-

PEMBACA yang mahu menulis di ruang komen PERLU MENULIS nama ID atau menulis 'NAMA SAMARAN'. Sebarang ulasan dan pertanyaan dari 'TANPA NAMA' akan dihapuskan. Penggunaan bahasa perlulah yang penuh DAN berhemah. Penulisan dengan gaya BAHASA SMS yang tidak difahami AKAN DIHAPUSKAN

KLIK FOTO UNTUK MAKLUMAT PERKHIDMATAN KAMI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...