Isnin, 24 Januari 2011

UKUR TANAH : EPISOD BARU HIDUPKU







BERMULANYA SEJARAH AKU DAN UKUR TANAH 


Penghujung 1989, aku mendapat kerja di syarikat Ukurtanah yang berpejabat di Taman Selat, Butterworth. Terletak bersebelahan dengan kuarters STC iaitu bekas kilang melebur bijih timah yang terbesar di dunia, berdekatan juga dengan tempat lahir aku iaitu Kampung Balai Pukat. 

Dengan gaji permulaan iaitu gaji harian sebanyak RM 10 di campur elaun RM 6 sehari jikalau bekerja di Pulau Pinang dan RM 10 sehari jikalau kerja luar dari Pulau Pinang. Aku sebenarnya tak kisah tentang gaji, maklumlah jawatan pun bukanlah pegawai tapi cuma pembantu saja yang di panggil 'chainman'

Yang bestnya aku langsung tak pernah jejak kaki di dalam pejabat kecuali pada hari terima gaji saja. Jadi aku langsung tak kenal Bos dan kesemua pekerja syarikat yang lain selain daripada team kami. Kerja pun sama juga macam kerja sebelum ni iaitu cuma bekerja jika ada kerja dan jika tak bekerja maka elaun tak dikira. 

Dulu-dulu dalam satu team ukur ada 4 orang semuanya. Diketuai oleh juruteknik ukur tanah yang lebih dikenali sebagai 'kerani ukur' ( skrg gelaran 'kerani' dah bertukar jadi surveyor ), seorang pembantu yang berpengalaman iaitu 'compas man' dan 2 orang lagi adalah 'chainman' termasuklah aku. 

Pada waktu bekerja susunan kedudukan kami biasanya, kerani bersama 'compas man' di tengah dengan teodolite, 'chainman' yang lebih berpengalaman akan berada di bahagian hadapan dan aku sebagai 'chainman' baru pula berkedudukan di bahagian belakang atau lebih dikenali sebagai penjaga 'kayu kaki tiga' iaitu tripod kayu buatan sendiri gunanya untuk gantung plumbob back bearing. 

Rupa-rupanya kerja aku ni tidak semudah yang aku sangka kerana selain dari terpaksa membawa batang kayu kaki tiga dengan ladung plumbob besi, aku juga terpaksa bawa kayu pancang, leveling setaf iaitu pembaris ukur yang bersaiz gergasi, parang dan cat.

Projek pertamaku adalah mengukur kawasan sawah padi berhampiran bulatan Bukit Tengah, Bukit Mertajam utuk pemaju yang akan memajukan kawasan tersebut dengan projek perumahan yang dikenali sebagai Taman Pauh ( skrg dah pun siap sepenuhnya ). Letaknya Taman Pauh ini pada waktu skrg adalah betul-betul ditepi bulatan tersebut dan memanjang melalui jalan Permatang Pauh sehinggalah sampai ke sempadan pagar Universiti Teknologi Mara cawangan Pulau Pinang ( Uitm atau dahulunya lebih dikenali sebagai Institut Teknologi Mara ITM ). 

Entah mengapa ITM yang sudah begitu terkenal dan tersohor sebagai pusat kecemerlangan pendidikan orang Melayu/Bumiputera di Malaysia tiba tiba diubah namanya menjadi UITM. Padahal Massachusetts Institute of Technology ( MIT ) nama yang cukup terkenal di dunia terletak di Amerika yang telah melahirkan banyak bijak pandai dalam bidang IT pun masih mengekalkan namanya hanya sebagai Institut sahaja. Di sebelah atas Taman Pauh iaitu mengikut jalan yang menghala ke arah Bukit Mertajam, terletaknya pula Bandar Perda yang disebelahnya pula adalah Politeknik Seberang Perai.

Berbalik kembali ke cerita aku, di hari pertama lagi rasanya macam nak berhenti kerja sahaja pasal selain dari kena meredah sawah padi yang dipenuhi air ( dan dah tentu pacat2 serta lintah2 ), terpaksa juga berjemur di bawah panas bahang matahari yang tak ada satu pokok pun buat tumpang berteduh. Dah la macam tu, kena marah pulak dengan pesawah pasal pijak pokok padi dan kami diarahkan supaya mengangkat kembali mana2 pokok padi yg rebah dan tenggelam. Kerani dengan compas man tak apalah pasal mereka berdua hanya berdiri terpacak di batas sedangkan kerja2 meredah kotor ni, chainman saja yg buat. Sungguh2 satu pengalaman yang baru bagi aku dan disaat itu juga aku berfikir, aku ni kerja ukur kah atau tanam padi...?

Waktu kerja adalah seawal jam 7 pagi tatkala matahari baru naik dan waktu pulang adalah sebelum waktu solat Zohor ( antara jam 1 atau 2 tghari ). Bergantung juga pada kerjaan dan lokasi kerana kadang2 kami akan berehat dulu selama sejam kemudian sambung kembali hingga jam 5 petang tapi kebiasaannya kami akan terus pulang. Kerana sinar matahari yang terik pada waktu tengahari dan petang akan memberi kesan pada ketepatan alat ukur. Di dalam cuaca panas, apabila diteropong melalui alat ukur, pemandangan akan terlihat seperti ada air, kabur dan bergoyang goyang. Jadi di dalam keadaan yg sebegitu bacaan dari alat ukur tersebut adalah tidak tepat dan jika diteruskan juga maka ukuran yg error tadi akan bertambah besar errornya jika jaraknya semakin jauh. Bayangkan pada huruf 'V', alat ukur berada pada titik tajam dibawah 'V' tersebut dan ruang error adalah berada di bahagian 2 dindingnya yg terbuka di atas. Jika semakin besar huruf 'V' tersebut maka semakin besarlah juga error nya. Pada kebiasaannya kami pulang pada jam 2 ptg, gaji akan dikira seperti biasa manakala jika bekerja hingga jam 5 ptg, maka dapat pula overtime 2 jam ( yg ni yg best pun ).

Sebelum pulang atau menaiki kereta, tubuh badan yg kotor kena dibersihkan dulu, pakaian kerja ditukar ke pakaian yg lain dan alat2 ukur juga dicuci bersih sebelum disimpan di dlm kereta. Bukanlah ada pekeliling yg menyatakan begitu tetapi ini adalah atas arahan dari kerani kerana kereta tu dia yg punya. 

Dulu2 majikan masih kurang menyediakan kenderaan bagi team ukur. Pemilik kereta akan diberi bayaran sewa bulanan serta kos minyak ditanggung sepenuhnya. Bagi kerani ukur, ini adalah satu kelebihan kerana keretanya secara tak langsung dibayar oleh majikan dan duit lebihan akan masuk ke poketnya. Lebihan dari duit minyak pula ( kerana bila minyak di isi RM 40, di claim RM 50 ) itulah yg digunakan utk membelanja kami sarapan pagi, minuman waktu rehat kerja dan rokok. 

Pada waktu ini sarapan pagi yg berupa sekeping roti canai, secawan teh tarik dan sebtg rokok 555, Gold Leaf atau Benson cuma berharga RM 1 sahaja. Skrg mana ada lagi nak dapat harga yg mcm tu. Roti canai pun dah jadi RM 1 sama juga dgn teh tarik manakala sebtg rokok pun dijual pada harga 80 sen ( sekotak rokok 20 batang pula skrg berharga lebih dari RM 10. Meskipun begitu penggemar rokok spt aku tetap membelinya dan yg untung besar bukan saja pengeluar rokok tapi juga kerajaan yg mengutip cukai ).

Apabila diwaktu rehat ( bkn waktu rehat makan tapi apabila kerani membuat perkiraan ) aku diajar oleh compass man cara2 hendak memasang alat kayu kaki tiga tersebut. Agak payah juga nak pasang rupanya lebih2 lagi kalau di kawasan yg bertanah lembik dan berbukit. Kayu kaki tiga tersebut akan dipacak ke tanah dan digantung dgn ladung besi bertali ( plumbob ). Hujung tajam ladung tersebut akan diubah sedikit demi sedikit hingga berada tepat di atas kepala tudung paku payung yg berada di atas kayu peg yg terpacak di atas tanah. Mau berpeluh satu badan nak pasang alat tu jika tak mahir seperti aku. Ditetapkan oleh kerani ukur, tempoh pemasangan mesti siap dlm 3-5 minit barulah boleh dikatakan cekap. Tapi 3-5 minit tu aku rasakan mcm 3-5 saat saja kerana aku mmg tak mampu nak siapkan. Paling2 cepat pun dlm 15 minit baru siap itupun ditempat yg rata ditempat aku belajar pasang. Bila sampai waktunya nak pasang di tempat kerja yg sebenarnya, 15 minit pun masih tak siap2 lagi kerana setiap kali adjust satu kaki, ladung itu akan pergi ke tempat lain. Adjust kaki yg lain pula, lari lagi kesebelah lain. Mau tak mau si compass man tadi akan datang kepada aku dan bantu aku. Nasib baik la yg jadi kerani tu pun serta semua yg satu team ni adalah berasal dari Jalan Mohd Saad juga iaitu sama tempat tinggal dgn aku. Nasib baiklah kawan2 juga, mau kata org lain, aku rasa hari pertama lagi aku dah kena marah berjela jela dgn kerani kami. Tapi terbalik pula keadaannya, aku cuma diketawakan saja oleh mereka.

Jadi inilah pengalaman pertama aku bekerja dalam bidang ukurtanah dengan jawatan yg pertama sebagai chainman. Dan dalam tempoh 3 bulan kemudian, aku dah jadi mahir bab2 pasang alat kayu kaki tiga ini termasuklah mahir memasang alat teodolite utk kerani aku. Tempoh pemasangan aku dah jadi standard cuma dlm waktu 5 minit sahaja tak kiralah walau dimana dan apa keadaan tapak tanah pun. Dan sepanjang 3 bulan tersebut, merata ratalah segala pelusuk negeri Pulau Pinang kami pergi utk dibuat kerja ukur. Kebanyakkan kerja2 yg kami buat adalah untuk pemaju perumahan dan juga tuan2 tanah yg mahu tahu dimana sempadan tanahnya berada dan menanda sempadan pecahan bahagian. Mengukur ketinggian tanah untuk di tambak menjadi lebh tinggi atau pun mananda bahagian2 tertentu mengikut pelan yg diberikan pada kami. Ada juga mananda kawasan berbukit untuk dipotong tanahnya menjadi lebih rendah dan rata dan kadang2 ada juga menanda cerucuk piling yg akan ditanam di bawah tapak2 tiang rumah yg bakal dibina.

Sesuatu yg membuatkan aku merasa sungguh seronok bekerja dalam bidang ukurtanah ini adalah, kami bekerja di tempat yg berlainan pada setiap hari. Dan apabila lalu semula ke tapak kerja kami yg telah siap terbina, akan terbitlah satu rasa bangga dlm diri bahawasanya kamilah yg meneroka kawasan tersebut dari keadaan yg masih semak berhutan tanpa ada apa2 pun sehinggalah siap sepenuhnya dipenuhi rumah2 atau jalan2 baru. Kira kira kami ini punyai jasa yg amat besar dan penting dalam kemajuan projek tersebut. Dan kerja2 kami adalah tepat dan tidak lari dari pelan pembinaan yg dilukis oleh jurutera2 rekabentuk daripada firma2 konsultant. Kenyataannya kerja2 pengukuran tanah adalah semestinya tepat dan andaikata tidak, maka syarikat kami akan disaman ke mahkamah dan segala gantirugi akibat tidak tepatnya ukuran kami tersebut terpaksa dibayar oleh majikan kami.

Jadi inilah dia sedikit sebanyak pengenalanku dengan kerja ukur tanah ini dan sebabnya mengapa aku jadi berminat dan terdorong untuk maju dlm bidang ini sampailah ke hari ini. Walaupun kegawatan ekonomi pada tahun 1998 hampir menggugat sektor pembinaan dan kerjayaku namun aku bersyukur kerana masih dapat bertahan sampailah ke hari ini. Pada entri yg seterusnya akan ku ceritakan pula pengalaman2 ku merantau ke seluruh pelusok Malaysia dengan segala pemerhatianku terhadap perubahan2 yg terjadi di negara kita. Mungkin pada kebanyakan orang perubahan itu adalah perkara biasa tetapi bagi aku pula, perubahan2 itu adalah ada pro dan kontranya yg dapat kita fikirkan dan analisis akan bahana dan faedahnya. Melalui pekerjaanku ini aku dapat melihatnya dgn lebih dekat lagi kerana aku terbabit secara langsung dan merupakan sebahagian dari tenaga yg menrealisasikannya. Semuanya akan aku mulai dengan pengalamanku keluar merantau buat pertama kali dari negeri kesayanganku Pulau Pinang dan bermula dengan projek pertamaku di Cameron Highland.




Nota kaki :


Ucapan terima kasihku yang tak terhingga kepada tok guruku dalam bidang ini iaitu Saudara Anuar bin Abdul dan juga Bos pertamaku iaitu Mendiang Steven Soon Tet Hen atas jasa2 mereka mendidik aku dlm bidang ini. Tanpa mereka, siapalah aku....

12 ulasan:

SejutaSorakanSetiaHarimauMalaya berkata...

gaji encik sekarang brape ? masih menjawat sebagai chainman atau dah naik pangkat ?

Nick JTK berkata...

Encik SejutaSorakanSetiaHarimauMalaya...

Entri yang encik baca ni adalah cerita dalam tahun 1989. Waktu tu saya memang masih CHAINMAN lagi dengan bergaji bulan RM 150 dan elaun sebanyak RM 6 atau RM 10 sehari. Iaitu kalau saya bekerja dalam Pulau Pinang dapat RM 6 dan di luar Pulau Pinang pula RM 10. Saya sekadar jadi chainman selama 4 bulan sahaja. Lepas tu saya bekerja dalam pejabat pula sebagai DRAFTMAN selama 2 tahun dengan bergaji bulan sebanyak RM 500. Kemudiannya barulah saya naik pangkat menjadi JURUTEKNIK UKUR dan seterusnya sekarang saya dah pun menjadi SENIOR SURVEYOR dalam syarikat pembinaaan. Alhamdulillah gaji agak lumayan 4 angka ditambah lagi site allowance sebanyak RM 1000 dan diberikan banyak kemudahan seperti kereta, handphone, laptop dan lain2 lagi.

Saya juga pernah buat kerja SUB selama 2 tahun untuk 3 syarikat pembinaan. Kalau nak diikutkan pendapatan memang lumayan tapi masalahnya saya tak dapat 100% dari apa yang dipersetujui. Tokey2 3 syarikat tu berhutang dengan saya sebanyak RM 40,000+ dan setelah letih kaki naik turun naik turun pejabat mereka akhirnya hanya separuh saja yg mampu saya kutip. Jadi saya pun ambil keputusan kembali bekerja secara makan gaji semula pada tahun 2000 kerana itu lebih terjamin pendapatannya setiap bulan

Tanpa Nama berkata...

Salam.. En BaganBoy...
Sy dan rakan2 akan menamatkan sem-4 di Politeknik Kulim.. Sebagai Sr dan org lama dlm industri ni.. Boleh En Emailkan pada saya beberapa syarikat ukur tanah di kawasan Penang.. Kerana kami perlu melakukan L/I tidak lagi.. Kerana kami menghadapi beberapa kesulitan seperti pengangkutan dan terpaksa mencari syarikat yg berdekatan tempat tinggal... Mohon jasa baik En BaganBoy untuk membantu...
Muhd Qawiem Suhaimi
Email : q_zeachi@yahoo.com (n_n)

salimhusin67 berkata...

salam...baganboy...sya ucapkan taniah kpd u kerana menghasilkan blog sebegini. tidak ramai surveyor yg mempunyai pengalaman seperti u. Saya adalah seorang surveryor juga seperti u, dan banyak pengalaman yg telah saya lalui bermula dr JUPEM, Frelance Surveyor, Pensyarah Ukur dan sekarang sebagai OIl & Gas surveyor atau DC (Dimensional Controler).
Pengalaman u alami sama spt yg saya lalui. Apa yg diceritakan memang benar.Dan sesetengah pengalaman yg kita dapat itu tidak terdapat dlam buku atau journal. Taniah lagi sekali kepada saudara bagan boy...harap teruskan usaha saudara dan harap dpt berkongsi pengalaman...semoga carier sebagai seorang surveyor dpt di ikuti oleh generasi muda skrang...Tk..

Nick JTK berkata...

Waalaikumusalam..

Terima kasih Encik Salim Husin. Apa yg saya usahakan disini adalah atas kapasiti memberikan informasi tambahan kepada mereka2 yg berminat dgn kerjaya ukur tanah. Saya tergerak hati nak usahakan kerana pada awal kerjaya saya memang agak susah nak dapatkan tips mengenai skil2 ilmu ukur secara praktikal.

Saya tak terasa rugi sedikit pun apabila saya ceritakan secara detail tips2 praktikal ilmu ukur di sini. Bagi saya blog ini adalah satu khidmat masyarakat saya dan juga satu kisah perjalanan hidup saya yg akan saya tinggalkan kepada siapa2 yg berminat serta anak cucu cicit saya walaupun setelah saya tiada lagi di dunia ini...

Qurratuaini_SNQ berkata...

thanks untuk pengongsian pengalaman anda..nak tanya?ada ke wanita menceburi bidang ni?

Nick JTK berkata...

Memang ada wanita yang belajar & bekerja dalam bidang ukurtanah ini tapi kebanyakannya adalah merupakan 'Office Surveyor' dan bukan sebagai 'Site Surveyor'. Mereka banyak terlibat dalam kerja2 memproses data, melukis pelan dan juga pengiraan kuantiti bagi membuat 'Monthly Progress Claim' & 'Fortnightly Progress Report' sesuatu projek. Mereka juga akan bekerjasama dengan Quantity Surveyor ( QS ) bagi membuat pengiraan kuantiti bagi tujuan memasuki tender sesuatu projek baru.

Sebagai jawapan kepada soalan anda, jawapannya adalah ADA cuma kerja2 yang dilakukan kebanyakannya adalah merupakan kerja2 pejabat dan bukan kerja2 luar

Tanpa Nama berkata...

Asalam, byk ilmu yg saya dapat drpd encik. Saya sangat teruja dan seronok dgn pengalaman serta kerjaya yg encik lalui. Minat utk belajar tentang ukuran tanah, bangunan menjadi semakin kuat. Terima kasih dgn ilmu yg diberi. Moga saya pun akan menjadi kuat mcm encik krn semuanya bermula dari niat yg mulia ingin mencari rezeki lama kelamaan insyaAllah berjaya.

Nick JTK berkata...

Baguslah kalau ada keazaman yg sedemikian. Nak ceburi dalam bidang apa pun dan untuk menjadi berjaya pokok pangkalnya adalah dari usaha gigih kita sendiri. Dan yg terpenting sekali adalah MINAT. Tanpa minat yg mendalam kita tak akan bersungguh sungguh melakukan setiap pekerjaan yg diberikan. MINAT jugalah yg akan mendorong kita berusaha mendalami ilmu dan dan bila ditambah dengan faktor KERAJINAN, maka itulah resepi terbaik untuk mencapai kejayaan. Moga anda berjaya dalam apa juga bidang yg anda usahakan... INSYAALLAH..

Unknown berkata...

saya mempunyai pengalaman 6tahun dlm bidang ini,dan sekarang gaji hanya 2750 adakah patut..

Nick JTK berkata...

Ini tips dari saya tentang apa yang perlu anda lakukan untuk mendapatkan peningkatan pendapatan sejajar dengan peningkatan pengalaman kerja yang anda miliki.

Tetapi anda semestinyalah menjadi 'berani' untuk menguji keupayaaan dan potensi sebenar diri anda dari segi 'nilai dan kepentingan' anda kepada syarikat.

Cara-caranya :-

1.) Berjumpa bos anda ceritakan kepadanya masalah ekonomi anda dan mintalah kenaikan gaji atau elaun secara baik

2.) Mohonlah kerja di syarikat lain dengan meminta jumlah gaji serta elaun yang melebihi daripada pendapatan semasa

Atau anda juga boleh buat begini...

3.) Dengan menggunakan kemudahan peralatan kerja syarikat, cubalah usaha cari peluang kerja kecil kecilan yang boleh mendatangkan pendapatan sampingan

Untuk mendapatkan pengalaman baru dan juga peningkatan pendapatan, anda tidaklah boleh hanya bekerja di satu syarikat sahaja dalam tempoh yg lama. Lebih lebih lagi kalau syarikat itu mengamalkan amalan 'seniority' untuk pangkat dan juga gaji. Kerana selagi masih ada pekerja lain sama jawatan yg lebih senior dari anda maka peluang anda untuk naik agak berkurangan.

Dengan menguji potensi diri anda dari segi 'nilai dan kepentingan' anda dalam syarikat seperti tips 1 & 2 di atas barulah anda akan tahu apakah nilai diri anda dan juga potensi sebenar anda..

Selamat mencuba

Unknown berkata...

terima kasih, en nick atas perkongsian pendapat yg en berikan..

Catat Ulasan

PERINGATAN :-

PEMBACA yang mahu menulis di ruang komen PERLU MENULIS nama ID atau menulis 'NAMA SAMARAN'. Sebarang ulasan dan pertanyaan dari 'TANPA NAMA' akan dihapuskan. Penggunaan bahasa perlulah yang penuh DAN berhemah. Penulisan dengan gaya BAHASA SMS yang tidak difahami AKAN DIHAPUSKAN