Ahad, 20 Februari 2011

UKUR TANAH : SECARA RINGKASNYA








Entri-entri yang akan aku tuliskan selepas ini adalah merupakan penerangan dan ringkasan mengenai apakah sebenarnya kerjaya seorang JURUKUR TANAH.

Secara ringkasnya aku akan menerangkan dari segi teori sahaja di tambah dengan sedikit ringkasan secara praktikal. Jika aku nak huraikan secara lengkap maka tak cukuplah tenaga dan masa untuk dihuraikan dalam setiap entri. Aku bukanlah seorang penulis yang mencari makan dengan menulis tetapi aku cuma seorang Jurukur Tanah yang cuba nak memberikan sedikit info serta ilmu sebagai khidmat kebajikanku. Jika pun aku huraikan secara lengkap aku pasti  kau orang pun bakal tak faham. Jadi sebelum melangkau lebih jauh dalam dunia kerjaya sebagai Jurukur Tanah ini biarlah aku ceritakan secara ringkas mengenai sejarahnya terlebih dahulu. Sejarah bagaimana bermulanya bidang kerjaya Jurukur Tanah di dunia ini.... bacalah

SEJARAH BERMULANYA UKUR TANAH

Pada zaman dahulu kala ketika itu tak ada lagi teknologi dan kaedah moden untuk kerja ukur mengukur ni, alkisahnya di negeri Mesir kuno ada seorang petani dimana kebun tanamannya terletak di tepi Sungai Nil. Pada setiap kali turunnya hujan lebat maka air sungai itu akan melimpah dan terjadi banjir. Banjir yg sebegini adalah biasa dan bagus buat menyuburkan tanahnya secara semulajadi. Akan tetapi yang membuatkan petani ini merasa sedikit kecewa adalah kerana pada setiap kali selepas air sungai itu surut semula, dirasakannya tanahnya mengecil sedikit demi sedikit. Dari sinilah timbul idea bagaimana caranya dia nak memastikan yg tanahnya masih dalam keadaan asal. Jadi dia pun mencari 4 batang kayu lurus yg panjang lalu di pacak pada 4 penjuru tanahnya termasuklah 2 yg ada di tepi sungai. Sampai skrg pun kayu ini masih digunakan dalam proses ukur tanah dan dinamakan kayu pancang.

Pendek cerita selepas hujan lebat dan banjir yg seterusnya, didapatinya 2 pancang yg di tepi sungai tersebut masih lagi terpacak tetapi tempatnya tidak lagi di tepi sungai. Sekarang kayu pancang tersebut telah berada di dalam sungai pula kira-kira 2-3 langkah dari tepi sungai. Maka tahulah petani tersebut yg tanahnya telah mengecil kerana proses penghakisan tanah akibat banjir tadi. Jadi dia pun membuat benteng tinggi di tepi sungai tersebut dan dibuat parit supaya air sungai itu dapat masuk dan keluar tanpa menghakis tanahnya lagi. Nah dari sinilah ilmu dan teknologi ukur tanah mula berkembang sampailah ke hari ini.


ASAS KERJA UKUR TANAH

Asas kerja ukur tanah adalah terdiri dari 2 bahagian kawalan yg perlu dilakukan apabila membuat sesuatu kerja ukur iaitu kawalan horizontal iaitu kawalan dari segi penggunaan bearing, jarak dan koordinit X,Y yg tepat mengikut Pelan Akui ( PA ). Ini dilakukan supaya jurukur tidak tersilap lokasi lot tanah tersebut dan mengukur tanah org lain pula. Kawalan horizontal ini perlu dilakukan dengan mencari 3 batu sempadan yg masih berkeadaan baik mengikut PA dan mematuhi jarak serta sudut yg dibenarkan. Dengan mempunyai 3 batu sempadan yg terbukti berkeadaan baik bakal mewujudkan apa yg dinamakan sebagai datum permulaan kepada pengiraan bearing, jarak dan juga koordinit.

Satu lagi kawalan adalah kawalan vertical atau aras laras iaitu kawalan kepada ketepatan ketinggian tanah itu dari paras laut yang di asaskan daripada Batu Aras Sementara ( TBM ) atau Batu Aras Tetap / Bench Mark jabatan ukur kerajaan ( BM jupem ). Kalau bagi kawalan horizontal tadi jurukur perlu menggunakan 3 batu sempadan yg terbukti masih berkeadaan baik, asas kawalan vertical pula perlu menggunakan BM jupem yg juga terbukti masih berkeadaan baik. Untuk membuktikan yg BM jupem ini masih berkeadaan baik perlulah mencari sekurang kurangnya 2 biji dan di ukur dari satu ke satu yg berikutnya. Apabila terbukti baik barulah jurukur memindahkan aras kepada TBM yg dibuat sendiri di tempat yg selamat berdekatan tempat yg akan di ukur tadi. Biasanya BM jupem ini ada di sepanjang tepi jalan utama pada kadar jarak setiap 2 kilometer, bercat putih dan berbentuk 4 segi serta ada tombol tembaga di atasnya. Di atasnya juga tertulis no rujukan BM tersebut contohnya BM B0020 dan aras sebenar BM ini boleh di rujuk kepada pejabat jabatan ukur dan pemetaan negeri atau daerah.

Sebenarnya kerja2 ukur ni terbahagi kpd banyak cabang tetapi cukuplah sekadar aku ceritakan cabang yg asas dan terpenting saja di sini.

1.)    Ukur Kadastral
2.)    Ukur Strata
3.)    Ukur Topografi
4.)    Ukur Kejuruteraan
5.)    Ukur Hidrografi

PERALATAN KERJA UKUR TANAH

Kesemua bidang kerja ukur tanah yg aku tulis di atas kecuali ukur hidrografi adalah menggunakan peralatan yg sama. Peralatan asas yg digunakan bagi satu pasukan ukur tanah adalah :

1.) Alat Teodolite
2.) Alat Total Station
3.) Alat Dumping Level
4.) Leveling Setaf ( pembaris gergasi )
5.) Kalkulator Program
6.) Kompas Penunjuk Arah
7.) Kaki 3 Tripod
8.) Tapak Tribatch
9.) Prism & Target
10.) Ladung Plumbob
11.) Batang Pole
12.) Bubble Timbang Air
13.) Tape Ukur Jarak Mini - 3.5 atau 5 meter
14.) Tape Ukur Jarak Panjang - 30 atau 50 meter
15.) Alat Tulis & Buku Kerja
16.) Dan peralatan hardware seperti :- parang, penukul, cat, paku, warning tape, marker pen, pen cat, kayu peg, paip besi atau PVC & sebatang besi tajam 'iron spike' untuk mencari batu sempadan yang terbenam di dalam tanah.

KALKULATOR PROGRAM PERALATAN UTAMA

Kalkulator Program pula adalah peralatan kerja terpenting bagi seorang Jurukur Tanah kerana tanpa kalkulator ini kerja membuat pengiraan di lapangan akan menjadi susah, silap dan salah serta berkemungkinan besar juga akan membuat kerja ukur yang tidak tepat. Perlu anda tahu bahawa ketepatan dalam pengiraan adalah kunci kepada ketepatan dalam apa-apa juga penandaan yang dibuat oleh Jurukur Tanah. 

Kepentingan kalkulator program ini sehinggalah, jika sepasukan jurukur tanah pergi ke mana-mana lokasi untuk membuat kerja ukur tanah. Sejurus sampai di lokasi apabila nak memulakan kerja barulah Jurukur itu sedari bahawa dia terlupa membawa kalkulator pada hari itu maka adalah tidak mengejutkan jika dia membuat keputusan untuk lebih sanggup balik ke rumah untuk ambil kalkulator dan datang semula atau pun balik terus dan esok hari barulah pergi semula ke lokasi membuat kerja daripada dia meneruskan juga kerjanya dengan tanpa kalkulator program berada di tangannya. 

Bukan sekadar kalkulator biasa tetapi kalkulator ini adalah dari jenis kalkulator sainstifik yang boleh diprogramkan dengan formula matematik tertentu bagi setiap jenis pengiraan yang diperlukan mengikut setiap jenis kerja yang perlu dibuatnya. Setiap jenis kerja ukur tanah mempunyai formula pengiraannya yang tersendiri yang akan disimpan ke dalam setiap program yang berasingan di dalam kalkulator program tersebut. Dalam bidang kerja ukur tanah kalkulator program dari jenama CASIO adalah yang paling di cari, digemari dan dipercayai hasil pengiraannya. Kalkulator program Casio FX-603p adalah merupakan yang paling mendapat carian dan sambutan oleh kalangan jurukur tanah di Malaysia. Sampailah sekarang walaupun sejak tahun 2000 model siri FX-603p ini sudah tidak dikeluarkan lagi oleh Casio dengan digantikan model dari siri FX-5800p atau FX-9800p dan juga lain-lain tetapi model siri FX-603p ini tetap juga menjadi pilihan utama jurukur tanah. 

Pada tahun 1995 dimana kadar purata gaji bulanan seorang jurukur tanah masih lagi di bawah RM 1,000 tetapi harga sebuah kalkulator model FX-603p yang baru adalah di sekitar RM 300. Selepas tahun 2000 apabila tidak lagi dijual di pasaran harganya terus melonjak naik. Pada hari ini sebuah kalkulator FX-603p terpakai yang masih boleh berfungsi dengan baik walaupun sudah lusuh dan buruk akibat lama digunakan oleh banyak orang tetapi harganya boleh mencecah sehingga RM 1,200 jika dibuat tawaran untuk dijual. Masih ramai jurukur tanah yang sanggup keluarkan duit untuk membelinya dan harga RM 1,200 itu dirasakan tidaklah mahal dan amat berbaloi jika dibandingkan dengan nilai sebenar kalkulator FX-603p tersebut. Bagi seorang jurukur tanah, memiliki sebuah FX-603p untuk membuat kerja ukur tanah adalah menjadi satu kebanggaan bagi dirinya.

JENIS-JENIS KERJA UKUR TANAH YANG UTAMA

UKUR KADASTRAL

Kerja ukur kadastral adalah bahagian yg terpenting dan paling memerlukan ketepatan pengiraan serta kemahiran tinggi. Tak semua jurukur tanah boleh membuat kerja ini kerana ia amat rumit dan perlu mematuhi peraturan2 serta mengikut kaedah yg digariskan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia ( JUPEM ). Kerja ukur ini diletakkan sebagai berkelas satu kerana ketepatan ukuran dan cara mempraktikannya.

Tujuan kerja ukur kadastral ini adalah untuk mengukur atau menanda lokasi yg tepat setiap penjuru lot tanah atau istilah ukurnya batu sempadan lot tersebut. Kebiasaanya kerja2 ini dilakukan oleh jurukur jabatan ukur kerajaan dan jurukur berlesen atau pun jurukur yg di bawah seliannya.

Umumnya kerja2 yg sering dilakukan adalah menanda atau menanam batu sempadan yg baru, mengganti batu sempadan yg telah hilang, salah satu proses dalam membuat pecahan lot, salah satu proses dalam menyediakan Pelan Akui ( PA ) dan juga kerja2 yg berkenaan dalam proses mengeluarkan geran tanah kepada pemiliknya.

UKUR STRATA

Kerja ukur strata pula merupakan proses yg sama dengan ukur kadastral tadi cuma cara mempraktikannya sahaja yg berlainan. Dikatakan berlainan kerana ukur strata ini adalah untuk mengukur lot2 yg ada di dalam banggunan dan bukannya atas tanah. Ukur strata dipraktikan apabila memproses pengeluaran geran bagi premis2 seperti rumah, pejabat atau kedai yg berada didalam banggunan yg banyak tingkat seperi rumah pangsa, komplek2 banggunan komersial, apartmen, kondominium dan banggunan2 tinggi yg lainnya.

Seperti ukur kadastral, kerja ukur strata ini juga biasanya dilakukan oleh jurukur jabatan ukur kerajaan dan jurukur berlesen atau pun jurukur yg di bawah seliannya.

UKUR TOPOGRAFI DAN BUTIRAN

Kerja ukur topografi dan butiran pula adalah merupakan kerja ukur yg paling asas dalam mana2 projek pembanggunan dan merupakan kerja ukur yg paling mudah di antara cabang2 kerja ukur. Apabila hendak membuat sesuatu projek seperti jalanraya, landasan keretapi, komplek komersial dan bangunan, perumahan atau apa projek sekalipun, keadaan bentuk mukabumi yg asal perlu dipetakan terlebih dahulu sebelum kerja perancangan dan reka bentuk dapat dibuat.

Dalam kerja ukur topografi & butiran 
setiap benda kekal yg ada di permukaan bumi akan di ukur dan dimasukkan ke dalam pelan yg dinamakan pelan topografi. Benda2 kekal ini adalah seperti ketinggian aras kawasan tersebut, jalan, lorong, parit, pagar, sungai, manhole, paip-paip air, gas atau pembentung, tiang-tiang letrik, lampu serta telefon, rumah serta bangunan dan kadangkala pokok2 yg besar juga akan diukur dan ditandakan di dalam pelan sekali dengan nama jenis pokok tersebut.

Kerja ukur topografi ini adalah merupakan proses memetakan bentuk mukabumi yg asal dan data2 yg diperolehi akan dilukis ke dlm pelan. Dan dari pelan inilah nanti baru kerja perancangan dan rekabentuk projek pembangunan dapat dilakukan dengan berpandukan kpd maklumat yg ada di dlm pelan topografi ini.

Kerja ukur topografi tidak memerlukan kemahiran tinggi dan semua jurukur tanah boleh membuatnya. Ukur topografi juga tidak termasuk dalam pengukuran berkelas satu.

UKUR KEJURUTERAAN

 Kerja ukur kejuruteraan pula adalah merupakan satu proses yg terbalik dari kerja ukur topografi tadi. Jika pada ukur topografi keadaan asal mukabumi dipetakan ke dalam pelan maka dalam ukur kejuruteraan pula maklumat yg terdapat dalam pelan rekabentuk atau construction plan akan diterjemahkan pula ke atas tanah. Segala butir seperti ketinggian dan lokasi sebenar projek akan di tandakan di atas tanah di tempatnya yg tepat seperti yg telah ditandakan di dalam pelan tersebut.

Kerja ukur kejuruteraan ini biasanya dilakukan pada projek2 untuk membuat jalanraya, jalan keretapi, jambatan, infrastruktur, bangunan dan rumah, paip air dan pembentungan, lapangan terbang, pelabuhan dan jetty serta semua projek2 pembangunan yg lain. Dalam kerja ukur ini, peralatan yg digunakan tetap sama dgn kerja ukur yg di atas tadi. Tetapi cara mempraktikannya sahaja yg berbeza. Contohnya dalam membuat satu projek bangunan, katakanlah ketinggian asal tapak tanah bangunan tersebut pada pelan topografi berada pada paras 10 meter dari aras laut. Tetapi mengikut pelan rekabentuk, ketinggian tapak yg diperlukan adalah 12 meter. Jadi jurukur mesti menanda aras baru tersebut dan membuat perhitungan akan kedudukan tepat kaki dan pengatas cerun slope yg berbeza 2 meter itu. Kemudiannya penjuru bangunan itu akan di tanda pula utk kerja2 menyediakan asas tapak bangunan. Apabila ketinggian baru tapak telah dicapai setelah kerja penambakan tanah selesai maka kerja berikutnya adalah menanda pula lokasi sebenar cerucuk / piling yg akan ditanam ke dalam tapak tersebut.

Kerja2 menanda ini atau dalam istilah ukur disebut sebagai setting-out survey perlu dilakukan dengan pengiraan yg teliti dan tepat. Ini adalah supaya bangunan yg bakal dibina itu tidak tersasar daripada apa yg telah ditandakan di dalam pelan rekabentuk. Kawalan dari segi horizontal dan vertical amat perlu dilakukan dari masa ke semasa supaya bangunan tadi tegak dan tidak condong. Jadi amatlah perlu bagi jurukur untuk memastikan datum yg digunakan adalah tepat dan betul dan dibuat TBM serta station baseline pada tempat yg selamat dan boleh bertahan lama.

Kerja ukur kejuruteraan boleh dilakukan oleh semua jurukur yg mempunyai kemahiran dan tak semestinya jurukur berlesen sahaja. Skil2 yg tepat dan betul adalah perlu dalam mempercepatkan proses penandaan. Walaupun kedengarannya seperti agak mudah tetapi sebenarnya kerja ukur kejuruteraan ini juga memerlukan proses pengiraan tepat sebagaimana kerja ukur kadastral. Andai tersilap dalam mengira dan menanda maka keseluruhan bangunan tadi akan menjadi salah bina dan bakal membawa kerugian kepada kontraktor yg membinanya. Seseorang jurukur itu perlu bertanggungjawap terhadap apa yg diukurnya dan tanggungjawap ini pula bukanlah mudah.

UKUR HIDROGRAFI

Ukur hidrografi ini sebenarnya adalah cabang kerja ukur tanah juga dan seperti kerja ukur topografi sifatnya. Tetapi yg membezakannya adalah kerana tanah yg diukur itu bukanlah yg berada di atas permukaan bumi seperti biasa. Ukur hidrografi dijalankan apabila hendak mengetahui keadaan topografi tanah yg berada di bawah permukaan air laut, tasik atau sungai dan untuk mengukur kedalaman airnya. Selain itu peralatan yg digunakan juga adalah berlainan sama sekali dan merupakan peralatan yg berteknologi tinggi seperti echo sounder , GPS serta software khas utk pemprosesan data dan menggunakan kapal atau pun bot.

Dalam kerja ukur ini asas2 ukur seperti kawalan horizontal X,Y dan kawalan vertical tetap diguna pakai. Kawalan horizontal adalah dikawal secara sistem Global Positioning System ( GPS ) iaitu berpandukan satelit dan kawalan vertical atau aras pula adalah dari TBM terdekat yg ada di tepi laut, tasik atau sungai tersebut dan juga aras air laut pada waktu kerja ukur itu di jalankan. Aras air laut pada waktu kerja dijalankan akan dirujuk pula pada almanak pasang surut air kawasan yg berkenaan.

Walaupun kerja ukur hidrografi adalah satu dari cabang ukur tanah tetapi bukan semua jurukur dapat melakukannya. Hanya mereka yg mempunyai kemahiran dan pengkhususan hidrografi sahaja yg dapat membuat kerja ukur ini.


82 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam.. sy dpat kos diploma ukur tnah..
sy msih bntu sma ad nk msuk dlm kos ny atau tidk... blh x bg pndpt tntg dploma ukur tnah..

Nick JTK berkata...

Ada seorang pembaca 'tanpa nama' telah meninggalkan pertanyaan kpd aku. Katanya dia mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran tahap diploma dalam bidang ukur tanah dan minta aku tolong bagi pendapat mengenai bidang ini. Tapi apa yg aku nak jawap disini bukanlah memgenai ukur tanah tetapi adalah mengenai 3 perkara yg perlu ada sebelum dia mengambil keputusan samada nak terima atau menolak.

Secara ringkasnya 3 perkara itu adalah MINAT, MINAT dan MINAT. Tanpa minat ini janganlah anda pilih walau apa pun bidang pembelajaran atau kerjaya. Kerana minat inilah yg akan menjadi pendorong dan faktor utama yg akan menentukan samada anda akan berjaya atau tidak dalam apa pekerjaan sekalipun.

Carilah info sebanyak banyaknya yg termampu anda cari dan cuba fahami apakah sebenarnya bidang itu. Andaikata selepas itu tidak timbul MINAT di fikiran anda maka nasihat aku, jangan terima tawaran tersebut. Kerana membuat sesuatu pekerjaan yg kita tak berminat maka kita tak akan berasa selesa dan 'bahagia'. Segalanya akan menjadi susah dan menimbulkan perasaan malas serta menyesal di kemudian hari.

Jadi tepuk dada tanyalah selera..

Tanpa Nama berkata...

salam..
aku nak tanya,bagaimana cara untuk menjalankan kerja ukur 'high-risk building' dari mula sampai akhir.?

Nick JTK berkata...

sila baca entri yang bertajuk 'KERJA UKUR KEJURUTERAAN : SETTING OUT BANGUNAN'

terima kasih..

Tanpa Nama berkata...

Ape kepentingan ukur tanah kepada estate agent?

Nick JTK berkata...

Sebenarnya ukur tanah adalah asas kepada segala bentuk pembanggunan termasuklah dalam bidang hartanah. Cuma dalam kes kepentingan kepada 'estate agent' ataupun 'agen hartanah' yang kerjanya menguruskan pembelian atau penjualan sesuatu hartanah ( bangunan atau tanah ) agak terhad dari segi penandaan sempadan lot hartanah tersebut dan juga dari segi mengukur luas sebenar hartanah itu. Dengan kepakaran yang ada pada seorang jurukur tanah maka hartanah tersebut akan dapat ditentukan nilainya dengan lebih tepat lagi berdasarkan keluasan sebenar hartanah itu.

irma berkata...

maaf, mw tanya ada yg tw kursus ilmu ukur tanah ga?? kalo bisa yang sabtu minggu yaaa,...tlg balas ke email aku ya : irma_funnygirl@yahoo.com

Unknown berkata...

Assalam,
Adakah kemungkinan berlaku kesilapan dalam ukur tanah. contohnya batu sempadan tanah berubah lebih dari 10 kaki?
Harap tuan boleh sms nombor tuan untuk saya tanya lebih lanjut

01116863009
Yusnizam

Nick JTK berkata...

Waalaikumsalam Encik Yusnizam...

Pertama sekali saya nak jelaskan bahawa kerja2 menanda dan menanam batu sempadan adalah merupakan kerja kelas pertama dalam bidang ukur tanah dan hanya jurukur Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia ( JUPEM ) dan jurukur berlesen sahaja yg dibenarkan membuatnya.

Kerja menanda batu sempadan ini juga tertakluk kepada banyak peraturan2 ketat dan undang2 Kanun Tanah Negara. Ketepatan dalam pengiraan sebelum kerja penandaan amat diperlukan kerana jika tersalah maka boleh menyebabkan jurukur itu kehilangan lesennya serta dibawa pula ke mahkamah untuk tuntutan gantirugi.

Kemungkinan besar batu sempadan itu telah diubah kedudukan oleh org lain ataupun terdapat perubahan terhadap keluasan tanah lot tersebut disebabkan oleh proses pemecahan dan pembahagian lot besar kepada lot yg lebih kecil. Untuk ukuran yg lebih tepat, pelan yg perlu dirujuk adalah merupakan Pelan Akui ( PA ) terkini yg dikeluarkan oleh pihak JUPEM. Pelan lot yg terdapat pada geran tanah keluaran Jabatan Tanah Daerah tidaklah terlalu tepat dan seringkali 'ketinggalan zaman'. Pelan geran tanah selalunya adalah dalam ukuran 'rantai' dan 'ekar' sedangkan pada masakini unit ukuran yg dipakai adalah sistem metrik yg menggunakan 'meter' serta 'meter persegi'.

Jika adapun kesilapan yg dilakukan oleh jurukur yg menandakan batu sempadan itu berkemungkinan besar telah merujuk kepada pelan yg salah serta tidak yg terkini. Pihak tuan tanah perlulah sentiasa mendapatkan salinan pelan akui terkini keluaran JUPEM bagi lot tanahnya bagi mengelakkan kekeliruan serta salah informasi. Secara semulajadi pula lot2 tanah yg sering berubah kedudukan serta keluasannya adalah merupakan lot2 tanah yg berada di tepi sungai, tepi laut dan tepi jalanraya.

Unknown berkata...

Salam..sya nk tanya tentang unit yang digunakan dalam geran lama dalam tahun 90'an. apa makna cal., comp. dan bagai mana cara untuk convert dalam meter @ ft.

Nick JTK berkata...

Waalaikumsalam,

Cal & comp seperti yang ditanya oleh saudara itu bukanlah merujuk kepada unit ukuran. Tetapi ia bermaksud bahawa ukuran yang tertulis didepan perkataan cal & comp itu adalah hanya dari hasil perkiraan sahaja dan bukan dari hasil ukuran yang menggunakan alat ukur samada teodolite atau total station. Dan unit ukurannya masih tetap sama seperti yang tertulis pada lain2 garis sempadan. Bagi geran tanah yang terkini kebanyakannya unit ukuran yang digunakan adalah dalam metrik iaitu meter dan meter persegi. Tetapi bagi geran2 lama unit ukuran jarak yang digunakan pula adalah dalam unit rantai, link atau kaki manakala bagi keluasan pula adalah dalam ekar dan hektar.

1 rantai = 20.1168m = 66 kaki = 22 ela
1 link = 0.201168m
1 kaki = 0.3048m

1 ekar = 4046.86 meter persegi = 0.404086 hektar
1 hektar = 2.47105 ekar
1 meter persegi = 10.7639 kaki persegi

Unknown berkata...

Bagaimana pula kita nak mengenal unit dalam geran tersebut menggunakan link, rantai @ kaki. Dalam geran lama hanya letak nilai sahaja unit tiada.

Nick JTK berkata...

Jika anda betul-betul hendak mengetahui infornasi yang tepat mengenai lot tanah tersebut, saya nasihatkan anda membeli Pelan Akui ( PA )bagi lot tersebut di cawangan Jabatan Ukur & Pemetaan Malaysia ( JUPEM ) di negeri anda. Apa yang perlu anda ada cuma informasi mengenai nombor lot, mukim & daerah sahaja. Pihak JUPEM akan mengeluarkan satu salinan PA yang sah bagi lot tersebut tetapi dikenakan sedikit bayaran mengikut saiz pelan tersebut. Dan di dalam pelan itu segala info
mengenai unit ukuran, skala pelan, arah utara, jenis batu sempadan,batu sempadan masih ada atau hilang, tarikh diukur, kelas ukuran dan nama jurukur tanah tersebut kesemuanya ada ditulis di dalam pelan tersebut. Pelan yang terdapat di dalam geran tanah biasanya tidak memberikan info yang terperinci seperti pelan PA ini. Moga maklumbalas
ini menjawap pertanyaan anda dan terima kasih kerana sudi singgah keblog ini

Tanpa Nama berkata...

info saudara mmg berguna. harap2 dapat membantu saya dlm temuduga esok. kerani je pun tp saya kena sediakan ape yg patut...

Unknown berkata...

salam,, saya nk tanya pasal penandaan semula untuk lot tanah.. saya dah try search di internet untuk penandaan semula, tp kebanyakan nye keluar mengenai penandaan dan pengukuran sempadan. adakah sama penandaan semula lot tanah dan penandaan sempadan?, mintak penjelasan..

Nick JTK berkata...

Waalaikumsalam.. Athirah Yazit

Sebenarnya dalam bahasa ukur tanah kita selalu gunakan perkataan batu sempadan lot iaitu sama erti dengan batu sempadan tanah. Maksud 'pengukuran sempadan' atau saya rasa lebih tepat lagi 'pengukuran batu sempadan' bukanlah sempadan negara atau sempadan negeri tetapi adalah sempadan antara 2 lot yang terletak bersebelahan.

Sebagai contoh mudah, terdapat saya ada 1 lot tanah yang berbentuk segi empat dengan terdapat batu sempadan di setiap penjuru tanah tersebut. 4 batu sempadan itu bukanlah milik atau sekadar untuk menanda sempadan lot tanah saya saja. Tapi batu sempadan itu juga adalah merupakan batu sempadan bagi lot tanah yang bersebelahan dengan lot tanah saya tersebut. Dalam ertikata lain, lot tanah saya dan lot tanah bersebelahan berkongsi batu sempadan yang sama.

Begi kerja ukur untuk penandaan semula lot tanah atau batu sempadan hanya akan dilakukan apabila batu2 sempadan lot tanah itu telah hilang ataupun telah berubah dari kedudukan asal seperti yang terdapat dalam 'Pelan Akui' keluaran Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia ( JUPEM ).

Struktur tanah yang terdapat di bumi ini adalah bersifat tidak tetap dan terpengaruh dengan keadaan cuaca dan juga jenis tanah tersebut. Kadangkala akibat aktiviti pembangunan ataupun kerja menerangkan kawasan tersebut, secara tidak sengaja atau memang disengajakan, batu sempadan bagi tanah itu telah diubah ataupun tercabut ataupun terkambus di dalam tanah tersebut. Meskipun keadaan tanah itu telah berubah tetapi sempadan bagi lot tanah tersebut tetap sama dan tidak akan berubah sama sekali. Jadi disinilah perlunya kerja2 menandakan semula batu sempadan bagi lot tanah itu yang telah hilang ataupun berubah kedudukannnya.

Jadi saya harap anda faham dengan penerangan diatas. Andai ada apa2 pertanyaan mengenai batu sempadan bagi lot tanah yang tertentu, silalah merujuk kepada JUPEM cawangan bagi negeri dimana terletaknya lot tanah itu.

Terima kasih

Unknown berkata...

ok.. saya paham . terima kasaih banyak2 di atas penjelasan tersebut.

Unknown berkata...

salam,, saya nk tnya, adakah sama Ukur demakasi dengan penandaan semula batu sempadan?
ukur kejuruteraan ad juga ke Ukur demakasi ??

Nick JTK berkata...

Wasalam...

Demarkasi atau dalam bahasa Inggeris disebut 'demarcation' adalah bermaksud 'menentukan dan menandakan'. Secara lazimnya kalau untuk menandakan atau menanam batu sempadan bagi lot2 yang baru atau pun bagi lot besar yang telah dipecah bahagian kepada lot2 yang kecil, kerja ukur itu biasanya disebut sebagai 'kerja tanam batu' atau secara istilah sebagai 'ukur kadaster'. Tapi kalau hanya untuk mencari dan mengesahkan kedudukan sebenar batu sempadan bagi lot tanah itu atau pun penandaan semula batu sempadan yang telah hilang dan diganti dengan paip besi, iron spike, paku atau kayu piket, kerja ukur ini biasanya disebut sebagai 'ukur demarkasi'.

Sebenarnya kedua-dua kerja ukur ini adalah terletak dalam bahagian Ukur Kadaster juga cuma terpecah kepada 2 iaitu samada penandaan baru atau penandaan semula serta mengesahkan kedudukan batu sempadan lama. Kedua2 kerja ukur ini pun perlu mematuhi segala garis panduan JUPEM dalam membuktikan datum dan juga dibuat pembetulan bagi jarak serta bearing kepada 'close traverse' station2 ukur yang digunapakai. Tapi bagi ukur demarkasi pematuhan ini mungkin agak longgar sedikit jika dibanding dengan ukur kadaster bagi penandaan baru.

Dalam ukur kejuruteraan pula, tidaklah menjadi kebiasaan kepada jurukur tapak ( site surveyor ) untuk membuat ukuran demarkasi ini. Biasanya jurukur berlesen yang dilantik oleh pihak konsultant atau pemilik projek yang akan membuat ukuran demarkasi bagi tapak projek tersebut dan akan menyediakan TBM, RM serta pelan demarkasi untuk kegunaan jurukur tapak. Apa yang sering dilakukan oleh seorang jurukur tapak yang hampir menyamai kerja ukur kadaster ini adalah dalam membuat ukuran 'setting-out'. Dinamakan sebagai 'setting-out' kerana ia bukanlah kerja menandakan batu sempadan lot tanah tetapi menandakan bucu banggunan, jalan, parit, tiang cerucuk dan sebagainya. Dan kerja ukur setting-out ini juga tidak perlu mengeluarkan pelan sebagaimana kerja ukur kadaster dan ukur demarkasi yang perlu dikeluarkan pelan yang ditandatangani oleh jurukur berlesen.

Unknown berkata...

ok,, terima kasih,, harap en. x jemu menjawap soalan2 saya.. :)
saya student poli amek ukur tnh dan skrg baru lpas praktikal. hakikatnya perempuan mmg susah bab2 kerja di lapangan. tp saya x suka kerja di offic, bab2 plan mmg saya lemah sgt. tp saya lebih ke arah kerja di lapangan dan tengah mencuba mencari ilmu itu.. harap en. dapat membantu serba sedikit..

Nick JTK berkata...

No problemo...

Selagi saya mampu dan tahu saya akan cuba jawap tp kalau saya sendiri tak tahu, nnt kita sama2lah cari info dan sama2 lah belajar. Belajar adalah satu proses yg tak akan habis sampai bila2 pun selagi kita belum mati.

Tapi satu nasihat dr saya. Untuk menjadi seorang jurukur tanah yang mahir, cekap dan mendapat permintaan tinggi bagi perkhidmatannya ( dan dah tentulah gaji yg tinggi jugak ) jurukur itu perlulah tahu dan mahir dgn segala proses ukur ini bermula dgn kemahiran serta skil kerja di lapangan / site. Mahir dalam membuat perkiraan pembetulan serta menghitung kuantiti. Jurukur juga perlu mahir dlm memproses data ukur itu dengan melukis dan menyediakan plan bagi setiap kerja2 ukur yg telah dibuat.

Di waktu ini kebanyakan syarikat pembinaan hanya akan memilih dan menggajikan jurukur yg boleh bekerja secara berdikari dgn hanya sedikit pengawasan. Jurukur itu perlu mampu menyelesaikan masalah yg timbul secara sendiri tanpa bantuan dari pihak lain dan mengatur jadual kerja juga secara sendiri tanpa perlu menunggu arahan dr pihak atasan. Melukis sendiri segala plan kerana tidak ada pelukis plan yg di ambil bekerja di dalam syarikat dan projek untuk melukisnya. Jurukur juga perlu mahir dalam becakap dan menjawap soalan dalam mesyuarat kemajuan projek ( fortnightly progress meeting ) yg biasanya diadakan setiap 2 minggu sekali. Dan kebolehan berbahasa Inggeris adalah sangat memberi kelebihan dalam kerjaya seseorang jurukur itu.

Unknown berkata...

OK.. terima kasih di atas segala info2 yg berguna.

Unknown berkata...

SALAM PETANG ENCIK, SAYA NAK TANYA APA BERBEZAAN ANTARA PECAH SEMPADAN DAN PECAH BAHAGIAN?

Tanpa Nama berkata...

salam en. baganboy, saya nak tanya, kalau kiraan pelan lama dlm unit comp, katakan diberi 332d02'10" 214.71 comp, perlu kah saya tukar 214.71 tu ke meter @ ft terlebih dahulu sebelum plot ke dlm autocad? tanah diberi dlm ekar

Nick JTK berkata...

Seperti yg pernah saya jelaskan sebelum ini kepada soalan yg hampir sama, sekali lagi saya nak jelaskan. 'Comp' seperti yg tertulis di belakang bearing dan jarak itu bukanlah merupakan unit ukuran tetapi adalah merupakan sebagai penanda bahawa bearing dan jarak garisan itu adalah didapati daripada secara perkiraan di atas kertas saja dan bukan dari ukuran di tapak.

Perkataan 'Comp' itu adalah kependekan daripada perkataan 'computation' yg bermaksud 'pengiraan' dalam bahasa Malaysia. Manakala.unit ukuran sebenar yg dipakai pada pelan itu pula biasanya ada dituliskan pada ruangan "Nota".

Tanpa melihat terlebih kepada pelan yg anda maksudkan, saya tidak berani untuk meramal samada unit ukuran yg dipakai itu di dalam meter ataupun kaki. Anda haruslah meneliti disegenap penjuru pelan itu perlahan lahan untuk mencari nota kepada unit ukuran yg digunapakai dalam pelan tersebut.

Untuk melukis di dalam autocad pula, tidaklah menjadi keperluan untuk menukar unit kepada meter atau kaki jika kesemua jarak2 yg tertulis di dalam pelan itu menggunakan unit ukuran yg sama. Cukuplah sekadar menggunakan 'unitless' atau 'tanpa unit' dan tiada sebarang masalah akan timbul daripada penggunaannya.

Tanpa Nama berkata...

ok, saya faham maksud yg en. boy sampaikan, tetapi apabila saya diberi 2 geran yg sama untuk 1 lot yg sama tetapi satu tu mungkin geran cetakan lama (guna comp) dan 1 lagik yg baru(takde guna apa2), saya cuba plot guna autocad dgn plan yg baru dimana katakan distance diberi 20.3, tak sama hasilnya bila mana saya perlumerujuk kepada geran cetakan lama bagi distance yg tidak diberi, mcm mana tu...maaf kalau saya menyusahkan en boy tapi saya cuba cari jawapan tak jumpa...terima kasih sekali lagi..

Unknown berkata...

salam,bro nk tanya ape tu as built survey?adakah ia digunakan didalam ukur cadastral?saya budak baru belajar,harap dapat membantu

Nick JTK berkata...

Begini sajalah...
Kalau awak boleh scan dan emailkan kepada saya pelan2 tersebut, saya akan cuba tengok apa sebenarnya unit ukuran yg digunapakai dalam pelan tersebut. Tanpa melihat pelan tersebut saya tak dapat nak mengagak apakah unit yg sebenar. Email saya : baganbeachboy@gmail.com

Nick JTK berkata...

"As-built survey" atau dalam bahasa Malaysia disebut "ukuran siap bina" adalah satu bidang dalam kerja ukur kejuruteraan dan bukannya cadastral.

Kerja ukur ini dilakukan bagi merekodkan keadaan sebenar selepas pembinaan sesuatu projek kejuruteraan itu. Contohnya projek membuat jalan. Selepas jalan itu siap dibina, kerja ukur 'as-built' perlu dilakukan bagi merekod dan memetakan keadaan sebenar jalan yg baru siap dibina itu di dalam pelan yg dinamakan "As-built Plan". Dan daripada as-built plan inilah kita dapat membuat pemeriksaan samada jalan yg siap dibina itu sama atau ada perbezaan dengan pelan pembinaan / pelan arkitek / pelan rekabentuk.

Kerja ukur 'as-built' juga perlu dilakukan oleh pihak kontraktor pembinaan untuk membuat 'monthly progress claim' kepada pihak pemaju / tuan punya projek atau pun bagi tujuan untuk mengira kuantiti dan juga untuk mengira kemajuan sesuatu projek itu.

Sementara itu kerja ukur cadastral pula lebih tertumpu kepada kerja2 ukur yg melibatkan penandaan batu sempadan lot tanah atau ayat yg selalu dipakai oleh jurukur "kerja tanam batu"

Unknown berkata...

ow,tq diatas maklumat. apakah pula beza setting out survey dgn as built survey?

Nick JTK berkata...

Dalam bab 'Ukur Kejuruteraan' telah saya jelaskan mengenai 'setting-out survey' ni. Biasanya kerja ukur dilakukan untuk memetakan segala yg ada di atas tanah ke dalam pelan. Tapi bagi kerja ukur 'setting-out' pula ia adalah proses yg terbalik. Kerja ukur dilakukan untuk menandakan segala apa yg diperlukan di dalam pelan rekabentuk ke atas tanah pulak. Contohnya seperti menandakan kedudukan tiang piling, menandakan kaki dan pengatas cerun slope, menandakan kedudukan sebenar tepi dan tengah jalan serta macam2 lagi yg termasuk didalam kerja kejuruteraan dan pembinaan.

Seperti yg saya dah terangkan di atas sebelum ini, kerja 'as-built survey' pula adalah merupakan kerja ukur terakhir iaitu setelah siap pembinaan itu.

Jadi bezanya adalah kerja 'setting out survey' dilakukan sewaktu memulakan sesuatu projek sementara kerja 'as-built survey' pula dilakukan setelah siap projek itu...

Salim2014 berkata...

Salam. Terima kasih ats pencerahan. Saya nak tanya mengenai isu pencerobohan tanah. Bagaimana cara terbaik untuk menafikan mengenai pencerobohan tanah berdasarkan pelan ukur yg disediakan oleh jurukur swasta?

Nick JTK berkata...

Wasalam....

Saya tak berapa faham dengan soalan mengenai 'pencerobohan tanah' itu. Tapi saya akan cuba jelaskan disini apa sebenarnya kepentingan jurukur tanah kepada pemilik tanah.

Ada sesetengah kes dimana tuan tanah tidak tahu dimana letaknya lokasi yg sebenar lot tanah kepunyaannya atas faktor2 tertentu dan ada juga kes dimana keadaan bentuk muka bumi lot tanah itu telah berubah hingga menyebabkan tuan tanah tidak lagi dapat mengenal pasti dimanakah kedudukan sebenar lot tanahnya. Kepada tuan tanah yg punyai kes2 sebegini, cara yg terbaik untuk menyelesaikan masalahnya adalah mengupah seorang jurukur tanah mencari dan menanda batu sempadan bagi setiap penjuru tanah tersebut.

Bagi pihak jurukur tanah swasta, tidaklah boleh digantikan batu sempadan yg telah hilang dengan batu sempadan yg baru. Itu adalah urusan jurukur kerajaan atau lebih tepat Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia ( JUPEM ). Tapi apa yg boleh dilakukan oleh jurukur swasta adalah menggantikan batu sempadan yg telah hilang itu dengan paip besi yg disimenkan. Jurukur akan mencari setiap batu sempadan lot tanah tersebut berpandukan pada pelan geran tanah dan juga Pelan Akui ( PA ) yg dikeluarkan oleh pihak pejabat tanah daerah dan JUPEM. Yg hilang akan digantikan dengan paip besi dan yg jumpa akan ditanda dengan pancang kayu serta di catkan.

Bila semua kedudukan sebenar batu sempadan lot tanah itu telah diketahui dan ditanda maka barulah boleh dibuat keputusan samada berlaku sebarang pencerobohan atau tidak pada lot tanah tersebut. Kalau hanya berpandukan pada pelan saja kita tak dapat nak pastikan semua itu. Mestilah dilakukan penandaan semula di atas tanah dan setiap pihak akan nampak jelas apa yg sebenarnya telah berlaku.

Saya harap ini dapat memberi penjelasan kepada soalan saudara. Terima kasih kerana sudi membaca blog saya

Tanpa Nama berkata...

maaf...tumpang tnye...ade x kursus jangka pendek atau kurusus sijil tuk jurukur tanah...sye nk cari tempat....minat dengan bidang nie...tapi xtau mne nk blajar...kursus untuk tau basic pasal ukur tanah....calculatio dan sebagainya...

Nick JTK berkata...

Kepada yang berminat nak belajar dalam bidang ukur tanah ini bolehlah pergi ke link website dibawah ini untuk mendapatkan lebih informasi tentang keperluan kelayakan akademik dan juga cara2 membuat permohonan...

http://kursussijilukurtanah.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

salam..nak tny ckit,kt mna sy boleh dpt pekerja yg mngambil kos survey utk bekerja dgn company sy.Tq

Nick JTK berkata...

Wasalam...

Anda boleh mengiklankan jawatan kosong di dalam group facebook ini :-

https://www.facebook.com/groups/geomass/

" e-vogue " berkata...

saya nak tnya ada buat kursus tak. Kursus autocad. Ni tuk ayah saya sebb dia ada company ukur tapi kurang mahir mnggunkana autocad. tolong email saya di mariamdaris@gmail.com

Tanpa Nama berkata...

Selepas kerja mengukur dibuat,Di dapati ukuran dari batu tanda telah lari sebanyak 8 mtr,adakah berlaku kesilapan kerja mengukur?masalahnya rumah jiran telah masuk ke tanah saya.
Terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

Apakah maksud dan sebab2 d tulis simbol pk pada geran tanah.sekian tks.

Nick JTK berkata...

Adalah sangat mustahil kedudukan batu sempadan yang ditanda semula dengan menggunakan pelan yang sama boleh lari sebanyak 8 meter dari kedudukan asal.

Untuk pengetahuan anda, apabila membuat sesuatu kerja ukuran setiap jurukur tanah akan merujuk kepada Pelan Akui ( PA ) terkini yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Jurukur tanah tidak akan menggunakan pelan yang dilampir pada belakang geran tanah kerana adalah menjadi kebiasaan pelan keluaran pejabat tanah yang dilampirkan di bahagian geran tanah itu adalah merupakan pelan yang sudah agak lama dan ketinggalan zaman.

Sepatutnya setiap tuan tanah juga perlu mendapatkan satu salinan pelan PA bagi lot tanahnya kerana pelan tersebut adalah lebih terkini dari segi informasi dan data ukuran.

Setiap kerja pengukuran bagi menyediakan pelan PA tersebut adalah akan digredkan kepada 2 kelas iaitu kelas pertama dan kelas kedua. Secara amnya, pelan PA keluaran lama iaitu yang berusia lebih dari 30 tahun lepas kebanyakannya adalah berkelas kedua yang bermaksud ukuran secara ukur keliling akan mempunyai 'misclose' yang bernilai besar dan adalah tidak terlalu tepat. Tetapi bagi pelan PA yang berkelas pertama pula, setiap data ukuran didalamnya mempunyai nilai 'misclose' yg sangat sedikit jadi ukuran itu adalah lebih tepat berbanding ukuran yg terdapat dalam pelan berkelas kedua.

Tetapi walau apa pun kelasnya, nilai 'misclose' itu adalah sangat mustahil akan sampai kepada 8 meter. Mungkin terdapat perubahan jarak dan bearing dalam pelan PA yang terkini yang tidak terdapat dalam pelan lama atau mungkin juga atas faktor kesilapan jurukur tanah itu sendiri sewaktu menandakan kedudukan batu sempadan tersebut.

Cara terbaik adalah dengan menghubungi pihak jurukur tanah yang membuat penandaan tersebut dan minta penjelasan serta minta juga salinan pelan yang digunapakai oleh jurukur tersebut sewaktu membuat pengukuran itu dan bandingkan dengan pelan yang disimpan oleh anda..

Nick JTK berkata...

Dimanakah terletaknya simbol 'pk' pada geran tanah yg anda tanyakan itu. Jika dituliskan dalam pelan tanah dan berada berdekatan dengan bulatan batu sempadan 'pk' itu mungkin bermaksud merujuk kepada tanda sempadan tersebut ditanda dengan menggunakan paku dan bukan batu.

Simbol-simbol lain adalah :

'bkl' = batu konkrit lama
'pb' = paip besi
'pkt' = piket atau kayu
'sp' = spike besi
'j' = jumpa
'ki' = kira
'dpi' = dari perkiraan
'sc' = scale
'comp' = dari pengiraan
'cal' = dari pengiraan
'TT' = tidak ditanda
'sun' = bearing dirujuk dari cerapan matahari

Dan lain-lain lagi tetapi apa yg saya tuliskan di atas adalah yang standard dan yang selalu digunapakai di dalam pelan tanah

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih jawapan tuan,
Nak tanya lagi,kenapa guna paku dan kadangkala guna batu,
Untuk info tanda pk d tulis pada garisan sempadan( d tengah antara lot tanah)

Nick JTK berkata...

Jenis bagi tanda sempadan yang digunakan adalah bergantung pada lokasi tanda sempadan tersebut. Kalau tanda sempadan itu berada di atas tanah maka batu yang akan digunakan tapi jika tanda sempadan itu terletak di atas lantai simen, lantai konkrit atau kawasan berbatu maka 'iron spike' pula yang digunakan. Paku payung pula biasanya digunakan jika tanda sempadan itu berada di atas jalan tar. Dan bagi batu sempadan lama yang telah hilang biasanya akan digantikan dengan paip besi sebagai tandaaan sementara sebelum digantikan semula dengan batu konkrit yang baru.

Tanpa Nama berkata...

Salam :) saya nak tanya apakah kepentingan ilmu ukur tanah untuk mendisiplinkan kita.

Nick JTK berkata...

Waalaikumsalam...

Soalan esei ni. Saya pun tak pasti apa jawapannya tapi untuk pengetahuan anda dan juga semua pembaca, hidup manusia adalah berpandukan kepada "rukun" atau dalam bahasa mudah disebut sebagai "peraturan" dan "undang-undang".

Setiap rukun, peraturan dan undang-undang yang dicipta itulah yang akan mendisplinkan manusia. Tanpa peraturan dan undang2 maka manusia akan menjadi terlalu bebas untuk melakukan apa saja tanpa memikirkan kesan kebaikan atau keburukan.

Begitulah juga dalam bidang ukur tanah, terdapat peraturan dan undang-undang yang perlu dipatuhi oleh jurukur tanah yang telah digariskan oleh pihak berkuasa. Namanya adalah KANUN TANAH NEGARA dan di dalamnya terdapat segala peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh setiap pihak yang terbabit dengan tanah.

Matlamat diciptakan segala peraturan dan undang2 adalah untuk memudahkan kehidupan dan juga memberi keadilan kepada semua. Tapi segala undang2 dan peraturan2 yang dicipta oleh manusia itu tak semestinya akan memberikan 'keadilan' kepada semua tetapi dicipta untuk memberi keadilan kepada golongan majoriti dan sudah semestinya ada kelemahannya dan ada golongan minoriti yang merasakan ia sebagai tidak memberikan keadilan kepadanya.

Jadi tak kiralah dalam bidang apa pun, untuk mendisplinkan diri kita perlulah mengikut segala peraturan2 yang telah ditetapkan dengan membuat apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang di larang....

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum. saya nak tanya apakah perbezaan plan dan peta?

Nick JTK berkata...

Waalaikumsalam...

Maaf kalau jawapan yang saya bagi ini adalah tidak tepat kerana saya bukanlah pakar dari segi bahasa dan saya juga bukanlah pensyarah dalam bidang ukur tanah. Kepakaran saya adalah dalam bidang membuat kerja praktikal mengukur tanah dan melukis pelan sahaja.

Dari segi definasi PETA adalah satu lukisan representasi visual atau merupakan satu gambaran geografi semasa bagi sesebuah kawasan atau tempat. Di dalam peta akan ditandakan secara 2 dimensi bentuk asal dan sebenar keadaan sesuatu objek yang kekal seperti jalan, peparitan, sungai, bangunan, kontor tanah dan juga lain-lain objek kekal. Manakala bagi PELAN pula adalah lebih merupakan gambaran perancangan sesuatu kawasan atau tempat. Pelan boleh di ubah-ubah bentuknya tetapi peta tidak.

Contoh mudah, untuk pergi ke sesuatu tempat yang kita tidak tahu atau tidak pernah ke situ sebelum ini, kita akan merujuk kepada PETA JALAN iaitu peta yang menunjukkan keadaan sebenar kedudukan jalan yang ada. Tetapi dalan peta jalan tidak menunjukkan arah atau jalan apa yang perlu kita gunakan untuk pergi ke tempat tersebut dan dari mana nak memulakan perjalanan untuk kesana. Jadi kita boleh print kan peta jalan itu dan kemudian menandakan dengan anak panah jalan-jalan yang sepatutnya kita gunakan. Ini bermaksud kita telah membuat perancangan perjalanan dengan menggunakan peta jalan yang asal. Dan peta jalan yang telah kita tandakan tadi dengan arah anak panah itu pula sekarang telah menjadi sebuah 'pelan jalan' dan bukan lagi 'peta jalan' yang biasa.

Jadi 'peta jalan' itu hanyalah sebagai panduan arah sebenar bagi membantu kita dalam membuat perancangan perjalanan untuk ke tempat tersebut manakala 'pelan jalan' pula adalah merupakan satu pelan yang mempunyai perancangan perjalanan untuk kita pergi ke suatu tempat tujuan dengan memberikan maklumat yang lebih lengkap dan jika perlu kita juga boleh menandakan satu arah alternatif jika terdapat satu keadaan yang membuatkan kita tidak dapat menggunakan arah yang asal.

Sebagai ringkasnya, PETA adalah satu gambaran visual bagi geografi bentuk keadaan sebenar sesuatu benda kekal yang ada di satu kawasan manakal PELAN pula adalah merupakan satu peta yang terdapat perancangan yang telah kita isikan di dalamnya sebelum kita memulakan sesuatu projek pembangunan atau dalam contoh di atas sebelum kita memulakan satu perjalanan.

Tanpa Nama berkata...

thanks atas info pasal peta tu cuma saya still confuse pasal plan. boleh tak jelas kan serba sedikit?

Nick JTK berkata...

Pelan adalah kata terbitan daripada bahasa Inggeris 'plan' yang bermaksud rancangan. Jadi secara asasnya peta itu adalah paparan visual geografi yang bermaklumat dan plan pula adalah peta yang mempunyai perancangan yang bukan sekadar bermaklumat saja.. itu saja bezanya

Tanpa Nama berkata...

boleh terangkan secara ringkas mana-mana lima cawangan di pengukuran??? tq

Tanpa Nama berkata...

i think i know you. kan dia ada explain pasal 5 branches ni kat atas.

Nick JTK berkata...

1.) Saya agak kurang faham apa maksud pertanyaan anda 'tanpa nama' yg di atas tu..

2.) Saya dah pun ceritakan serba ringkas tentang 5 cabang pengukuran dalam entri ini yang namanya pun adalah UKUR TANAH SECARA RINGKASNYA.....

3.) Kalau nak penerangan yang lebih detail, cuba klik link yg saya dah bagi iaitu ILMU UKUR TANAH di ruangan ILMU-ILMU PERCUMA

4.) 'Tanpa nama' yang di bawah.... You think.. saya kenal awak tak ?

Tanpa Nama berkata...

hi, saya nak tanya apa bezanya open and close traverse ni?

Nick JTK berkata...

Open traverse ialah traverse yang dilakukan tanpa di tutup di penghujungnya dengan batu sempadan yang masih dalam keadaan baik seperti dalam PA atau ditutup secara cerapan matahari. Open traverse itu bermaksud kesemua station yang dibuat itu adalah station yang tergantung.

Close traverse pula bermaksud membuat station traverse dengan ditutup di penghujungnya dengan menggunakan batu sempadan yang masih berkeadaan baik seperti dalam PA atau cerapan matahari jikalau sudah mencapai 25 station tetapi tiada batu sempadan yang boleh digunakan untuk menutup traverse tersebut.

Unknown berkata...

salam admin, sy bekerja sbgi perunding hartanah. juz skadar nk bertanya sbgi info tmbhn. berapa keluasan minimun satu lot tanah yg boleh dibenarkan utk wat pecahan kpd lot-lot tanah kecil? and dgn keluasan minimum tersebut brp jumlah lot kecil yg akan dpt? cth katakan luas tanah tersebut adalah 1 ekar. mohon pencerahan TQ

Nick JTK berkata...

Salam...

Untuk menerangkan secara terperinci mungkin agak panjang dan adalah lebih baik lagi jikalau anda membuat semakan di website mana-mana pejabat tanah daerah iaitu pihak berkuasa tempatan yang memproses dan memberikan kelulusan.

Tapi secara ringkasnya, jikalau lot tanah itu adalah lot pertanian dan hendak dipecah kepada bahagian yang lebih kecil, luas minima bagi setiap pecahan bahagian keciil itu adalah 0.25 ekar. Tapi jikalau lot tanah itu adalah lot kediaman, tidak ada keluasan minima kecuali perlu mematuhi garis panduan daripada pihak berkuasa tempatan. Jikalau lot tanah itu masih berstatus lot pertanian maka perlulah ditukar syarat kegunaan kepada lot kediaman terlebih dahulu. Permohonan bagi pecah sempadan kepada lot-lot kecil boleh dilakukan serentak dengan permohonan tukar syarat kegunaan tanah.

Garis panduan syarat kelulusan pembangunan adalah tidak seragam dan berbeza bagi setiap daerah kerana setiap PBT mempunyai peraturannya sendiri.

Secara asasnya jikalau hendak membuat pecahan kepada lot kediaman, keluasan lot kecil tersebut adalah bergantung kepada jenis kediaman yang akan didirikan. Bagi lot kediaman berupa rumah teres, perlulah mempunyai rezab jalan depan dan rezab jalan belakang rumah. Keluasan minima bagi setiap lot rumah teres adalah 20 X 70 kaki ( 1400 kp ). Rezab jalan depan pula adalah 40 atau 20 kaki dan rezab jalan belakang pula adalah 20, 15, 10 atau 7 kaki.

Bagi lot rumah banglo berkembar ( Semi-D ) dan lot banglo hanya perlu disediakan rezab jalan depan rumah saja. Tidak ada keperluan untuk menyediakan rezab jalan belakang rumah. Keluasan minima bagi lot rumah jenis Semi-D adalah 2800 kp ( 35 X 80 kaki ) manakala bago lot rumah banglo pula adalah 4500 kp ( 50 X 90 kaki )

Jadi saya tak dapat nak berikan berapakah jumlah lot kecil yang boleh dipecahkan daripada 1 ekar kerana jumlahnya adalah bergantung kepada jenis rumah dan juga bentuk lot tanah tersebut iaitu jarak lebar dan panjangnya.

Unknown berkata...

bole saya tahu..aplikasi ukur pemancangan bangunan ap yer..
puas saya cari..tolong sy...detail

hazimah berkata...

assalamulaikum tuan,
boleh saya tahu tentang pengendalian jurukur terhadap kesilapan yang dilakukan oleh surveyornya...tentang proses dan lgkah yang diambil oleh jurukur.

Nick JTK berkata...

"Aplikasi" yang saudara maksudkan itu, apakah yang sebenarnya..?
Samada aplikasi untuk android atau program yang ada dalam alat ukur / total station..?

Tolong jelaskan lebih lanjut supaya mudah saya dan pembaca yan lain faham soalan anda...

Nick JTK berkata...

Waalaikumsalam...

Saya keliru dan tak faham apakah maksud sebenar soalan anda. Surveyor dan jurukur adalah orang yang sama cuma surveyor itu dalam bahasa Inggeris sementara jurukur pula dalam bahasa Malaysia.

Tolong jelaskan soalan anda dengan bahasa yang mudah saya dan pembaca lain fahami supaya dapat kami membantu anda memberikan jawapannya....

V berkata...

Hai..boleh tunjukkan langkah mau buat setting out building ka??

Nick JTK berkata...

Anda boleh membeli e-book garis panduan cara cara membuat setting out bangunan secara praktikal di tapak pembinaan kalau anda betul betul berminat nak belajar dengan cara kirimkan e-mail pertanyaan kepada saya. Nanti saya akan tunjukkan cara bagaimana anda boleh membelinya dengan harga RM30.

Terima kasih...

neddy berkata...

hai admin.. saya nak tanya..
apakah tindakan yang perlu kita lakukan apabila terdapat satu sahaja tanda sempadan apabila hendak mulakan kerja ukur?
apa yang saya tahu, kita perlu lakukan cerapan matahri dan juga cari sempadan lain
tapi, boleh tak admin terangkan dengan lebih lanjut lagi?
thanks admin:)

Nick JTK berkata...

Walaupun untuk membuat cerapan matahari, kalau dengan hanya ada 1 batu sempadan sahaja, maka tak dapatlah dibuat kerana 1 batu sempadan itu ( kecuali batu bernombor ) tidak dapat memberikan kita maklumat tepat mengenai kedudukan kodinitnya, serta bearing.

Bagi menentukan kedudukan tepat dari segi kordinit dan juga bearing perlulah mempunyai sekurang kurangnya 2 batu sempadan samada yg bersebelahan atau tidak.

Memanglah ketika belajar, apabila hendak memulakan kerja ukur perlu membuat ukuran traverse dahulu. Dan untuk membuat traverse pula perlu mempunyai 3 btu sempadan yg masih dalam keadaan baik mengikut seperti dalam Pelan Akui. Tetapi jika kita tak dapat jumpa 3 batu yg sebegitu, tetapi kalau kita tetap juga nak ikut peraturan seperti yang tertulis dalam buku maka kita akan membuang banyak masa hanya sekadar nak buktikan datum dengan mencari sampai jumpa 3 batu sempadan yang masih berkeadaan baik.

Itu adalah teori sewaktu belajr tetapi di dalam praktikal pekerjaan, kita sebenarnya boleh meneruskan kerja samada membuat traverse atau ukuran dengan hanya menggunakan 'datum anggapan' dahulu.

Dengan menggunakan bearing kompas, pasang alat di atas batu yang kita jumpa tadi teruskan membuat bacaan station yg seterusnya dan buatlah traverse secara satu pusingan dan tutup traverse itu di batu yang kita mula tadi. Buatkan pembetulan bearing dan jarak traverse kita itu.

Tetapi jgn lupa, kita buat kerja traverse tadi hanya dengan datum anggapan berpandukan bearing kompas sahaja. Setelah selesai membuat traverse barulah kita cari batu sempadan di tempat lain yg mungkin agak jauh sikit dari situ.

bila dah jumpa dgn batu sempadan yg berkeadaan baik brulah kita buat satu traverse lagi untuk menghubungkan dengan station traverse yg pertama tadi yg kita cuma gunakan datum anggapan bearing kompas sahaja.

Jadi dengan cara begini, kita tidak akan membuang masa kita hanya sekadar nak ikut peraturan pertama iaitu membuktikan datum dengan 3 biji batu sempadan yg masih berkeadaan baik. Datum anggapan juga boleh digunapakai tetapi setelah siap kerja-kerja ukur atau kerja traverse, kita cari pula batu sempadan di tempat lain kemudian buatkan hubungan dgn station berbearing datum anggapan tadi, buatkan pembetulan dan masalah selesai dgn tidak banyak membuang masa.

Cerapan matahari hanya perlu dilakukan apabila kita sudah mencapai 20 station traverse tetapi tiada batu sempadan untuk ditutup. Lakukan cerapan matahari untuk membuat pembetulan dari segi bearing dan altitud ( vertical )

Sekali lagi saya ulangi, kita masih boleh teruskan membuat kerja ukur traverse tanpa datum dari 3 batu sempadan yang berkeadaan baik tetapi kita gunakan datum anggapan dahulu sebelum di akhir nanti kita tutp traverse kita itu dan hubungkan dengan batu sempadan di tempat yg lain pula kemudian buatlah pembetulan untuk bearing dan juga jarak serta kodinit.

Jangan membuang masa hanya sekadar nak dapatkan dqtum seperti yg tertulis dalam buku sewaktu belajar dahulu..

Safwan Salleh berkata...

Assalamualaikum tuan, maaf kalau soalan tak berkaitan. Saya merupakan agen hartanah. Ada client saya mempunyai sebidang tanah kosong untuk dijual. Tanahnya dikelilingi oleh tanah kosong kepunyaan orang lain. Geran dah ada. Cuma bagaimana saya nak pastikan tanah yang dia claim itu memang adalah tanah yang terdapat dalam geran. Takut2 tertukar dengan tanah orang lain di sekelilingnya.

Nick JTK berkata...

Waalaikumsalam...

Untuk memastikan informasi serta lokasi tanah yang dikatakan itu adalah benar dan tidak salah sebagaimana yang dikatakan oleh pemilik tanah, tuan perlu membuat 2 perkara seperti berikut..

1. ) Tuan perlu pergi ke Pejabat Tanah Daerah tanah itu berada dan buat 'Pencarian Rasmi' ke atas lot tanah tersebut. Dalam dokumen carian rasmi tersebut akan tertulis segala informasi terkini berkenaan tanah tersebut seperti nama pemilik, keluasan tanah, jenis kegunaan tanah, jenis hakmilik samada kekal atau pajakan dan juga sebarang kavaet jika ada pihak lain yang mempunyai hak ke atas hakmilik tanah tersebut telah membuat permohonan bagi menghalang sebarang urusan mengenai tanah tersebut tanpa persetujuan dari pihaknya terlebih dahulu.

2.) Tuan perlu mengupah seorang jurukur tanah untuk menandakan batu dan garisan sempadan bagi lot tanah tersebut supaya lebih jelas pandangan mata dan bagi memastikan tidak menceroboh atau dicerobohi oleh tanah-tanah pemilik lain dikelilingnya.

Itulah cara yang betul bagi memastikan kebenaran informasi yang telah diberikan oleh pemilik tanah berkenaan tanahnya..

Safwan Salleh berkata...

Cabutan hak milik sudah ada. Tuan tanah pun pernah upah juruukur sebelum ni. Cuma sy ada sedikit sangsi dgn info yg diberikan oleh tuan tanah. Jadi nampaknya sy kena dptkan juruukur dari pihak saya lah kan?

Nick JTK berkata...

Iya tuan, itulah langkah yang terbaik bagi memastikan kebenaran maklumat yang telah diberikan oleh pihak tuan tanah tersebut. Dengan membuat penandaan semula sempadan lot tanah tersebut barulah akan jelas dan dapat dipastikan sempadannya dan juga bagi memstikan tidak timbul sebarang masalah dimasa hadapan.

Dalam hal tanah ni walaupun se inci saja tetapi bagi sesetengah tuan tanah ia amatlah sensitif dan jika ada perlanggaran sempadan kemungkinan dia akan mengambil tindakan undang-undang seperti membuat laporan polis atau pun tindakan saman menggunakan peguam bagi mempertahankan haknya..

namza berkata...

Assalam tuan,sudi kira beri pendapat,adakah jalan penyelesaian lain,selain dari merobohkan rumah yg mana rumah tersebut telah dibina mengikut garis sempadan(parit) yg betul dan setelah kerja ukur baru(semula) d buat rumah tersebut telah masuk ke kawasan tanah sebelah,anggaran 15kaki.
Terima kasih.

Unknown berkata...

SAYA ISMAIL OSMAN ADA NAMA DALAM GERAN BERUKURAN 577/118272 BAHAGIAN DARI PADA KELUASAN 2.19 HEKTAR DI KG SG MULIA,BATU 5,JALAN GOMBAK 53000 KUALA LUMPUR DIATAS TANAH TANAH LOT 504SOALAN SAYA INGIN TAHUBERAPA KELUASAN TANAH SAYA DALAM KAKI PERSEGI.SAYA KURANG FAHAM ISTILAH PENGGUNAAN PERBABAHAGIAN YANG DI GUNA PAKAR.EMAIL SAYA ISZAISMAIL@ GMAIL.COM.HARAP DAPATJAWAPAN DARI TUAN.SEKIAN TERIMA KASIH.TEL SAYA 0163767946

ibnu noriha berkata...

salam tuan,

apakah itu demarkasi? apakah garis panduan dan syarat-syarat bagi pelaksanaan demarkasi.
Boleh terangkan secara ringkas?
terima kasih

Nick JTK berkata...

Salam..
Ukur demarkasi adalah merupakan kerja ukur bagi menandakan kedudukan sempadan lot tanah. Secara biasanya setiap sempadan lot tanah itu akan ditandakan dengan batu sempadan bagi lot yang telah diberi kelulusan terbitan oleh pihak pejabat tanah daerah. Tetapi kerja penandaan menggunakan batu sempadan hanya boleh dilakukan oleh pihak Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia atau pihak jurukur berlesen yang telah dilantik oleh pihak jabatan ukur. Jikalau kerja penandaan itu dilakukan bukan atas lantikan dari jabatan ukur biasanya paip besi atau paku atas kayu piket saja yang digunakan bagi menggantikan batu sempadan yang telah hilang.

Oleh kerana kerja ukur demarkasi ini merupakan kerja ukur berkelas pertama maka perlulah dilakukan dengan mematuhi setiap peraturan yang telah digariskan dalam apa yang dinamakan sebagai 'peraturan ukur tanah' atau 'survey regulation' oleh jabatan ukur.

Banyak peraturan yang perlu dipatuhi dan tidak dapatlah hendak diperjelaskan disini satu persatu.

Jikalau anda mahu mengetahuinya secara terperinci, anda boleh mendaptkannya di laman web JUPEM kerana disana terdapat garis panduan dan peraturan bagi setiap jenis kerja ukur tanah dan dari masa ke semasa akan di update kan mengikut ketetapan terkini.

https://www.jupem.gov.my/

Nick JTK berkata...

Contoh bagi memudahkan anda faham dengan 2 proses tersebut iaitu 1.) PECAH BAHAGIAN dan 2.) PECAH SEMPADAN.

Ada 1 lot tanah yang berkeluasan 4 ekar. Di dalam geran tanah lot tersebut dituliskan bahawa terdapat 4 orang penama hakmilik tanah dengan masing-masing mempunyai 1/4 bahagian.

1.) PECAH BAHAGIAN

Jika lot tanah itu dibuat 'Pecah Bahagian' maka tanah tersebut akan dibahagikan kepada 4 bahagian yang sama luas di dalam satu pelan cadangan Pecah Bahagian lot tersebut. Selepas kesemua 4 pemilik tersebut bersetuju dengan pecahan yang telah dibuat dan menurunkan tandatangan di atas Pelan Pecah Bahagian yang disediakan oleh Jurukur Berlesen maka pihak Pejabat Tanah Daerah akan membuat 4 geran tanah yang baru dengan setiap lot tanah baru itu hanya mempunyai 1 nama pemilik sahaja dengan luas 1 ekar. Kemudian lot tanah yang asal dengan gerannya sekali akan dibatalkan pendaftarannya dan dihapuskan. Proses pecah bahagian ini akan menjadikan setiap pemilik tanah itu mendapat geran tanah berasingan dengan luas yg sama seperti luas bahagian hakmiliknya di dalam geran yang asal.

2.) PECAH SEMPADAN

Jika lot tanah itu dibuat 'Pecah Sempadan' kepada 4 lot yang baru dengan setiap satu lot baru itu berkeluasan 1 ekar. Sama juga seperti proses pecah bahagian di atas, setiap pemilik tanah tersebut perlulah memberikan persetujuan dengan menurunkan tandatangan ke atas Pelan Pecah Sempadan ysng disediakan oleh Jurukur Berlesen. Maka pihak Pejabat Tanah Daerah akan membuat pula 4 geran tanah yang baru bagi menggantikan geran tanah yang asal dengan keluasan tanah setiap lot baru dalam geran baru itu adalah 1 ekar setiap satu. Yang berbeza dengan proses Pecah Bahagian tadi adalah, di dalam geran tanah bagi setiap lot baru tersebut masih juga ditulis dengan 4 nama sebagai pemilik tanah dengan masing-masing mempunyai 1/4 bahagian. Buatlah berapa pun lot baru dengan geran tanah yang baru tetapi penama bagi hakmilik tanah itu tetap juga sama seperti yang dituliskan di dalam geran tanah asal sebelum dibuat proses Pecah Sempadan.

Makanya yang berbeza antara Pecah Bahagian dan Pecah Sempadan adalah dari segi jumlah pemilik tanah dan juga luas bahagian masing-masing di dalam setiap lot tanah dan geran tanah yang baru dibuat. Pecah Bahagian, hakmilik tanah diasingkan tetapi pecah sempadan, hakmilik tanah tetap dikongsi sama seperti lot tanah yang asal

Unknown berkata...

Blog yg menarik dan bnyak info.. sya student dlm bidang geomatik .. blog ini bnyk membantu sya.. terima kasih 😊

Unknown berkata...

salam , boleh saya tahu apa dokumen yang perlu disediakan oleh pihak jurukur bagi tujuan submission kpd klien bagi kerja ukur topograi dan butiran menggunakan gps rtk ?

Nick JTK berkata...

sama2..
SHARING IS CARING itu matlamat kami...

Nick JTK berkata...

Salam...
Buat kerja ukur topografi & butiran samada gunakan alat total station, GPS atau pun drone yang berbeza hanyalah peralatan kerja sahaja tetapi pelan yang perlu dihasilkan tetap sama iaitu Pelan Topografi & Butiran yang dalam 2 format iaitu hard copy biasanya dalam kertas size A1 atau A0 bergantung kepada scale yang digunakan serta luas kawasan pengukuran yang terlibat. Format kedua pula adalah dalam bentuk soft copy jika diminta oleh pelanggan samada dalam format AutoCAD atau PDF. Pastikan ada garisan kontor tinggi aras tanah major & minor dalam pelan tersebut. Dan pastikan dalam soft copy pelan AutoCAD pula setiap titik point dan juga garisan kontor itu dalam 3D yang betul untuk kodinit & tinggi aras ( X,Y,Z )

Itu sahaja yang perlu diberi kepada pelanggan iaitu pelan topografi samada dalam bentuk biasa iaitu atas kertas size A1 atau A0 dan juga dalam format softcopy iaitu salinan pelan dalam format samada AutoCAD atau PDF

Unknown berkata...

terima kasih , sangat membantu .. satu lagi solana apa kegunaan keratan memanjang dan keratan rentas di di dlm sesebuah pelan ?

puan suria mama 3 berkata...

bgus blog nice info nya....bidg geo ukur tanah ni memg besar peluang kerja especially klau nak masuk oil gas..keje dgn jabatan tanah ok..dll..sy share ckit...jjika ade nak belajar bidg ni .bole msuk dkt geomatika uni kl... nak bljr bidg geomatik ni bole pm sis..intake utk july dh mula....ade tawaran biasiswa dan percuma asrama..serta yg penting program job placement yg bole jamin kerja..nak tau lebh psl program ni bole wsp ka 011-16930576 -ade sijil dan diploma..sijil tu utk org umur 16 ke 40 tahun bole aply..

Mohamad mbt ent berkata...

Assalamualaikum sy mencari kontraktor yang ada buat leveling, keluasan 6 ekar di pulai, jika minta hubungi sy segera utk kira2 bq, wassap 0132729225 mohamad

er1sha berkata...

perincian yg baik..alhamdulillah sgt bermunafat.trima kasih tuan.

Catat Ulasan

PERINGATAN :-

PEMBACA yang mahu menulis di ruang komen PERLU MENULIS nama ID atau menulis 'NAMA SAMARAN'. Sebarang ulasan dan pertanyaan dari 'TANPA NAMA' akan dihapuskan. Penggunaan bahasa perlulah yang penuh DAN berhemah. Penulisan dengan gaya BAHASA SMS yang tidak difahami AKAN DIHAPUSKAN