Isnin, 6 Jun 2011

KERJA UKUR KEJURUTERAAN : SETTING OUT BANGUNAN




Entri kali ini adalah mengenai kerja asas pengukuran kejuruteraan untuk bangunan. Setiap bangunan terdiri dari 3 bahagian iaitu tapak, dinding dan bumbung. Tapak bangunan adalah yang paling penting sekali dan perlukan pengiraan serta ukuran yang tepat. Walaupun ukur kejuruteraan termasuk dalam ukuran kelas 3 tapi apabila membuat setting-out untuk bangunan atau rumah kediaman kerja ukuran perlulah dilakukan secara kelas pertama. Kerana kalau tersalah pengiraan lokasi ( x , y ) atau tersalah diberi ketinggian aras level maka bangunan tersebut akan tersalah bina dan tak mengikut rekabentuk sebenar seperti yang telah ditetapkan oleh jurutera dan arkitek.

Dalam setiap tapak bangunan atau dalam bahasa Inggeris disebut ‘foundation’ biasanya terdapat tiang piling ( bagi jenis tanah lembut atau pun tanah filing ), footing ( bagi jenis tanah keras atau berbatu ), pilecap, stump, ground beam, tiang column, tiang stifner dan lantai bangunan.

Pada bahagian dinding pula terdapat pintu, tingkap dan floor beam untuk tingkat atas manakala pada bahagian bumbung terdapat roof beam, rangka siling & siling, rangka atap dan atap ( samada zink, asbetos atau genting ). Ada juga bumbung bangunan yang diperbuat dari konkrit yang rata.

Perkara pertama yang mesti jurukur tapak buat ialah membaca dan mengkaji pelan arkitek dan pelan struktur rekabentuk bangunan ( piling layout, footing layout dan ground beam layout ). Pastikan terlebih dahulu pelan dari arkitek dan pelan dari jurutera rekabentuk sama dari segi ukuran setiap bucu bangunan dari dinding ke dinding dan tingkat ke tingkat. Mengikut pengalaman penulis selalunya terdapat perbezaan kecil bagi jarak dari satu tiang ke tiang yang lain. Atau pun terdapat percanggahan dari segi saiz keluasan sesuatu ruang yang berada dalam bangunan tersebut. Setelah kita mengkaji setiap pelan tersebut dan didapati ada percanggahan maka cepat-cepatlah beritahu pada pengurus projek untuk mendapatkan ulasan dan tindakan susulan yang perlu dibuat.

Perkara kedua yang perlu dilakukan oleh jurukur pula adalah membuat ‘pre-comp plan’ bagi memastikan kedudukan dan keluasan bangunan tersebut di dalam lot tanah adalah tepat mengikut pelan rekabentuk dan arkitek serta tidak ada pertindihan dengan infrastruktur lain seperti rezab jalan, rezab parit, saluran paip dan kumbahan serta lain-lain.

Setelah dua perkara di atas telah jurukur pastikan betul dan tidak mempunyai masalah barulah boleh dimulakan kerja pengukuran dan penandaan di atas tanah. Selagi masih bermasalah jangan sesekali jurukur meletakkan walau sebatang peg pun kerana kemungkinan besar akan ada perubahan pada pelan bangunan tersebut dan bagi mengelak dari membuat kesalahan atau mengulang kerja yang sama berulang kali.

KERJA2 PENGUKURAN SETTING OUT BANGUNAN

1.) Mulakan kerja pengukuran dengan membuat station terabas kawalan horizontal secara tertutup dan mengelilingi keseluruhan tapak pembinaan tersebut. Selain itu tandakan juga lokasi bangunan itu di atas tanah bagi memberikan jurukur lebih informasi mengenai keadaan sebenar tapak bangunan tersebut

2.) Buatkan juga TBM ( batu aras sementara ) berdekatan dengan tapak bangunan itu tetapi pastikan letaknya ditempat yang selamat dan senang untuk dibaca apabila kita perlu membuat kerja2 pelarasan kawalan ketinggian bangunan tersebut. Pastikan TBM itu di konkritkan supaya dapat bertahan lama dan kekal disitu. Tuliskan juga ketinggian aras laras pada TBM itu untuk memudahkan kerja ukur.

3.) Setelah siap kerja2 asas pengukuran iaitu terabas dan leveling dan dibuat pembetulan, dengan berpandukan pada pelan struktur samada pelan piling layout, footing layout atau pun ground beam layout jurukur perlu menandakan pula baseline bagi paksi X dan Y bangunan itu mengikut pelan layout di atas tanah. Contohnya bangunan itu bersegi 4 maka kita tandakan 4 penjuru bangunan tersebut yang telah di offsetkan sekurang kurangnya 2 meter ke belakang daripada garisan gridline pertama dan terakhir dan pagarkan supaya peg tersebut dapat bertahan lama, tidak diusik sewaktu kerja2 pembinaan dijalankan. Sebaiknya gunakanlah peg dari paip besi dan konkritkan tapaknya supaya tetap kekal disitu dalam jangkamasa yang lama serta tuliskan juga nombor gridline pada tapak peg itu contohnya A/1, A/9, F/1 & F/9. Dan jangan lupa dibaca juga ketinggian aras setiap peg tadi.

4.) Pekerja pembinaan bagi membuat kerja2 tapak asas bangunan tersebut kebiasaannya akan membuat pagar kayu yang dipanggil ‘profile board’ ( pagar profile ) disekeliling tapak bangunan itu dengan berpandukan baseline yang ditandakan oleh jurukur kecuali jika kerja2 menanam cerucuk/piling perlu dilakukan terlebih dahulu. Pastikan ketinggian pagar profile itu adalah di paras tinggi lantai siap ‘finish floor level’ ( FFL ) bangunan tersebut. Jadi jurukur perlu memberitahu kepada pekerja tadi dengan menulis di peg tersebut berapa tinggi dari peg ke tinggi FFL. Setelah pagar profile itu siap dipasang tugas jurukur seterusnya adalah menandakan dengan tepat kedudukan gridline 4 penjuru A/1, A/9, F/1 & F/9 tadi ke atas pagar profile tersebut dengan menggunakan paku. Kemudian jurukur perlu memastikan juga yang jarak paku ke paku yang ditandakan itu adalah tepat mengikut jarak yang dituliskan dalam pelan layout. Tanda paku bagi gridline yang selebihnya pula akan ditanda sendiri oleh pekerja pembinaan.




5.) Jikalau ada kerja2 menanam cerucuk di tapak bangunan itu maka jurukur perlu menandakan lokasi ‘piling point’ di atas tanah mengikut gridlinenya dengan tepat berpandukan pada pelan piling layout. Setelah siap kerja menanam cerucuk dan dipotong baki batang piling tersebut pada paras ‘cut off’ yang dimahukan oleh ‘supervisor’ projek bangunan itu maka jurukur perlu pula membuat satu ukuran ‘as-built’ piling iaitu dengan merekodkan X,Y center line batang piling yg telah dipotong tadi. Ini adalah untuk memastikan batang2 piling itu berada tepat di tempatnya dan tidak lari ke arah lain terlalu jauh. Selepas itu barulah pagar profile boleh dipasang oleh pekerja pembinaan dan jurukur menanda kedudukan gridline seperti perkara (4) di atas.

6.) Seterusnya kerja2 penandaan tapak footing/pilecap akan dilakukan oleh pekerja pembinaan dengan cara menarik benang bagi 2 garisan gridline yang berlainan secara bersilang ( lihat foto rujukan di atas ). Jurukur akan diminta memberikan paras kedalaman dan ketebalan setiap footing/pilecap yang akan dikorek oleh pekerja binaan tersebut. Setiap perbezaan pada saiz footing/pilecap maka kedalamannya juga akan berbeza dengan nombor rujukan bagi footing/pilecap itu juga akan berbeza mengikut jadual footing/pilecap yang telah disediakan oleh jurutera struktur.

7.) Seterusnya apabila footing/pilecap tadi telah siap dibuat maka jurukur perlu menanda pula ketinggian ground beam serta FFL pada casing atau framework kayu tiang column yang belum lagi dikonkritkan. Perlu diketahui disini kegunaan pagar profile sebenarnya adalah untuk memudahkan kerja penandaan gridline setiap tiang2 column yang akan dibina. Periksa dengan teliti sekali lagi pada pelan piling layout atau footing layout kerana kebiasaannya terdapat jarak offset yang tertentu bagi sesetengah tiang dan tak semestinya berada tepat di atas garisan gridline yang telah ditandakan. Dengan memastikan tinggi pagar profile itu berada di paras ketinggian 'finish floor level' maka pagar profile itu juga dapat digunakan sebagai penanda aras bagi memudahkan pekerja pembinaan menentukan ketinggian stump yang akan dibina. Stump adalah merupakan penyokong antara footing/pilecap dan ground beam.



8.) Seterusnya setelah siap ground beam maka jurukur perlu memastikan pula besi2 tiang column yang belum dikonkrit itu berada dikedudukan yang tepat dan tegak tidak condong.

9.) Dan apabila casing atau acuan framework tiang2 column telah siap dipasang maka jurukur perlu pula menanda ketinggian untuk floor beam bagi tingkat yang seterusnya.

10.) Sekarang ini kerja2 jurukur dah menjadi bertambah mudah. Apa yang perlu dilakukan hanyalah memindah station control ke tingkat yang atas untuk kerja kawalan horizontal dan memindahkan juga TBM ke tingkat atas. Dan kerja ini perlu diulang lagi setiap siapnya tingkat atas yang baru. Pada waktu ini jurukur hanya perlu memastikan bucu bangunan dan tiang column tadi tidak condong dan ketinggian paras floor beam adalah mengikut pelan struktur dan arkitek.

NOTA KAKI :

Kerja2 pengukuran di atas adalah merupakan kerja2 asas sahaja dan bagi bangunan yang ketinggiannya tak melebihi 5 tingkat. Bagi bangunan yang lebih tinggi pula asasnya adalah sama melainkan alat yang digunakan sedikit berbeza. Untuk memindahkan station control ke tingkat yang lebih tinggi pula jurukur perlu menggunakan alat yang di panggil ‘laser optical plummet’ dengan cara membuat 3 atau 4 station control di atas lantai tapak bangunan secara ‘L’ , ‘Y’atau pun 'X' kemudian ditebuk lubang samada bulat atau segiempat pada lantai tingkat atas seluas 3-4 inci dan tak perlulah besar sangat kerana selepas ini ia akan ditutup semula. Alat laser optical plummet ini berfungsi memastikan point control dibawah dan diatas adalah pada kedudukan paksi yang sama atau dalam ertikata lain sama kordinit X,Y nya dan jarak tertinggi yang boleh di capai adalah 150 meter. Ketegakan bucu bangunan pula dapat di kawal dengan menggantung plumbob yang seberat 5-10 kilogram di tingkat atas dan disetkan pointnya di bawah sekali iaitu di bahagian luar lantai tapak bangunan pada jarak yang tetap iaitu antara 1 atau 2 kaki dari dinding bangunan.

Oleh kerana terdapat banyak pertanyaan yang perlukan penjelasan lanjut maka penulis telah tuliskan siri ke-2 bagi entri ini. Bukanlah penjelasan lengkap tetapi sekadar menjawap pertanyaan yang banyak penulis terima pada entri ini sahaja.

( klik link bawah )  


-----------------------------------------------------

Dan kepada yang berminat untuk dapatkan E-book Setting-Out Bangunan : Buku Garis Panduan Bagi Kerja Pengukuran Bangunan Secara Praktikal Di Tapak Pembinaan 
Ditulis sendiri oleh penulis daripada pengalaman lebih 20+ tahun dalam kerja ukur terutamanya kejuruteraan.

HARGA : RM 30

Kirimkan tempahan atau pertanyaan melalui :

WhatsApp : 012-3949064
( Jurukur Nizam @ nick )


Cover E-book Setting Out Bangunan




TERIMA KASIH

Jurukur Tanah Klang @ 2022

31 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam..
bolehkah saya dapatkan nota untuk ukur bangunan high risk melebihi 5 tingkat,n contoh beserta gambar?

Nick JTK berkata...

Wasalam..
Terdapat nota internet dan foto lakaran untuk soalan saudara tapi malangnya penjelasan untuk kerja ukuran ini sangat ringkas dan agak sukar difahami oleh jurukur yang tidak berpengalaman dalam kerja2 ukuran bangunan tinggi. Jadi secara ringkasnya dan dalam bahasa yang mudah saya akan cuba tuliskan disini cara2 membuat kerja ukuran untuk soalan saudara.

Kerja ukuran untuk bangunan tinggi sama saja dengan kerja ukuran setting out yang lain. Cuma yang berbeza adalah alat yang digunakan untuk membuat traverse dari 1 tingkat ke 1 tingkat yang lebih atas perlu menggunakan alat "optical plummet" iaitu alat yang dapat melihat point ( biasanya kepala paku ) control station kita bukan saja yang di bahagian bawah tetapi dapat juga melihat kedudukan point station itu yang berada di bahagian atas secara menegak. Sekarang alat ini juga terdapat dalam bentuk laser optical. Fungsi alat ini adalah sepertimana sewaktu kita set total station pada station control point, kita perlu melihat paku atau point station itu. Bagi 'total station' kita hanya dapat melihat point yang ada di bahagian bawah, berbeza dengan alat ini kita dapat melihat point di bawah dan juga di atas ( menegak dan sama kordinit ). Di lantai pada bahagian terbawah bangunan itu, kita buatkan 3 atau 4 station seperti biasa dan kita ukur jarak dan bearing station2 itu sepertimana kita membuat kerja traverse. Kemudian dengan alat ini point2 station tersebut kita transferkan ke bahagian atas secara menegak ( kordinit yang sama ) dengan cara membuat lubang kecil pada lantai bahagian atas sewaktu kerja konkrit lantai atas hendak dilakukan. Contohnya kita telah membuat 4 station pada 4 penjuru lantai bawah. Jadi sekarang kita perlu membuat 4 lubang untuk transferkan 4 station itu ke lantai atas pula. Bila konkrit lantai atas sudah kering dan dibuka formworknya. Maka sekarang apa yang perlu kita buat adalah pindah ke lantai atas dan ukur jarak dan bearing ke empat empat point yg di atas itu. Jarak dan bearing perlulah sama sepertimana station yang ada pada bahagian lantai terbawah. Jadi sekarang dengan adanya control point yang sama kordinit di atas maka dapatlah kita pastikan ketegakan atau verticality bangunan itu tetap sama seperti di bahagian bawah. Cuma untuk ukur aras ( leveling ) kita perlu lakukan seperti biasa iaitu dengan menggunakan alat dumpy level dan setaf dari 1 tingkat ke 1 tingkat. Untuk memastikan ketinggian lantai atas adalah tepat kita perlu tandakan tinggi lantai pada formwork setiap tiang sebelum kerja konkrit lantai atas dilakukan. Jadi sekarang secara horizontal dan vertical bangunan itu adalah terkawal.

Tanpa Nama berkata...

terima kasih atas info y sgt bermanfaat

Muhammad Ikhwan berkata...

bro selalu buat ukur bangunan?

Nick JTK berkata...

Boleh dikatakan saya dah terbabit dalam banyak projek dan dalam banyak bidang displin ukur. Saya pernah bekerja dengan syarikat kerjatanah, syarikat pembuat bangunan, kerja infrastuktur, highway dan berpengalaman juga dalam kerja ukur hidrografi.

Buat masa sekarang pula saya banyak terlibat dalam kerja2 ukur bagi binaan 'marine engineering' seperti membuat jeti, dockyard, pelabuhan dan juga rumah api. Walau pun begitu saya masih juga menyimpan cita cita sekali dalam seumur hidup saya ingin membuat kerja ukur bagi bangunan 'high rise' yang melebihi dari 50 tingkat kerana sampai sekarang saya masih lagi tidak berpeluang melakukannya.

Azlina berkata...

Salam.. nice blog n nota... ada tak nota or apa2 info pasal aplikasi ukur dalam setting-out struktur kejuruteraan. Ni tajuk assignment group sy.. klu ada tlg emailkan ke eina5783@gmail.com

Tanpa Nama berkata...

salam..saya kurang faham ukur kawalan ufuk dan pugak bagi sebuah bngunan..blh terangkan langkah kerja agar lebih difahami..terima kasih.. honeyberry_dd@yahoo.com

Tanpa Nama berkata...

salam..saya kurang faham ukur kawalan mendatar dan pugak bagi sebuah bngunan..blh terangkan langkah kerja agar lebih difahami...thanks...
mirotic221@gmail.com

Tanpa Nama berkata...

salam...sya nk dapatkan nota penyiasatan tapak kt aner???saya cri tak jumpa laa..

Nick JTK berkata...

Sila baca bahagian kedua bagi tajuk kejuruteraan bangunan ini. Terima kasih kerana sudi menjengah ke sini..

tokbuu berkata...

salam untuk semua yang menjengah! bagus! informasi yang amat berguna bagi saya sebagai seorang penyelia projek yang baru bertugas, dengan sedikit pengetahuan asas binaan dan dari pengalaman bekerja sendiri dan ditambah pula dengan tips-tips dari pengarang seperti anda insyaallah saya berkeyakinan tiggi didalam menjalankan tugas sebagai team leader, saya akan terus menjengah kesini lagi untuk menimba ilmu dari kalian! minta halalkan ilmu dari anda semoga saya mendapat keberkatan dari rezki hasil kerja saya, terima kasih!!

Tanpa Nama berkata...

salam,.boleh terangkan pasal pelan topo,pelan cross sect dan long sect, pelan as-built dan juga pelan setting out,.nak tahu tentang pengukuran yang menghasilkan pelan-pelan tersebut,please,.tQ

Tanpa Nama berkata...

salam,bleh x sy dptkan contoh pelan setting out bagi bangunan ?

Tanpa Nama berkata...

sy sterss

Tanpa Nama berkata...

no komen.....

Tanpa Nama berkata...

ha.bleh jeeee...

Tanpa Nama berkata...

salam bos mmg terbaik la ilmu yg dikongsi d sini.sgt2 informatif.saya juga berminat utk tau ada x cara yg lbih sng/,moden utk kerja2 setting out piling points guna total station dr 1 station yg tetap,blh email jgk kpd triziegen92@gmail.com.tq

Nick JTK berkata...

Wasalam...

Cara yang paling senang untuk buat kerja-kerja setting out guna total station adalah dengan cara menggunakan menu "SETTING OUT" atau "STAKE OUT" atau "S-O" yang terdapat dalam setiap total station tak kira apa jenama pun.

Cara-caranya :-

1.) Sewaktu baru nak memulakan kerja perlulah dimasukkan data-data berikut ke dalam total station iaitu Kordinit station, RL station, tinggi alat dan tinggi target prism yg digunakan

2.) Seperti biasa selepas semua data dah dimasukkan, setkan back bearing dan sebolehnya dibaca dengan prism supaya kita dapat pastikan bahawa bearing yang kita gunakan adalah betul

3.) Carilah menu "SETTING OUT" atau "STAKE OUT" atau "S-O" di dalam total station tersebut.

4.) Setelah masuk ke dalam menu "S-O" tadi, pertamanya masukkan kordinit X,Y piling point yg nak ditandakan katakanlah point P1 kemudian tekan ENTER

5.) Alat total station kebiasaannya akan berikan JARAK & BEARING bagi point P1 tersebut untuk kita catatkan atau buat pengesahan. Teruskan dengan menekan ENTER

6.) Kemudian kita perlulah pusingkan ke kiri atau kanan sehingga bearing yg tertera pada display menjadi 00 00' 00"

7.) Arahkan chainman meletak prism pada garisan 00 00' 00" tersebut dan bacalah jaraknya

8.) alat total station akan berikan petunjuk bahawa jarak prism itu masih kurang atau dah terlebih. Biasanya ada 2 atau 3 garisan jarak akan ditunjukkan pada display iaitu Jarak sebenar, jarak yang dibaca dan +/- jarak tersebut. + adalah bermakna jarak yg dibaca sudah terlebih dan - pula menunjukkan jarak masih kurang. Sama seperti bearing tadi, alihkan prism mengikut jarak yg diperlukan sehinggalah mendapat bacaan 0.000m

9.) Setelah dibaca kedudukan prism dan alat menunjukkan bearing 00 00' 00" serta jarak 0.000m maka kedudukan itu adalah kedudukan yg tepat bagi point P1 yg kita nak tandakan

10. ) Setiap alat total station mungkin berlainan sedikit menunya tetapi cara untuk membuat kerja S-O ini basanya adalah lebih kurang sama saja

Tanpa Nama berkata...

bro joint survey 2 untuk pe?? berbeza dengan as buit survey kan.. joint survey nak tentukan pe??

Nick JTK berkata...

'Asbuilt survey' adalah membuat pengukuran bagi setiap kerja yang dah siap seperti lantai, tangga, parit, jalan, sebahagian bangunan atau keseluruhan bangunan tersebut. Asbuilt survey dilakukan sendiri oleh jurukur tapak pembinaan dan kadang-kadang pihak jurukur berlesen diperlukan untuk membuat asbuilt survey ini.

Manakala bagi kerja pengukuran 'joint survey' pula bergangtung pada banyak sebab. Tetapi alasannya adalah sama iaitu bagi memastikan tiada penipuan data dalam pelan yang akan dikeluarkan nanti. Setiap kerja joint survey akan dihadiri oleh banyak pihak yang terbabit seperti pihak pemilik projek, pemaju, konsultan, kontraktor dan lain-lain lagi. Ada pihak yang akan menghantar seorang pegawainya sebagai wakil tetapi ada juga pihak yang akan menghantar jurukur tanah sebagai wakilnya tetapi ada juga pihak yang akan melantik jurukur lain seperti jurukur berlesen sebagai wakilnya. Setelah dilakukan kerja pengukuran tersebut kesemua pihak akan menurunkan tandatangan mengakui bahawa kerja pengukuran tersebut telah disaksikan dan disahkan sebagai betul.

Tanpa Nama berkata...

salam tuan..nk tnya ttg setting out bg pembinaan jambatan..

Nick JTK berkata...

Wasalam...

Anda nak tanya pasal apa sebenarnya..?

Unknown berkata...

saya dpt satu tugasan..soalannya terangkan ukur pemancangan bagi pembinaan jambatan..

Nick JTK berkata...

Soalannya adalah terlalu ringkas jadi saya pun tak tahu nak mulai dari mana hendak menjawapnya.

Binaan infrastruktur jambatan sebenarnya ada berbagai bentuk dan kerja pengukurannya juga adalah bergantung pada bentuk dan jenis jambatan tersebut.

Ada jambatan darat contohnya seperti jambatan lebuhraya MRR2 yang merupakan lebuhraya yang dibina di atas jalan lama atau yang dinamakan sebagai persimpangan bertingkat kerana di bawah jambatan itu terdapat jalan atau jambatan lain yang dibina bertingkat-tingkat.

Ada jambatan sungai yang tiada satu pun tiang dibina di dalam sungai tersebut dan ada pula jambatan yang mempunyai tiang di dalam sungai tersebut.

Dan akhirnya ada pula jambatan yang keseluruhannya dibina di atas air seperti Jambatan Pulau Pinang yang panjangnya hingga berpuluh puluh kilometer.

Jadi bagi setiap jenis infrastruktur jambatan tersebut maka kerja-kerja pungukurannya juga adalah berlainan. Jadi inilah yang saya maksudkan tadi soalannya terlalu ringkas jadi tak dapatlah saya nak memberikan penerangan yang lebih terperinci bagi kerja-kerja pengukuran pemancangan seperti yang anda tanyakan...

Unknown berkata...

berminat untuk mencari pengalaman dalam setting out. hanya baca teori semasa diploma dahulu. Berharap dapat mengikut surveyor yang berpengalaman.

Nick JTK berkata...

Jikalau anda ingin bekerja sambil belajar saya sarankan anda join group Facebook SURVEYORS kerana disana sentiasa saja ada tawaran daripada surveyor taraf otai untuk merekrut surveyor baru..

https://www.facebook.com/groups/142388442487001/

Unknown berkata...

As salam, boleh tidak terangkan mcm mne proses peninjauan bagi meletakkan titik ukur kawalan mendatar dan menegak? tq

Unknown berkata...

MacamanNk beli buku ni...liensham.8008@gmail.com

Nick JTK berkata...

kesemua urusan bagi pesanan dan kiriman e-book tersebut adalah melalui email. Kirimkan pertanyaan anda ke alamat email di bawah :-

baganbeachboy@gmail.com

Helmi berkata...

Buku ini bagaimana cara pembelian nya

Nick JTK berkata...

Kirim Pesanan melalui :-

Email : baganbeachboy@gmail.com

WhatsApp : 012-3949064

Catat Ulasan

PERINGATAN :-

PEMBACA yang mahu menulis di ruang komen PERLU MENULIS nama ID atau menulis 'NAMA SAMARAN'. Sebarang ulasan dan pertanyaan dari 'TANPA NAMA' akan dihapuskan. Penggunaan bahasa perlulah yang penuh DAN berhemah. Penulisan dengan gaya BAHASA SMS yang tidak difahami AKAN DIHAPUSKAN