Google+ expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Jumaat, 21 Jun 2013

KERJA UKUR KEJURUTERAAN : MARINE PILING



SISTEM 2 ANGLE DALAM UKUR KEJURUTERAAN MARIN


Hai.. selamat bertemu kembali. Maaf kerana lama tak kirim entri baru kesini.

Tanpa berlengah lagi mari kita ikuti pula cerita disebalik entri ini. Pada tahun 2000 aku mendapat satu tawaran kerja yang tak mampu aku tolak kalau dikira dari segi gaji atau keseronokan bekerja. Satu pengalaman baru kerana buat pertama kali aku akan terbabit dalam kerja2 ukur tanah dan laut. Dan projek pertama itu adalah kerja2 mendalamkan laluan kapal dan juga membuat jeti 220m panjangnya di Naval Dockyard, TLDM Lumut, Perak.

Untuk pengetahuan anda semua, TLDM Lumut adalah pengkalan bagi tentera laut yang terpenting sekali di Malaysia. Jadi dari segi keselamatan aku tak dapat nak jelaskan dengan lebih terperinci kat sini bagaimana keadaan tempat tu. Cukuplah sekadar aku gambarkan sebagai terkawal ketat dengan 4 gate pass, luas & besar, cantik, ramai penghuni dan ada stadium bolasepak yang boleh bermain pada waktu malam saja dah boleh gambarkan betapa besarnya tempat ni.

Lumut adalah pekan kecil yang sedang meningkat menjadi bandar ketenteraan dan bandar pelancongan yang letaknya dihujung kuala Sungai Dinding. Boleh kesana melalui Kuala Lumpur menerusi jalan pantai barat melalui Klang - Kuala Selangor - Hutan Melintang - Setiawan - Lumut. Atau menerusi Ipoh - Setiawan - Lumut. Dan dari arah Pulau Pinang melalui Butterworth - Changkat Jering - Setiawan - Lumut.


OK kita lupakan dulu soal TLDM Lumut atau pekan Lumut dan kita mula bercakap pasal ukur sahaja. Aku tak nak sentuh soal ukur hydrografi disini tapi apa yang aku nak terangkan adalah bagaimanakah secara asas dan ringkas kerja2 ukur dilakukan untuk membuat sebuah jeti bagi kegunaan bot, kapal atau penumpang. Samada jeti itu ditepi laut ataupun ditepi sungai kita anggap sebagai sama saja.

Seperti juga segala kerja ukur kejuruteraan yang lain, kerja pertama adalah membuat traverse dan leveling. Juru ukur perlu membuat sekurang kurangnya 2 Reference Mark ( RM ) dan juga 1 Temporary Bench Mark ( TBM ) berdekatan dengan tapak jeti itu tapi di tempat yang selamat dan boleh digunapakai sehingga siap kerja pembinaan jeti itu. Sebaiknya jangan gunakan kayu tapi gunakan paip besi dan disimenkan.

Kerja ukur adalah sama saja dimana-mana projek pun tapi yang berbeza adalah sewaktu kerja menanam cerucuk tiang jeti sahaja. Kalau didarat bolehlah kita tandakan di atas tanah ataupun secara membuat pagar profile. Tapi di atas laut bagaimana pula kita nak tandakan.?

Jawapan  kepada soalan tadi adalah dengan menggunakan 2 alat total station. Setiap alat ukur itu perlu berada di station control point yang berlainan kedudukan seperti foto di atas tetapi telah dibuktikan ketepatan dari segi kordinat, bearing dan jarak. Jadi maksudnya kena ada 2 jurukur pada waktu kerja2 piling laut dijalankan.

Langkah pertama yang perlu dibuat, buat pre-comp untuk pelan layout piling tersebut, masukkan saiz cerucuk dan saiz pilecap, jarak antara tiang ke tiang, nombor penanda gridline XY, jarak setiap gridline yang sebenarnya kemudian bandingkan dengan kesemua pelan dari arkitek dan juga jurutera struktur. Jika terdapat ketidaksamaan, hubungi pengurus projek tunjukkan kepadanya dan tunggu arahan seterusnya dari dia. Jangan dimulakan lagi sebarang kerja piling selagi tidak ada pelan yang betul, terkini serta disahkan.

Sebaliknya jika tidak terdapat sebarang perbezaan maka persiapan untuk kerja “setting-out piling” boleh dilakukan. Langkah kedua, rekodkan setiap kordinat tiang cerucuk dan nombor tiang itu, comp atau buat perkiraan bearing dan jarak setiap tiang cerucuk tersebut dengan 2 control point kita tadi. Bagi setiap jarak yang dihitung, juru ukur perlulah ingat pada saiz tiang cerucuk tersebut. Kerana ada masanya bila di site nanti kita hanya boleh mengukur jarak sampai ke dinding luar batang piling sahaja.

Sebenarnya kalau gunakan sistem “2 angle”, jarak tidak perlu diukur lagi kerana kita lebih utamakan dari segi angle ataupun bearing. Jika kedua jurukur telah mengunci bearing arah tiang cerucuk  pada alat total station masing2 dan tiang cerucuk itu berada tepat pada dua-dua arah, maka kedudukan tiang pada waktu itu adalah betul. Dengan kata lain, tiang cerucuk itu telah berada pada titik persilangan dua garisan tersebut. Untuk mengesahkan lagi kedudukan tiang itu, jurukur lakukan pula ukuran jarak dengan tiang tersebut. Dan sentiasalah ingat saiz tiang itu dan campur jarak radiusnya jika diukur hanya dari luar tiang itu. Andai 2 arah itu telah tepat dari segi bearing dan jarak maka turunkanlah tiang itu perlahan lahan hingga mencecah tanah, Apabila dah stabil cecah tanah maka lakukan sekali lagi semakan “2 angle” tu. Jika lari dari kedudukan yang dimahukan maka angkat tiang itu dan ulangi proses yang sama. Setelah tiang piling berada pada kedudukan yang betul ketika di atas tanah, maka kerja menanam tiang itu dapat diteruskan.

Sesuatu yang penting dan perlu ada disini adalah satu sistem komunikasi yang baik antara jurukur dan juga kapten kapal piling tersebut. Perlu diadakan satu perjumpaan sebelum kerja piling dilakukan, bincang serta tetapkan isyarat2 tertentu yang akan digunapakai nanti. Bincangkan dan dapatkan persefahaman terlebih dahulu mengenai cara bekerja yang sepatutnya kerana ini adalah penting. Salah komunikasi boleh membuatkan kerja jadi susah dan mungkin juga tiang itu akan lari dari kedudukan yg sepatutnya.

Selepas kesemua tiang cerucuk itu ditanam, jurukur perlu tandakan paras “cut-off” setiap tiang dan kerja-kerja pemotongan tiang akan dibuat pula. Kadang2 terdapat kes dimana tiang perlu dipotong sejurus selepas ditanam kerana mungkin akan menghalang pandangan jurukur bagi kerja menanam tiang yg seterusnya. Maka jurukur perlu tandakan level cut off berkenaan pada tiang itu selepas ditanam dan sebelum dipotong.

Seterusnya jurukur perlu tandakan pula 'siku' atau seringkali disebut sebagai 'center line' bagi jeti tersebut pada setiap papan formwork 'pilecap' sebelum kerja2 memasang besi dan kerja konkrit dilakukan pada pilecap tersebut. Dan dari 'TBM' yang telah jurukur buatkan, tandakan aras yang dikehendaki oleh tukang kayu dan juga tukang besi. Aras 'cut off' dan 'soft-it' biasanya ada perbezaan dan tidak selalunya sama untuk setiap tiang. Jadi jurukur perlu mengkaji pelan dari jutera struktur dan bincangkan dengan setiap tukang tadi. Sebelum kerja konkrit dijalankan dan selepas setiap tiang dipotong, jurukur perlu membuat ukuran 'as-built piling position' ataupun menghubungi pihak jurukur berlesen untuk melakukan kerja ukuran as-built ini.

Secara ringkasnya kerja2 asas jurukur dibaca macam senang tapi ketahuilah, sentiasa saja akan ada cabarannya pada setiap waktu sebelum jeti itu siap 100%. Kalau nak rasa cubalah sendiri...

Cuba ingat balik ayat2 bold yang sengaja aku hitamkan seperti RM, TBM, pelan pre-comp, pelan layout piling, arkitek, jurutera struktur, comp, setting out piling, kordinat, bearing, jarak, control point, pilecap, formwork, siku dan lain2. Kesemua perkataan2 itu akan digunapakai dalam setiap kerja pembinaan kejuruteraan di setiap syarikat di Malaysia. Ingatlah dan biasakan diri anda dengan perkataan2 tersebut.



Nota kaki :

Kerja menanam tiang cerucuk dalam kejuteraan marin terdapat banyak cara praktikalnya. Tapi secara kebiasaannya dan yang aku kongsikan diatas adalah secara menggunakan “piling hammer” yang berada di atas kapal tongkang yang besar yang konsepnya  sama juga seperti kerja piling yang biasa dilakukan di darat dengan menggunakan mesin piling yang gunakan penukul.

Kerja aku disini di Naval Dockyard TLDM Lumut adalah jeti yang pertama dan sehingga kini aku sendiri pun dah tak terkira lagi berapa banyak jeti yang sudah aku lakukan kerja2 ukur. Dan sampai sekarang aku masih lagi terasa keseronokan kerja2 ukur marin melebihi daripada kerja2 ukur tanah di daratan.



Terima kasih Mr. Chuah dari Geodat Sdn. Bhd. Kerana membuka peluang kepada aku untuk bekerja di projek TLDM Lumut ini. Dia adalah bos syarikat pengedar, pembaiki dan servis alat2 ukur yang beroperasi di Brickfield, Kuala Lumpur.

Segala pertanyaan, silalah kemukakan pada ruangan komen dibawah atau email pertanyaan itu kepada aku

3 ulasan:

  1. Gunakan ruang ulasan ini untuk sebarang pertanyaan tetapi biarlah yg relevan dgn entri ini dan bertanggungjawap. Terima kasih

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum bro. Mintak contact number. Ade job di tldm untuk piling buat pontoon. Email ikhwandforce@gmail.com.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam...

      Di bahagian atas blog ini ada ruangan tentang cara2 nak hubungi saya.

      Padam

PERINGATAN :-

PEMBACA yang mahu menulis di ruang komen PERLU MENULIS nama ID atau menulis 'NAMA SAMARAN'. Sebarang ulasan dan pertanyaan dari 'TANPA NAMA' akan dihapuskan. Penggunaan bahasa perlulah yang penuh DAN berhemah. Penulisan dengan gaya BAHASA SMS yang tidak difahami AKAN DIHAPUSKAN

KLIK FOTO UNTUK MAKLUMAT PERKHIDMATAN KAMI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...