Google+ expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Isnin, 3 Mac 2014

UNIT UKURAN BAGI JARAK DAN LUAS UNTUK TANAH


UNIT UKURAN JARAK DAN LUAS UNTUK TANAH




Oleh kerana banyak sangat pertanyaan yang penulis terima mengenai unit-unit ukuran yang selalu digunakan bagi ukuran jarak dan juga unit-unit ukuran keluasan tanah, disini disediakan satu senarai panjang "unit-unit pertukaran" atau "conversion" bagi memudahkan para pembaca mengira sendiri nilai sebenar jarak dan luas yang perlu ditukar dari satu unit asal ke unit yang lain. 

Sebenarnya terdapat banyak unit ukuran yang telah digunapakai di dalam pelan tanah dan juga geran tanah sejak dulu sampailah sekarang. Jadi jadual pertukaran unit ukuran bagi jarak dan luas tanah yang disediakan ini adalah bagi memudahkan pengiraan pertukaran jika perlu untuk membuat sesuatu kerja yang bersangkutan dengan tanah. 
  

UNIT UKURAN UNTUK JARAK TANAH

1 kaki = 12 inci
1 kaki = 0.3048 meter
1 meter = 3.28084 kaki
1 meter = 1.094 ela = 3 kaki 3 inci
1 ela = 0.9144 meter
1 ela = 3 kaki
1 ling = 0.201168 meter
1 rantai = 100 ling
1 rantai = 66 kaki = 20.1168 meter
1 kilometer = 3281 kaki = 1000 meter
1 kilometer = 0.6214 batu
1 batu = 1.609 kilometer
1 batu nautika = 1.1508 batu = 1.852 kilometer
1 relung = 176 kaki = 53.642 meter
1 pole = 5.0292 meter
1 rantai = 4 pole
1 rantai = 22 ela
1 furlong = 10 rantai
1 jengkal = 0.5 hasta
1 hasta = 0.5 ela
1 depa = 4 hasta = 2 ela
1 depa = 6 kaki = 1.8288 meter
1 jempa = 8 kaki
1 jumba = 2 depa = 12 kaki
1 orlong = 20 jumba



UNIT UKURAN UNTUK LUAS TANAH

1 kaki persegi = 0.0929 meter persegi ( m2 )
1 ela persegi = 0.836 m2
1 meter persegi = 10.764 kaki persegi ( kp )
1 relung = 2,877.72 m2
1 relung = 30,976.6 kp
1 relung = 0.288 hektar = 0.7111 ekar
1 relung = 484 jempa
1 jempa = 64 kp = 5.946 m2
1 ekar = 1.406 relung = 0.404686 hektar
1 ekar = 4,046.86 m2
1 ekar = 43,560 kp
1 ekar = 10 rantai
1 ekar = 4 Rood = 160 pole / rod / perch
1 hektar = 10,000 m2
1 hektar = 3.475 relung = 2.471 ekar
1 hektar = 107,640 kp
1 kilometer persegi = 1,000,000 m2
1 kilometer persegi = 100 hektar = 247.105 ekar
1 rantai persegi = 404.686 m2
1 rantai persegi = 4,356 kaki persegi = 0.1 ekar
1 Rood = 0.25 ekar = 1/4 ekar
1 Rood = 1,011.71 m2 = 10,890 kp
1 Rood = 40 pole / rod / perch
1 pole = 1 rod = 1 perch
1 pole = 0.025 Rood = 0.00625 ekar
1 pole = 1/40 Rood = 1/160 ekar
1 pole = 25.293 m2 = 272.25 kp
1 depa persegi = 4 ela persegi = 36 kp
1 depa persegi = 3.3445 m2


-------------------------------------------------------------

> RUANGAN PENGIKLANAN <

Jika anda memerlukan khidmat Jurukur Tanah untuk membuat kerja pengukuran atau melukis pelan tanah, anda bolehlah menghubungi kami dengan pergi ke link yang telah kami sediakan di bawah.

Terdapat penerangan ringkas setiap jenis perkhidmatan yang kami sediakan beserta dengan anggaran kadar upah yang kami kenakan untuk setiap perkhidmatan tersebut.

'klik link ayat biru di bawah'

"PERKHIDMATAN JURUKUR TANAH BAGANBEACHBOY"


NOTIS PENGIKLANAN

Kadar harga untuk tempahan iklan disini :

( Minggu / RM 100 )
( Bulan / RM 300 )

--------------------------------------------------------

KLIK FOTO UNTUK MAKLUMAT PERKHIDMATAN KAMI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...