Google+ expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sabtu, 31 Mei 2014

PERKHIDMATAN PENGUKURAN TANAH BAGI NEGERI SELANGOR, KUALA LUMPUR, NEGERI SEMBILAN, MELAKA DAN HILIR PERAK


CONTOH PELAN GERAN TANAH


Kepada pembaca-pembaca blog ini yang terdiri dari kalangan tuan-tuan tanah, pewaris tanah, agen-agen hartanah yang terlibat dengan urusan jual beli tanah, penjual atau bakal pembeli tanah lot, peladang atau pekebun kecil, tukang-tukang rumah, kontraktor pembinaan kecil-kecilan atau sesiapa saja yang mempunyai masalah tanah yang memerlukan khidmat Jurukur Tanah disekitar

Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Hilir Perak.




Jika anda mempunyai masalah seperti yang tertera di bawah silalah hubungi kami atau pun kirimkan pertanyaan mengenai perkhidmatan ukur tanah yang anda perlukan kepada kami melalui telefon atau secara email dengan nombor dan alamat yang kami tuliskan di bawah.

Jika terdapat permintaan untuk khidmat ukur tanah dari pemilik-pemilik tanah persendirian yang berada di negeri lain selain dari kawasan perkhidmatan kami iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Hilir Perak, kami bersedia berunding dan berikan khidmat nasihat. Kami juga bersedia membuat kerja ukur tanah untuk anda jika sesuai dengan terma dan syarat perkhidmatan kami. Atau kami juga boleh rekemenkan anda dengan rakan-rakan jurukur tanah bebas yang lain yang tinggal berhampiran dengan lokasi tanah anda tersebut. 


JIKA ANDA MEMPUNYAI MASALAH SEPERTI BERIKUT

1.) Anda perlukan khidmat perundingan jurukur tanah

2.) Mahu membuat ukuran butiran atau topografi tanah

3.) Mahu membahagikan tanah ke beberapa bahagian

4.) Mahu menandakan pecahan bahagian di atas tanah

5.) Mahu menggantikan batu sempadan yang hilang

6.) Mahu menandakan tapak rumah yang hendak dibina

7.) Mahu memotong atau menambak tanah anda

8.) Mahu membuat pengukuran bagi tujuan menjual tanah

9.) Mahu membina jalan, parit atau pagar di lot tanah anda

10.) Mahu tandakan teres pokok bagi kebun tanaman anda

11.) Atau apa saja keperluan anda dalam bidang ukur tanah


Kami bersedia membantu menyelesaikan masalah anda. Selain dari perkhidmatan pengukuran dan penandaan di atas tanah, kami juga menyediakan perkhidmatan penyediaan pelan yang terdiri dari beberapa jenis plan seperti pelan butiran, pelan topografi, pelan demarkasi, pelan pecah bahagian mengikut pecahan yang tertulis dalam geran tanah atau yang mengikut kemahuan tuan tanah yang mahu membahagikan tanahnya kepada anak-anak atau waris atau mahu menjual sebahagiannya dan menyimpan sebahagian yang lain.

Selain itu kami juga menyediakan perkhidmatan yang berupa penyediaan pelan bagi tujuan permohonan rasmi kepada mana-mana pihak berkuasa, pihak peguam atau pihak bank yang memerlukan 'endorsement' daripada pihak Jurukur Tanah Berlesen. Tetapi bagi perkhidmatan ini pihak pelanggan perlulah membuat bayaran tambahan selain daripada kos ukur tanah yang telah kami berikan sebutharganya. Bayaran tersebut berupa bayaran komisyen endorsement kepada pihak Jurukur Tanah Berlesen pada kadar yang bermula dari RM 500.


Kadar komisyen endorsement bukan kami yang tetapkan harganya tetapi syarikat Jurukur Berlesen sendiri yang akan berikan harganya bergantung kepada jenis pelan yang perlu disediakan. Kerja-kerja pengukuran di tanah akan dibuat oleh kami tetapi penyediaan pelan untuk kerja pengukuran tersebut akan dibuat oleh syarikat Jurukur Berlesen kerana pelan ukur tanah bagi tujuan rasmi perlu mempunyai tandatangan dan cop rasmi Jurukur Berlesen yang berdaftar dengan Lembaga Jurukur Tanah Malaysia ( LJT ) dan juga Persatuan Jurukur Tanah Malaysia ( PEJUTA ).


Keseluruhannya kerja ukur tanah telah dibahagikan kepada 3 jenis kelas. Pihak kerajaan telah menetapkan syarat bagi kerja ukur tanah yang berkelas 1 yang membabitkan geran tanah samada untuk permohonan mendapatkan geran tanah yang baru, permohonan pecah sempadan lot atau permohonan pecah geran tanah yang lama hanya boleh dibuat oleh firma atau syarikat Jurukur Tanah Berlesen sahaja. Untuk kerja ukur tanah yang berkelas lain barulah semua jurukur tanah samada persendirian, bebas, freelance, sambilan atau yang tidak berdaftar dengan LJT & PEJUTA pun boleh membuatnya.


KLIK FOTO UNTUK MAKLUMAT PERKHIDMATAN KAMI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...