Google+ expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Jumaat, 27 Jun 2014

APLIKASI ANDROID UNTUK JURUKUR TANAH




Ketemu lagi.....

Sebelum ini aku pernah tuliskan satu entri mengenai pentingnya bagi Jurukur Tanah untuk menghafal formula-formula asas bagi pengiraan jarak, bearing dan kordinit secara manual berpandukan pengalaman aku sendiri yang terlupa membawa kalkulator program ke tempat kerja.

Dan asas bagi semua pengiraan 'kawalan horizontal' itu adalah terdiri dari asas pengiraan 'Latit' dan 'Dipat'. Contohnya untuk menghitung kordinit station traverse, menghitung jarak dan bearing daripada 2 station yang kita hanya ketahui kordinitnya, menghitung kordinit bila kita hanya ketahui jarak dan bearingnya saja ataupun jika kita mahu membuat kerja-kerja 'setting-out' dimana kita cuma ada info kordinit saja tanpa mengetahui jarak dan bearingnya.

Dalam entri sebelum ini aku hanya memberikan input berupa formula-formula asas untuk dihitung sendiri oleh jurukur tanah mengunakan kalkulator sainstifik yang terdapat dalam kebanyakan 'smart phone' hari ini. Jadi untuk entri kali ini pula aku akan berikan 'recommendation' atau dalam bahasa Malaysia 'cadangan pilihan' bagi aplikasi android yang boleh dimuat turun ( install ) dari 'Google Play' ke dalam 'smart phone' setiap jurukur tanah. 


Terdapat 2 aplikasi yang paling amat berguna jika dibanding dengan banyak lagi aplikasi lain samada yang percuma atau pun yang kena bayar dalam Google Play yang direka khas untuk jurukur tanah. 2 aplikasi ini aku rasakan adalah yang sangat berguna dan yang perlu ada dalam setiap 'smart phone' jurukur tanah. 

Aplikasi yang pertama adalah merupakan aplikasi kalkulator sainstifik yang ada fungsi 'D-M-S' iaitu 'Darjah-Minit-Saat' bagi mengira jarak, bearing dan kordinit secara manual. Manakala aplikasi kedua pula adalah merupakan aplikasi bagi mengira jarak, bearing dan kordinit secara program. 

Alasan utama kenapa aku cadangkan kedua dua aplikasi ini berbanding dengan aplikasi yang lain adalah kerana kedua dua aplikasi ini boleh menerima input nilai 'negatif' ( - ) bagi kordinit pada paksi Selatan & Barat. Manakala kebanyakan aplikasi lain hanya mengizinkan kita memasukkan input nilai positif ( + ) sahaja ( Utara & Timur ). Kita akan menjadi keliru jika sistem kordinit yang kita gunakan untuk pengiraan adalah kordinit Utara & Barat ( + , - ), Selatan & Timur ( - , + ) atau Selatan & Barat ( - , - ). Bearing yang terhasil dari program aplikasi yang tidak ada fungsi negatif (-) ini nanti adalah merupakan bearing yang salah walaupun jaraknya adalah betul. 

Kebanyakan alat total station waktu sekarang telah sediaada programnya sendiri untuk membuat pengiraan kordinit, jarak dan bearing bagi X,Y,Z station traverse atau untuk pengiraan point-point 'setting-out' atau 'stake out' dan secara praktikalnya mengurangkan penggunaan kalkulator bagi pengiraan secara manual oleh jurukur tanah. Walaupun demikian tidak ada salahnya dan adalah menjadi lebih baik lagi bagi setiap jurukur tanah mempunyai kalkulator sainstifik dan membuat pengiraan secara manual sebagai 'double check' bagi jawapan yang telah disediakan oleh alat total station. Kata orang tua-tua, 'biar lambat asal selamat' sekalian bagi mengelakkan kita dari membuat salah atau terpaksa membuat kerja yang sama di tempat yang sama berulang kali akibat dari kesalahan pengiraan.

Jadi anda boleh dapatkan aplikasi tersebut dengan mengklik link yang telah aku sediakan dibawah ini.



Dengan adanya aplikasi ini dalam senarai aplikasi peralatan android kita samada dalam telefon atau tablet ini adalah merupakan 'back up' kita jika kita terlupa membawa atau kehilangan kalkulator program kita sewaktu di tempat kerja dan juga adalah sebagai aplikasi untuk 'double check' kepada setiap output yang dikeluarkan oleh alat total station kita.

Selamat memuat turun..... 

5 ulasan:

  1. Balasan
    1. Cara nak hubungi saya ada dalam halaman "Perkhidmatan Kami"

      Padam
  2. trimakasih infonya,,
    sangat menarik dan bermanfaat,,
    mantap,,,

    BalasPadam
  3. assalam nak tnya softwere nie ada x dalam store apple

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam...

      Apa yang saya link kat sini hanyalah aplikasi yang gunakan OS Android sahaja. Kalau aplikasi untuk OS apple untuk I-phone & I-pad, anda boleh cari yang sesuai di link ini..

      http://appcrawlr.com/ios-apps/best-apps-land-surveyor

      Padam

PERINGATAN :-

PEMBACA yang mahu menulis di ruang komen PERLU MENULIS nama ID atau menulis 'NAMA SAMARAN'. Sebarang ulasan dan pertanyaan dari 'TANPA NAMA' akan dihapuskan. Penggunaan bahasa perlulah yang penuh DAN berhemah. Penulisan dengan gaya BAHASA SMS yang tidak difahami AKAN DIHAPUSKAN

KLIK FOTO UNTUK MAKLUMAT PERKHIDMATAN KAMI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...