Google+ expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Rabu, 27 Mei 2015

ASSUMPTION : PERSAUDARAAN YANG BUKAN SEKADAR PERSAHABATAN


FOTO KENANGAN MAJLIS REUNION ASSUMPTION BOYS OF 1977 
PADA 23/05/2015 DI HOTEL DEE GARDEN, BUTTERWORTH


TARIKH : 23/05/2015 
LOKASI : Dee Garden Hotel, Butterworth
WAKTU : 7.30 pm - 10.30 pm


Terima kasih Saudara-saudara Assumption Old Boys 1977 atas nostalgia indah dan pengalaman hidup yang tak mungkin dapat kita semua lupakan sampai bila-bila pun. Setelah banyak perjumpaan demi perjumpaan secara kecil kecilan samada di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Seremban serta di lain-lain tempat diadakan sebelum ini tetapi akhirnya satu perjumpaan secara besaran berjaya juga diadakan di Butterworth, Pulau Pinang.

Hari yang sangat meletihkan tetapi hari tersebut juga adalah hari yang sangat bersejarah bagi kami semua kerana setelah 5 tahun bermula dari tahun 2010 idea untuk membuat satu majlis perjumpaan bagi mengumpulkan kami semua di satu tarikh dan lokasi yang majoriti dapat hadir akhirnya tercapai juga.

Segala apa yang pernah aku tuliskan di awal usia blog BaganBeachBoy ini tentang semangat persaudaraan pelajar Sekolah Assumption Butterworth ( lama ) yang tanpa halangan batasan agama, etnik bangsa, taraf sosial ekonomi dan perbezaan budaya serta kefahaman politik ibu bapa kami kesemuanya boleh dilihat dan terbukti dalam sekeping foto ini. 

Separuh dari kami yang hadir masih lagi tinggal di Pulau Pinang tetapi separuh lagi adalah yang datangnya sejauh dari Singapura, Melaka, Lembah Klang, Perak dan juga lain-lain tempat di Malaysia. Terdapat juga seorang dari kami yang hadir secara 'virtual video online' dari London, United Kingdom. Walaupun fizikal badan tak dapat hadir akibat jauh tetapi semangat persaudaraan untuk hadir tetap ada walaupun cuma secara online 'atas talian internet' sahaja.

Terima kasih juga kepada Cikgu-cikgu yang hadir yang juga pernah aku sebutkan nama mereka sebelum ini iaitu..( dari kiri foto bawah )

1.) Cikgu Abdul Shukor ( Sekolah Menengah )
2.) Cikgu Francis Heng ( Sekolah Rendah )
3.) Cikgu Noraini Awang ( Sekolah Menengah )
4.) Cikgu Kenny Theseira ( Sekolah Rendah )



"Tanpa pengajaran dan didikan dari cikgu-cikgu semua maka tidak akan adalah kejayaan hidup bagi kami hari ini dan juga tak akan terjadilah majlis perjumpaan di hari yang bersejarah ini"

"TERIMA KASIH CIKGU"


"THE BROTHERHOOD OF ASSUMPTION"

Untuk membaca kesemua artikel berkenaan Sekolah Assumption yang terdapat dalam blog ini sila klik ayat di bawah ini..

>"SEKOLAH ASSUMPTION BUTTERWORTH"<

...Sekian Terima Kasih...

KLIK FOTO UNTUK MAKLUMAT PERKHIDMATAN KAMI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...