Google+ expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sabtu, 30 Januari 2016

PENJELASAN PERKHIDMATAN KAMI



Kami adalah sekumpulan 'Jurukur Tanah Bebas' berpusat di negeri Selangor. Perkhidmatan kami adalah dalam bidang ukur tanah terutamanya dalam 2 urusan berikut :-

1.) Ukur Tanah

Ukur tanda sempadan lot tanah, tanda pecahan bahagian lot tanah mengikut keluasan dalam geran tanah, ukur tanda kedudukan bangunan serta utiliti, ukur butiran, ukur topografi, tanda aras ketinggian tanah dan sebagainya khas untuk pemilik tanah persendirian di sekitar negeri Selangor Darul EhsanKualaLumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Daerah Hilir Perak.

( Untuk negeri lain baca penerangan dibawah )

2.) Melukis Pelan Tanah

Pelan pecah bahagian, pelan pra-hitungan, pelan demarkasi, pelan permohonan untuk merancang dan membina rumah serta lain-lain pelan bagi tujuan permohonan rasmi kepada mana-mana jabatan kerajaan atau untuk lampiran dalam surat perjanjian jual beli tanah antara penjual dan pembeli.


Untuk Pelanggan Di Luar Kawasan Perkhidmatan Kami

Selain berkhidmat di sekitar Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Hilir Perak kami juga bersedia mempertimbangkan bagi pelanggan yang berada di luar kawasan dengan syarat pemilik tanah boleh menyediakan segala info dan pelan yang diperlukan atau sanggup membayar lebih untuk kos tambahan bagi mendapatkan info dan pelan terkini yang diperlukan.

Perlu anda tahu bahawa untuk mendapatkan info dan pelan tanah terkini kami perlu pergi membelinya di Jabatan Ukur & Pemetaan Malaysia ( JUPEM ) cawangan negeri yang kebiasaannya terletak di ibu negeri masing-masing.

Contohnya, untuk mengukur tanah atau melukis pelan tanah yang terletak di Batu Pahat Johor, kami perlu pergi ke pejabat JUPEM cawangan Johor di Johor Bahru.

Jadi 1 hari masa kami perlu dihabiskan dengan kos-kos perjalanan, pengangkutan dan mungkin hotel penginapan hanya sekadar untuk membeli informasi dan pelan tanah terkini di Johor Bahru. Dan pada waktu hendak membuat kerja pengukuran di atas tanah, sekali lagi kami perlu pula pergi ke Batu Pahat.

Maka dah tentulah kami akan memasukan kos-kos perjalanan tersebut di dalam sebutharga kami dan harga yang diberikan tersebut akan menjadi tinggi dan kemudian anda akan menganggapnya sebagai mahal.

Oleh kerana kami tidak mahu mengenakan harga yang tinggi kepada pelanggan maka kami telah membuat satu ketetapan bahawa kami hanya menawarkan khidmat kami di sekitar negeri Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Hilir Perak sahaja. Tetapi jika ada bakal pelanggan yang sanggup untuk membayar lebih, kami masih boleh pertimbangkan jika ada permohonan untuk mengukur tanah atau menyediakan pelan tanah bagi negeri lain selain dari kawasan perkhidmatan kami.

URUSAN PEJABAT TANAH DAERAH

Kami telah memberikan sedikit penerangan tentang perkhidmatan yang disediakan oleh pihak Pejabat Tanah Daerah berkenaan proses 'pencarian rasmi' informasi lot tanah. Tetapi ramai pula yang terus terusan mengirim pertanyaan mengenai hal-hal yang bersangkutan khidmat Pejabat Tanah kepada kami. Daripada harga tanah terkini, harga perkhidmatan kaunter, berapa lama masa diperlukan untuk setiap urusan dan sebagainya.

Harap maaf kerana kami terpaksa membuang tanpa menyiarkan setiap pertanyaan tersebut kerana kami bukanlah website Pejabat Tanah Daerah dan segala pertanyaan itu mestilah anda ajukan terus kepada kaunter perkhidmatan Pejabat Tanah Daerah dengan secara pergi ke website mereka, menelefon mereka atau yang terbaik adalah dengan pergi berurusan di kaunter Pejabat Tanah Daerah di tempat anda.

MENGIRA ATAU MENUKAR UNIT UKURAN TANAH

Kami juga ada memberikan panduan dan contoh cara yang betul untuk mengira 'unit ukuran jarak atau luas tanah' daripada satu unit ukuran kepada unit ukuran yang lain. Tetapi masih ramai juga yang terus mengirim pertanyaan atau pun meminta kami membantu mereka membuat perkiraan. 

Sekali lagi harap maaf. Pertanyaan yang seperti itu sudah tidak kami layan lagi pada waktu ini dan kami akan terus membuang tanpa menyiarkannya jika ada yang mengirim meminta kami membuat pengiraan untuk mereka.

Nilai-nilai tukaran sudah kami sediakan, contoh-contoh pengiraan pun sudah kami berikan. Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan melihat kepada tukaran nilai dan juga contoh yang telah diberikan, ambilah kalkulator, pen dan kertas dan cubalah kirakan sendiri. Jikalau anda tidak faham atau tidak tahu, panggilah anak-anak anda yang ada sedikit kemahiran matematik atau orang lain membantu anda membuat pengiraan dengan berpandukan nilai tukaran dan contoh yang telah kami sediakan.

TUJUAN BLOG KAMI

 Segala artikel yang ada dalam blog ini adalah bersifat pendidikan kemasyarakatan dengan memberi sedikit ilmu pengetahuan, kefahaman dan juga infomasi kepada pembaca kami yang terdiri daripada kalangan pelajar, jurukur tanah yang baru nak mulakan kerjaya, agen hartanah dan juga pemilik tanah persendirian dalam bidang ukur tanah dengan secara percuma.

Selain daripada apa yang telah dijelaskan di atas, tujuan blog ini juga adalah sebagai satu cabang promosi kepada perkhidmatan yang kami sediakan dan juga satu wadah bagi kami untuk menyuarakan apa saja pendapat yang kami fikir wajar mengenai isu-isu semasa yang menyentuh aspek kehidupan setiap rakyat Malaysia tanpa melanggar undang-undang dan juga perlembagaan negara Malaysia yang tercinta.

Andai ada yang tidak bersetuju dengan pendapat kami, itu adalah perkara biasa kerana itulah fikrah manusia yang sering berbeza beza dan tidak sama. Kami tidak minta di ikuti dan kami juga bersedia menerima teguran jikalau ada diantaranya yang salah tanpa kami sedari. 

Seperti kenyataan penafian kami yang asal, setiap yang ditulis disini adalah hasil tulisan kami sendiri berpandukan daripada pengalaman kami, pengamatan kami dan pendapat kami yang tidak ada kena mengena dengan samada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.

SEKIAN TERIMA KASIH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN :-

PEMBACA yang mahu menulis di ruang komen PERLU MENULIS nama ID atau menulis 'NAMA SAMARAN'. Sebarang ulasan dan pertanyaan dari 'TANPA NAMA' akan dihapuskan. Penggunaan bahasa perlulah yang penuh DAN berhemah. Penulisan dengan gaya BAHASA SMS yang tidak difahami AKAN DIHAPUSKAN

KLIK FOTO UNTUK MAKLUMAT PERKHIDMATAN KAMI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...