Google+ expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Jumaat, 4 Mac 2016

KISAH DAN TAULADAN : HUKUMAN 'CURI' 2KG MILO BAGI MEMENUHI KEINGINAN ANAK


Gara-gara memenuhi permintaan anak berumur 2 tahun untuk minum Milo, seorang ibu dihukum penjara sehari dan denda 
RM 200 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini kerana mencuri sepaket Milo di sebuah pasar raya di Kuala Lumpur.

Majistret memerintahkan suri rumah yang berusia 36 tahun tersebut yang tidak diwakili peguam, menjalani hukuman penjara 5 hari sekiranya gagal membayar denda. Dia tidak membayar denda itu.

"Maafkan saya puan Majistret. Saya mencuri Milo itu kerana anak saya yang berumur 2 tahun terlalu teringin minum Milo" katanya dalam keadaan sebak semasa memohon hukuman diringankan.


Mahkamah menjatuhi hukuman itu ke atas ibu kepada seorang anak, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan mencuri Milo seberat 2 kilogram di sebuah pasar raya di Kuala Lumpur, jam 11.19 malam, 29 Februari lepas.

Suri rumah itu didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda atau kedua-duanya sekali. Mahkamah memerintahkan wanita itu menjalani hukuman bermula dari tarikh tangkap pada 2 Mac.
Bernama, 2 Mac, 2016. 


Komen penulis :-

1.) Sedih dan amat-amat bersimpati pada nasib si ibu tersebut.

2.) Bukti bahawa Hukuman Mahkamah Undang-undang itu tidak memilih 'mangsa'. Siapa yang buat salah, ditangkap, didakwa dan cukup bukti yang menyabitkan tanpa keraguan maka hukuman akan dijatuhkan.

3.) Kes ini juga merupakan petunjuk atau petanda kepada keadaan ekonomi negara yang semakin merosot pada masa kini.

4.) Bertanya dalam hati, apakah setelah ditangkap di pasar raya tersebut, si ibu tadi tidak boleh dilepaskan dengan sekadar amaran.? Setelah dijatuhkan hukuman di mahkamah, apakah tidak ada siapa-siapa yang ada dalam bilik perbicaraan tersebut sanggup membantu membayar RM 200 jumlah denda yang dikenakan demi meringankan hukuman daripada 5 hari kepada hanya 1 hari penjara saja.? Apakah tiada lagi hukuman lain yang boleh dijatuhkan bagi menggantikan hukuman penjara tersebut demi membolehkan si ibu tadi boleh terus menjaga anaknya di rumah yang berusia 2 tahun tersebut.?

5.) Hukuman mencuri sepaket Milo 2kg yang cuma berharga RM 35 itu yang gagal membayar jumlah denda RM 200 jika dihitung secara puratanya adalah :-

RM 35 = 5 hari penjara
RM 7   = 1 hari penjara

6.) Jika akta yang sama yakni Seksyen 380 Kanun Keseksaan digunakan untuk membicarakan kes orang yang mencuri RM 2600 juta, ditangkap dan didakwa serta dapat dibuktikan kesalahan dengan tanpa keraguan apakah pula hukumannya..?

RM 7 = 1 hari penjara
RM 2600 juta = ????????????? berapalah pula jumlah hari penjara

7.) Moga kisah sedih 2kg Milo ini menjadi tauladan dan memberi pengajaran kepada kita bahawa kita semua adalah terikat dan mesti patuh kepada setiap peraturan dan undang-undang. Tiada yang berkecuali atau kebal dari hukuman undang-undang.

8.) Sesiapa sahaja rakyat Malaysia dengan tanpa mengira keturunan, darjat, pangkat atau taraf sosio ekonominya, andaikata ada melakukan kesalahan walau hanya seberat Milo 2kg, demi keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang, dia mestilah ditangkap dan disiasat, didakwa di  mahkamah yang adil, diberi peluang bela diri dan dijatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahannya supaya menjadi kisah dan tauladan kepada setiap rakyat Malaysia yang telah pun melafazkan ikrar taat setia prinsip RUKUNEGARA demi kehormatan dan maruah negara di mata dunia.  

TERIMA KASIH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN :-

PEMBACA yang mahu menulis di ruang komen PERLU MENULIS nama ID atau menulis 'NAMA SAMARAN'. Sebarang ulasan dan pertanyaan dari 'TANPA NAMA' akan dihapuskan. Penggunaan bahasa perlulah yang penuh DAN berhemah. Penulisan dengan gaya BAHASA SMS yang tidak difahami AKAN DIHAPUSKAN

KLIK FOTO UNTUK MAKLUMAT PERKHIDMATAN KAMI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...