Google+ expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Khamis, 2 Jun 2016

SISTEM KORDINAT GDM2000 DALAM PELAN AKUI FORMAT TERKINI


( klik foto untuk besarkan pandangan )

Mulai tahun 2009, kesemua Pelan Akui ( PA ) keluaran Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia telah pun menggunakan sistem kordinat Geocentric Datum of Malaysia 2000 atau lebih dikenali dengan GDM2000.

Ini sekaligus telah menggantikan sistem kordinat yang digunapakai sebelum ini iaitu State Cassini iaitu sistem kordinat yang mempunyai titik origin 0,0 tersendiri bagi setiap negeri.

Sistem kordinat GDM2000 ini adalah bagi menyeragamkan kordinat yang digunakan bagi seluruh negara Malaysia. Kini baik pelan PA keluaran JUPEM Johor atau pun JUPEM Kelantan yang dikeluarkan bermula tahun 2009, kordinat yang digunakan adalah selaras dan sama sistemnya.

Perlu diakui sebagai pengguna dan juga pelanggan tetap pelan PA JUPEM ini, kami sebagai jurukur tanah amat mengalu-alukan perubahan sistem yang lebih selaras ini. Sistem kordinat GDM2000 dengan mudah pula boleh ditukarkan nilainya kepada sistem kordinat GPS yang menggunakan, darjah, minit dan saat bagi dua garisan LATITUDE dan LONGITUDE ( garisan bujur dan melintang paksi bumi ). 


Tetapi dari segi keseluruhannya, PA dalam format baru ini amatlah mengecewakan dan menyusahkan kerana ia menyebabkan kami perlu membuang masa untuk membuat pengiraan dan juga mencari data tambahan bagi membandingkan nilai kordinat sesuatu batu sempadan itu jika PA lot sebelahan yang hendak diukur masih lagi dalam format lama iaitu masih dalam State Cassini sedangkan disebelahnya menggunakan GDM2000.

PA yang baru ini agak tidak mesra pengguna. Setiap lot yang ditandakan dengan bearing dan jarak adalah bersifat satu pulau satu pulau dan tidak mempunyai link atau hubungan dengan lot yang dipisahkan dengan jalan atau lain-lain.

Kelebaran bagi rezab jalan tersebut pun tidak ditulis dan inilah yang menyebabkan kami terpaksa meneliti dan menghitung dengan tepat supaya tidak menjadi kesalahan pada kordinat yang dihitung tersebut.

Dalam PA tersebut juga tidak diberikan nilai kordinat mengikut sistem lama State Cassini dan tidak juga diberikan cara atau formula faktor penukaran nilai kordinat dari GDM200 ke Cassini atau sebaliknya.



Gambarajah di atas adalah merupakan panduan bagi penukaran kordinat antara 2 sistem iaitu antara Cassini Selangor / Kuala Lumpur dan GDM2000 dan sebaliknya.


CONTOH DARI GAMBARAJAH UNTUK PENUKARAN CASSINI SELANGOR / KUALA LUMPUR KE GDM2000

Kordinat origin ( 0,0 ) Cassini Selangor apabila ditukar kepada GDM200 adalah ( -55960.95 , 21759.46 ).

JIKA kordinat Cassini Selangor mahu ditukar kepada GDM2000 perlulah :-

a.) Kordinat U/S Cassini di TOLAK dengan ( 55960.95 )
b.) Kordinat T/B Cassini di CAMPUR dengan ( 21759.46 )

JIKA kordinat GDM2000 mahu ditukar kepada Cassini Selangor perlulah :-

a.) Kordinat U/S GDM2000 di CAMPUR dengan ( 55960.95 )
b.) Kordinat T/B GDM2000 di TOLAK dengan ( 21759.46 )

*proses yang diterbalikkan dan juga pengabaian nilai negatif pada kordinat ( -55960.95 , 21759.46 ) GDM2000 bagi origin 0,0 Cassini Selangor.

PENUKARAN CASSINI NEGERI LAIN KE GDM2000

Bagi negeri-negeri lain yang mempunyai sistem kordinat State Cassini yang mempunyai titik origin 0,0 yang tersendiri, apa yang perlu dilakukan adalah sama seperti di atas.

Anda hanya perlu tahu nilai kordinat GDM2000 bagi titik origin 0,0 mengikut sistem kordinat State Cassini negeri masing-masing dan kemudian hanya perlu mencampurkan nilai kordinat Cassini dengan nilai kordinat GDM2000 bagi titik origin 0,0 tersebut untuk mendapatkan kordinat GDM2000 setiap titik kordinat yang dalam State Cassini.

Jika mahu menukar kordinat GDM2000 kepada State Cassini pula, kordinat GDM2000 perlu ditolak dengan kordinat GDM2000 bagi titik origin ( 0,0 ) State Cassini 

DIBERIKAN CONTOH

Cassini Negeri ( 0,0 ) = ( xxxxx , yyyyy ) GDM2000

KORDINAT CASSINI NEGERI TUKAR KE GDM2000

Cassini Negeri ( x,y ) + ( xxxxx , yyyyy ) = GDM2000

KORDINAT GDM2000 TUKAR KE CASSINI NEGERI

GDM2000 - ( xxxxx, yyyyy ) = ( x,y ) Cassini Negeri


SHARING IS CARING

SEKIAN TERIMA KASIH

4 ulasan:

  1. terima kasih atas perkongsian saudara.

    BalasPadam
  2. Boleh terangkan dengan lebih lanjut tentang GDM2000?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untuk lebih memahami sistem kordinit GDM2000 ini anda perlu pergi ke laman web JUPEM kerana disana terdapat artikel penerangan mengenai sistem kordinit ini dan juga perkhidmatan penukaran kordinit dari Cassini ke GDM2000

      Padam
  3. Sila layari http://gdm2000.updateyourself.com - terdapat sebuah "tool" di situ bagi membantu penukaran sistem2 koordinat yg diterbitkan JUPEM.

    BalasPadam

PERINGATAN :-

PEMBACA yang mahu menulis di ruang komen PERLU MENULIS nama ID atau menulis 'NAMA SAMARAN'. Sebarang ulasan dan pertanyaan dari 'TANPA NAMA' akan dihapuskan. Penggunaan bahasa perlulah yang penuh DAN berhemah. Penulisan dengan gaya BAHASA SMS yang tidak difahami AKAN DIHAPUSKAN

KLIK FOTO UNTUK MAKLUMAT PERKHIDMATAN KAMI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...