Google+ expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sabtu, 29 Julai 2017

G.I.S : SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


Apakah G.I.S dan apakah kegunaannya kepada pengguna serta pemilik tanah


GIS adalah satu sistem maklumat yang boleh menyimpan, memapar, menganalisis, dan memanipulasi data yang berkaitan dengan bentuk mukabumi dan faktor geografi dalam bentuk data spatial, atribut dan digital. Sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 1960-an, sistem ini telah mengalami beberapa siri penambahbaikan sejajar dengan pembaharuan dan peningkatan dalam teknologi komputer serta Internet.

---------------------------------------------------------------------------------

>> PERKHIDMATAN JURUKUR TANAH <<

Jika anda merancang untuk mendapatkan khidmat Jurukur Tanah untuk mengukur tanah anda atau melukis pelan tanah, anda bolehlah mendapatkan penerangan mengenai perkhidmatan yang disediakan berserta anggaran kos harga upah ukur tanah dengan pergi ke link yang telah kami sediakan di bawah.

Sila klik ayat biru di bawah..

JURUKUR TANAH BAGANBEACHBOY

"Perkhidmatan Jurukur Tanah secara ONLINE di hujung jari anda"

---------------------------------------------

SISTEM G.I.S : CARA BARU BAGI MENDAPATKAN MAKLUMAT BERKENAAN TANAH ANDA

Sistem yang telah menjadi semakin penting dan berguna khususnya kepada mereka yang terbabit dengan penggunaan peta untuk analisis bentuk mukabumi, kegunaan tanah, perancangan tanah, pengurusan hutan, data kependudukan, maklumat lalulintas, kajian serta ramalan cuaca dan sebagainya. Keupayaan sistem ini tidak terhad kepada pemaparan peta digital sahaja sebaliknya pengguna juga boleh melakukan kerja-kerja analisis kerana di dalam satu sistem GIS ia boleh digabungkan dengan berbagai data maklumat lain daripada berbagai jabatan atau agensi yang terlibat dalam bidang yang berkaitan kajian geografi serta pembekalan maklumat untuk aktiviti perancangan serta pembangunan.

Satu contoh sistem GIS yang kita semua biasa gunakan adalah Google Maps untuk maklumat jalan, lalulintas dan perancangan perjalanan. Di dalam kebanyakan peralatan GPS yang kita gunakan untuk merancang perjalanan dari satu tempat ke tempat yang lain boleh dikatakan kesemuanya menggunakan maklumat yang dibekalkan oleh aplikasi Google Maps sebagai sumber pengkalan data mereka. Manakala aplikasi Google Earth pula adalah sebuah sistem GIS yang lebih menyeluruh lagi dengan membekalkan berbagai data maklumat daripada pandangan satelit. Kedua-dua sistem GIS ini boleh membekalkan kita dengan maklumat jarak, luas, kodinit lokasi ( latitude & longitude ) & ketinggian aras ( altitude ).

Satu sistem GIS yang dibangunkan oleh sesebuah negeri akan menggabungkan maklumat daripada kedua-dua aplikasi ini dengan ditambahkan lagi maklumat lain daripada pembekal maklumat lain contohnya Jabatan Ukur & Pemetaan Malaysia, Jabatan Perancang Bandar, Jabatan Parit & Saliran, Majlis Perbandaran, Jabatan Kaji Cuaca, Jabatan Perhutanan, Jabatan Pertanian, Jabatan Laut dan lain-lain lagi. Aplikasi GIS juga boleh diguna pakai dalam pelbagai bidang termasuk pengajian sosial, penyelidikan sains, pendidikan, perniagaan dan pemasaran, matematik, pengukuran dan pendidikan kesihatan dan jasmani. Tetapi bagi membangunkan satu sistem GIS yang lengkap dengan data maklumat yang berketepatan tinggi serta mesra pengguna bukanlah mudah dan murah kosnya. Tidak semua negeri di Malaysia yang berjaya membangunkan sistem GIS bagi negeri mereka.

Bagi pemilik-pemilik tanah pula, mereka boleh menggunakan data maklumat daripada sistem GIS negeri lokasi tanah mereka untuk membuat analisa serta perancangan. Mereka boleh mengetahui dimana terletaknya lot tanah mereka, keadaan bentuk mukabumi, kodinit lokasi lot tanah, ketinggian aras tanah dan juga jarak jauh daripada jalan besar atau sungai yang terdekat untuk perancangan membuat jalan masuk atau pun saliran ke lot tanah mereka. Melalui data GIS juga mereka dapat membuat perancangan guna tanah apa yang sesuai untuk tanah mereka samada untuk kegiatan pertanian atau pun membuat rumah kediaman. Selain dari itu ada berbagai lagi maklumat yang boleh diperolehi yang berkenaan lot tanah mereka yang boleh mereka perolehi daripada carian maklumat dan analisis data daripada sistem GIS ini.

Daripada pengalaman penulis menggunakan sistem GIS negeri-negeri yang telah berjaya membangunkannya di Malaysia, sistem maklumat GIS Pulau Pinang adalah yang paling menyeluruh, tepat, cepat dan mesra pengguna. Bukan sahaja dibangunkan satu sistem bagi seluruh negeri tetapi setiap daerah dan setiap pihak berkuasa Majlis Perbandaran yang ada di Pulau Pinang juga mempunyai sistem GISnya sendiri. Bukanlah hendak memuji negeri kelahiran penulis tetapi sistem yang telah dibangunkan oleh negeri Pulau Pinang memang sangat mudah hendak digunakan serta cepat mencapai data yang dicari. Syabas juga buat Negeri Sembilan kerana sistem GIS mereka juga mudah, mesra pengguna dan tidaklah lembab. Dan bukan juga niat penulis hendak memperlekehkan mana-mana negeri tetapi sistem GIS bagi negeri Selangor & Perak adalah tidak mesra pengguna, lembab dan susah hendak membuat apa-apa pencarian maklumat. Menu yang digunakan juga susah hendak difahami dan mengelirukan serta paparan pelannya juga tidak tepat dan tidak terkini. GIS Perak adalah yang paling tidak mesra pengguna kerana mengandungi terlalu banyak menu 'pop-up' yang menyakitkan mata serta mengelirukan. Tidak terdapat menu bagi penukaran bahasa dan juga setiap menunya akan mempunyai 'pop-up'nya sendiri yang kandungannya tidak memberikan apa-apa input kepada pengguna. Pada pendapat penulis, kedua-dua negeri ini iaitu Selangor & lebih-lebih lagi negeri Perak perlulah membuat perubahan dan penambahbaikan dalam pembangunan sistem GIS mereka dengan mengambil sistem GIS Pulau Pinang atau GIS Negeri Sembilan sebagai contoh untuk di ikuti.


Dibawah ini penulis sediakan link untuk pemilik-pemilik tanah di negeri Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Melaka & Perak boleh lawati dan buat pencarian maklumat mengenai geografi lot tanah mereka. Pembaca boleh merasai sendiri pengalaman melawati portal-portal GIS tersebut dan bolehlah sekiranya jika mahu memberi komen atau ulasan di sini supaya pihak yang berkenaan dapat membaca dan membuat sesuatu mengenainya.

Penerangan mengenai GIS di atas hanyalah secara ringkas dan mudah bagi untuk memudahkan pembaca yang tidak pernah ketahui dan tidak pernah menggunakan sistem maklumat GIS sebelum ini faham akan kegunaannya. Jika pembaca perlukan penjelasan lebih lanjut silalah layari GeoPortal Malaysia dan membuat pertanyaan di sana kerana di sana terdapat kakitangan yang lebih pakar dalam menguruskan dan memberi penerangan mengenai sistem maklumat geografi ini. Penulis hanyalah seorang Jurukur Tanah yang sekadar mewar-warkan kegunaannya kepada pengguna terutamanya kepada pemilik tanah.  


( Sila klik sistem GIS negeri yang hendak dilawati )









Sekian dahulu untuk kali ini.
TERIMA KASIH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN :-

PEMBACA yang mahu menulis di ruang komen PERLU MENULIS nama ID atau menulis 'NAMA SAMARAN'. Sebarang ulasan dan pertanyaan dari 'TANPA NAMA' akan dihapuskan. Penggunaan bahasa perlulah yang penuh DAN berhemah. Penulisan dengan gaya BAHASA SMS yang tidak difahami AKAN DIHAPUSKAN

KLIK FOTO UNTUK MAKLUMAT PERKHIDMATAN KAMI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...