Google+ expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Khamis, 25 Januari 2018

PECAH BAHAGIAN : MENGIRA LUAS TANAH SEBENAR BAHAGIAN MASING-MASING DALAM GERAN BERKONGSI HAKMILIK

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


Foto lampiran 1 ( klik foto untuk besarkan imej )

Salam sejahtera & selamat bertemu kembali.

Boleh dikatakan hampir setiap hari penulis akan mendapat pertanyaan berkenaan luas sebenar bahagian tanah milik salah seorang daripada pemilik tanah yang berkongsi banyak nama dalam satu geran tanah. Kebanyakan yang bertanya adalah kerana mereka keliru sebab yang ditulis oleh pihak Pejabat Tanah Daerah di dalam dokumen geran tanah mereka hanyalah nilai pecahan matematik yang menjadi milik setiap penama tetapi bukanlah nilai luas dalam hektar, ekar, meter persegi atau kaki persegi daripada keseluruhan keluasan tanah lot tersebut.

Kebanyakan yang bertanya pula adalah daripada kategori yang malas untuk membaca keseluruhan isi artikel yang pernah penulis siarkan disini sebelum ini. Selain daripada tulisan dalam kandungan artikel, penulis juga telah banyak kali tunjukkan di dalam ruangan komen / ulasan pertanyaan daripada pembaca mengenai cara yang betul untuk mengira keluasan sebenar yang menjadi hakmilik mereka dalam satu bidang lot tanah yang berkongsi hakmilik dengan orang lain.

Boleh dikatakan setiap pembaca dan mereka yang mengirim pertanyaan itu adalah terdiri dari kalangan orang yang ‘celik huruf’ yang bermakna mereka itu pernah belajar di sekolah waktu masih berusia budak dahulu. Pecahan ini hanyalah pecahan matematik sahaja dimana dalam waktu sekolah rendah lagi telah diajarkan kepada kita cara untuk mengira nilai yang sebenar bagi pecahan itu. Walaupun hampir setiap orang pada waktu kini ada mempunyai telefon pintar yang mempunyai aplikasi kalkulator untuk membuat pengiraan matematik mudah tetapi telah menjadi kebiasaan kepada manusia, lebih suka bertanya pada orang lain atau pun ‘Google’ daripada berusaha sendiri membuat kiraan tersebut.

Semakin canggih teknologi serta peralatan untuk iktihar hidup manusia itu akan menjadi semakin malas untuk berusaha apalagi jika terpaksa mengeluarkan titik peluh untuk mendapat jawapan atau hasil daripada usaha sendiri itu. Ini adalah kenyataan yang bukan penulis sengaja buat tuduhan atau alasan.


Dengan tersiarnya artikel ini, adalah menjadi harapan penulis agar para pembaca akan faham cara yang betul untuk mengira luas tanah bahagian masing-masing. Dan dengan ini juga penulis tidak akan melayan atau menjawap lagi sebarang pertanyaan yang mahukan penulis mengira luas tanah bahagian yang menjadi hakmilik mereka.

-------------------------------------------------------------------------------

Rujuk kepada fakta dalam foto lampiran ( 1 ) di atas :

-------------------------------------------------------------------------------



LUAS LOT

LUAS LOT 4104 adalah : 1.0345 Hektar

( 1 Hektar = 2.471 ekar = 10,000 m2 = 107,639 kp )

Maka luas 1.0345 Hektar ini adalah bersamaan dengan :

EKAR : 
( 1.0345 hektar ) X ( 2.471 ) = 2.556 Ekar

METER PERSEGI ( m2 ) : 
( 1.0345 hektar ) X ( 10,000 ) = 10,345 mp

KAKI PERSEGI ( kp ) : 
( 1.0345 hektar ) X ( 107,639 ) = 111,353 kp

-------------------------------------------------------------------------------

Setelah kita ketahui luas lot tanah tersebut dalam unit-unit luas yang lain yang biasa kita gunakan dalam urusan harian maka rujuk pula pada fakta hakmilik ke atas tanah tersebut dalam foto lampiran ( 2 ) di bawah.

-------------------------------------------------------------------------------


Foto lampiran 2 ( klik foto untuk besarkan imej )


NOTA :-

Di dalam setiap dokumen Geran Tanah atau pun sijil Carian Rasmi atau Carian Persendirian, bahagian mukasurat ke 2 adalah merujuk kepada butiran maklumat rekod KETUANPUNYAAN atau pun HAKMILIK ke atas tanah tersebut. Nama setiap pemilik tanah akan ditulis beserta dengan luas bahagian yang menjadi hakmiliknya di dalam unit pecahan matematik.

-----------------------------------------------------------------

LUAS BAHAGIAN

Butiran maklumat hakmilik tanah untuk Lot 4104 ini adalah seperti berikut :

Pemilik ( 1 ) :         249 / 1636 bahagian

Pemilik ( 2 ) :         498 / 1636 bahagian

Pemilik ( 3 ) :         249 / 1636 bahagian

Pemilik ( 4 ) :         32 / 409 bahagian

Pemilik ( 5 ) :         32 / 409 bahagian

Pemilik ( 6 ) :         32 / 409 bahagian

Pemilik ( 7 ) :         32 / 409 bahagian

Pemilik ( 8 ) :         32 / 409 bahagian

-----------------------------------------------------------------

CARA MENGIRA LUAS SEBENAR BAHAGIAN MASING-MASING

FORMULA : ( LUAS BAHAGIAN ) X ( LUAS LOT )


1.) CONTOH pengiraan luas sebenar 249 / 1636 bahagian Pemilik ( 1 ) :

a.) Dalam unit HEKTAR :
=> ( 249 bahagi 1636 ) darapkan dengan ( 1.0345 hektar ) 
=> 0.1574 hektar

b.) Dalam unit EKAR :
=> ( 249 bahagi 1636 ) darapkan dengan ( 2.556 ekar ) 
=> 0.389 ekar

c.) Dalam unit METER PERSEGI ( m2 ) :
=> ( 249 bahagi 1636 ) darapkan dengan ( 10,345 m2 ) 
=> 1,574.5 m2

d.) Dalam unit KAKI PERSEGI ( kp ) :
=> ( 249 bahagi 1636 ) darapkan dengan ( 111,353 kp ) 
=> 16,948 kp


2.) CONTOH pengiraan luas sebenar 32 / 409 bahagian Pemilik ( 8 ) :

a.) ( 32 / 409 ) x ( 1.0345 hektar ) => 0.0809 hektar

b.) ( 32 / 409 ) x ( 2.556 ekar ) => 0.1999 ekar

c.) ( 32 / 409 ) x ( 10,345 m2 ) => 809.4 m2

d.) ( 32 / 409 ) x ( 111,353 kp ) => 8,712 kp

---------------------------------------------------------------- 

Berpandukan kepada contoh kiraan luas sebenar bahagian tanah bagi Pemilik ( 1 ) & ( 8 ) di atas, cubalah anda kirakan pula luas sebenar bahagian tanah yang menjadi hakmilik untuk pemilik-pemilik yang lain bagi Lot 4104 tersebut.

Jika anda faham cara mengira dan penggunaan formula serta pertukaran nilai dari satu unit ke unit luas yang lain yang betul seperti yang telah penulis tunjukkan dalam contoh pengiraan di atas, pasti anda akan mendapati bahawa bukanlah susah sangat pun membuat pengiraan untuk mendapatkan nilai sebenar luas tanah setiap bahagian tersebut.

Tetapi jika anda masih tak faham juga maka tak dapatlah penulis nak bantu anda lagi. Anda perlulah ulang baca artikel ini dan buat latihan pengiraan berulangkali sehingga anda faham dan dapat jawapan yang sama dengan apa yang telah penulis tunjukkan di atas.

Berusahalah... OK

Sekian dahulu untuk kali ini semoga kita berjumpa lagi di lain-lain topik yang masih lagi berkenaan Ukur Tanah dan juga Lot Tanah pada masa hadapan.

SEKIAN TERIMA KASIH

dan jangan lupa

"SHARING IS CARING"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN :-

PEMBACA yang mahu menulis di ruang komen PERLU MENULIS nama ID atau menulis 'NAMA SAMARAN'. Sebarang ulasan dan pertanyaan dari 'TANPA NAMA' akan dihapuskan. Penggunaan bahasa perlulah yang penuh DAN berhemah. Penulisan dengan gaya BAHASA SMS yang tidak difahami AKAN DIHAPUSKAN

KLIK FOTO UNTUK MAKLUMAT PERKHIDMATAN KAMI

KLIK FOTO UNTUK MAKLUMAT PERKHIDMATAN KAMI
UNTUK MENDAPATKAN KETERANGAN LANJUT MENGENAI PERKHIDMATAN UKUR TANAH YANG KAMI SEDIAKAN BERSERTA DENGAN ANGGARAN HARGA KOS BAGI SETIAP KERJA UKUR TANAH YANG KAMI LAKUKAN, KLIK LINK FOTO DI ATAS UNTUK DAPATKANNYA DI HALAMAN YANG TELAH KAMI SEDIAKAN UNTUK ANDA SENDIRI MEMBACA DAN MEMBUAT PENGIRAAN ANGGARAN KASAR BAGI KERJA UKUR TANAH YANG ANDA PERLUKAN
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...