Google+ expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sabtu, 3 Mac 2018

UKUR TANAH : PECAH BAHAGIAN vs PECAH SEMPADAN

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


Salam Sejahtera dan selamat bertemu kembali. 

Topik dan kandungan artikel pada kali ini adalah merupakan sambungan kepada artikel yang terakhir iaitu masih lagi berkenaan kerja ukur tanah yang membabitkan proses membuat pecahan bahagian bagi lot tanah yang mempunyai lebih daripada 1 nama sebagai pemilik tanah tersebut.

Tetapi pada kali ini penulis akan memberikan penerangan secara penjelasan ringkas dengan rujukan gambarajah contoh mengenai apakah perbezaannya di antara prosedur dan juga kerja ukur tanah yang membabitkan antara

Pecah Bahagian’ dengan ‘Pecah Sempadan’.



Dari segi sebutan, mungkin kedengaran seperti sama sahaja tetapi dari segi kefahaman serta definasinya, ramai tuan tanah yang masih lagi keliru serta tidak faham apakah maksud sebenar dan juga perbezaan proses kerja yang membabitkan ‘Pecah Bahagian’ dan juga ‘Pecah Sempadan’ sesuatu bidang lot tanah yang berkongsi hakmilik.

Untuk memudahkan pembaca memahami apakah perbezaan di antara 2 kerja pecah lot tanah ini, pertama sekali penulis akan berikan definasi ringkas akan maksud sebenar kedua-dua perkataan tersebut.

PECAH BAHAGIAN

Prosedur pecah bahagian adalah merupakan satu proses kerja yang dibuat bagi membahagikan satu lot tanah itu kepada beberapa bahagian mengikut luas sebenar bahagian masing-masing seperti yang telah ditulis di dalam dokumen geran tanah untuk lot tanah tersebut.

PECAH SEMPADAN

Manakala prosedur pecah sempadan pula adalah berlainan kerana kerja pembahagian lot tanah tersebut adalah dibuat bukan kerana hendak membahagikan lot tanah tersebut kepada luas sebenar bahagian masing-masing. Pemecahan sempadan lot tanah tersebut dibuat bagi menerbitkan beberapa jumlah bahagian tertentu yang dipersetujui secara bersama oleh kesemua pemilik tanah tetapi tidaklah mengikut jumlah bahagian serta luas sebenar seperti yang telah ditulis di dalam dokumen geran tanah. Satu lot tanah yang mempunyai 2 nama pemilik tetapi boleh saja dipecahkan kepada 2 atau lebih daripada 2 bahagian mengikut persetujuan bersama tetapi masih mengekalkan jumlah pegangan kadar pecahan bahagian pemilikan tanah yang sama seperti asal ke atas setiap pecahan bahagian yang telah dibuat.

Masih tidak faham dan keliru !!! Hehe... maaflah sebagai seorang jurukur tanah yang bukan pakar bahasa, penulis sendiri pun kurang arif dalam memilih ayat yang sesuai untuk memberikan penjelasan tepat tetapi di bawah akan penulis tunjukkan dengan contoh gambarajah rujukan untuk lebih memudahkan anda faham maksud sebenar penulis. Adalah diharapkan dengan penerangan dan juga rujukan gambarajah contoh akan memudahkan pembaca faham definasi Pecah Sempadan ini.


( klik foto untuk zoom besarkan )

Diberikan satu contoh mudah, ada satu lot tanah iaitu Lot 1234 dengan luas 1 ekar dan mempunyai 2 pemilik dengan luas bahagian masing-masing adalah ½ bahagian.

Pemilik tanah itu adalah :

1.) Si Abang : 1/2 bahagian

2.) Si Adik : 1/2 bahagian

Jika kedua-dua pemilik tanah ini bersetuju untuk membahagikan lot tersebut kepada luas sebenar mengikut luas bahagian masing-masing seperti yang telah ditulis di dalam geran tanah maka mereka perlulah membuat proses ‘Pecah Bahagian’ yang seperti dalam gambarajah di bawah.

( klik foto untuk zoom besarkan )

Maka dibuat satu Pelan Pecah Bahagian dengan masing-masing akan mendapat bahagian tanah dengan keluasan 0.5 ekar setiap pemilik.

Tetapi jika mereka bersepakat pula hendak membuat pecahan lot tanah tersebut kepada 2 bahagian tetapi masing-masing masih hendak mengekalkan jumlah pegangan hakmilik ke atas setiap bahagian yang mahu dibuat itu sebanyak ½ bahagian maka perlulah dibuat proses ‘Pecah Sempadan’ yang seperti berikut.

( klik foto untuk zoom besarkan )

Dibuat 2 pecahan bahagian dengan luas 0.5 ekar setiap bahagian tetapi kedua-dua mereka masih juga berkongsi hakmilik yang sama luas iaitu masing-masing mempunyai luas ½ bahagian ke atas setiap pecahan bahagian tersebut.

Tetapi jika mereka bersepakat pula hendak membuat lebih daripada 2 pecahan bahagian, contohnya dipecahkan kepada 4 bahagian tidaklah menjadi masalah jika masing-masing sudah bersetuju dengan jumlah pecahan yang hendak dibuat. Maka beginilah pula bentuk pecahan tersebut.

( klik foto untuk zoom besarkan )

Dibuat 4 pecahan bahagian dengan luas setiap bahagian tersebut adalah 0.25 ekar tetapi kedua-dua pemilik tanah itu masih juga mengekalkan pegangan hakmilik berupa ½ bahagian di dalam setiap pecahan bahagian yang telah dibuat.

Melalui gambarajah contoh yang telah ditunjukkan beserta dengan penerangan ringkas berkenaan setiap proses pecahan yang telah dibuat oleh kedua-dua pemilik tanah di atas, penulis harap pembaca telah faham akan perbezaan proses dan kerja di antara kedua-dua prosedur pecah tanah ini iaitu di antara ‘Pecah Bahagian’ dan juga ‘Pecah Sempadan’.

Jadi hanya setakat ini sahaja untuk kali ini. Jika di izinkan dan jika ada kelapangan masa penulis akan menambahkan lagi pengisian dengan artikel-artikel baru tetapi masih lagi dalam bidang topik ukur tanah untuk kita sama-sama beroleh manafaat dan juga sedikit ilmu daripadanya.

-----------------------------------------------------------------

>> PERKHIDMATAN JURUKUR TANAH<<

Jika anda merancang untuk mendapatkan khidmat Jurukur Tanah dan mahukan penjelasan lanjut berkenaan bidang kerja ukur tanah serta anggaran harga upah untuk setiap kerja tanah yang akan dikenakan, anda bolehlah mendapatkan maklumat lanjut dengan membaca di link yang telah kami sediakan di bawah.

Sila klik ayat biru di bawah...


"Perkhidmatan Jurukur Tanah secara ONLINE di hujung jari anda saja" 

------------------------------------------------------------------


Sekian dahulu untuk kali ini

TERIMA KASIH

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum

    Saya ingin kepastian.
    Jika si abang dan si adik inginkan geran berasingan atas nama masing-masing, adakah itu juga dipanggil pecah sempadan. Biasanya berapa kos perbelanjaan yang perlu disediakan untuk proses ini? terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam...

      Kalau masing2 nak dapatkan geran tanah berasingan, salah seorang daripada dua beradik itu perlulah buat permohonan pecah bahagian untuk dapatkan geran tanah berasingan. Maka si pemohon tadi akan mendapat satu geran tanah berasingan dengan nombor lot tanah yang baru manakala yang seorang lagi akan tetap gunakan geran tanah yang asal tapi dibuat pindaan pada luas tanah dan juga hakmilik tanah tersebut. Kos tak pasti sebab kami tak buat kerja begini cuma syarikat jurukur tanah berlesen saj yang boleh buat tapi ikut info terkini adalah sekitar 5 - 10 ribu untuk mendapatkan 1 geran tanah berasingan

      Padam

PERINGATAN :-

PEMBACA yang mahu menulis di ruang komen PERLU MENULIS nama ID atau menulis 'NAMA SAMARAN'. Sebarang ulasan dan pertanyaan dari 'TANPA NAMA' akan dihapuskan. Penggunaan bahasa perlulah yang penuh DAN berhemah. Penulisan dengan gaya BAHASA SMS yang tidak difahami AKAN DIHAPUSKAN

KLIK FOTO UNTUK MAKLUMAT PERKHIDMATAN KAMI

KLIK FOTO UNTUK MAKLUMAT PERKHIDMATAN KAMI
UNTUK MENDAPATKAN KETERANGAN LANJUT MENGENAI PERKHIDMATAN UKUR TANAH YANG KAMI SEDIAKAN BERSERTA DENGAN ANGGARAN HARGA KOS BAGI SETIAP KERJA UKUR TANAH YANG KAMI LAKUKAN, KLIK LINK FOTO DI ATAS UNTUK DAPATKANNYA DI HALAMAN YANG TELAH KAMI SEDIAKAN UNTUK ANDA SENDIRI MEMBACA DAN MEMBUAT PENGIRAAN ANGGARAN KASAR BAGI KERJA UKUR TANAH YANG ANDA PERLUKAN
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...