MENGENAI KAMI

( Dahulu dikenali sebagai Jurukur Tanah Bagan )


CARTA ORGANISASI JURUKUR TANAH KLANG

                                                          
PENGURUS : ENCIK MOHD NIZAM
( Pengurus Operasi JTK )

PENOLONG : ENCIK YUSNI A.R
( Penolong Pengurus / Chief Surveyor )

ADMIN : PUAN ROLIZA A.H
( Pengurus Pentadbiran )

JAB. TEKNIKAL : PUAN NORLIE
( Ketua Unit Komputer )

WEBMASTER : Nick Bagan

"PERKHIDMATAN SECARA ONLINE HANYA DIHUJUNG JARI ANDA SAHAJA"

Your Online Survey Solution's

Dengan 20 tahun pengalaman dalam urusan ukur tanah persendirian. Kawasan perkhidmatan kami sekitar KL dan Selangor. Kawasan keutamaan kami adalah daerah Klang dan daerah-daerah pantai negeri Selangor.

Pelanggan Utama kami adalah pemilik tanah persendirian yang terdiri dari kalangan petani, pekebun kecil, pemilik lot kediaman serta bangunan, pemilik tanah keluarga, pewaris tanah pusaka, pemilik tanah yang berkongsi geran tanah serta penjual atau pembeli yang terlibat dalam urusan jual beli tanah. 

Melalui perkhidmatan secara atas talian hanya dihujung jari anda, urusan perbincangan dan dokumentasi tidak perlu lagi dibuat seperti dahulu. Anda sebagai pelanggan tidak perlu bersusah payah naik turun tangga pejabat jurukur tanah hanya sekadar nak dapatkan penjelasan perkhidmatan atau sebutharga untuk ukur tanah anda. Perbincangan dan kiriman dokumen boleh dibuat pada bila-bila masa sahaja dari rumah atau tempat kerja anda 24 jam sehari 7 hari seminggu. Apa yang perlu hanyalah telefon atau komputer yang mempunyai sambungan internet sahaja. Kalau 5 tahun lepas email dan Facebook cara utama urusan tetapi sekarang melalui Whatsapp adalah lebih mudah, lebih cepat dan lebih selamat. 

Selain dari penjimatan masa, kos bagi urusan kerja juga dapat dikurangkan dan diberikan kepada pelanggan dalam bentuk tawaran diskaun dengan syarat tertentu.

Untuk lebih info sila baca FAQ's Soalan Lazim Pelanggan di menu utama. Untuk pertanyaan dan sebutharga sila hubungi kami melalui telefon atau kiriman mesej Whatsapp. 


NOTA

Bagi pengunjung yang menggunakan paparan mobile / telefon / tablet, MENU UTAMA dapat dicapai dengan ( klik ) butang  LAMAN UTAMA yang terletak di bahagian atas setiap halaman 


TERIMA KASIH


--------------------------------------------------------------
Jurukur Tanah Klang @ 2023