MENU UTAMA

Jumaat, 13 Disember 2013

LATIT DAN DIPAT : KEPENTINGANNYA DI LAPANGAN YANG KITA TAK SEDARI ( UPDATED MAC 2022 )




( Updated : Mac 2022 )

Apakah LATIT dan DIPAT ? Bagi pembaca-pembaca yang merupakan jurukur tanah atau pelajar bidang ukur tanah semestinya dah tahu. Tapi bagi mereka-mereka yang tak tahu pula, secara ringkasnya LATIT dan DIPAT ini adalah merupakan perbezaan jarak dalam paksi X & Y mengikut sistem pemetaan yang berpandukan arah Utara. Dan bagi penggunaan mengikut sistem peta dunia atau GPS pula ia lebih dikenalI sebagai perbezaan jarak dalam garisan LATITUDE dan LONGITUDE.


LATIT : beza jarak paksi Y antara dua titik ( + U / S -)

DIPAT : beza jarak paksi X antara dua titik ( + T / B - )  

Entri kali ini adalah tercetus dari kecuaian penulis sewaktu hendak pergi buat kerja di site. Penulis terlupa bawa kalkulator program tapi mujurlah kebanyakan telefon zaman sekarang telah sedia ada perisian kalkulator di dalamnya samada dalam mod biasa atau pun kalkulator sainstifik.


Kepentingan Latit dan Dipat adalah :-

1.) untuk mengira 'jarak' antara 2 titik
2.) untuk mengira 'bearing' antara 2 titik
3.) untuk mengira 'kordinit'
4.) untuk mengira 'tikaian lurus' control traverse
5.) untuk mengira 'luas' rangkuman traverse tersebut


Tapi untuk kali ini penulis hanya nak ceritakan tentang kegunaan Latit dan Dipat ini untuk mengira jarak antara 2 titik, mengira kordinit dan juga untuk mengira bearing 2 titik tersebut.

Berpandukan pada gambarajah 2, diberikan contoh pengiraan bagi mendapatkan penyelesaian kepada masalah-masalah yang ada di dalam gambarajah 3. Tapi sebelum itu kenalah tahu apa formula-formula yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah ini.



Sin Q = Stg / Sdg

Cos Q = Sbl / Sdg

Tan Q = Stg / Sbl

Formula bagi mencari JARAK: 
Jarak ( Latit2 Dipat2 )1/2

Formula bagi mencari DIPAT : 
Dipat ( Jarak2 - Latit2 )1/2

Formula bagi mencari LATIT : 
Latit = ( Jarak2 Dipat2 )1/2

*SILA RUJUK KEPADA NOTA KAKI UNTUK LEBIH MEMAHAMI FORMULA2 INI


CARA MENGIRA 'BEARING & JARAK' DARI LATIT & DIPAT 2 TITIK GARISAN



Sudut Q = 64°40’15”                                                                                                                                                             
Sekarang kita lihat pulak pada gambarajah 3. Dengan menggunakan program kalkulator sainstifik yang terdapat dalam telefon, penulis akan tunjukkan cara2 untuk selesaikan masalah bagi mendapatkan nilai X dan Y dan seterusnya mencari bearing bagi titik A ke C dan juga menghitung kordinit titik C.

Diberikan nilai Dipat adalah = 6.096m dan sudut Q adalah = 64° 40’ 15” maka perkara pertama yang perlu kita cari adalah nilai Latit bagi garisan AC tersebut.


Latit = BC =      Tan Q = Y / 6.096
                             Y = Tan Q x 6.096
                             Y = 12.879 m

Jarak = AC =     Cos Q = 6.096 / X
                              X = 6.096 / Cos Q
                              X = 14.249 m


Setelah kita tahu nilai Latit bagi garisan AC adalah = 12.879m dan nilai Dipat garisan AC adalah = 6.096m maka sekarang kita cuba pula menggunakan formula yang lain sebagai perbandingan kepada jawapan di atas tadi..


Jarak =   ( Latit2 Dipat2 )1/2
                  ( 6.0962 12.8792 )1/2
                  = 14.249 m

Latit =     ( Jarak2 Dipat2 )1/2
                  ( 14.2492 6.0962 )1/2
                  = 12.879 m


Dipat =     ( Jarak2 - Latit2 )1/2
                   ( 14.2492 - 12.8792 )1/2
                   = 6.096 m



Manakala bagi menghitung bearing AC secara Latit & Dipat pulak, formulanya adalah  

Bearing AC  = Tan-1 ( Dipat Latit )
                       Tan-1 ( 6.096 / 12.879 )
                       = 25° 19' 45"  

Sebagai pemeriksaan mudah, garisan Dipat yang bergaris lurus 90° 00' 00" ( – ) Sudut Q 64° 40' 15" = 25° 19' 45". Maka jawapannya adalah sama dengan jawapan yang menggunakan formula Latit & Dipat tadi.

Setelah Latit & Dipat bagi garisan AC ini telah kita ketahui maka sekarang mudahlah untuk kita menghitung kordinat bagi titik C.

Kordinat A = ( U/S 100.000 , T/B 100.000 )

Kordinat C = ( U/S 'A' + Latit , T/B 'A' + Dipat )
= ( 100.000 + 12.879 , 100.000 + 6.096 )
= ( 112.879, 106.096)


CARA MENGIRA 'LATIT & DIPAT' DARI BEARING & JARAK 2 TITIK GARISAN



Latit = Cos 'Bearing' X 'Jarak'

Dipat = Sin 'Bearing' X 'Jarak'

Jika di atas tadi penulis tunjukkan cara membuat pengiraan secara manual bagi mendapatkan nilai bagi bearing, jarak & kordinat melalui latit & dipat. Ini pula adalah terbalikan proses iaitu cara membuat pengiraan secara manual bagi mendapatkan nilai 'Latit & Dipat' daripada bearing & jarak 2 titik garisan.

Rujuk kembali gambarajah 3 di atas.

Jika Bearing AC     25° 19' 45"
Jika Jarak AC         14.249 m

Maka nilai latit & dipat garisan AC adalah seperti berikut :

Latit AC = Cos ( 25° 19' 45" ) X 14.249m
= 0.903864 X 14.249m
= 12.879m

Dipat AC = Sin ( 25° 19' 45" ) X 14.249m
= 0.427818 X 14.249m
= 6.096m

Moga anda semua telah faham dan menghafal formula2 Latit & Dipat ini sebagai persediaan jika terpaksa membuat pengiraan secara manual ketika berada di site dan bukannya secara menggunakan program yang sedia ada dalam kalkulator program jurukur.


Nota kaki :

Oleh kerana di dalam program Word yang digunakan untuk menulis entri ini tidak terdapat simbol matematik bagi 'punca kuasa' maka : 

Jarak = ( Latit2 Dipat2 )1/2  

mesti dibaca dan difahami sebagai : 

Jarak adalah bersamaan dengan 'punca kuasa' ('kuasa 2 Latit' dicampur dengan 'kuasa 2 Dipat') 

2 ulasan:

mataterang berkata...

Sangat berguna. Ini yg saya cari. Terima kasih banyak tuan. Semoga diberi pahala berpanjangan dgn ilmu ini.

Helmi Hassan berkata...

Tq bro..refresh kepala otak aku semula..hahaa

Catat Ulasan

PERINGATAN :-

PEMBACA yang mahu menulis di ruang komen PERLU MENULIS nama ID atau menulis 'NAMA SAMARAN'. Sebarang ulasan dan pertanyaan dari 'TANPA NAMA' akan dihapuskan. Penggunaan bahasa perlulah yang penuh DAN berhemah. Penulisan dengan gaya BAHASA SMS yang tidak difahami AKAN DIHAPUSKAN