Apabila
membuat urusan jual beli tanah samada keseluruhan lot atau cuma sebahagian
mengikut luas atau bahagian yang tertentu, adalah penting urusan jual beli ini
didokumentasikan dalam satu surat perjanjian yang sah yang boleh dijadikan
sebagai rujukan atau bukti bagi urusan jual beli tersebut.
Ada
orang yang berpendapat jika membuat urusan jual beli dengan secara bayaran
tunai mereka tak perlu lagi sediakan apa-apa surat perjanjian tetapi boleh
terus pergi ke Pejabat Tanah Daerah ( PTD ) membuat urusan pertukaran nama
pemilik tanah dengan mengisi borang 14A.
Alasan
mereka cara begini adalah lebih cepat dan mudah serta lebih menjimatkan kos
sebab tanpa surat perjanjian mereka tak perlu buat bayaran kepada pihak ejen dan
peguam hartanah. Memang betul dari segi kos tambahan yang perlu dikeluarkan
tetapi pendapat mereka itu ada juga kesalahan sebab surat perjanjian jual beli
tak semestinya disediakan oleh ejen hartanah atau peguam hartanah.
Sebenarnya
pihak penjual atau pembeli sendiri boleh sediakan satu surat perjanjian jual
beli tanpa perlu pembabitan ejen atau peguam hartanah tetapi perlulah dibuat
dalam format tertentu yang lengkap segala butiran urusan yang kemudiannya ditandatangani
dihadapan dan diperakui sah oleh seorang Pesuruhjaya Sumpah sahaja.
Dalam
menyediakan satu surat perjanjian jual beli tanah ini apa yang perlu ada dan
dimasukkan ke dalam surat ini adalah butiran-butiran seperti yang berikut.
___________________________________________________
( TAJUK ) : SURAT PERJANJIAN JUAL BELI
TANAH
1.)
TARIKH
PERJANJIAN DIBUAT :
2.)
PIHAK-PIHAK
YANG TERLIBAT :
( NAMA PENUH &
NOMBOR KAD PENGENALAN / penjual )
( NAMA PENUH &
NOMBOR KAD PENGENALAN / pembeli )
3.)
BUTIRAN
MAKLUMAT TANAH YANG TERLIBAT :
( NOMBOR LOT )
( SEKSYEN / MUKIM /
DAERAH / NEGERI )
( KATEGORI TANAH / jenis tanah samada pertanian atau lain
)
( NOMBOR PLOT /
jika sekadar 1 pecahan bahagian sahaja dengan merujuk kepada nombor plot dalam
pelan lampiran )
( LUAS TANAH /
keseluruhan atau sebahagian dalam hektar / ekar / meter persegi / kaki persegi
)
( PECAHAN BAHAGIAN
/ luas dalam pecahan bahagian seperti tertulis dalam geran tanah / 1/1 bahagian
jika keseluruhan )
4.)
TERMA
& SYARAT PERJANJIAN : ( ini paling penting )
( HARGA YANG DIPERSETUJUI )
( CARA PEMBAYARAN / tunai atau ansuran / deposit &
baki yang perlu dibayar )
( TEMPOH BAYARAN PERLU DIBUAT / nyatakan )
( SYARAT-SYARAT / bila dan berapa jumlah perlu dibayar / bila urusan tukarnama akan dibuat dan
lain-lain syarat yang wajar seperti keperluan ukuran tanda pengesahan sempadan
dibuat )
( PERINTAH HALANGAN / apa yang kedua-dua pihak boleh dan
tidak boleh lakukan selama dalam tempoh selagi belum selesai pembayaran ATAU
selepas selesai urusan jual beli )
NOTA : bahagian ini penulis katakan sebagai bahagian yang
terpenting sebab bahagian inilah yang sebenarnya yang akan menjadi isikandung
pokok pangkal perjanjian ini. Perjanjian boleh terbatal jika ada mana-mana
pihak yang gagal tunaikan terma & syarat perjanjian ini. Jadi apa sahaja
yang difikirkan perlu dibuat dan ditunaikan mestilah ditulis dengan secara
jelas dibahagian ini.
5.)
2
ORANG SAKSI : ( setiap pihak 1 saksi )
( NAMA PENUH & NO. KAD PENGENALAN / saksi penjual )
( tandatangan saksi / tarikh )
( NAMA PENUH & NO. KAD PENGENALAN / saksi pembeli )
( tandatangan saksi / tarikh )
6.)
RUANGAN
TANDATANGAN PERJANJIAN ANTARA PENJUAL & PEMBELI
( tandatangan pihak penjual / tarikh )
( NAMA PENUH & NO. KAD PENGENALAN )
( tandatangan pihak pembeli / tarikh )
( NAMA PENUH & NO. KAD PENGENALAN )
7.)
PESURUHJAYA
SUMPAH : ( pengesahan )
( COP & TANDATANGAN / tarikh )
____________________________________________________
Ini bukanlah contoh surat perjanjian tetapi cuma rangka butiran-butiranyang perlu ada dalam surat perjanjian jual beli tanah sahaja. Anda boleh sediakan sendiri surat perjanjian ini dengan mengikut gaya & format anda sendiri. Tapi elakkan daripada membuat satu surat yang sangat ringkas yang hanya 1 mukasurat sahaja. Sebaiknya ditulis dalam bentuk ayat penuh contoh seperti berikut :-
“Saya
Encik
Alif Ba Ta , seorang warganegara Malaysia dengan No. Kad
Pengenalan : 123456789, selaku pemilik tanah yang terlibat dalam perjanjian ini
( selepas ini akan dirujuk sebagai ‘penjual’ ) dengan ini bersetuju untuk
menjual tanah tersebut kepada Encik
Do Re Mi , seorang
warganegara Malaysia dengan No. Kad Pengenalan : 987654321 ( selepas ini akan
dirujuk sebagai ‘pembeli’ )
( sekadar contoh penggunaan ayat penuh )
Akhir
sekali setelah semua pihak menurunkan tandatangan persetujuan dan persaksian di
hadapan Pesuruhjaya Sumpah, satu setem hasil perlulah dimatikan di kepala surat
perjanjian tersebut bagi menjadikan surat itu satu surat perjanjian yang sah
dan boleh digunapakai sampai bila-bila pun bagi membuktikan urusan jual beli
tanah tersebut telah dibuat dengan sempurna.
_________________________________________________
Seperti biasa jika anda ada keperluan
untuk membuat apa-apa urusan ukur tanah ke atas tanah anda bolehlah hubungi
kami melalui saluran yang telah diberikan disini. Untuk lebih mudah kirim
sahaja pertanyaan tersebut melalui telefon dengan kiriman mesej melalui
aplikasi WhatsApp ke nombor :
( klik nombor di bawah )
SEKIAN TERIMA KASIH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PERINGATAN :-
PEMBACA yang mahu menulis di ruang komen PERLU MENULIS nama ID atau menulis 'NAMA SAMARAN'. Sebarang ulasan dan pertanyaan dari 'TANPA NAMA' akan dihapuskan. Penggunaan bahasa perlulah yang penuh DAN berhemah. Penulisan dengan gaya BAHASA SMS yang tidak difahami AKAN DIHAPUSKAN