بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Juru Ukur Tanah adalah penyedia perkhidmatan bagi kerja-kerja pengukuran dan pemetaan tanah BUKAN menilai harga tanah seperti yang ramai tersalah anggap. Urusan ukur tanah juga bukanlah satu produk yang boleh disamakan dengan urusan jual beli barangan.
Pelanggan yang baru hendak membuat urusan ukur tanah sering salah faham dengan cara harga kerja ukur tanah dikira dan diberikan kepada mereka. Mereka membuat pertanyaan harga tanpa memberikan butiran lengkap berkenaan tanah dan jenis kerja ukur tanah yang sebenarnya yang diperlukan oleh mereka.
CONTOH PERTANYAAN ADALAH SEPERTI BERIKUT
i.) Saya ada tanah di Kuala Selangor, berapa harga kalau nak ukur..?
ii.) Berapa kos nak ukur tanah 1 ekar tanah rata tapi semak...?
iii.) Tanah ayah berkongsi dengan pak cik & mak cik saya. Kalau saya nak ukur tanah ayah saja, berapa harga...?
Untuk memberikan harga bagi kerja ukur tanah yang diperlukan pelanggan tidak semudah itu. Bagi urusan jual beli barangan mungkin mudah tapi dalam urusan perkhidmatan ukur tanah, setiap juru ukur tanah perlu semak butiran tanah, butiran lokasi tanah dan butiran jenis kerja-kerja ukur yang perlu dibuat melalui kiriman dokumen dan perbincangan dengan pelanggan serta carian infomasi yang berkenaan dari laman web pihak berkuasa yang terlibat terlebih dahulu.
Selepas perbincangan dan semakan info dibuat barulah juru ukur tanah faham kerja apakah sebenarnya yang perlu dibuat dengan memberikan cadangan kepada pelanggan. Selepas pelanggan faham dan bersetuju dengan cadangan kerja ukur yang diberikan oleh juru ukur tanah, barulah satu sebutharga bagi butiran tanah dan lokasi serta kerja-kerja yang terlibat dapat disenaraikan dalam satu dokumen sebutharga yang akan diberi kepada pelanggan.
Bagi menyediakan satu sebutharga yang sebenar atau sekadar anggaran harga adalah penting untuk kami dapatkan pengesahan butiran berikut daripada pelanggan.
1.) Apakah jenis kerja ukur tanah yang nak kami buatkan
2.) Luas tanah berapa dan lokasi tanah dimana...?
3.) Nak kami ukur tanah ni, tuan tanah nak buat apa yang sebenarnya...?
4.) Nak buat ukuran atas tanah sahaja atau nak disediakan pelan sekali
--------------------------------------------
KERJA UKUR TANAH UTAMA YANG KAMI BUAT UNTUK PEMILIK TANAH
i.) UKUR DEMARKASI - cari & tanda semula sempadan lot atau sempadan bahagian tanah mana-mana pemilik yang berkongsi hakmilik lot tersebut
ii.) UKUR TOPOGRAFI - ukur aras tinggi tanah di lokasi tanah yang terlibat
iii.) UKUR BUTIRAN @ DETAIL SURVEY - merekodkan butiran benda kekal yang ada di atas tanah seperti bangunan, rumah kediaman, pagar, jalan, parit, tiang-tiang eletrik, lampu serta telefon, paip air, saluran kumbahan, pokok-pokok besar dan tinggi yang sedia ada serta butiran benda yang ada di dalam tanah seperti paip, kabel dan lain-lain.
iv.) Selain kerja ukuran di lokasi kami juga ada menyediakan pelan ukuran tertentu dalam format pelan biasa untuk kegunaan sendiri atau dalam format pelan rasmi untuk kegunaan urusan rasmi pelanggan seperti pelan pra-hitungan/pre-comp, pelan susun atur pembahagian tanah, pelan pecahan bahagian, pelan demarkasi, topografi dan ukur butiran serta pelbagai jenis pelan ukuran lain yang mengikut keperluan pelanggan.
------------------------------------------------
Yang sebenarnya kerja ukur tanah tidak mempunyai harga tetap, minima, maksima, harga siling, harga lantai atau harga pasaran. Yang ada cuma kadar harga asas yang telah ditetapkan bagi setiap butiran tanah yang terlibat dan kadar harga asas bagi setiap jenis kerja ukur tanah yang perlu dibuat sahaja.
BUTIRAN YANG DIPERLUKAN
1.) Jenis kerja ukur tanah yang perlu dibuat
2.) Keluasan tanah yang terlibat
3.) Lokasi tanah
4.) Keadaan mukabumi lokasi tanah
5.) Nak buat ukuran atas tanah sahaja atau
6.) Ukuran atas tanah sekali dengan penyediaan pelan
7.) Kalau perlu sediakan pelan, nak buat pelan jenis apa.
Samada PELAN BIASA yang ringkas untuk kegunaan sendiri dalam saiz sederhana berharga antara RM 200 hingga RM 400. Atau PELAN RASMI yang padat dengan pelan tapak, pelan lokasi, pelan kunci, nota serta petujuk, cop & tandatangan Jurukur Tanah Berlesen ( LS ) serta lain-lain butiran yang mengikut keperluan pihak yang berkenaan dengan harga minima RM 800.
-------------------------------------------------------------
Samada harga anggaran atau harga sebenar, anda perlulah berikan butiran yang lengkap serta nyatakan dengan jelas jenis kerja ukur tanah yang diperlukan. Berlainan butiran tanah serta berlainan jenis kerja ukur yang perlu dibuat maka harga juga akan berlainan tidak sama. Dengan butiran yang lengkap barulah boleh dikirakan harga yang tepat
Oleh kerana kami banyak membuat kerja bagi pemilik tanah persendirian yang bersaiz kecil maka kami sediakan satu harga minima atau harga terendah mengikut keluasan tanah 1 ekar yang pertama atau sebahagiannya mengikut lokasi dan kawasan tertentu bagi memudahkan pelanggan faham.
Harga minima ini adalah merupakan kadar harga bagi satu pasukan ukur tanah membuat kerja 1 hari di lokasi meliputi kos bagi pembelian barangan kerja, membuat carian dan pembelian infodata yang diperlukan, bayaran gaji untuk satu pasukan ukur tanah, peralatan ukur tanah, kenderaan serta kos perjalanan pergi dan balik seperti minyak, tol, makan dan minum.
HARGA MINIMA atau terendah kami bagi kerja ukur tanah
1.) Kuala Lumpur, Gombak, Hulu Langat, Hulu Selangor, Sabak Bernam & Sepang adalah : RM 800 *
2.) Kuala Selangor, Petaling & Kuala Langat : RM 700 *
3.) Di dalam daerah Klang sahaja adalah : RM 600 *
Harga minima bagi luas tanah 1 ekar yang pertama ini
bermaksud jika luas tanah kurang dari 1 ekar harga tetap sama. Jika luas tanah melebihi 1 ekar barulah ada tambahan harga. Dan jika perlukan penyediaan apa-apa jenis pelan maka ada tambahan harga bagi penyediaan pelan tersebut selain daripada harga minima bagi membuat kerja ukur di lokasi.
Jumlah harga juga boleh bertambah jika terdapat faktor halangan seperti kawasan berbukit, hutan belukar, semak samun, kawasan berpaya serta jauh dari jalan utama dan tiada jalan masuk yang mudah untuk pergi ke lokasi tanah.
Untuk kerja pembahagian tanah atau pecahan bahagian
secara kasar jumlah harga adalah bergantung kepada jumlah bahagian yang terlibat serta jenis pelan yang pelanggan mahukan. Kadar harga bagi setiap 1 bahagian tanah yang terlibat iaitu kerja penyediaan pelan 1 salinan serta kerja ukuran penandaan di atas tanah adalah di antara RM 200 ( minima ) hingga RM 400 ( maksima ) per/bahagian. Semakin banyak bahagian yang terlibat kadar harga akan menjadi semakin berkurangan hingga RM 200 per/bahagian. Tapi jika hanya cuma 2 bahagian sahaja dengan luas tidak melebihi 1 ekar kadar harga adalah RM 400 per/bahagian. Manakala bagi 1 bahagian sahaja, harga minima ikut keluasan 1 ekar yang pertama atau sebahagiannya seperti diatas akan diberikan kepada pelanggan dicampurkan lagi dengan harga bagi penyediaan pelan mengikut format yang pelanggan perlukan.
Bagaimana pun kami ada tawaran diskaun antara RM 100 hingga 20 % dengan bersyarat bagi kerja ukur tanah di lokasi tanah yang tertentu serta bagi penyediaan pelan dalam format BIASA untuk kegunaan sendiri yang layak untuk diberikan diskaun.
Bagi penyediaan pelan dalam format RASMI dengan endorsemen Jurukur Tanah Berlesen ( LS ) tiada sebarang tawaran diskaun yang dapat diberikan.
* ( HARGA MINIMA TIDAK TERMASUK harga bagi penyediaan apa-apa jenis pelan serta kos tambahan jika terdapat sebarang faktor halangan seperti lokasi kawasan berbukit, hutan belukar, semak samun, kawasan berpaya atau tiada jalan masuk yang mudah untuk pergi ke tapak lokasi )
------------------------------------------------
Bagi yang berminat nak dapatkan sebutharga kerja ukur tanah, untuk lebih faham sila semak & baca di pautan yang disediakan di bawah.
< klik bawah >
SEBUTHARGA kami adalah PERCUMA
Kalau setuju dengan harga barulah ada bayaran deposit sebagai tanda persetujuan rasmi pelanggan
SEKIAN
TERIMA KASIH
------------------------------------------------- -----
Jurukur Tanah Klang @ 2026