CARTA ORGANISASI
Pengurus : Encik Mohd Nizam Abu
( Perunding @ Pengurus )
( Perunding @ Pengurus )
Penolong : Encik Yusni A. Rahman
( Unit Kerjaluar @ Jurukur Kanan )
( Unit Kerjaluar @ Jurukur Kanan )
Pentadbiran : Puan Roliza
( Perunding, Pentadbiran & Perakaunan )
( Perunding, Pentadbiran & Perakaunan )
Jabatan Teknikal : Puan Norlie
( Unit IT & Pelan )
Webmaster : nick
PERKHIDMATAN DI HUJUNG JARI ANDA SAHAJA
( Your Online Survey Solution's )
Dengan berpengalaman melebihi 20 tahun dalam kerja ukur tanah dan 10 tahun dalam pelbagai projek pembinaan serta bangunan tinggi ( highrise ). Tak ada masalah dalam urusan kerja ukur tanah yang tak dapat kami selesaikan.
Kawasan perkhidmatan kami sekitar KL dan Selangor sahaja dengan keutamaan kami daerah Klang dan daerah-daerah pantai di negeri Selangor.
Pelanggan Utama kami pula adalah pemilik tanah persendirian yang berkeluasan kecil terdiri dari kalangan pekebun kecil, pemilik tanah lot kediaman, tanah keluarga, pewaris pusaka, pemilik tanah yang berkongsi geran tanah serta penjual atau pembeli yang terlibat dalam urusan jual beli tanah.
Kerja Ukur Tanah yang kami buat terutama sekali adalah cari dan tandakan sempadan lot, tandakan sempadan bahagian, ukuran demarkasi tanda sempadan, ukuran butiran ( detail survey ), ukuran topografi dan kerja ukur setting out bagi pembinaan rumah kediaman, bangunan, jalanraya serta pemotongan tanah bukit sebagai tapak platform ( cut & fill ) atau sebagai cerun @ slope mengikut ketinggian dan gradian yang telah ditetapkan oleh jurutera rekabentuk.
Selepas era COVID19 kami telah membuat perubahan bagi urusan perbincangan dan kiriman dokumen yang tidak lagi dibuat seperti dahulu. Pelanggan kami tidak perlu lagi datang ke pejabat kami hanya untuk dapatkan penjelasan perkhidmatan atau sebutharga bagi kerja ukur tanah. Pertanyaan dan kiriman dokumen boleh dibuat hanya dari rumah anda atau tempat kerja anda pada bila-bila masa 24 jam sehari 7 hari seminggu. Apa yang perlu hanyalah telefon atau komputer yang mempunyai sambungan internet sahaja.
Kalau 5 tahun lepas cara utama kiriman dokumen adalah melalui pos atau email tetapi pada waktu sekarang ada cara yang lebih mudah melalui aplikasi Whatsapp di telefon anda tanpa perlukan akaun email. Bukan saja lebih mudah malah lebih cepat & selamat serta lebih menjimatkan masa, tenaga serta belanja.
Kos bagi urusan kerja juga dapat dikurangkan dan diberikan semula kepada pelanggan dalam bentuk tawaran diskaun dengan syarat yang tertentu.
--------------------------------------------------
Pemilik tanah yang perlukan khidmat jurukur tanah bagi menyelesaikan isu & masalah tanah yang sedia ada atau bagi mengelakkan terjadinya sebarang masalah tanah pada masa hadapan, anda boleh buat semakan perkhidmatan ukur tanah yang disediakan oleh kami terlebih dahulu sebelum anda menghubungi kami dengan klik pada pautan di bawah.
( klik bawah )
--------------------------------------------------
Pembaca yang menggunakan paparan mobile@telefon MENU UTAMA dapat dicapai dengan (klik ) butang 'ALIHKAN KEPADA' yang terletak dibahagian atas setiap halaman. Terdapat lebih dari 50 tajuk artikel berkenaan ukur tanah dan pengurusan tanah di Pejabat Tanah Daerah yang diterbitkan oleh kami boleh dibaca di menu 'SENARAI ARTIKEL'
SEKIAN TERIMA KASIH
--------------------------------------------------------------
Jurukur Tanah Klang @ 2024