بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
PERKHIDMATAN JURUKUR TANAH
( LAND SURVEYOR )
1.) Jurukur Pejabat / Office Surveyor :
Jurukur Tanah yang membuat khidmat perundingan, khidmat nasihat, perbincangan, dokumentasi serta penyediaan pelan
2.) Jurukur Lapangan / Field Surveyor :
Jurukur Tanah yang membuat kerja pengukuran di tapak tanah dalam kerja ukur demarkasi cari & tanda sempadan lot atau sempadan bahagian, kerja ukur topografi merekodkan ketinggian aras tapak tanah, kerja ukur butiran merekodkan info benda kekal yang ada di atas tanah seperti jalan, parit, pagar, bangunan, tiang2 elektrik serta telepon dan lain2 lagi serta kerja ukur setting out dalam projek pembinaan bangunan dan infra
PERKHIDMATAN MELUKIS PELAN TANAH
Perkhidmatan melukis pelan sama ada pelan bagi kerja ukur tanah yang telah dibuat atau pelan yang tak perlu dibuat kerja pengukuran.
2 FORMAT PELAN YANG BERBEZA
i.) PELAN BIASA : saiz sederhana untuk kegunaan sendiri
ii.) PELAN RASMI : saiz standard ikut keperluan untuk urusan rasmi pelanggan
* beza antara PELAN RASMI dengan PELAN BIASA selain dari saiz pelan, Di dalam PELAN RASMI terdapat Pelan Tapak, Pelan Kunci, Pelan Lokasi, Nota dan Petunjuk, butiran-butiran yang tertentu serta endorsemen cop & tandatangan pengesahan Jurukur Tanah Berlesen.
( Contoh PELAN RASMI )
KAWASAN PERKHIDMATAN KAMI
NEGERI SELANGOR
&
KUALA LUMPUR
KAWASAN KEUTAMAAN KAMI :
DAERAH KLANG DAN DAERAH PANTAI NEGERI SELANGOR
KERJA UKUR TANAH YANG KAMI BUAT
i.) UKUR DEMARKASI : Ukur tanda sempadan lot atau sempadan bahagian serta sempadan rezab jalan
ii.) UKUR TOPOGRAFI : Ukur aras tinggi rendah tanah tapak lokasi
iii.) UKUR BUTIRAN : Detail survey @ butiran benda kekal yang ada di lokasi
iv.) UKUR KEJURUTERAAN : Engineering / Construction Survey / kerja pengukuran setting out lokasi piling, tiang, sesiku atau bucu bangunan, cerun / slope, jajaran jalan dan lain-lain
v.) PEMBAHAGIAN TANAH :
Samada tanah pemilik yang berkongsi geran tanah, tanah keluarga, tanah warisan pusaka, pewaris Faraid atau Hibah serta bahagian tanah yang terlibat dalam urusan jual beli.
KERJA UKUR TANAH KEUTAMAAN KAMI
1.) PENYEDIAAN PELAN 'PRA-HITUNGAN / PRE-COMP' CADANGAN PECAHAN BAHAGIAN ATAU CADANGAN PEMBAHAGIAN TANAH
2.) UKUR TANDA SEMPADAN BAHAGIAN SALAH SEORANG PEMILIK ATAU BAHAGIAN SETIAP PEMILIK DALAM LOT YANG BERKONGSI GERAN
3.) UKUR DEMARKASI CARI DAN TANDA SEMULA SEMPADAN LOT ATAU SEMPADAN BAHAGIAN
Kerja yang menjadi keutamaan dan kepakaran kami adalah 'Cari dan Tanda semula sempadan lot atau sempadan pembahagian tanah' serta 'Penyediaan pelan cadangan pecahan bahagian @ cadangan pembahagian tanah' yang dipersetujui pemilik tanah terlebih dahulu sebelum boleh dibuat kerja ukuran penandaan di atas tanah.
Proses pembahagian tanah samada tanah keluarga atau tanah pusaka yang dibuat secara faraid, hibah atau keluasan bahagian yang tertentu mengikut kemahuan pemilik tanah serta pembahagian tanah yang terlibat dalam urusan jual beli.
Samada nak tandakan salah satu bahagian tanah hakmilik salah seorang pemilik tanah sahaja atau nak ditandakan tanah setiap bahagian hakmilik setiap pemilik tanah yang dinamakan di dalam geran tanah, kedua-dua pun kami boleh buatkan untuk anda.
_________________________________
Untuk lebih faham cara kami berurusan dengan pelanggan, cara kami menyediakan sebutharga serta dokumen yang perlu disediakan dan dikirim oleh pelanggan bila berurusan dengan kami, sila baca di pautan yang disediakan di bawah.
< klik bawah >
SEBUTHARGA KAMI ADALAH PERCUMA
Kalau bersetuju dengan harga baru ada bayaran deposit sebagai tanda persetujuan rasmi pelanggan
__________________________
Selain dari perkhidmatan ukur tanah kami juga menulis dan menerbitkan artikel dengan pelbagai tajuk yang di dalam bidang ukur tanah serta pengurusan tanah.
Terdapat lebih dari 50 tajuk artikel yang boleh anda pilih dan baca di menu
( SENARAI ARTIKEL ) yang terdapat pada laman utama
( klik untuk kembali👆 ke LAMAN UTAMA )
_________________________________
Jurukur Tanah Klang @ 2025