02 November 2026

PERKHIDMATAN KAMI

 بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

( Updated NOVEMBER 2026 )

PERKHIDMATAN JURUKUR TANAH 
( LAND SURVEYOR )

1.) Jurukur Pejabat / Office Surveyor :
Jurukur Tanah yang membuat khidmat perundingan, khidmat nasihat, perbincangan, dokumentasi serta penyediaan pelan

2.) Jurukur Lapangan / Field Surveyor :
Jurukur Tanah yang membuat kerja pengukuran di tapak tanah dalam kerja ukur demarkasi cari & tanda sempadan lot atau sempadan bahagian, kerja ukur topografi merekodkan ketinggian aras tapak tanah, kerja ukur butiran merekodkan info benda kekal yang ada di atas tanah seperti jalan, parit, pagar, bangunan, tiang2 elektrik serta telepon dan lain2 lagi serta kerja ukur setting out dalam projek pembinaan bangunan dan infra








PERKHIDMATAN MELUKIS PELAN TANAH

Perkhidmatan melukis pelan sama ada pelan bagi kerja ukur tanah yang telah dibuat atau pelan yang tak perlu dibuat kerja pengukuran.




2 FORMAT PELAN YANG BERBEZA


i.) PELAN BIASA : saiz sederhana untuk kegunaan sendiri

( Contoh PELAN BIASA )


ii.) PELAN RASMI : saiz standard ikut keperluan untuk urusan rasmi pelanggan

* beza antara PELAN RASMI dengan PELAN BIASA selain dari saiz pelan, Di dalam PELAN RASMI terdapat Pelan Tapak, Pelan Kunci, Pelan Lokasi, Nota dan Petunjuk, butiran-butiran yang tertentu serta endorsemen cop & tandatangan pengesahan Jurukur Tanah Berlesen.


( Contoh PELAN RASMI )


KAWASAN PERKHIDMATAN KAMI

SELANGOR
&
KUALA LUMPUR


KAWASAN KEUTAMAAN KAMI adalah daerah Klang serta daerah-daerah sepanjang pantai negeri Selangor


KERJA UKUR TANAH YANG KAMI BUAT


i.) UKUR DEMARKASI : Ukur tanda sempadan lot atau sempadan bahagian serta sempadan rezab jalan

ii.) UKUR TOPOGRAFI : Ukur aras tinggi rendah tanah

iii.) UKUR BUTIRAN : Detail survey @ butiran setiap benda kekal yang ada di lokasi

iv.) UKUR KEJURUTERAAN : Engineering / Construction Survey / kerja ukur Setting Out untuk piling, tiang bangunan, siku atau bucu bangunan, cerun / slope bagi kerja cut & fill, jajaran jalan dan lain-lain lagi yang mengikut keperluan 

v.) PEMBAHAGIAN TANAH : 
Samada tanah pemilik yang berkongsi geran tanah, tanah keluarga, tanah pusaka, pewaris Faraid atau Hibah serta bahagian tanah yang terlibat dalam urusan jual beli.


KERJA UKUR TANAH KEUTAMAAN KAMI


1.) PENYEDIAAN PELAN 'PRA-HITUNGAN / PRE-COMP' CADANGAN PECAHAN BAHAGIAN ATAU CADANGAN PEMBAHAGIAN TANAH

2.) UKUR TANDA SEMPADAN BAHAGIAN SALAH SEORANG PEMILIK ATAU BAHAGIAN SETIAP PEMILIK DALAM LOT YANG BERKONGSI GERAN

3.) UKUR DEMARKASI CARI DAN TANDA SEMULA SEMPADAN LOT ATAU SEMPADAN BAHAGIAN

Kerja yang menjadi keutamaan dan kepakaran kami adalah 'Cari dan Tanda semula sempadan LOT atau sempadan BAHAGIAN' serta 'Penyediaan pelan Pecahan Bahagian @ Pembahagian Tanah' yang dipersetujui pemilik tanah sebelum dibuat kerja ukuran penandaan di atas tanah.

'Pembahagian Tanah' samada tanah keluarga atau tanah pusaka yang dibuat secara faraid, hibah atau keluasan dan jumlah bahagian yang tertentu mengikut kemahuan pemilik tanah serta pembahagian tanah yang terlibat dalam urusan jual beli.

Samada nak tandakan salah satu bahagian tanah hakmilik salah seorang pemilik tanah sahaja atau nak ditandakan tanah setiap bahagian hakmilik setiap pemilik tanah yang dinamakan di dalam geran tanah, kedua-dua pun kami boleh buatkan untuk anda.

_________________________________


Untuk lebih faham cara kami berurusan dengan pelanggan, cara kami menyediakan sebutharga serta dokumen yang perlu disediakan dan dikirim oleh pelanggan bila berurusan dengan kami, sila baca di pautan yang disediakan di bawah.

< 👇klik bawah 👇>


SEBUTHARGA KAMI ADALAH PERCUMA
Kalau bersetuju dengan harga baru ada bayaran deposit 
tanda persetujuan rasmi pelanggan yang perlu dibuat melalui bank
__________________________


Selain dari perkhidmatan ukur tanah kami juga menerbitkan artikel dalam pelbagai tajuk di dalam bidang ukur tanah serta pengurusan tanah. Terdapat lebih dari 50 tajuk artikel yang boleh anda pilih dan baca di menu ( SENARAI ARTIKEL ) yang terdapat pada bahagian atas laman utama


( klik untuk kembali👆 ke LAMAN UTAMA )

_________________________________
Jurukur Tanah Klang @ 2026

21 September 2026

ISU PERLANGGARAN GARISAN SEMPADAN TANAH : BAGAIMANAKAH CARA PENYELESAIAN YANG SEPATUTNYA DI BUAT

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


HINDARI SENGKETA DAN PERGADUHAN BERPANJANGAN AKIBAT DARI ISU SEMPADAN TANAH TANPA PERLU TINDAKAN UNDANG-UNDANG


Isu garisan sempadan tanah bertindih ini bukanlah satu isu yang boleh dipandang remeh. Tidak juga mudah untuk diselesaikan lebih-lebih lagi kalau di atas tanah sudah pun didirikan rumah kediaman atau pagar.

Bertambah rumit lagi kalau membabitkan lot tanah yang berkongsi hakmilik ( geran tanah ) tapi belum pernah disediakan satu pelan pecahan bahagian untuk rujukan kesemua pemilik tanah.

Sudah menjadi kebiasaan kepada jurukur tanah yang banyak terlibat dalam kerja penandaan sempadan berhadapan dengan pemilik tanah atau jiran yang tak berpuashati dan tak mahu terima keputusan hasil daripada ukuran yang telah dibuat.

Method kerja bagi kerja ukur demarkasi begini, apabila hendak menanda semula sempadan lot, jurukur tanah perlu membuat rujukan kepada ‘Pelan diperakui’ ( pelan PA ) bagi lot tersebut. Setiap lot tanah ada pelan PA sendiri yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Ukur & Pemetaan Malaysia ( JUPEM ) dan disahkan oleh kerajaan melalui pihak Pentadbir Tanah & Galian Daerah. Nombor rujukan pelan PA bagi setiap lot akan ditulis di dalam dokumen geran tanah. Jurukur tanah akan mencari semula batu sempadan lot yang telah ditanam oleh kerajaan dahulu. Jika kesemua batu sempadan lot tersebut telah hilang atau rosak, jurukur tanah akan mencari pula batu sempadan lot bersebelahan untuk dijadikan asas bagi pengiraan untuk penandaan semula batu sempadan yang telah hilang tersebut.

Bagi kerja penandaan sempadan pecahan bahagian pula sebelum kerja ukuran atas tanah dibuat, jurukur tanah perlu membuat pengiraan dan menyediakan satu pelan pecahan bahagian yang dipersetujui oleh pemilik tanah terlebih dahulu. Hanya selepas pelan pecahan bahagian itu siap dilukis barulah jurukur tanah boleh pergi ke lokasi membuat kerja ukuran penandaan dengan rujukan kepada pelan tersebut. Asas kerja tetap sama seperti kerja ukur demarkasi penandaan semula sempadan lot, kerja ukur dimulakan dengan membuat carian batu sempadan lot yang terlibat.

Secara realitinya jurukur tanah juga seorang manusia biasa yang tak lari daripada kesalahan. Akan tetapi jika persediaan rapi telah dibuat sebelum memulakan kerja ukuran, membuat kerja secara betul ikut peraturan dan membuat semakan ketepatan sebelum menyiapkan kerja, dengan bantuan peralatan yang serba canggih pada waktu sekarang, melakukan kesalahan adalah sangat minima dan amat jarang terjadi.

Apa yang sering berlaku adalah pemilik tanah atau jiran sebelah yang tak berpuashati dengan kedudukan tanda sempadan bagi lot atau pecahan bahagian yang telah ditandakan, tidak berpuashati hanya melalui pandangan mata sahaja. Mintalah 10 jurukur tanah datang tandakan, selagi tanda tersebut tak terletak di lokasi yang dia mahukan selagi itulah dia tetap tidak akan berpuashati. Inilah yang menjadi punca kepada perselisihan dan persengketaan sesama pemilik tanah yang mempunyai isu garisan sempadan yang bertindih. Dan yang selalu menjadi mangsa keadaan adalah jurukur tanah yang membuat kerja ukuran tersebut.

CARA PENYELESAIAN YANG BOLEH TAPI TAK PATUT DIBUAT

14 September 2026

TANDA SEMPADAN LOT ATAU SEMPADAN BAHAGIAN TANAH ANDA

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 




Perlu anda tahu kerja atau tugas seorang juru ukur tanah di dalam kerja mencari dan menandakan semula sempadan tanah

Adalah seperti berikut :

1.) Metod kerja : setiap juru ukur tanah perlu merujuk kepada ‘Pelan Akui’ ( PA ) keluaran JUPEM bagi mencari atau menandakan semula sempadan lot. Bagi kerja tanda sempadan bahagian pula juru ukur tanah perlu merujuk kepada ‘Pelan Pembahagian Tanah’ yang telah sedia ada atau yang akan disediakan terlebih dahulu jikalau masih belum ada lagi

2.) Setiap juru ukur tanah tidak boleh pergi tandakan tanah anda dengan begitu sahaja tanpa membuat persediaan dan mendapatkan informasi yang diperlukan atau cuma mengikut cakap dan tunjuk daripada pemilik tanah sahaja dengan tanpa merujuk kepada pelan-pelan yang dinyatakan di atas.

3.) Dan tugas juru ukur tanah hanyalah sekadar menandakan sahaja dimanakah terletaknya kedudukan yang sebenar sempadan tanah anda berada.

4.) Tugas menjaga setiap tanda sempadan yang telah ditandakan bukanlah tanggungjawap juru ukur tanah tetapi itu adalah tanggungjawap pemilik tanah itu sendiri dalam memastikan setiap tanda itu selamat dan tidak hilang.

5.) Pihak Kerajaan melalui Pejabat Tanah Daerah hanya akan menandakan sempadan lot sahaja dengan batu sempadan tetapi sempadan bahagian tanah setiap pemilik yang berkongsi hakmilik dalam satu lot yang sama tidak akan ditandakan dengan apa-apa pun.

6.) Setiap pemilik tanah yang ada hakmilik perlu menandakan sendiri bahagian tanah masing-masing setelah kedudukan setiap bahagian dipersetujui oleh semua pemilik tanah terlebih dahulu dengan disediakan satu ‘Pelan Pembahagian Tanah’. Satu pelan yang sama perlulah digunakan oleh semua pemilik tanah daripada mula dikeluarkan sampailah bila-bila pun selagi tidak ada sebarang perubahan atau pindaan dibuat ke atas pelan yang telah disediakan itu. Tetapi sempadan bahagian tanah masing-masing tidaklah boleh ditandakan dengan batu sempadan yang sama seperti yang kerajaan telah tandakan bagi sempadan lot.

7.) Jenis penanda yang boleh digunakan adalah mengikut kesesuaian tempat tanda tersebut berada. Jika atas tanah boleh gunakan paip besi, paip pvc atau paku dengan kayu piket. Jika atas jalan tar, lantai simen atau tembok batu serta tanah berbatu yang keras gunakan paku besi anti karat, paku payung, paku dengan simen atau iron spike. Manakala kalau di dalam parit, sungai atau tanah paya yang dalam bergantung kepada keadaan mungkin tidak dapat ditandakan dengan apa-apa pun. Dan di dalam pelan sempadan itu akan ditandakan dengan ‘TT’.

8.) Dan yang terakhir yang perlu pemilik tanah fahami dan sedari adalah apabila telah siap dibuat kerja tandaan sempadan di atas tanah maka tugas juru ukur tanah itu sudah pun selesai sudah. Jikalau lain kali tanda-tanda itu tercabut, rosak atau hilang itu bukan lagi termasuk dalam tugas juru ukur tanah yang telah disiapkan dahulu. Jikalau pemilik tanah mahu juru ukur tanah pergi tandakan semula setiap tanda yang telah rosak, tercabut atau hilang maka itu perlulah dikira sebagai satu kerja yang baru dengan harga yang baru.


CADANGAN TIANG BATU


CADANGAN TIANG KONKRIT PAIP PVC




( RUJUK KEPADA 2 IMEJ LAMPIRAN DI ATAS )

Bagi memastikan setiap tanda itu tidak hilang atau untuk memudahkan pencarian kedudukan setiap tanda sempadan yang telah juru ukur tanah tandakan di atas tanah, suka kami cadangkan pemilik tanah buatlah salah satu daripada contoh yang kami berikan di dalam foto lampiran mengikut kesesuaian lokasi. Tidaklah nanti tanda sempadan itu hilang dan pemilik tanah perlu upah juru ukur tanah datang tandakan sekali lagi. Tidaklah nanti jadi membazir duit sahaja perlu berkali kali tandakan tanda di tempat yang sama bila untuk tandakan sempadan tanah buat pertama kali pun pemilik tanah dah buat ‘anggapan’ bahawa kos untuk ukur tanah adalah mahal.

Bagi kami pula setiap harga yang diberikan adalah termasuk sekali dengan semua keperluan untuk kerja dan kos pengeluaran yang perlu kami keluarkan bagi membuat persediaan, mencari dan membeli informasi yang diperlukan, barangan kerja serta pelan yang perlu disediakan, peralatan mengukur, kenderaan, kos minyak dan tol perjalanan pergi dan balik, makan minum serta gaji pekerja untuk satu pasukan ukur tanah yang perlu dihantar untuk membuat kerja tersebut.

Disebabkan itulah kami mempunyai satu harga paling minima bagi membuat satu kerja ukur tanah mengikut kawasan tertentu tak kiralah sama ada tanah yang nak di ukur tersebut hanya luas satu tapak rumah atau pun satu tapak parkir kereta sahaja. Bila luas tanah melebihi 1 ekar barulah ada tambahan harga yang akan dikenakan. Begitu jugalah jika ada faktor halangan yang akan menyusahkan kami membuat kerja seperti tanah berbukit, hutan belukar berpokok, semak samun, tanah berpaya atau tiada jalan masuk yang mudah untuk pergi ke lokasi tapak tanah yang perlu di ukur maka akan ada kos tambahan yang perlu ditambahkan ke dalam harga untuk kerja ukur tanah tersebut.

HARAP MAKLUM & TERIMA KASIH

----------------------------------------------------

Jikalau anda berminat berurusan dengan kami bagi membuat kerja ukuran di tanah anda, sila hubungi kami menerusi saluran yang telah kami berikan di dalam menu utama di atas.


Atau anda boleh terus hubungi kami melalui kiriman mesej pertanyaan perkhidmatan melalui aplikasi Whatsapp dengan klik pada butang pautan @ link di bawah.
👇 klik 👇


-----------------------------------------------------
Jurukur Tanah Klang @ 2026