MENU UTAMA

Sabtu, 29 Jun 2024

PECAH BAHAGIAN : MENGIRA LUAS TANAH SEBENAR BAHAGIAN MASING-MASING DALAM GERAN BERKONGSI HAKMILIK

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 



( updated 2024 )

Di dalam dokumen geran tanah atau sijil carian rasmi mahupun carian persendirian yang membabitkan lot tanah yang ada banyak pemilik, keluasan tanah setiap pemilik akan ditulis dalam format pecahan bahagian. Walau pun lot tanah tersebut hanya mempunyai 1 pemilik sahaja luas tanah yang menjadi hakmiliknya tetap juga akan ditulis secara pecahan bahagian. Keluasan tanah tidak ditulis dengan nilai luas tanah sebenar dalam unit Hektar, Ekar, Relung, meter persegi atau kaki persegi.


Contohnya :-

1.) Lot tanah luas 2 ekar dengan 1 pemilik sahaja

Luas hakmilik akan ditulis sebagai : ( 1/1 ) bahagian

 
2.) Lot tanah luas 2 ekar dengan 4 pemilik berkongsi

Luas pemilik A ( 1 ekar ) ditulis : ( 1/2 ) bahagian

Luas pemilik B ( ½ ekar ) ditulis : ( 1/4 ) bahagian

Luas pemilik C ( ¼ ekar ) ditulis : ( 1/8 ) bahagian

Luas pemilik D ( ¼ ekar ) ditulis : ( 1/8 ) bahagian
 

Untuk mengetahui keluasan tanah sebenar setiap pemilik dalam unit luas yang tertentu, perlulah dikira secara kiraan matematik mudah dengan formula asas begini :

( Luas BAHAGIAN ) x ( Luas LOT )



-------------------------------------------------



Rujuk fakta dalam foto lampiran ( 1 ) di atas
( klik foto untuk zoom pembesaran )

-------------------------------------------------


( LUAS LOT ) 

Luas lot 4104 yang ditulis dalam geran tanah adalah : 1.0345 Hektar

FORMULA PERSAMAAN NILAI LUAS TANAH

( 1 Hektar =  2.471 ekar = 10,000 mp = 107,639 kp )


Luas LOT 4104 ( 1.0345 hek ) dalam unit lain adalah :

Dalam EKAR : 
( 1.0345 ) darab ( 2.471 ) 
= 2.556 Ekar

Dalam METER PERSEGI ( mp ) : 
( 1.0345 ) darab ( 10,000 ) 
= 10,345 mp

Dalam KAKI PERSEGI ( kp ) : 
( 1.0345 ) darab ( 107,639 ) 
= 111,353 kp

-------------------------------------------------

Sekarang rujuk pula pada fakta hakmilik
tanah tersebut dalam foto lampiran ( 2 ) di bawah.
-------------------------------------------------


Fakta dalam foto lampiran ( 2 )
( klik foto untuk zoom pembesaran )

---------------------------------------------

NOTA:-

Di dalam setiap dokumen Geran Tanah atau pun sijil Carian Rasmi atau Carian Persendirian, bahagian mukasurat ke 2 adalah merujuk kepada butiran maklumat rekod KETUAN PUNYAAN atau pun HAKMILIK ke atas tanah tersebut. Nama setiap pemilik tanah akan ditulis beserta dengan luas bahagian yang menjadi hakmiliknya dalam unit pecahan matematik.


---------------------------------------------

( LUAS BAHAGIAN )

Butiran hakmilik tanah Lot 4104 adalah seperti berikut :

Pemilik ( 1 ) :      ( 249 / 1636 )     bahagian

Pemilik ( 2 ) :     ( 498 / 1636 )     bahagian

Pemilik ( 3 ) :     ( 249 / 1636     bahagian

Pemilik ( 4 ) :       ( 32 / 409     bahagian

Pemilik ( 5 ) :        ( 32 / 409     bahagian

Pemilik ( 6 ) :        ( 32 / 409     bahagian

Pemilik ( 7 ) :        ( 32 / 409 )     bahagian

Pemilik ( 8 ) :        ( 32 / 409 )     bahagian

---------------------------------------------------

CARA MENGIRA LUAS TANAH SEBENAR 

( Luas BAHAGIAN ) X ( Luas LOT )


1.) Luas tanah sebenar Pemilik 1 :  ( 249 / 1636 ) bahagian

a.) Dalam HEKTAR :
= ( 249 ) bahagi ( 1636 ) darap ( 1.0345 hektar
= 0.1574 hektar

b.) Dalam EKAR :
= ( 249 ) bahagi ( 1636 ) darap ( 2.556 ekar
= 0.389 ekar

c.) Dalam METER PERSEGI ( mp ) :
= ( 249 ) bahagi ( 1636 ) darap ( 10,345 mp 
= 1,574.5 meter persegi

d.) Dalam unit  KAKI PERSEGI ( kp ) :
= ( 249 bahagi ( 1636 ) darap ( 111,353 kp
= 16,948 kaki persegi


2.) Luas tanah bahagian Pemilik 8 :  (32 / 409) bahagian

a.) Dalam HEKTAR

= ( 32 / 409 ) x ( 1.0345 hektar
= 0.0809 hektar

b.) Dalam EKAR
( 32 / 409 ) x ( 2.556 ekar
= 0.1999 ekar

c.) Dalam METER PERSEGI 
( 32 / 409 ) x ( 10,345 mp  ) 
= 809.4 meter persegi

d.) Dalam KAKI PERSEGI 
( 32 / 409 ) x ( 111,353 kp
= 8,712 kaki persegi

---------------------------------------------


Berpandukan kepada contoh kiraan luas sebenar bahagian tanah bagi Pemilik ( 1 ) & ( 8 ) di atas, cubalah anda kira pula luas sebenar bahagian tanah yang menjadi hak milik kepada pemilik-pemilik yang lain bagi Lot 4104 tersebut.

Jika anda faham cara mengira dan menggunakan formula serta pertukaran nilai dari satu unit ke unit luas yang lain yang betul seperti yang telah ditunjukkan dalam contoh pengiraan di atas, pasti anda akan mendapati bahawa tidak sukar untuk membuat pengiraan untuk mendapatkan nilai sebenar luas setiap bahagian tersebut.

Tetapi jika anda masih tak faham maka anda perlu ulang baca artikel ini dan buat latihan pengiraan contoh yang diberikan sehingga anda faham dan dapat jawapan yang sama dengan apa yang telah ditunjukkan di atas.

Berusahalah... ya

Sekian dahulu untuk kali ini semoga kita berjumpa lagi di lain-lain topik yang masih lagi berkenaan Ukur Tanah dan juga Lot Tanah pada masa hadapan.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pembaca yang memiliki tanah yang perlukan khidmat jurukur tanah bagi menyelesaikan isu & masalah tanah yang sedia ada atau bagi mengelakkan terjadinya sebarang masalah tanah pada masa hadapan, anda boleh buat semakan perkhidmatan ukur tanah yang disediakan oleh kami terlebih dahulu sebelum anda menghubungi kami.

( klik pautan di bawah )

 
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Bagi pemilik tanah yang nak dapatkan sebutharga kerja ukur tanah, segala butiran dan maklumat yang perlu disediakan boleh dibuat semakan.

< klik pautan di bawah >


SEBUTHARGA kami adalah percuma
Kalau bersetuju dengan harga sahaja baru ada bayaran deposit


SEKIAN TERIMA KASIH

----------------------- Jurukur Tanah Klang @ 2024 -------------------- 


5 ulasan:

Unknown berkata...

Salam.. Saya sedang membuat pecahan untuk rekod ketuanpunyaan tanah lot lidi berdasarkan perjanjian keluasan tanah dan kedudukan tanah semasa jual beli 10 tahun lepas yang belum selesai sehingga kini.. Disebabkan dalam perjanjian jual beli dulu tu setiap lot ada pelbagai saiz, saya mendapati pecahan tersebut menjadi sehingga per 5000 (cth seorang pemilik: 351/5000). Adakah pecahan sebesar ini boleh diterima dan biasa dilihat atau boleh ditulis dalam geran?
Harap mendapat pencerahan..

Nick JTK berkata...

Salam juga...
Tak jadi masalah berapa besar pun angka pecahan tersebut sebab ini hanya sekadar angka dan pecahan dari segi matematik sahaja. Yang penting pastikan angka pecahan tersebut adalah betul.
Kadang2 terdapat luas tanah yang dalam nilai kecil lagi berangka ganjil dengan jumlah pemilik yang ramai hingga sukar untuk dipecahkan secara pecahan matematik mudah. Tapi tak perlu khuatir, saya beri anda satu tips cara untuk selesaikan masalah pecahan ini.

Ambil saja nilai luas pegangan pemilik dibahagi dengan luas lot tersebut. Contohnya, luas tanah adalah : 5171 meter persegi. Luas salah seorang pemilik adalah 1 ekar atau bersamaan 4047 meter persegi. Baki luas tanah tersebut iaitu 1124 meter persegi adalah milik 2 pemilik lain seorang separuh iaitu masing2 562 meter persegi.

Tanpa perlu sakit kepala untuk carikan nilai pecahan bagi setiap pemilik tersebut, dengan mudahnya cuma perlu ditulis sebagai berikut sahaja,

Pemilik A : 4047/5171 bahagian
Pemilik B : 562/5171 bahagian
Pemilik C : 562/5171 bahagian

Tidak ada salahnya dibuat pecahan pembahagian secara begini. Yang penting nilai pecahan tersebut mewakili luas yang tepat hakmilik tanah masing2.

Harap maklum

Gaiya berkata...

Sangat membantu, terima kasih banyak2 😊

eco berkata...

Terbaik

Wan Rusni berkata...

Mudah dan sangat membantu