Isnin, 28 Mac 2011

ANTARA SRI JAYA, SUBANG PARADE DAN SUBANG JAYA





Mac 1990 : Setelah aku balik semula ke Butterworth daripada projek ukur Cameron Highland aku dipanggil oleh secretary pejabat cawangan kami yang di Taman Selat supaya melaporkan diri ke pejabat. Heran aku kerana selama ini tak pernah pula aku disuruh kesana kecualilah pada hari gaji. Entah apa pulak ceritanya kali ini aku pun tak tahu kerana si awek yang comel tu pun tak nak ceritakan hal sebenar kepada aku.

Keesokan paginya sebelum pejabat dibuka aku dah pun sampai. Betul lah kata orang “penantian itu satu penyiksaan” bila aku terpaksa menunggu hampir sejam sebelum ada yang datang membuka pintu dan membenarkan aku masuk. Mungkin salah aku juga kerana tak ambil tahu waktu pejabat yang sangkaku dibuka pada jam 8 pagi tapi rupanya 9 pagi. Dari sini barulah aku tahu rupanya waktu bekerja di site dan di pejabat adalah tak sama. Kalau bagi pekerja luar waktu bekerja adalah bermula dari 8 pagi hingga 5 ptg ( kami biasanya mula lebih awal seawal 7 pagi bagi mengelakkan sinar matahari yang panas dan pulang juga lebih awal atas faktor yang sama ) waktu pejabat pula adalah bermula dari jam 9 pagi hingga 5 ptg dengan waktu rehat yang tetap selama sejam dari pukul 12 tghari hingga 1 ptg. Pada hari Sabtu pula mereka hanya bekerja setengah hari sehingga pukul 1 saja. Bukan itu saja yang berlainan tapi cuti umum juga tak sama. Kami pekerja luar diberikan 10 hari ‘public holiday’ sedangkan pekerja pejabat sehingga 17 hari mengikut cuti persekutuan dan juga cuti umum negeri. Amatlah tak adil sama sekali “tak aci” kata orang utara.. kehkehkeh..

Setelah semua pekerja pejabat dah sampai aku pun mula bertanya si secretary comel tu apakah tujuannya aku dipanggil ke pejabat. Bukan dia saja yang comel tapi kesemua 5 org awek yang ada disitu iaitu 3 melayu dan 2 cina pun comel2 belaka. Terpesona dan jadi termalu pula aku ni pasal tak ada lelaki lain dalam pejabat waktu tu kecuali aku. Dahsyat juga bos aku ni, pandai dia cari pekerja sudah lah comel muda2 lagi pulak tu. “Awak Mohd xxxxx kan yang kelmarin saya minta Anuar pesan suruh datang ke pejabat? “ “Ya.. saya lah tu. Apahal panggil saya” jawap aku. Anuar tu kerani ukur akulah dan dia yang beritahu aku suruh datang ke pejabat pasal rumah aku tak ada telefon. Handfon lagilah tak ada waktu ni kalau yang ada pun cuma tokey2 besar saja yang pakai pasal waktu ni yang ada cuma satu line saja iaitu 011 ATUR iaitu telefon satelit yang harganya beribu ribu dan saiznya mak datuk punyalah besar dengan baterinya saja dah sebesar 2 laptop dikembarkan. Tapi yang bagus tentang telefon ATUR ni adalah coveragenya, dimana mana saja baik di bandar, di pendalaman atau dalam hutan sekalipun linenya tetap ada dan boleh juga dipasang di dalam kereta.

Rupanya bila aku dah perkenalkan diri dia masih juga tak ceritakan pada aku apa tujuan aku dipanggil kesana. Yang disuruhnya, duduk dan tunggu kerana dia sendiri pun tak tahu dan katanya aku disuruh oleh bos kami datang ke pejabat. Heran lagi sekali pasal bila aku tanya mana bos katanya ada di pejabat HQ di Kuala Lumpur ( KL ). Jadi apa gunanya aku datang sini kalau bos tak ada. “Tunggulah, bos minta saya telefon dia kalau awak dah sampai. Sabar sikit no.. tadi saya dah call tp dia engage”.  Tak lama lepas tu telefon pun berbunyi dan memang betul itu adalah call dari bos kami. Lalu aku diminta oleh awek comel tu supaya bercakap sendiri dengan bos di telefon. Skrg barulah aku tahu dan faham tujuan aku dipanggil ke pejabat.
Bos aku yang ada di HQ KL tu minta supaya aku pergi kesana selama seminggu dan mengarahkan awek comel tadi memberikan aku duit ‘petty cash’ sebanyak RM 50 ( waktu ni tak pakai lagi tanda RM = Ringgit Malaysia, yang digunapakai adalah tanda $ dan sebutannya adalah ringgit ) serta berikan alamat HQ dan tip bagaimana aku boleh sampai ke sana bermula dari Butterworth lagi. Dah selesai bercakap dengan bos aku ( ini adalah kali pertama aku bercakap dengan bos semenjak aku bekerja ) dan selesai penerangan dari awek tadi maka aku pun pergilah ke station bas untuk membeli tiket ke KL dengan senyuman yang tak boleh nak berhenti di muka. Senyum aku ada 3 hal sebenarnya, pertamanya kerana aku asyik teringat muka awek2 pejabat yang comel dan lawa yang kesemuanya ‘bye bye dan senyum2’ kat aku waktu aku nak keluar dari pejabat tadi ( jgn tak tahu, aku ni dikira hensem jugalah time dulu2 ). Ke 2, pasal ini adalah kali pertama aku bercakap 1 by 1 dgn bos aku dan ke 3 pasal aku nak ke KL. Ini adalah kali pertama aku akan ke KL seorang diri tanpa ditemani keluarga atau kawan2. Bila tiket bas dah dibeli aku pun balik ke rumah dan ceritakan pada kedua orangtua aku apa yang aku dah buat dan nak buat malam nanti.

Orangtua aku tak ada halangan apa2 jadi malam itu maka berangkatlah aku ke KL dengan bas MARA EKSPRES ( nama lama bagi perkhidmatan bas ekspres MARA Liner ). Sepanjang perjalanan hampir 8 jam dari jam 10 mlm hingga 6 pagi tersebut aku tak rasa mengantok walau sedikit pun. 8 jam tu pasal waktu ni tak ada lagi highway utara – selatan PLUS dan masih melalui jalan2 lama dari satu bandar ke satu bandar yang lain termasuklah berhenti di Ipoh dan singgah makan di Taiping & Tanjung Malim. Sekarang ni lainlah dengan teknologi bas yang canggih, highway luas sepanjang perjalanan dan dengan driver yang seperti memandu kereta Formula 1, dalam masa 4 jam saja dah boleh sampai perjalanan dari Butterworth ke KL. Dan kalau 8 jam maka dah boleh berpatah balik ke Butterworth semula atau sampai pula ke Johor Baru.

Sampai saja ke tol jalan Kuching ( tol 50 sen ni sekarang dah tak ada lagi setelah tempoh konsesi tamat pada 8/01/2003 ) driver bas telah memainkan lagu popular dari kumpulan Alleycats iaitu “Senyumlah Kuala Lumpur” dan aku jadi tersenyum kerana kami dah hampir sampai ke destinasi. “Kuala Lumpur.. senyumanmu di pagi ini.. sungguh bererti kerana cinta bersemi lagi.. selepas kemarau panjang”. Sampai sekarang aku masih ingat lagi lagu ni dan peristiwa bersejarah pertama kalinya aku berjalan jauh ke KL seorang diri.

Sampai saja ke station bas Puduraya, perkara pertama yang aku buat adalah makan sarapan kerana aku dah lapar sangat. Walaupun 2 kali bas berhenti rehat malam tadi tapi aku tak berselera nak makan kerana aku sememangnya jarang makan tengah malam. Kadang2 tu dalam bulan puasa, waktu bersahur pun aku tak lalu makan cuma sekadar bangun dan minum air saja. Selesai sarapan aku bertanya pada tuan kedai macamana aku nak ke bas stand Klang untuk ambil bas ke Subang Jaya. Dia pun menunjuk arah dan katanya tak jauh cuma perlu berjalan kaki dalam masa 10 minit saja. Apalagi aku pun berterima kasih dan berjalan mengikut arah yang diberitahu kepada aku. Rupanya station bas Klang ni bukanlah di Klang tapi di KL juga dan berhampiran dengan Pasar Seni ( dulunya dikenali sebagai Central Market sewaktu masih lagi berfungsi sebagai pasar basah menjual keperluan dapur setiap hari ) dan dekat juga dengan komplek Dayabumi iaitu bangunan tertinggi di KL pada masa tersebut sebelum adanya menara berkembar KLCC.

Aku mengeluarkan nota yang ditulis awek comel di pejabat kelmarin dan ditulis disitu aku kena naik bas Sri Jaya yang nombornya aku dah lupa dan beritahu pada konduktornya yang aku nak ke pasar SS15 Subang Jaya. Pada waktu ini semua bas henti2 dimana2 bandar dalam Malaysia masih ada konduktor bas yang menjual tiket di dalam bas termasuklah bas2 mini yang banyak di KL ini. Sekarang ni dah tak ada lagi jawatan konduktor bas kat Malaysia pasal semua bas pun dah pakai mesin duit pada tangga naik ataupun mesin ‘Touch n Go’ bagi yang gemar kepada kepantasan dan tak payah nak bawa duit syiling banyak untuk dimasukkan ke dalam mesin ( iklan percuma ni.. hehehe ).

Tip berikut yang tertulis pada nota tu adalah kalau dah sampai ke Subang Parade dan melepasi masjid hendaklah aku memetik loceng dan turun. Macamana rupanya Subang Parade tu pun aku tak tahu tapi nama tu memang cukup terkenal kerana ini adalah komplek membeli belah yang tercanggih dan terbesar di Malaysia pada waktu tersebut dan baru dirasmikan pembukaannya oleh Sultan Selangor pada Ogos, 1988. Iklan mengenai Subang Parade ni sentiasa ada di kaca tv setiap hari. Tapi perlulah di ketahui pada masa ni tak banyak saluran yang ada di Malaysia apalagi Astro memang tak ada pun. Yang ada hanyalah sekadar TV1 dan TV2 oleh RTM ( Radio & Telivisyen Malaysia ~ kepunyaan kerajaan ) dan TV3 sahaja iaitu saluran tv swasta yang pertama di Malaysia yang mula bersiaran pada tahun 1983.

Sampai saja di tepi satu komplek yang cukup besar dan tercantik pernah aku lihat maka si konduktor tadi pun menjeritlah “subang parade.. subang parade” maka tahulah aku inilah subang parade yang tertulis di nota tersebut dan maknanya aku dah hampir nak sampai. Aku pun perhatikan dimanakah letaknya masjid iaitu tip aku yang seterusnya. Setelah ramai orang yang turun dan naik maka bergerak lagi bas Sri Jaya tersebut dan pada simpang traffic light yang di depan dibelok ke kiri dan kelihatanlah masjid jamek Subang Jaya berdiri megah di sebelah kiri jalan. Di belok lagi ke kiri dan pada kali ini si konduktor menjerit pula “ss15.. ss15”. Aku pun jadi terkejut kerana SS15 dah sampai tapi mana pulak pasarnya. Mahu tak mahu aku pun turun dari bas tersebut dan keluarkan nota aku sekali lagi. Di tulis lagi pada nota itu, setelah turun dari bas hendaklah aku telefon ke HQ dengan nombor yang dicatit disitu dan bertanyakan arah kalau aku tak tahu nak mencari pejabat itu dengan sendirinya. Memanglah alamat dah ada tapi masalahnya banyak sangat lorong2 sehala di situ dan semua pun menggunakan nombor bukannya nama jalan seperti biasa pada alamat di tempat2 lain. Adohhh.. lebih baik aku telefon sajalah daripada aku tersesat dan buang masa.

Akhirnya terdengarlah satu suara amoy cina yang tak begitu fasih berbahasa Malaysia di lubang suara telefon awam tersebut setelah aku dail dan ucapkan hello. “Hello.. lu mau cali siape..?”. “Saya Mohd xxxxx mau cakap dengan Steven Soon”. “Ooo.. lu ada mane.. sula sampai ke.. Steven talak sikalang”. “Iyala saya baru turun bas tapi tak tahu mau cari jalan pergi ofis”. “Sinang saja lo.. lu mali sini dekat jalan ss15/4b talak pun lu cali itu lestolan XXX ( hahaha aku dah tak ingat namanya ) ada sana tepi sekali lo”. “ok saya try cari tapi kalau tak jumpa saya call awak lagi” “lu nama apa..?” aku jadi terikut dengan slang cinanya yang tak fasih tu. “wa Annie Tan.. sikalang lu mali ar wa tunggu lu di bawah tangga ok..”.”ok.. terima kasih”.

Maka setelah tercangak cangak mencari restoran tersebut maka berjumpalah aku dengan papantanda jalan menuju ke pejabat tersebut. Dan memang betul ada seorang amoy cina yang kelihatannya lebih muda dari aku tapi taklah secomel awek2 yang ada di pejabat cawangan Butterworth. Jadi tersenyum lagi bila aku teringat senyuman awek2 tu waktu aku nak keluar dari ofis kelmarin. Disapanya aku dan dihulurkan tangan buat ber’shakehand’ dengan aku. Kami pun naik ke atas dan sampailah aku ke destinasi tujuan tanpa sebarang masalah. Tapi nasib aku masih lagi malang kerana bos aku tak ada di pejabat dan aku hanya dapat bercakap melalui telefon saja dengan dia. Di suruhnya aku berehat dahulu dan katanya ada satu bilik dibelakang yang kosong untuk aku. Katanya lagi mungkin dia akan sampai agak lewat petang, malam atau esok pagi tak tentu lagi. Selepas itu Annie pun berikan aku kunci bilik tersebut dan dalam bilik itu dah tersedia satu katil bujang dan juga dilengkapi dengan aircond. Waduh waduh waduh.. macam dia tahu pula yang aku ni letih dan mengantuk akibat tak tidur dari malam tadi.

Annie.. saya mahu tidur sekejap.. nanti tengahari awak tolong kejutkan ya..” aku berpesan pada Annie dan dia pun membuka aircond bagi menyejukkan bilik tersebut. Setelah itu aku pun tak sedar, samada terlena atau pengsan aku pun tak tahu..hehehe.
Sejuk sangat bilik tu, sedar2 Annie datang kejutkan aku pukul 4.30 ptg katanya dia dah bersiap nak balik jam 5 nanti. Aku bangun membasuh muka di tandas dan ke depan ke arah pejabat. Aku lihat Annie masih menaip sesuatu di komputernya dan aku hanya tercengang saja kerana ini adalah pertama kali aku melihat komputer di depan mata. Oh ya.. pada waktu ini kebanyakan komputer di dunia memakai sistem operasi yang masih berlandas kepada MS-DOS dimana setiap arahan perlu ditaip secara manual dan bukannya diklik pakai mouse. Seingat aku OS windows yang pertama adalah dikeluarkan pada November 1985 dengan nama Windows 1.0 tapi versi yang paling berjaya menarik perhatian dan menjadi bualan adalah yang dilancarkan pada Ogos 1995 iaitu Windows 95..

Oklah setakat ini dahulu cerita ku pada kali ini. Di entri yg akan datang barulah aku akan ceritakan tentang untuk apa dan apa sebabnya aku diminta datang ke pejabat HQ KL oleh bos aku. Terima kasih.


Nota kaki :

Annie Tan adalah orang yang bertanggungjawap mengajar aku penggunaan komputer dari zaman MS-DOS lagi dan juga asas2 program AutoCAD bagi melukis pelan secara berkomputer. Perkhidmatan bas Sri Jaya dan bas mini tiada lagi dan digantikan dengan konsortium Intrakota dan kemudian ditukar lagi menjadi perkhidmatan RapidKL apabila diambilalih oleh Syarikat Prasarana Negara Bhd ( milik kerajaan ). Bas ekspres MARA masih wujud hingga sekarang tapi bukan lagi sebagai badan berkanun setelah perkhidmatan bas MARA diswastakan oleh pentadbiran MARA bagi mengelak kerugian kos pengendalian ke atas MARA. Operation System komputer pada masa kini lebih canggih dan mesra pengguna sehinggakan kanak2 yang tak tahu membaca pun boleh menggunakan komputer tanpa masalah. Sistem windows yang terkini adalah Windows 7 keluaran Microsoft dan selain itu terdapat juga sistem lain seperti MAC dan juga LINUX. Apa2 pun pasaran adalah dikuasai oleh komputer yang bersistemkan Windows dan menjadikan pemilik Microsoft iaitu Bill Gates sebagai orang yang terkaya di dunia selama bertahun tahun lamanya. Subang Jaya bermula pada tahun 1997 telah mempunyai pentadbiran Majlis Perbandarannya yang sendiri tetapi tetap masih di dalam pentadbiran daerah Petaling, Selangor.

Ahad, 20 Februari 2011

UKUR TANAH : SECARA RINGKASNYA








Entri-entri yang akan aku tuliskan selepas ini adalah merupakan penerangan dan ringkasan mengenai apakah sebenarnya kerjaya seorang JURUKUR TANAH.

Secara ringkasnya aku akan menerangkan dari segi teori sahaja di tambah dengan sedikit ringkasan secara praktikal. Jika aku nak huraikan secara lengkap maka tak cukuplah tenaga dan masa untuk dihuraikan dalam setiap entri. Aku bukanlah seorang penulis yang mencari makan dengan menulis tetapi aku cuma seorang Jurukur Tanah yang cuba nak memberikan sedikit info serta ilmu sebagai khidmat kebajikanku. Jika pun aku huraikan secara lengkap aku pasti  kau orang pun bakal tak faham. Jadi sebelum melangkau lebih jauh dalam dunia kerjaya sebagai Jurukur Tanah ini biarlah aku ceritakan secara ringkas mengenai sejarahnya terlebih dahulu. Sejarah bagaimana bermulanya bidang kerjaya Jurukur Tanah di dunia ini.... bacalah

SEJARAH BERMULANYA UKUR TANAH

Pada zaman dahulu kala ketika itu tak ada lagi teknologi dan kaedah moden untuk kerja ukur mengukur ni, alkisahnya di negeri Mesir kuno ada seorang petani dimana kebun tanamannya terletak di tepi Sungai Nil. Pada setiap kali turunnya hujan lebat maka air sungai itu akan melimpah dan terjadi banjir. Banjir yg sebegini adalah biasa dan bagus buat menyuburkan tanahnya secara semulajadi. Akan tetapi yang membuatkan petani ini merasa sedikit kecewa adalah kerana pada setiap kali selepas air sungai itu surut semula, dirasakannya tanahnya mengecil sedikit demi sedikit. Dari sinilah timbul idea bagaimana caranya dia nak memastikan yg tanahnya masih dalam keadaan asal. Jadi dia pun mencari 4 batang kayu lurus yg panjang lalu di pacak pada 4 penjuru tanahnya termasuklah 2 yg ada di tepi sungai. Sampai skrg pun kayu ini masih digunakan dalam proses ukur tanah dan dinamakan kayu pancang.

Pendek cerita selepas hujan lebat dan banjir yg seterusnya, didapatinya 2 pancang yg di tepi sungai tersebut masih lagi terpacak tetapi tempatnya tidak lagi di tepi sungai. Sekarang kayu pancang tersebut telah berada di dalam sungai pula kira-kira 2-3 langkah dari tepi sungai. Maka tahulah petani tersebut yg tanahnya telah mengecil kerana proses penghakisan tanah akibat banjir tadi. Jadi dia pun membuat benteng tinggi di tepi sungai tersebut dan dibuat parit supaya air sungai itu dapat masuk dan keluar tanpa menghakis tanahnya lagi. Nah dari sinilah ilmu dan teknologi ukur tanah mula berkembang sampailah ke hari ini.


ASAS KERJA UKUR TANAH

Asas kerja ukur tanah adalah terdiri dari 2 bahagian kawalan yg perlu dilakukan apabila membuat sesuatu kerja ukur iaitu kawalan horizontal iaitu kawalan dari segi penggunaan bearing, jarak dan koordinit X,Y yg tepat mengikut Pelan Akui ( PA ). Ini dilakukan supaya jurukur tidak tersilap lokasi lot tanah tersebut dan mengukur tanah org lain pula. Kawalan horizontal ini perlu dilakukan dengan mencari 3 batu sempadan yg masih berkeadaan baik mengikut PA dan mematuhi jarak serta sudut yg dibenarkan. Dengan mempunyai 3 batu sempadan yg terbukti berkeadaan baik bakal mewujudkan apa yg dinamakan sebagai datum permulaan kepada pengiraan bearing, jarak dan juga koordinit.

Satu lagi kawalan adalah kawalan vertical atau aras laras iaitu kawalan kepada ketepatan ketinggian tanah itu dari paras laut yang di asaskan daripada Batu Aras Sementara ( TBM ) atau Batu Aras Tetap / Bench Mark jabatan ukur kerajaan ( BM jupem ). Kalau bagi kawalan horizontal tadi jurukur perlu menggunakan 3 batu sempadan yg terbukti masih berkeadaan baik, asas kawalan vertical pula perlu menggunakan BM jupem yg juga terbukti masih berkeadaan baik. Untuk membuktikan yg BM jupem ini masih berkeadaan baik perlulah mencari sekurang kurangnya 2 biji dan di ukur dari satu ke satu yg berikutnya. Apabila terbukti baik barulah jurukur memindahkan aras kepada TBM yg dibuat sendiri di tempat yg selamat berdekatan tempat yg akan di ukur tadi. Biasanya BM jupem ini ada di sepanjang tepi jalan utama pada kadar jarak setiap 2 kilometer, bercat putih dan berbentuk 4 segi serta ada tombol tembaga di atasnya. Di atasnya juga tertulis no rujukan BM tersebut contohnya BM B0020 dan aras sebenar BM ini boleh di rujuk kepada pejabat jabatan ukur dan pemetaan negeri atau daerah.

Sebenarnya kerja2 ukur ni terbahagi kpd banyak cabang tetapi cukuplah sekadar aku ceritakan cabang yg asas dan terpenting saja di sini.

1.)    Ukur Kadastral
2.)    Ukur Strata
3.)    Ukur Topografi
4.)    Ukur Kejuruteraan
5.)    Ukur Hidrografi

PERALATAN KERJA UKUR TANAH

Kesemua bidang kerja ukur tanah yg aku tulis di atas kecuali ukur hidrografi adalah menggunakan peralatan yg sama. Peralatan asas yg digunakan bagi satu pasukan ukur tanah adalah :

1.) Alat Teodolite
2.) Alat Total Station
3.) Alat Dumping Level
4.) Leveling Setaf ( pembaris gergasi )
5.) Kalkulator Program
6.) Kompas Penunjuk Arah
7.) Kaki 3 Tripod
8.) Tapak Tribatch
9.) Prism & Target
10.) Ladung Plumbob
11.) Batang Pole
12.) Bubble Timbang Air
13.) Tape Ukur Jarak Mini - 3.5 atau 5 meter
14.) Tape Ukur Jarak Panjang - 30 atau 50 meter
15.) Alat Tulis & Buku Kerja
16.) Dan peralatan hardware seperti :- parang, penukul, cat, paku, warning tape, marker pen, pen cat, kayu peg, paip besi atau PVC & sebatang besi tajam 'iron spike' untuk mencari batu sempadan yang terbenam di dalam tanah.

KALKULATOR PROGRAM PERALATAN UTAMA

Kalkulator Program pula adalah peralatan kerja terpenting bagi seorang Jurukur Tanah kerana tanpa kalkulator ini kerja membuat pengiraan di lapangan akan menjadi susah, silap dan salah serta berkemungkinan besar juga akan membuat kerja ukur yang tidak tepat. Perlu anda tahu bahawa ketepatan dalam pengiraan adalah kunci kepada ketepatan dalam apa-apa juga penandaan yang dibuat oleh Jurukur Tanah. 

Kepentingan kalkulator program ini sehinggalah, jika sepasukan jurukur tanah pergi ke mana-mana lokasi untuk membuat kerja ukur tanah. Sejurus sampai di lokasi apabila nak memulakan kerja barulah Jurukur itu sedari bahawa dia terlupa membawa kalkulator pada hari itu maka adalah tidak mengejutkan jika dia membuat keputusan untuk lebih sanggup balik ke rumah untuk ambil kalkulator dan datang semula atau pun balik terus dan esok hari barulah pergi semula ke lokasi membuat kerja daripada dia meneruskan juga kerjanya dengan tanpa kalkulator program berada di tangannya. 

Bukan sekadar kalkulator biasa tetapi kalkulator ini adalah dari jenis kalkulator sainstifik yang boleh diprogramkan dengan formula matematik tertentu bagi setiap jenis pengiraan yang diperlukan mengikut setiap jenis kerja yang perlu dibuatnya. Setiap jenis kerja ukur tanah mempunyai formula pengiraannya yang tersendiri yang akan disimpan ke dalam setiap program yang berasingan di dalam kalkulator program tersebut. Dalam bidang kerja ukur tanah kalkulator program dari jenama CASIO adalah yang paling di cari, digemari dan dipercayai hasil pengiraannya. Kalkulator program Casio FX-603p adalah merupakan yang paling mendapat carian dan sambutan oleh kalangan jurukur tanah di Malaysia. Sampailah sekarang walaupun sejak tahun 2000 model siri FX-603p ini sudah tidak dikeluarkan lagi oleh Casio dengan digantikan model dari siri FX-5800p atau FX-9800p dan juga lain-lain tetapi model siri FX-603p ini tetap juga menjadi pilihan utama jurukur tanah. 

Pada tahun 1995 dimana kadar purata gaji bulanan seorang jurukur tanah masih lagi di bawah RM 1,000 tetapi harga sebuah kalkulator model FX-603p yang baru adalah di sekitar RM 300. Selepas tahun 2000 apabila tidak lagi dijual di pasaran harganya terus melonjak naik. Pada hari ini sebuah kalkulator FX-603p terpakai yang masih boleh berfungsi dengan baik walaupun sudah lusuh dan buruk akibat lama digunakan oleh banyak orang tetapi harganya boleh mencecah sehingga RM 1,200 jika dibuat tawaran untuk dijual. Masih ramai jurukur tanah yang sanggup keluarkan duit untuk membelinya dan harga RM 1,200 itu dirasakan tidaklah mahal dan amat berbaloi jika dibandingkan dengan nilai sebenar kalkulator FX-603p tersebut. Bagi seorang jurukur tanah, memiliki sebuah FX-603p untuk membuat kerja ukur tanah adalah menjadi satu kebanggaan bagi dirinya.

JENIS-JENIS KERJA UKUR TANAH YANG UTAMA

UKUR KADASTRAL

Kerja ukur kadastral adalah bahagian yg terpenting dan paling memerlukan ketepatan pengiraan serta kemahiran tinggi. Tak semua jurukur tanah boleh membuat kerja ini kerana ia amat rumit dan perlu mematuhi peraturan2 serta mengikut kaedah yg digariskan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia ( JUPEM ). Kerja ukur ini diletakkan sebagai berkelas satu kerana ketepatan ukuran dan cara mempraktikannya.

Tujuan kerja ukur kadastral ini adalah untuk mengukur atau menanda lokasi yg tepat setiap penjuru lot tanah atau istilah ukurnya batu sempadan lot tersebut. Kebiasaanya kerja2 ini dilakukan oleh jurukur jabatan ukur kerajaan dan jurukur berlesen atau pun jurukur yg di bawah seliannya.

Umumnya kerja2 yg sering dilakukan adalah menanda atau menanam batu sempadan yg baru, mengganti batu sempadan yg telah hilang, salah satu proses dalam membuat pecahan lot, salah satu proses dalam menyediakan Pelan Akui ( PA ) dan juga kerja2 yg berkenaan dalam proses mengeluarkan geran tanah kepada pemiliknya.

UKUR STRATA

Kerja ukur strata pula merupakan proses yg sama dengan ukur kadastral tadi cuma cara mempraktikannya sahaja yg berlainan. Dikatakan berlainan kerana ukur strata ini adalah untuk mengukur lot2 yg ada di dalam banggunan dan bukannya atas tanah. Ukur strata dipraktikan apabila memproses pengeluaran geran bagi premis2 seperti rumah, pejabat atau kedai yg berada didalam banggunan yg banyak tingkat seperi rumah pangsa, komplek2 banggunan komersial, apartmen, kondominium dan banggunan2 tinggi yg lainnya.

Seperti ukur kadastral, kerja ukur strata ini juga biasanya dilakukan oleh jurukur jabatan ukur kerajaan dan jurukur berlesen atau pun jurukur yg di bawah seliannya.

UKUR TOPOGRAFI DAN BUTIRAN

Kerja ukur topografi dan butiran pula adalah merupakan kerja ukur yg paling asas dalam mana2 projek pembanggunan dan merupakan kerja ukur yg paling mudah di antara cabang2 kerja ukur. Apabila hendak membuat sesuatu projek seperti jalanraya, landasan keretapi, komplek komersial dan bangunan, perumahan atau apa projek sekalipun, keadaan bentuk mukabumi yg asal perlu dipetakan terlebih dahulu sebelum kerja perancangan dan reka bentuk dapat dibuat.

Dalam kerja ukur topografi & butiran 
setiap benda kekal yg ada di permukaan bumi akan di ukur dan dimasukkan ke dalam pelan yg dinamakan pelan topografi. Benda2 kekal ini adalah seperti ketinggian aras kawasan tersebut, jalan, lorong, parit, pagar, sungai, manhole, paip-paip air, gas atau pembentung, tiang-tiang letrik, lampu serta telefon, rumah serta bangunan dan kadangkala pokok2 yg besar juga akan diukur dan ditandakan di dalam pelan sekali dengan nama jenis pokok tersebut.

Kerja ukur topografi ini adalah merupakan proses memetakan bentuk mukabumi yg asal dan data2 yg diperolehi akan dilukis ke dlm pelan. Dan dari pelan inilah nanti baru kerja perancangan dan rekabentuk projek pembangunan dapat dilakukan dengan berpandukan kpd maklumat yg ada di dlm pelan topografi ini.

Kerja ukur topografi tidak memerlukan kemahiran tinggi dan semua jurukur tanah boleh membuatnya. Ukur topografi juga tidak termasuk dalam pengukuran berkelas satu.

UKUR KEJURUTERAAN

 Kerja ukur kejuruteraan pula adalah merupakan satu proses yg terbalik dari kerja ukur topografi tadi. Jika pada ukur topografi keadaan asal mukabumi dipetakan ke dalam pelan maka dalam ukur kejuruteraan pula maklumat yg terdapat dalam pelan rekabentuk atau construction plan akan diterjemahkan pula ke atas tanah. Segala butir seperti ketinggian dan lokasi sebenar projek akan di tandakan di atas tanah di tempatnya yg tepat seperti yg telah ditandakan di dalam pelan tersebut.

Kerja ukur kejuruteraan ini biasanya dilakukan pada projek2 untuk membuat jalanraya, jalan keretapi, jambatan, infrastruktur, bangunan dan rumah, paip air dan pembentungan, lapangan terbang, pelabuhan dan jetty serta semua projek2 pembangunan yg lain. Dalam kerja ukur ini, peralatan yg digunakan tetap sama dgn kerja ukur yg di atas tadi. Tetapi cara mempraktikannya sahaja yg berbeza. Contohnya dalam membuat satu projek bangunan, katakanlah ketinggian asal tapak tanah bangunan tersebut pada pelan topografi berada pada paras 10 meter dari aras laut. Tetapi mengikut pelan rekabentuk, ketinggian tapak yg diperlukan adalah 12 meter. Jadi jurukur mesti menanda aras baru tersebut dan membuat perhitungan akan kedudukan tepat kaki dan pengatas cerun slope yg berbeza 2 meter itu. Kemudiannya penjuru bangunan itu akan di tanda pula utk kerja2 menyediakan asas tapak bangunan. Apabila ketinggian baru tapak telah dicapai setelah kerja penambakan tanah selesai maka kerja berikutnya adalah menanda pula lokasi sebenar cerucuk / piling yg akan ditanam ke dalam tapak tersebut.

Kerja2 menanda ini atau dalam istilah ukur disebut sebagai setting-out survey perlu dilakukan dengan pengiraan yg teliti dan tepat. Ini adalah supaya bangunan yg bakal dibina itu tidak tersasar daripada apa yg telah ditandakan di dalam pelan rekabentuk. Kawalan dari segi horizontal dan vertical amat perlu dilakukan dari masa ke semasa supaya bangunan tadi tegak dan tidak condong. Jadi amatlah perlu bagi jurukur untuk memastikan datum yg digunakan adalah tepat dan betul dan dibuat TBM serta station baseline pada tempat yg selamat dan boleh bertahan lama.

Kerja ukur kejuruteraan boleh dilakukan oleh semua jurukur yg mempunyai kemahiran dan tak semestinya jurukur berlesen sahaja. Skil2 yg tepat dan betul adalah perlu dalam mempercepatkan proses penandaan. Walaupun kedengarannya seperti agak mudah tetapi sebenarnya kerja ukur kejuruteraan ini juga memerlukan proses pengiraan tepat sebagaimana kerja ukur kadastral. Andai tersilap dalam mengira dan menanda maka keseluruhan bangunan tadi akan menjadi salah bina dan bakal membawa kerugian kepada kontraktor yg membinanya. Seseorang jurukur itu perlu bertanggungjawap terhadap apa yg diukurnya dan tanggungjawap ini pula bukanlah mudah.

UKUR HIDROGRAFI

Ukur hidrografi ini sebenarnya adalah cabang kerja ukur tanah juga dan seperti kerja ukur topografi sifatnya. Tetapi yg membezakannya adalah kerana tanah yg diukur itu bukanlah yg berada di atas permukaan bumi seperti biasa. Ukur hidrografi dijalankan apabila hendak mengetahui keadaan topografi tanah yg berada di bawah permukaan air laut, tasik atau sungai dan untuk mengukur kedalaman airnya. Selain itu peralatan yg digunakan juga adalah berlainan sama sekali dan merupakan peralatan yg berteknologi tinggi seperti echo sounder , GPS serta software khas utk pemprosesan data dan menggunakan kapal atau pun bot.

Dalam kerja ukur ini asas2 ukur seperti kawalan horizontal X,Y dan kawalan vertical tetap diguna pakai. Kawalan horizontal adalah dikawal secara sistem Global Positioning System ( GPS ) iaitu berpandukan satelit dan kawalan vertical atau aras pula adalah dari TBM terdekat yg ada di tepi laut, tasik atau sungai tersebut dan juga aras air laut pada waktu kerja ukur itu di jalankan. Aras air laut pada waktu kerja dijalankan akan dirujuk pula pada almanak pasang surut air kawasan yg berkenaan.

Walaupun kerja ukur hidrografi adalah satu dari cabang ukur tanah tetapi bukan semua jurukur dapat melakukannya. Hanya mereka yg mempunyai kemahiran dan pengkhususan hidrografi sahaja yg dapat membuat kerja ukur ini.


Jumaat, 18 Februari 2011

CAMERON HIGHLAND : KESEJUKAN YANG MEMBAKAR




November 1989 : Setelah sampai ke Kampung Raja, Balai Polis merupakan tempat pertama yg kami tuju kerana rumah yg kami sewa adalah milik seorang pegawai polis di situ. Agak lucu kerana sampai skrg aku tak tahu siapakah namanya yg sebenar. Dari hari pertama berjumpa, dia hanya memperkenalkan dirinya sebagai ‘Arab’ dan memberitahu bahawa dialah ‘syerif’ Kampung Raja ( pangkatnya hanyalah konstabel ) dan semua org disitu kenal dgnnya. Tapi jika menggunakan namanya yg sebenar, tak seorang pun yg kenal. Arab yg berupa ala hindustan dan berhidung tinggi bengkok sebelah ini berasal dari Tapah masih bujang dan dia juga akan tinggal bersama kami tapi dlm bilik yg berasingan.

Dibawanya kami pergi ke rumah yg letaknya hampir 1 km dari simpang Kg Raja menuju ke Blue Valley ( sempadan Kelantan ). Rumah tersebut terletak dlm satu kebun sayur, berdinding papan dan beratapkan zink. Di dlmnya terdapat dua bilik tidur, yg besar utk kami dan yg kecil adalah bilik Arab. Terdapat juga dapur walaupun menurut Arab dia tak pernah memasak dan juga peti sejuk yg tak pernah dibuka suisnya tetapi tetap juga sejuk. Yg menjadi kekuatiran kepada kami semua adalah air paipnya yg sejuk seperti ais walaupun ketika itu masih lagi tengahari dan cuaca diluar rumah cerah dgn cahaya matahari. Entah bagaimana pula keadaannya di waktu pagi dan malam. Mestilah lebih sejuk lagi dr skrg. Dipendekkan cerita, ada beberapa org dikalangan kami yg seminggu tak mandi pagi dan ada juga yg selama tinggal disitu tak pernah mandi tp hanya sekadar lap badan dgn kain basah saja. Waktu malam pula kami tidur beramai ramai secara rapat rapat bagi memanaskan badan. Walaupun begitu, sejuknya masih tetap terasa sehinggakan terpaksa memakai jaket dan stokin selain dari selimut. Yg bestnya, tidak susah melelapkan mata untuk tidur. Baring sekejap saja mata terus terpejam lena dek kerana sejuk dan sedar2 hari dah pun pagi.

Keesokan pagi kerja pun bermula dengan 1 team mencari batu sempadan untuk dibuat kerja traverse. Yg lainnya membuat chainage x-section setiap 25m sepanjang 2 kilometer pertama jajaran cadangan jalan baru tersebut kerana jajaran tersebut masih menggunakan jalan lama yg sedia ada. Pada 1 kilometer yg berikutnya jajaran cadangan jalan baru itu telah melencong pula ke atas bukit2 dan melalui kawasan semak dan hutan. Cuaca pagi itu amatlah sejuk sehinggakan kemeja western berlengan panjang yg dipakai bersama jaket pun masih lagi terasa sejuk. Jalan2 yg sempit dan berbelok belok sepanjang Kg Raja dan Blue Valley mulalah menjadi sibuk dgn jeep 4WD pekerja2 kebun. Jika ada 2 kenderaan yg bertembung berlawanan arah maka salah satunya terpaksa mengundur ke tepi yg agak lebar sedikit bagi memberi laluan kpd kenderaan yg satu lagi. Sesuatu yg menarik disini adalah mereka2 ini tak pernah bermasam muka atau bersikap keras kepala dalam merebut siapa yg harus berundur. Seperti telah menjadi satu budaya hidup mereka, memberi laluan dan mengucapkan terima kasih. Berbanding di bawah sini, andai kenderaan depan terlambat sedikit bergerak, maka yg dibelakang akan membunyikan ‘hon’ sebagai tanda protes. Dan yg tak berpuashati pulak akibat di’hon’ akan menunjukkan tanda lucah.

Pada waktu itu juga ada peraturan yg hanya membenarkan lori balak melalui jalan tersebut pada waktu malam sahaja iaitu bermula pada jam 9 mlm sehingga ke pukul 6 pagi. Perjalanan mereka pula seperti berkonvoi dan panjang seperti keretapi. Jikalau lori pertama melintas di hadapan kita maka tunggulah selepas setengah jam nnt barulah lori yg terakhir akan sampai. Pada siang hari pula tak ternampak sebuah pun lori2 balak ini. Tapi sekali sekala tu ada jugalah yg melanggar peraturan tapi bukannya secara berkonvoi.

Berbalik kpd pekerjaan yg kami lakukan, setelah habis ditanda jajaran yg berada di atas jalan lama maka kami pun mulai meredah hutan mendaki bukit utk ditanda pada bahagian yg berada di luar dari jalan lama yg berbaki 1 kilometer tersebut. Dengan menggunakan parang kami mulai merintis hutan2 ini seperti lorong yg muat sebuah kereta dgn ditunjuk arah oleh kerani ukur. Walaupun cuaca masih terasa sejuk, tapi akibat dari kerja merintis ni, badan pun mulai menjadi panas dan berpeluh. Setelah 2-3 jam merintis maka kami pun turun ke bawah semula utk rehat makan tengahari. Tugas membeli makanan dan minuman ini diserahkan kpd si driver ( kami memasak di rumah utk makan malam sahaja sarapan dan mkn tghari di kedai ). Sampai dibawah ditepi jalan lama, kami pun mencari tempat yg sesuai dan bermulalah acara rehat bebas. Dikatakan bebas kerana ada yg ambil kesempatan utk tidur dan ada juga yg berjalan jalan melihat kebun bunga dan sayur sambil mencuci mata mellihat pekerja2 wanita yg ada ( kebanyakannya adalah dari suku kaum asli dan keturunan india ). Apa nak buat, yg ada seramai 12 org ni pun semuanya lelaki.

Jaket dibuka kerana baju dah basah akibat peluh, mau tak berpeluh kerja merintis ni bukan kerja yg senang. Oh ya mungkin ada yg tak tahu apa itu merintis ni, maknanya menebas semak dan pokok2 utk dibuat lorong. Dah buka jaket barulah terasa sejuk sikit dan berangin. Si driver tadi pun dah balik semula dan benda pertama yg aku capai adalah milo ais ( minuman favaret aku dulu2 tp skrg tak lagi ). Alangkah leganya bila milo ais ni masuk ke dlm mulut dan tekak. Terpejam mata aku nikmatinya kerana terasa enak sgt2. Tapi lepas 5 minit kemudian aku pakai jaket balik pasal bila panas badan dah hilang tiba2 saja angin yg bertiup tu terasa sejuk sgt2 sampai ke tulang. Ini semua akibat dari minum milo ais lah.

Hari pertama bekerja disini dah nak hampir selesai dan kami pun sedikit sebanyak dah faham tentang bentuk mukabumi serta masalah2 yg ada di sekitar tempat kerja. Mungkin aku ni org baru dlm bidang ukurtanah tapi nampaknya kerani2 kami yg bertiga pun sama juga kerana ini adalah pengalaman pertama mereka membuat kerja di tanah tinggi Cameron. Dengan cuaca pagi yg dingin berkabus, cermin teodolite dan prism yg kami gunakan pun turut terjejas akibat berair pada permukaan. Dan pernah juga, dalam masa tak sampai 5 minit kami sampai ke tempat kerja, kabus tebal turun dan jarak pandangan dah jadi kurang dari 5 meter. Pada jarak lebih dari 5 meter, tak nampak apa2 pun kecuali putih sahaja. Mahu tak mahu terpaksalah tunggu sebentar sehingga kabus hilang dan kalau agak lama tak hilang2 juga, balik rumah atau ke kedai minum dahulu.

Dengan ketinggian purata Cameron Highland pada paras 1700 meter dari aras laut, cuaca memang sejuk tapi jangan sangka tiada panas matahari. Sebenarnya semakin tinggi kita berada semakin dekat kita dgn matahari. Walaupun dalam cuaca dingin, kulit badan yg terdedah pada panas matahari tetap bertukar warna keperangan atau kehitaman. Begitu juga dgn bulu2 roma, misai janggut dan rambut kita. Dan 4 perkara yg aku pasti kau org semua tak tahu adalah selepas lebih 4 hari kita berada di atas sana, hidung dan mulut kita akan mulai pecah2 kulitnya. Kentot kita pun akan menjadi busuk dan baunya sama saja bagi semua org walaupun kita berak setiap hari hahahahaha... Dan ular2 yg ada di tanah tinggi tak mempunyai bisa. Yg bestnya di atas sini tak ada nyamuk siang atau malam. Yg tak best pulak lalat ada di merata rata tak kira tempat dan masa. Kalau di kedai kopi kita tak tutupkan cawan minum kita tu, alamat adalah lalat yg menjunam masuk tumpang mandi. Dan disinilah org tempatan bakal tahu yg kita ni org luar yg baru datang kesini apabila kita komplen pada tokey kedai dan minta tukar air yg baru. Mungkin kalau di tanah rendah, lalat adalah jijik dan air yg dimasuki lalat ni maka kita tak akan minum lagi. Tapi berlainan dgn keadaan di tanah tinggi ni. Mereka semua dah jadi lali pada lalat kerana memang dah tak boleh nak dibuat apa2 lagi. Ini semua akibat dari penggunaan baja tahi ayam di kebun2 maka lalat2 ni membiak dalam kadar yg cukup banyak.

Ok lah aku bagi petua sikit bagaimana caranya nak atasi masalah lalat yg masuk ke dalam air minum kita. Mengikut kata org2 disini, segala kekotoran atau kuman bawaan dari lalat ni terdapat pada bahagian kakinya dan penawarnya pula ada pada bahagian sayapnya. Jadi yg perlu kita buat jika ada lalat yg terapung pada permukaan air minum kita adalah dengan merejam lalat tu masuk seluruh badannya ke dlm air tadi dan buangkannya. Selepas itu minuman tadi dah jadi neutral semula dan boleh diminum.

Sebenarnya company kami cuma dapat kontrak mengukur 3 kilometer sahaja dan baki sebanyak 6 kilometer lagi company lain yg buat. Tapi oleh kerana kami datang ke sini dgn 3 team jadi kerja kami pun siap dlm masa 1 bulan sementara company yg satu lagi tu datang hanya 1 team, cuma kerani dan driver sahaja, chainmannya pula diupah org tempatan. Maka kerjanya tak siap2 lagi walaupun dah hampir 2 bulan mereka disana. Jadi atas arahan dari bos kami, setelah kerja kami siap 2 team akan turun balik ke ibu pejabat di KL dan 1 team lagi di arahkan untuk membantu company yg satu lagi tu siapkan kerjanya atas dasar give and take iaitu kami tolong dia siapkan kerjanya dan dia akan ajar kerani ukur kami cara menggunakan alat total station dgn data recordernya. Dan team aku diarahkan utk terus tinggal disana. Rupanya inilah peluang utk aku mempelajari lebih byk selok belok kerja ukur tanah ni. Company aku pada masa ini masih menggunakan kaedah konvosional dalam kerja2 ukur dan melukis pelan maknanya masih menulis dalam buku kerjaluar dan melukis pelan diatas kertas tracing dengan secara manual ( pakai tangan lah tu ). Sedangkan company yg kami bantu pula menggunakan kaedah komputer. Dari mula kerja ukur lagi semua data ukur dimasukkan ke dlm alat yg dipanggil data recorder dan apabila balik ke rumah di download masuk ke dlm komputer. Lepas tu pula dgn sedikit kerja pemprosesan data ukur menggunakan software SDRmap maka segala data2 tadi akan dilukis secara automatik oleh komputer tadi pada skrin moniter komputer tersebut ( canggih wey time ni tak ada mana2 company jurukur berlesen pun yg pakai ).

Team kami yg berempat tu pula dikecilkan menjadi 3 org saja dan aku dipilih menjadi kompasman kpd kerani company tersebut. Kerja aku skrg bukan lagi merintis semak, memasang kaki tiga belakang atau buat station di depan tapi sebagai pembantu kerani ukur. Pada setiap kali berpindah station ukur, aku akan bawa alat ukur total station dan pasangkannya. Jadi dari sinilah aku terdedah dgn asas ilmu kerja ukur tanah iaitu set alat, set back bearing dan pelajari juga bagaimana memasukkan data ukur ke dalam data recorder. Susah juga buat freshie yg mcm aku ni apalagi sebelum ni aku tak pernah sentuh mana2 komputer pun seumur hidup. Team aku yg bertiga tadi ditugaskan membuat kerja traverse sepanjang 6 kilometer jajaran tersebut ( kebanyakannya merentasi kebun sayur, bunga dan juga kebun teh Blue Valley ) sementara team baru aku ni membuat kerja ukur topografi tanpa membuat lagi x-section setiap 25m spt yg kami buat sebelumnya. Utk pengetahuan kau org semua, nama kerani baru aku ni Ian Peter Soul ( bukan mat saleh tp keturunan india Malaysia yg tak tahu bercakap tamil ). Drivernya menjadi mandor di depan sementara chainmannya terdiri dari 2 org tempatan iaitu seorg budak kaum asli dan seorg lagi adalah keturunan india anak kpd pekerja kebun teh Blue Valley ( jeles aku tau ka pasal gaji aku time ni baru rm16 sedangkan budak asli dan india tu gajinya rm25 ).

Di pendekkan cerita ( dah panjang pun aku cerita ) kami berempat pindah tinggal di hotel di Brinchang dan masalah kesejukan air mandi pun selesai kerana disini ada kemudahan air panas ( pada masa ni air panas di hotel masih menggunakan gas jadi sebelum mandi kena hidupkan dulu api gas diluar bilik dan kena tunggu hampir 15 minit baru jadi panas ). Kami berempat tak lagi memasak melainkan makan di kedai setiap hari ( kami bayar sebanyak rm80 sebulan seorg utk 3 kali makan sehari di kedai yg terdekat dgn hotel ). Waktu kerja pula dah bertukar kalau dulu bermula dari pagi sampai jam 2 ptg saja tapi skrg mulai jam 7 pagi sampailah 7 mlm setiap hari tanpa ada cuti ( kata kerani baru tu sampai hujan batu baru boleh berhenti kerja ). Selepas seminggu kami buat mogok tak mahu bekerja kerana dah la dia tak bayar kami gaji ( gaji kami dibayar mcm biasa oleh company kami setiap bulan ), kerja pula tak ada hari cuti, keluar pada gelap pagi balik pula pada gelap malam setiap hari. Selepas itu barulah Peter tawarkan kami rm10 sehari seorg dan dibayar pada setiap hari sabtu tanpa pengetahuan bos kami. Sebulan kemudian kami ditawarkan pula rm1000 seminggu dgn syarat duit hotel kami sendiri yg bayar dan segala kerja yg tinggal kami sendiri yg buat dan habiskan. Jadi tamatlah sudah perkhidmatan budak asli dan india tu. Pada masa sama si Peter tadi tidak lagi menjadi kerani kami tapi cuma menghantar kami ke tempat kerja dan membawa pulang saja. Gaji kami pula dibayar setiap sabtu dgn pecahan 3 org chainman termasuk aku, seorg rm200 seminggu dan kerani aku mendapat rm400 ( dia juga kena bayar duit sewa hotel rm25 sehari ). Agak mewah la jadinya kerana selain dari mendapat duit mingguan dari Peter kami juga mendapat gaji dari company kami secara bulanan.

Dan di Cameron Highland jugalah aku mendapat pengalaman baru yg sebelum ini tak pernah aku dapat dan lakukan di tanah rendah. Akibat dari sifat kami yg masih muda remaja berdarah panas, mewah dgn wang ringgit dan kesejukkan tanah tinggi, aku mula belajar meminum arak pada malam hari. Aku masih ingat lagi kata2 yg keluar dari mulut Arab si syerif Kg. Raja “1 tak apa, 2 seri muka, 3 ingat2 lupa dan 4 lu sapa wa sapa”. Tapi sebenarnya kami bukannya pakai duit pun minum tiap malam, ada saja tokey2 kebun bunga dan sayur yg belanja kami dgn niat nak minta kami tak masukkan lot tanahnya dlm jajaran jalan baru tersebut ( kebanyakan lot kebun bunga dan sayur adalah bertaraf tanah TOL iaitu geran sementara jadi bukan milik sebenar tokey2 tersebut ). Dan kalau tak ada siapa2 yg nak belanja kami maka Arab akan cari jalan lain iaitu menahan lori2 balak yg langgar peraturan dan meminta wang dari tokeynya utk dilepaskan ataupun meminta kami pasang alat ukur di kebun2 yg secara betulnya tak termasuk dlm jajaran tersebut. Kami cuma diminta berlakon saja seperti kerja yg biasa kami lakukan dan selebihnya dia yg akan uruskan. Jahat betul la Arab ni tapi aku cukup hormat dgn dia. Otaknya betul2 ligat bergeliga dalam soal nak mencari duit belanja tapi sayang kesemuanya dihabiskan tanpa tersisa sedikit pun. Yg keduanya pula, aku berpeluang pergi ke majlis keramaian kaum asli di perkampungan mereka. Majlis ini lebih dikenali sebagai “sewang” dalam bahasa kaum asli. Biasanya diadakan kerana meraikan majlis2 kahwin atau kebesaran yg lain2. Sewang ni atau joget lambak diadakan dlm satu dewan pada sebelah malam. Tak ada pancaragam tapi cuma gunakan radio mini compo saja. Pada hari sewang ni maka banyaklah remaja2 kaum asli baik lelaki atau perempuan yg datang dan berhias diri cantik2. Yg si perempuannya berebut nak menjadi penari di dlm dewan tersebut tapi dihadkan kpd 4 org saja utk 3 buah lagu. Dan bagi lelaki pula terpaksa menunggu giliran dan dihadkan cuma 1 lagu saja seorg. Bukan setakat kaum asli saja yg hadir tapi semua kaum pun ada baik melayu, cina mahupun india. Jadi si pengerusi majlis akan gilirkan mengikut kaum supaya semua dapat ambil bahagian. Disinilah tempatnya kalau nak mencari jodoh bagi kaum asli dan bagi mereka yg berminat dgn kaum asli. Dan pada malam inilah juga segala aktiviti menjadi bebas dan pandai pandailah sendiri ( harap kau org semua faham maksud aku ). Selain itu kami sempat juga pergi ke disko di Strawberry Park. Banggunannya kalau dilihat hanyalah setingkat seperti club house tapi di bawah tanah ada 3 tingkat lagi iatu mengandungi kolam renang, gymnasium dan disko ( bayangkan kalau kolam renangnya di atas tanah, siapa nak mandi kalau airnya sentiasa sejuk mcm ais ). Dan pengalaman terakhir adalah menghantar ibu yg hendak beranak ke hospital pada malam hari. Bayangkanlah perjalanan hampir 20 kilometer dari Kg Raja ke Tanah Rata dgn gelap malam dan jalan yg berbelok belok. Dah tu si ibu tadi suruh kami bawa laju2 pula pasal dia dah terasa nak beranak.

Dan akhirnya setelah lebih 3 bulan kami berada di atas sana ( setelah kami dah terbiasa dgn cuaca kalau tak pakai jaket pun dah tak terasa sejuk lagi ) sebaik kami siapkan kesemua kerja2, kami diarahkan balik ke ibu pejabat KL oleh bos kami. Dan dgn berat hatinya kami pun tinggalkanlah segala pengalaman dan kenangan yg ada di sana dgn van C20 kami dipenuhi oleh bunga2 dan sayur2 pemberian org2 sana. Aku membawa pulang bunga kobis seberat 5 kilogram yg membuatkan emak aku terkejut kerana tak pernah dilihatnya sebesar itu sebelum ni. Apa lagi ya...oh teh Cameron, mungkin anda dah biasa minum teh Boh ( ada ditanam di sini ) tapi tahukah anda ada 3 jenis lagi teh cameron iaitu Bharat Tea, Cameronian dan Blue Valley tak dijual di tanah rendah Malaysia tapi kesemuanya di ekspot ke luar negara. Anda dapat membelinya hanya di Cameron Highland sahaja. Kalau anda naik ke sini cubalah beli.

Nota kaki :
Terima kasih yg tak terhingga aku ucapkan kepada Ian Peter Soul atas segala ilmu2 ukurtanah berkomputer yg diberikan secara percuma kepadaku. Arab si syerif Kg. Raja, kau tetap dalam ingatan kami semua sampai skrg dan sampai akhir hayat kami, percayalah. Kepada rakan2 yg aku kenali di sana terutamanya Gie ( Fauzi ) dan aweknya yg aku dah lupa nama ( tahun 1989 & 1990 bekerja di hotel Parkland, Brinchang ), aku teringin sgt nak jumpa kamu semula. Kepada Syam dan adik2 perempuannya di Warung Sudi Mampir Kg. Raja ~ terima kasih atas layanan anda semua. Akhirnya buat 4 gadis anak mami yg bersaudara ( buka kedai makan di Tanah Rata dan skrg aku percaya masing2 dah kahwin dan beranak pinak ) bila aku teringat Cameron Highland aku mesti teringat pada kalian semua.