Ahad, 5 Oktober 2014

BUKU GARIS PANDUAN UKUR KEJURUTERAAN SETTING OUT BANGUNAN


Kalau kita melihat pada iklan-iklan jawatan kosong bagi jawatan JURUKUR TANAH, LAND SURVEYOR dan SITE SURVEYOR yang ada di dalam akhbar atau pun di website internet yang cukup popular bagi golongan pencari pekerjaan iaitu Jobstreet.com, boleh dikatakan lebih dari 80% daripada iklan jawatan kosong yang memerlukan Jurukur Tanah itu adalah merupakan iklan dari syarikat kontraktor yang terlibat dengan projek membina bangunan.

Selain dari itu kalau kita melihat pula dari segi gaji yang ditawarkan untuk jawatan Jurukur Tanah, yang tertinggi yang ditawarkan, juga adalah dari syarikat kontrakor yang terlibat dengan projek membina bangunan.

Ini bermakna peluang untuk mendapatkan kerja dengan bergaji tinggi bagi pelajar bidang Ukur Tanah atau sekarang lebih dikenali sebagai Sains Geomatic yang dah tamat pengajiannya adalah lebih besar di dalam sektor ini berbanding yang lain.



Tetapi adalah menjadi kebiasaan bagi pihak kontraktor menetapkan pengalaman dan kebolehan bekerja tanpa memerlukan penyeliaan serta tunjuk ajar atau dalam bahasa Inggeris disebut 'independently' adalah menjadi keutamaan dan sangat-sangat mempengaruhi jumlah gaji yang bakal ditawarkan nanti. Jadi disinilah masalahnya dan mungkin juga menjadi batu penghalang bagi golongan pelajar yang baru saja hendak menjejaki dunia kerjaya sebagai Jurukur Tanah. 

Walaupun bidang ukur kejuruteraan bangunan ini dipelajari secara teori waktu menuntut dulu tapi ia hanyalah sekadar teori dan tidak kesemua kemahiran yang perlu ada dan cara kerja praktikalnya di ajarkan oleh para pensyarah. Untuk mendapatkan informasi lengkap di internet juga adalah amat susah.

*aku tergelak bila baca balik intro yang aku tulis kat atas. Ok lah... balik ke gaya asal penulisan aku dan bukan yang standard STPM macam kat atas. 

3-4 tahun yang lepas aku ada tuliskan entri disini berkenaan kerja setting out bangunan. Ternyata banyak la jugak 'page klik' atau 'page view' dan pertanyaan yang aku dapat lebih-lebih lagi yang nak minta lebih penjelasan tentang cara nak buat kerja ukur bangunan. 

( Secara ranking, artikel berkenaan Setting Out Bangunan ini berkedudukan di tempat ke 3 di dalam website ini bagi tempoh sepanjang masa dari mula diterbitkan hinggalah sekarang ).

Macamanalah aku nak jelaskan dengan sejelas jelasnya kat sini disebabkan ruangan blog terhad dan aku pun nak kena menaip panjang macam nak buat laporan presentation....letih la kawan. Tapi sekurang kurangnya yang mana tak jelas tu dah aku perjelaskan dalam ruangan komen sampaikan ada jugak yang 'copy n paste' entri aku dan masukkan ke dalam blog dia tanpa sikit pun nak berterima kasih kat aku apalagi nak minta keizinan dari aku. Tak apa la, buat la macam rumah sendiri noo..

Jadi apa yang aku nak bagitau kat sini hari ni adalah, seperti yang pernah aku bagitau dulu, aku dah pun siapkan penulisan e-book garis panduan kerja ukur setting out bangunan ni walaupun agak terlambat sebulan dari jadual asal tapi tak kisahlah pasal aku berjaya juga siapkannya akhirnyaaaa....
Horeeeeeeeeeeyyyy.........

( kalau habis baca semua email kat inbox gmail, inilah yang gmail cakap )

Segala penat lelah otak dan jari jemari aku untuk nak bagi siap terasa lega sangat-sangat bila selesai saja fasa akhir lepas aku masukkan cover buku yang agak comel seperti foto kat atas.

E-book iaitu buku elektronik tanpa kertas berupa file dokumen komputer dalam format PDF adalah berupa garis panduan bagi semua kerja-kerja ukur yang perlu dibuat dan cara membuatnya dengan betul oleh jurukur tapak / site surveyor secara praktikal di tapak pembinaan dalam projek membina bangunan. Untuk lebih mudah memahaminya, setiap penjelasan dalam bentuk nota-nota turut disertakan dengan lakaran, foto contoh dan juga pelan contoh yang ada hubungkait dengan setiap kerja ukur yang perlu dibuat. E-book ini bukanlah satu modul kuliah untuk kursus sijil, diploma atau ijazah ukur tanah. Dalam e-book ini tidak terdapat walau satu formula pun bagi apa-apa pengiraan kerana aku yakin sebagai seorang jurukur anda pasti dah tahu cara nak mengira kordinit bagi setiap station traverse, mengira bearing dan jarak bagi 2 titik ataupun mengira aras laras bagi kerja leveling. Tapi kalau tak tahu juga.... tanyalah aku kat ruang komen nanti aku akan bagitau macamana cara nak mengiranya.

Dalam e-book ini juga aku berikan penerangan jelas beserta contoh bagaimana caranya nak membuat 3 kawalan terpenting dalam kerja ukur bangunan. Kawalan-kawalan itu adalah : 


1.) Kawalan Horizontal 
2.) Kawalan Aras Laras / Ketinggian 
3.) Kawalan Verticality iaitu ketegakan bagunan.

Aku bagi jaminan walaupun e-book ini tidaklah tebal tapi ianya sangat padat dengan isi dan dengan sekali baca saja anda pasti akan faham dan tahu bagaimana caranya yang betul untuk buat kerja pengukuran bagi setiap kerja-kerja ukur yang perlu dibuat dalam projek membina bangunan.
Dan bagi jurukur yang belum pernah buat kerja ukur bangunan, segala info yang ada dalam e-book ini nanti dapatlah anda gunakan mulai dari ketika anda menjalani temuduga kerja lagi dan seterusnya ketika anda memulai kerja sebagai jurukur tapak pembinaan bagi projek membina bangunan.

Kepada pembaca yang berminat untuk mendapatkannya, bolehlah menghubungi aku dan harga yang aku tawarkan adalah Rm30 sahaja. Hantarkan pertanyaan anda melalui WhatsApp atau email ke : 

WhatsApp : 012-3949064

Atau email ke :

baganbeachboy@gmail.com

Dengan modal Rm30 yang anda keluarkan untuk e-book ini anda mungkin akan berpeluang mendapatkan gaji sebanyak RM 3000 sebulan bila dah dapat pekerjaan nanti (gaji pokok + elaun + OT = mungkin lebih lagi kot). 
Garis panduan dalam e-book ini akan membekalkan anda teknik dan pengalaman kerja walaupun sebenarnya anda tak pernah buat pun kerja ukur bangunan selama ni. Ianya hanyalah bernilai 1% saja daripada gaji pertama yang bakal anda perolehi nanti.

Sekian dulu untuk kali ini..... SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA KORBAN tapi jangan pula diri sendiri yang menjadi korban



8 ulasan:

HERMAN BIN ARAJAK berkata...

Salam hormat,saya nak bertanya,boleh tak e-book setting out bangunan ni didownload menerusi android tablet.sekian terima kasih

HERMAN BIN ARAJAK berkata...

Salam tuan,boleh tak pihak tuan terbitkan satu e-book yang memberi tunjuk ajar cara-cara melihat@membaca lukisan plan bangunan secara profesional.sekian terima kasih

Nick JTK berkata...

Boleh saja asalkan ada app PDF reader dalam tablet
Dan penghantaran E-book pula melalui 2 cara

1.) melalui email
2.) melalui FB

Nick JTK berkata...

Maaf..
Untuk membaca dan memahami segala info di dalam pelan samada pelan arkitek atau pelan struktur siapa2 pun boleh. Caranya hanya 1 saja iaitu dengan bertanya pada org2 yang berkenaan... contohnya SUPERVISOR yg berpengalaman dalam projek pembinaan bangunan. Tapi kalau hanya dari membaca anda pasti tidak akan faham dan habis membaca anda pasti akan keliru serta timbul banyak persoalan..

Nasihat saya, jangan malu jangan segan.. ringankan mulut untuk bertanya pada mereka2 yang berpengalaman. Jikalau kena cara bertanya pasti mereka akan berikan penjelasan..

Azlan berkata...

saya da email ke tuan, terima kasih

Unknown berkata...

Nk juga ebook 0189596588

Nick JTK berkata...

kalau anda membaca artikel di atas pasti anda akan baca cara yang sepatutnya anda lakukan untuk mendapatkan e-book ini.

Kirim pertanyaan anda dengan hantar ke alamat email kami iaitu :

baganbeachboy@gmail.com

Unknown berkata...

Bos.sy kerja kontraktor bangunan.nak belajar sangat ukur tanah utk tujuan kerja secara praktikal.ada ke peluang lagi nak belajar?mohon bantuan tuan.insyaallah

Catat Ulasan

PERINGATAN :-

PEMBACA yang mahu menulis di ruang komen PERLU MENULIS nama ID atau menulis 'NAMA SAMARAN'. Sebarang ulasan dan pertanyaan dari 'TANPA NAMA' akan dihapuskan. Penggunaan bahasa perlulah yang penuh DAN berhemah. Penulisan dengan gaya BAHASA SMS yang tidak difahami AKAN DIHAPUSKAN