Selasa, 5 Mac 2024

KADAR HARGA MINIMA UKUR TANAH BAGI TAHUN 2024

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 





Jurukur Tanah adalah penyedia perkhidmatan secara profesional bagi kerja-kerja pengukuran tanah. Urusan ukur tanah bukanlah satu produk yang boleh disamakan dengan urusan jual beli barangan.

Pelanggan yang baru pertama kali hendak membuat urusan ukur tanah sering tersalah faham dengan cara harga kerja ukur tanah dihitung dan diberikan kepada mereka.

Mereka membuat pertanyaan harga dengan tanpa memberikan butiran lengkap berkenaan kerja ukur sebenar yang mereka perlukan.


Contoh soalan oleh pelanggan adalah seperti berikut :-

Saya ada tanah di Kuala Selangor. Berapa harga kalau nak ukur...?

Tanah ayah saya berkongsi dengan pak cik & mak cik saya. Kalau saya nak ukur tanah bahagian ayah saya saja, berapa harga...?


Untuk memberikan harga bagi kerja ukur tanah yang mereka perlukan tidak semudah itu. Kalau jual beli barang mungkin bolehlah. Tapi untuk kerja ukur tanah kami perlu semak butiran tanah, butiran lokasi dan butiran kerja-kerja yang perlu dibuat dari awal hingga siap melalui perbincangan lanjut dengan pelanggan sehingga masing-masing faham apakah jenis kerja ukur yang sebenarnya perlu dibuat.

Penting untuk kami dapatkan pengesahan daripada bakal pelanggan

Apakah jenis kerja ukur tanah yang nak kami buat dan nak buat kerja ukuran ini untuk nak buat apa yang sebenarnya.

Sama ada nak "ukur demarkasi cari & tanda semula sempadan tanah" atau nak buat "ukur topografi tinggi rendah tanah" atau "ukur butiran @ detail survey, rekod butiran benda kekal yang ada di atas tanah" seperti bangunan, rumah kediaman, pagar, jalan, parit, tiang-tiang letrik, lampu, telefon, paip air, paip kumbahan serta pokok-pokok besar dan tinggi yang sedia ada di tapak tanah. 
Sama ada nak buat kerja ukuran atas tanah saja atau selain kerja ukur atas tanah perlu juga disediakan satu pelan ukuran tertentu yang mengikut keperluan pelanggan samada pelan biasa atau pelan rasmi. Butiran-butiran inilah yang perlu kami dapatkan pengesahan dari pelanggan terlebih dahulu barulah sebutharga yang akan disediakan nanti menepati apa yang pelanggan mahukan.

Yang sebenarnya kerja ukur tanah tidak mempunyai harga tetap, harga minima, harga maksima atau harga pasaran. Yang ada cuma kadar harga asas bagi setiap butiran tanah dan kadar harga asas bagi setiap jenis kerja ukur yang terlibat.

Antara butiran yang perlu diambilkira adalah seperti berikut

1.) Jenis kerja ukur tanah yang perlu dibuat

2.) Keluasan tanah yang terlibat

3.) Lokasi tanah

4.) Keadaan mukabumi lokasi tanah

5.) Nak buat ukuran atas tanah sahaja atau

6.) Ukuran atas tanah sekali dengan penyediaan pelan

7.) Kalau perlu sediakan pelan, nak buat pelan jenis apa. 
Samada Pelan Biasa untuk kegunaan sendiri atau Pelan Rasmi yang ada pelan tapak, pelan lokasi, pelan kunci, cop & tandatangan endorsement Jurukur Tanah Berlesen ( LS ) serta lain-lain butiran sebagai lampiran untuk urusan rasmi pelanggan.

Kalau mengikut tetapan bagi penyediaan sebutharga kerja ukurtanah oleh Lembaga Jurukur Tanah Malaysia ( LJT ) terdapat lebih banyak butiran yang perlu diambikira dan disenaraikan. 

  • Jumlah jarak ukur keliling tanah yang terlibat
  • Jumlah jarak jauh ikatan azimuth daripada 3 batu sempadan yang masih dalam keadaan baik
  • Jumlah jarak jauh Batu Aras Ketinggian Tanah ( BM Jupem ) yang berdekatan hingga ke tapak lokasi kerja ( bagi kerja ukur topografi atau ukur butiran )
  • Kos persediaan
  • Kos mobilasasi
  • Jumlah petak dan luas tanah ( bagi pecahan bahagian )
  • Kadar upah per/hari
  • Kadar harga secara Lump Sum
  • Jumlah harga akan ditambah pula dengan 20% ( yuran memproses data digital yang perlu dibayar kepada LJT ) serta 8% ( cukai yang perlu dibayar kepada kerajaan ) 

Sudah tentu jumlah harga yang akan diberikan kepada pelanggan termasuklah dari kalangan pemilik tanah persendirian yang luas tidak sampai 1 ekar pun boleh melebihi RM 1,500 selepas invois dikeluarkan sejurus semua kerja terlibat siap dibuat. Jumlah harga pada dokumen sebutharga pada awal sebelum kerja dibuat bukanlah satu harga tetap jikalau maklumat yang diberikan oleh pelanggan tidak betul dan ada perbezaan pada waktu kerja ukur dibuat.

Maka itu kalau pelanggan nak mendapatkan samada harga anggaran atau harga sebenar, anda perlulah kirimkan butiran tanah dan perlu juga nyatakan dengan jelas jenis kerja ukur yang diperlukan. Sebab berlainan butiran tanah dan berlainan jenis kerja ukur yang perlu dibuat maka kadar harga asas juga akan berlainan. Dengan adanya butiran yang diperlukan barulah kami boleh kira dan berikan harga kepada anda.

Oleh kerana kami banyak membuat kerja-kerja kecil bagi pemilik tanah kecil maka kami sediakan satu kadar harga minima mengikut keluasan tanah 1 ekar yang pertama atau sebahagiannya. Kadar harga minima ini adalah kadar upah bagi satu team ukur tanah bagi membuat kerja 1 hari. Harga itu termasuklah kos pembelian barangan kerja, kos persediaan, kos carian dan pembelian info data, kos bayaran gaji 1 team ukur tanah, kos peralatan ukur tanah, kos kenderaan serta kos perjalanan pergi dan balik.

Kadar harga minima kami untuk kerja ukur tanah yang luas tidak melebihi 1 ekar pertama atau sebahagiannya adalah RM 800 bagi lokasi di Kuala Lumpur dan Selangor

Ini bermaksud jika luas tanah kurang daripada 1 ekar harga tetap sama. Jika luas tanah melebihi 1 ekar baru ada tambahan harga yang akan dicampurkan dengan harga minima tadi. Dan jika perlu disediakan apa-apa jenis pelan ada tambahan harga bagi pelan tersebut.

Bagi tanah di Klang dan daerah pantai negeri Selangor kami ada tawaran harga diskaun antara : RM 100 hingga 20 % (bersyarat) dengan kadar minima RM 600* ( hanya di daerah Klang dan bagi kerja ukur tanah yang tak perlu penyediaan apa-apa jenis pelan )


------------------------------------------------

Bagi yang berminat nak dapatkan sebutharga ukurtanah, untuk lebih faham cara berurusan, dokumen yang diperlukan, serta harga sila baca di pautan yang disediakan dengan klik pautan di bawah.

< klik bawah >



TERIMA KASIH 

------------------------------------------------- -----
Jurukur Tanah Klang @ 2024