Sabtu, 21 September 2024
PERKHIDMATAN KAMI
Selasa, 2 Julai 2024
UKUR TANAH : KEPENTINGAN MEMBUAT PELAN PECAH BAHAGIAN UNTUK PEMBAHAGIAN TANAH
Sabtu, 29 Jun 2024
PECAH BAHAGIAN : MENGIRA LUAS TANAH SEBENAR BAHAGIAN MASING-MASING DALAM GERAN BERKONGSI HAKMILIK
Di dalam dokumen geran tanah atau sijil carian rasmi mahupun carian persendirian yang membabitkan lot tanah yang ada banyak pemilik, keluasan tanah setiap pemilik akan ditulis dalam format pecahan bahagian. Walau pun lot tanah tersebut hanya mempunyai 1 pemilik sahaja luas tanah yang menjadi hakmiliknya tetap juga akan ditulis secara pecahan bahagian. Keluasan tanah tidak ditulis dengan nilai luas tanah sebenar dalam unit Hektar, Ekar, Relung, meter persegi atau kaki persegi.
Luas hakmilik akan ditulis sebagai : ( 1/1 ) bahagian
Luas pemilik D ( ¼ ekar ) ditulis : ( 1/8 ) bahagian
-------------------------------------------------
-------------------------------------------------
Berpandukan kepada contoh kiraan luas sebenar bahagian tanah bagi Pemilik ( 1 ) & ( 8 ) di atas, cubalah anda kira pula luas sebenar bahagian tanah yang menjadi hak milik kepada pemilik-pemilik yang lain bagi Lot 4104 tersebut.
Jika anda faham cara mengira dan menggunakan formula serta pertukaran nilai dari satu unit ke unit luas yang lain yang betul seperti yang telah ditunjukkan dalam contoh pengiraan di atas, pasti anda akan mendapati bahawa tidak sukar untuk membuat pengiraan untuk mendapatkan nilai sebenar luas setiap bahagian tersebut.
Ahad, 25 Februari 2024
KADAR FI & BAYARAN PENGURUSAN TANAH DI PEJABAT TANAH DAERAH
KADAR FI & BAYARAN PENGURUSAN TANAH DI PEJABAT TANAH DAERAH
( Kadar Fi & Bayaran PTD Klang ini sekadar contoh rujukan dan tidak semestinya sama di setiap daerah setiap negeri di Malaysia )
Seperti yang pernah kami beritahu pembaca pada tahun awal penerbitan halaman ini dahulu iaitu anda boleh membuat 'carian persendirian' atau 'carian rasmi' bagi mendapatkan maklumat terkini kandungan geran hakmilik tanah dalam lot tanah tertentu. Maklumat yang terdapat dalam dokumen carian ini seperti maklumat keluasan tanah terkini, senarai nama pemilik terkini, alamat pemilik, luas pegangan tanah setiap pemilik dan lain-lain lagi. Bagi perkhidmatan carian ini terdapat sejumlah bayaran yang perlu dibayar kepada Pejabat Tanah Daerah ( PTD ) yang kadarnya bergantung kepada jenis dokumen carian yang diperlukan pelanggan.Sebenarnya bukan itu sahaja perkhidmatan yang disediakan oleh pihak PTD. Dalam hal pengurusan tanah di PTD terdapat banyak lagi jenis fi & bayaran yang perlu dibayar oleh pelanggan mengikut kadar yang telah ditetapkan samada oleh akta Kanun Tanah Negara ( KTN ) atau peraturan dan pekeliling yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan Negeri merangkap pihak berkuasa tertinggi dalam pentadbiran tanah negeri di Malaysia. Urusan bagi mana-mana bidang tanah hanya boleh dibuat di PTD lokasi tanah tersebut sahaja tidak boleh dibuat di PTD daerah lain walaupun masih dalam satu negeri yang sama. Oleh kerana terdapat perbezaan dari segi infrastruktur, kemajuan pembangunan, taraf hidup penduduk, kegunaan dan nilai tanah serta kualiti perkhidmatan yang disediakan maka kadar fi & bayaran bagi perkhidmatan PTD ini juga terdapat sedikit perbezaan di setiap daerah setiap negeri kecuali bagi urusan tanah yang terikat dengan undang undang persekutuan dalam akta KTN yang sama.Pengurusan tanah di PTD dibahagikan kepada beberapa unit-unit pengurusan yang diwujudkan bagi memudahkan dan mempercepatkan pengurusan dengan matlamat setiap urusan dapat diselesaikan dalam masa yang segera tanpa melambakkan urusan yang belum selesai.Bagi penulis walau apa pun kemajuan taraf perkhidmatan, cantik manapun lobi bangunan atau pakaian kakitangan, kelemahan dan kelewatan urusan tetap ada. Pengukuhan sistem perlaksanaan perlulah dilakukan dari masa ke semasa. Kakitangan awam perlulah melaksanakan tugas dengan penuh integriti, penuh tanggungjawab dan kesamarataan serta menghormati setiap golongan pelanggan tanpa mengira usia, jantina, etnik atau taraf hidup mereka. Kerana pekerjaan sebagai kakitangan awam tidak menjadikan mereka sebagai 'insan terpilih' yang boleh membuat sesuka hati tanpa perlu mengikut peraturan. Dalam memberikan perkhidmatan kaunter, kakitangan awam haruslah bersifat jujur, ikhlas, mesra serta rendah diri sepertimana dedikasi doktor dan jururawat di hospital atau pun sekurang-kurangnya menyamai standard perkhidmatan kaunter hadapan di sektor swasta.Di pihak pelanggan pula, mereka perlulah menyediakan dokumen yang lengkap dengan merujuk kepada senarai semak ( checklist ) yang boleh diperolehi samada dari talian laman web PTD di internet atau di kaunter perkhidmatan PTD. Kegagalan pelanggan membuat urusan mengikut susunan peraturan dan kegagalan menyediakan dokumen lengkap pada waktu membuat permohonan di PTD juga akan menyebabkan urusan tidak boleh diselesaikan dalam waktu yang segera serta perlu berulang alik pergi ke kaunter berulang kali. Pelanggan tersebut bukan sahaja akan kerugian masa, tenaga dan kos tetapi pelanggan lain yang berada di giliran belakangnya juga turut terlibat kerugian akibat perlu menunggu lebih lama daripada yang sepatutnya. Pihak PTD perlulah mencari jalan dalam mempertingkatkan sistem penyampaian maklumat kepada bakal pelanggan.Habis dan tutup cerita berkenaan mutu perkhidmatan. Sekarang kembali semula kepada fi & bayaran yang perlu dibayar oleh pelanggan bagi pengurusan tanah di PTD.UNIT PELUPUSAN TANAH
Antara perkhidmatan unit ini adalah dalam urusan permohonan tanah kerajaan, permohonan Lesen Pendudukan Sementara ( LPS ), permohonan penempatan pondok pengawal dalam kawasan perumahan serta permohonan pemindahan bahan batuan.
( klik foto untuk zoom pembesaran atau muat turun )
UNIT PEMBANGUNAN TANAH
Antara perkhidmatan unit ini adalah dalam urusan penyatuan @ penggabungan tanah lot, pecahan bahagian dan sempadan tanah lot, tukar syarat jenis kegunaan tanah serta serah balik dan berimilik semula.
( klik foto untuk zoom pembesaran atau muat turun )
UNIT PENDAFTARAN ( BUKAN URUSAN URUSNIAGA )
Antara perkhidmatan unit ini adalah dalam urusan membuat carian rasmi, carian persendirian, salinan sah dokumen, salinan geran hakmilik tanah, pendaftaran surat amanah, pemegang amanah, surat kuasa wakil, tukarnama, surat akuan sumpah, permohonan masuk kaveat, tarik kaveat, potong kaveat, perintah mahkamah, pusaka kecil, tukar alamat dan lain-lain.
( klik foto untuk zoom pembesaran atau muat turun )
UNIT PENDAFTARAN ( URUSAN URUSNIAGA )
Antara perkhidmatan unit ini adalah dalam urusan jualbeli tanah, pindahmilik tanah, gadaian dan pajakan tanah, perintah jualan melalui mahkamah atau melalui pentadbiran tanah.
( klik foto untuk zoom pembesaran atau muat turun )
UNIT-UNIT PENTADBIRAN YANG LAIN
( PINDAHMILIK & LELONGAN, HASIL, TEKNIKAL DAN PENGUATKUASAAN )
Antara perkhidmatan unit ini adalah dalam urusan permohonan pemilik gadaian, pajakan, permohonan dan rayuan pindahmilik, permohonan dan penangguhan perintah jualan, permohonan atau pembatalan lelongan awam, bayaran tunggakan hasil tanah dan penjualan peta.
( klik foto untuk zoom pembesaran atau muat turun )
SEKIAN TERIMA KASIH