Selasa, 5 Mac 2024

PERKHIDMATAN KAMI




( Dahulu dikenali sebagai Jurukur Tanah Bagan )

PERKHIDMATAN JURUKUR TANAH PROFESIONAL


1.) Jurukur Pejabat / Office Surveyor :
Jurukur Tanah yang membuat khidmat perundingan, khidmat nasihat, perbincangan dan penyediaan dokumen

2.) Jurukur Lapangan / Field Surveyor :
Jurukur Tanah yang membuat kerja pengukuran di tapak lokasi tanah yang terlibat








PERKHIDMATAN MELUKIS PELAN TANAH


Perkhidmatan melukis pelan sama ada pelan bagi kerja ukur tanah yang telah dibuat atau pelan yang tak perlu dibuat kerja pengukuran.


2 FORMAT PELAN YANG BERBEZA


i.) PELAN BIASA : saiz sederhana untuk kegunaan sendiri

ii.) PELAN RASMI : saiz standard ikut keperluan untuk urusan rasmi pelanggan

* Perbezaan Pelan RASMI dengan Pelan BIASA selain daripada saiz pelan dalam pelan rasmi terdapat Pelan Tapak, Pelan Kunci, Pelan Lokasi, Petunjuk, butiran yang berkenaan serta endorsement pengesahan Jurukur Tanah Berlesen.






KAWASAN PERKHIDMATAN KAMI


SEKITAR
KUALA LUMPUR & SELANGOR


KAWASAN KEUTAMAAN KAMI ADALAH DI DAERAH KLANG DAN DAERAH PANTAI NEGERI SELANGOR


KERJA UKUR TANAH YANG KAMI BUAT



i.) UKUR DEMARKASI : Tanda sempadan lot atau sempadan pecahan bahagian

ii.) UKUR TOPOGRAFI : Ukur tinggi rendah tanah tapak lokasi

iii.) UKUR BUTIRAN : Detail survey @ Butiran benda kekal yang ada di lokasi

iv.) UKUR KEJURUTERAAN : Engineering / Construction Survey

v.) PEMBAHAGIAN TANAH
Samada tanah pemilik yang berkongsi geran tanah, tanah keluarga, tanah warisan pusaka, pewaris Faraid atau Hibah serta bahagian tanah yang terlibat dengan urusan jualbeli


KERJA UKUR TANAH KEUTAMAAN KAMI


PENYEDIAAN PELAN CADANGAN PECAHAN BAHAGIAN SERTA CARI DAN TANDA SEMULA BATU SEMPADAN LOT ATAU SEMPADAN PECAHAN BAHAGIAN PEMBAHAGIAN TANAH DALAM LOT YANG ADA BANYAK NAMA BERKONGSI GERAN TANAH


Kerja yang menjadi bidang keutamaan dan kepakaran kami adalah dalam urusan cari dan tanda semula batu sempadan lot serta kerja ukur dalam urusan pembahagian tanah dengan penyediaan pelan cadangan pecahan bahagian sebelum diukur tanda di atas tanah.

Proses pembahagian tanah samada tanah keluarga atau tanah pusaka yang dibuat secara faraid, hibah atau keluasan bahagian yang tertentu mengikut kemahuan pemilik tanah serta pembahagian tanah yang terlibat dalam urusan jualbeli.

Samada hendaklah ditandakan tanah salah satu bahagian sahaja atau ditandakan setiap bahagian yang berkongsi tanah, kedua-dua pun kami boleh buat untuk anda.





______________________________________


Pertanyaan atau penjelasan lanjut mengenai Perkhidmatan Ukur Tanah lebih mudah dan lebih cepat dengan hubungi kami melalui aplikasi WhatsApp :

( klik bawah )


______________________________________


Bagi yang berminat hendak mendapatkan sebut harga kerja ukur tanah untuk memudahkan anda lebih faham dengan cara kami berurusan dengan pelanggan serta maklumat dan dokumen yang perlu dihantar sila baca dengan klik pautan di bawah :

( klik bawah )

FAQ's : SEBUTHARGA UKUR TANAH

______________________________________


NOTA KAKI

Terdapat lebih 60 tajuk artikel berkenaan ukur tanah, peraturan bagi pengurusan tanah serta senarai semak dan syarat keperluan bagi setiap urusan melibatkan Pejabat Tanah Daerah yang boleh didapati di MENU ( Senarai Artikel )


( klik untuk kembali ke MENU UTAMA )

______________________________________
Jurukur Tanah Klang @ 2024

KADAR HARGA MINIMA UKUR TANAH BAGI TAHUN 2024

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 





Jurukur Tanah adalah penyedia perkhidmatan secara profesional bagi kerja-kerja pengukuran tanah. Urusan ukur tanah bukanlah satu produk yang boleh disamakan dengan urusan jual beli barangan.

Pelanggan yang baru pertama kali hendak membuat urusan ukur tanah sering tersalah faham dengan cara harga kerja ukur tanah dihitung dan diberikan kepada mereka.

Mereka membuat pertanyaan harga dengan tanpa memberikan butiran lengkap berkenaan kerja ukur sebenar yang mereka perlukan.


Contoh soalan oleh pelanggan adalah seperti berikut :-


“Saya ada tanah di Kuala Selangor. Berapa harga kalau nak ukur...?”


“Tanah ayah saya berkongsi dengan pak cik & mak cik saya. Kalau saya nak ukur tanah bahagian ayah saya saja, berapa harga...?”


Untuk memberikan harga bagi kerja ukur tanah yang mereka perlukan tidak semudah itu. Kalau jual beli barang mungkin bolehlah. Tapi untuk kerja ukur tanah kami perlu semak butiran tanah, butiran lokasi dan butiran kerja-kerja yang perlu dibuat dari awal hingga siap melalui perbincangan lanjut dengan pelanggan sehingga masing-masing faham apakah jenis kerja ukur yang sebenarnya perlu dibuat.


Penting untuk kami dapatkan pengesahan daripada bakal pelanggan

"apakah jenis kerja ukur yang dia nak kami buat dan kenapa dia nak kami buat kerja ukuran ini untuk nak buat apa yang sebenarnya".

Sama ada nak "cari & tanda semula sempadan tanah" atau nak buat "ukuran topografi dan tandakan tinggi rendah tanah" atau "ukuran butiran @ detail survey, rekod butiran benda kekal yang ada di atas tanah" seperti bangunan, rumah kediaman, pagar, jalan, parit, tiang-tiang letrik, lampu, telefon, paip air, paip kumbahan serta pokok-pokok besar dan tinggi yang sedia ada di tapak tanah. Sama ada nak buat kerja ukuran atas tanah saja atau selain kerja ukur tanah perlu juga dilukis sediakan satu pelan ukuran tertentu yang mengikut keperluan pelanggan. Butiran kerja-kerja ukur yang perlu dibuat dan samada perlu atau tak perlu buat apa-apa jenis pelan inilah yang perlu kami dapatkan pengesahan dengan pelanggan terlebih dahulu. Barulah sebutharga yang akan disediakan nanti menepati apa yang pelanggan mahukan.

Hanya selepas lengkap senarai butiran kerja-kerja yang perlu dibuat, selepas semakan butiran tanah yang terlibat secara luas, lokasi dan bentuk mukabumi barulah kami boleh sediakan satu dokumen sebutharga dengan disenaraikan segala butiran dan keperluan kerja dengan senarai harga bagi setiap jenis kerja yang perlu dibuat serta jumlah harga keseluruhan bagi kerja tersebut untuk diberikan kepada pelanggan.

Yang sebenarnya kerja ukur tanah tidak mempunyai harga tetap, harga minima, harga maksima atau harga pasaran.

Antara faktor yang perlu diambilkira adalah seperti berikut

1.) Jenis kerja ukur tanah yang perlu dibuat

2.) Keluasan tanah yang terlibat

3.) Lokasi tanah

4.) Keadaan mukabumi lokasi

5.) Nak buat ukuran tanda atas tanah sahaja atau

6.) Ukuran atas tanah sekali dengan penyediaan pelan bagi kerja tersebut

7.) Kalau perlu sediakan pelan, nak buat pelan jenis apa. Samada ' Pelan Biasa' saiz sederhana untuk kegunaan sendiri atau 'Pelan Rasmi' dalam saiz standard yang ada pelan tapak, pelan lokasi, pelan kunci, cop & tandatangan endorsement Jurukur Tanah Berlesen ( LS ) serta lain-lain butiran sebagai lampiran kepada urusan rasmi pelanggan .

Kalau mengikut SOP bagi penyediaan sebutharga kerja ukurtanah yang telah ditetapkan oleh Lembaga Jurukur Tanah Malaysia ( LJT ) terdapat lebih banyak butiran yang perlu diambikira dan disenaraikan. Jumlah jarak ukur keliling tanah yang terlibat, jumlah jarak jauh ikatan azimuth daripada 3 batu sempadan yang masih dalam keadaan baik, jumlah jarak jauh Batu Aras Ketinggian Tanah ( BM Jupem ) yang berdekatan hingga ke tapak lokasi kerja ( bagi kerja ukur topografi atau ukur butiran ), kos persediaan, kos mobilasasi, jumlah petak dan luas tanah yang terlibat, kadar upah bagi 1 pasukan ukur per/hari, kadar harga secara Lump Sum dan lain-lain lagi. Jumlah harga akan ditambah pula dengan 20% ( yuran memproses data digital yang perlu dibayar kepada LJT ) serta 8% cukai SST yang perlu dibayar kepada kerajaan. Sudah tentu jumlah harga paling rendah yang akan diberikan kepada pelanggan termasuklah daripada kalangan pemilik tanah persendirian yang tidak luas, paling rendah pun boleh berjumlah melebihi RM 1,500 selepas invois dikeluarkan.

Untuk mendapatkan samada harga anggaran sahaja atau jumlah harga sebenar anda perlulah kirimkan butiran tanah dan nyatakan dengan jelas jenis kerja ukur yang anda perlukan. Barulah kami boleh kira dan berikan harga kepada anda.

Oleh kerana kami banyak membuat kerja-kerja kecil bagi pemilik tanah kecil maka kami sediakan satu kadar harga minima mengikut keluasan tanah 1 ekar yang pertama atau sebahagiannya. Kadar harga minima ini adalah kadar upah bagi satu team jurukur tanah bagi membuat kerja 1 hari. Harga itu termasuklah kos pembelian barangan kerja, kos persediaan pencarian dan pembelian info data, kos bayaran gaji 1 team ukurtanah, kos peralatan ukur tanah, kos kenderaan serta kos perjalanan pergi dan balik.

Kadar harga minima kami untuk kerja ukur tanah yang luas tanah tidak melebihi 1 ekar adalah : RM 800 bagi lokasi di Kuala Lumpur dan Selangor

Jika luas tanah kurang daripada 1 ekar harga tetap sama. Jika luas tanah melebihi 1 ekar baru ada tambahan harga yang akan dicampurkan dengan harga minima tadi. Dan jika perlu disediakan apa-apa jenis pelan ada tambahan harga bagi pelan tersebut.

Bagi tanah di Klang dan daerah pantai negeri Selangor kami ada tawaran harga diskaun antara : RM 100 hingga 20 % (bersyarat) dengan kadar minima : RM 600* ( hanya di daerah Klang dan bagi kerja ukur tanah yang tak perlukan penyediaan apa-apa jenis pelan )


------------------------------------------------

Bagi yang berminat nak dapatkan sebutharga ukurtanah, untuk lebih faham cara berurusan, dokumen yang diperlukan, serta harga sila baca di pautan yang disediakan dengan klik pautan di bawah.

< klik bawah >



TERIMA KASIH 

------------------------------------------------- -----
Jurukur Tanah Klang @ 2024

Ahad, 25 Februari 2024

KADAR FI & BAYARAN PENGURUSAN TANAH DI PEJABAT TANAH DAERAH

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

KADAR FI & BAYARAN PENGURUSAN TANAH DI PEJABAT TANAH DAERAH

( Kadar Fi & Bayaran PTD Klang ini sekadar contoh rujukan dan tidak semestinya sama di setiap daerah setiap negeri di Malaysia )




Seperti yang pernah kami beritahu pembaca pada tahun awal penerbitan halaman ini dahulu iaitu anda boleh membuat 'carian persendirian' atau 'carian rasmi' bagi mendapatkan maklumat terkini kandungan geran hakmilik tanah dalam lot tanah tertentu. Maklumat yang terdapat dalam dokumen carian ini seperti maklumat keluasan tanah terkini, senarai nama pemilik terkini, alamat pemilik, luas pegangan tanah setiap pemilik dan lain-lain lagi. Bagi perkhidmatan carian ini terdapat sejumlah bayaran yang perlu dibayar kepada Pejabat Tanah Daerah ( PTD ) yang kadarnya bergantung kepada jenis dokumen carian yang diperlukan pelanggan.

Sebenarnya bukan itu sahaja perkhidmatan yang disediakan oleh pihak PTD. Dalam hal pengurusan tanah di PTD terdapat banyak lagi jenis fi & bayaran yang perlu dibayar oleh pelanggan mengikut kadar yang telah ditetapkan samada oleh akta Kanun Tanah Negara ( KTN ) atau peraturan dan pekeliling yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan Negeri merangkap pihak berkuasa tertinggi dalam pentadbiran tanah negeri di Malaysia. Urusan bagi mana-mana bidang tanah hanya boleh dibuat di PTD lokasi tanah tersebut sahaja tidak boleh dibuat di PTD daerah lain walaupun masih dalam satu negeri yang sama. Oleh kerana terdapat perbezaan dari segi infrastruktur, kemajuan pembangunan, taraf hidup penduduk, kegunaan dan nilai tanah serta kualiti perkhidmatan yang disediakan maka kadar fi & bayaran bagi perkhidmatan PTD ini juga terdapat sedikit perbezaan di setiap daerah setiap negeri kecuali bagi urusan tanah yang terikat dengan undang undang persekutuan dalam akta KTN yang sama.

Pengurusan tanah di PTD dibahagikan kepada beberapa unit-unit pengurusan yang diwujudkan bagi memudahkan dan mempercepatkan pengurusan dengan matlamat setiap urusan dapat diselesaikan dalam masa yang segera tanpa melambakkan urusan yang belum selesai.

Bagi penulis walau apa pun kemajuan taraf perkhidmatan, cantik manapun lobi bangunan atau pakaian kakitangan, kelemahan dan kelewatan urusan tetap ada. Pengukuhan sistem perlaksanaan perlulah dilakukan dari masa ke semasa. Kakitangan awam perlulah melaksanakan tugas dengan penuh integriti, penuh tanggungjawab dan kesamarataan serta menghormati setiap golongan pelanggan tanpa mengira usia, jantina, etnik atau taraf hidup mereka. Kerana pekerjaan sebagai kakitangan awam tidak menjadikan mereka sebagai 'insan terpilih' yang boleh membuat sesuka hati tanpa perlu mengikut peraturan. Dalam memberikan perkhidmatan kaunter, kakitangan awam haruslah bersifat jujur, ikhlas, mesra serta rendah diri sepertimana dedikasi doktor dan jururawat di hospital atau pun sekurang-kurangnya menyamai standard perkhidmatan kaunter hadapan di sektor swasta.

Di pihak pelanggan pula, mereka perlulah menyediakan dokumen yang lengkap dengan merujuk kepada senarai semak ( checklist ) yang boleh diperolehi samada dari talian laman web PTD di internet atau di kaunter perkhidmatan PTD. Kegagalan pelanggan membuat urusan mengikut susunan peraturan dan kegagalan menyediakan dokumen lengkap pada waktu membuat permohonan di PTD juga akan menyebabkan urusan tidak boleh diselesaikan dalam waktu yang segera serta perlu berulang alik pergi ke kaunter berulang kali. Pelanggan tersebut bukan sahaja akan kerugian masa, tenaga dan kos tetapi pelanggan lain yang berada di giliran belakangnya juga turut terlibat kerugian akibat perlu menunggu lebih lama daripada yang sepatutnya. Pihak PTD perlulah mencari jalan dalam mempertingkatkan sistem penyampaian maklumat kepada bakal pelanggan.

Habis dan tutup cerita berkenaan mutu perkhidmatan. Sekarang kembali semula kepada fi & bayaran yang perlu dibayar oleh pelanggan bagi pengurusan tanah di PTD.

UNIT PELUPUSAN TANAH

Antara perkhidmatan unit ini adalah dalam urusan permohonan tanah kerajaan, permohonan Lesen Pendudukan Sementara ( LPS ), permohonan penempatan pondok pengawal dalam kawasan perumahan serta permohonan pemindahan bahan batuan.


( klik foto untuk zoom pembesaran atau muat turun )

 

UNIT PEMBANGUNAN TANAH

Antara perkhidmatan unit ini adalah dalam urusan penyatuan @ penggabungan tanah lot, pecahan bahagian dan sempadan tanah lot, tukar syarat jenis kegunaan tanah serta serah balik dan berimilik semula.


( klik foto untuk zoom pembesaran atau muat turun )

 

UNIT PENDAFTARAN ( BUKAN URUSAN URUSNIAGA )

Antara perkhidmatan unit ini adalah dalam urusan membuat carian rasmi, carian persendirian, salinan sah dokumen, salinan geran hakmilik tanah, pendaftaran surat amanah, pemegang amanah, surat kuasa wakil, tukarnama, surat akuan sumpah, permohonan masuk kaveat, tarik kaveat, potong kaveat, perintah mahkamah, pusaka kecil, tukar alamat dan lain-lain.


( klik foto untuk zoom pembesaran atau muat turun )

 

UNIT PENDAFTARAN ( URUSAN URUSNIAGA )

Antara perkhidmatan unit ini adalah dalam urusan jualbeli tanah, pindahmilik tanah, gadaian dan pajakan tanah, perintah jualan melalui mahkamah atau melalui pentadbiran tanah.


( klik foto untuk zoom pembesaran atau muat turun )

 

UNIT-UNIT PENTADBIRAN YANG LAIN

( PINDAHMILIK & LELONGAN, HASIL, TEKNIKAL DAN PENGUATKUASAAN )

Antara perkhidmatan unit ini adalah dalam urusan permohonan pemilik gadaian, pajakan, permohonan dan rayuan pindahmilik, permohonan dan penangguhan perintah jualan, permohonan atau pembatalan lelongan awam, bayaran tunggakan hasil tanah dan penjualan peta.


( klik foto untuk zoom pembesaran atau muat turun )

 

SEKIAN TERIMA KASIH

 

Selasa, 20 Februari 2024

KAVEAT TANAH : DEFINASI & SIAPA YANG MEMERLUKANNYA

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

( klik foto untuk zoom pembesaran atau muat turun )

 

KAVEAT tanah secara definasi bermaksud :

"Memasukkan halangan bagi sebarang urusan ( urusniaga atau bukan urusniaga ) ke atas pegangan syer atau bahagian tanah yang tertentu di mana pemohon mempunyai kepentingan atau hak ( dengan mempunyai dokumen sokongan ) tetapi nama pemohon tidak dinyatakan sebagai pemilik tanah di dalam geran hakmilik tanah"

PEMOHON yang layak dan boleh memohon perintah kaveat ini adalah orang yang menerima manafaat pemberian tanah secara hibah, pusaka, warisan dan orang atau Syarikat yang telah membuat perjanjian urusniaga jualbeli tanah dengan pemilik tanah yang ada pegangan syer dalam lot tanah tersebut. Orang atau Syarikat yang memberikan pinjaman gadaian dan pajakan kepada pemilik tanah yang ada pegangan syer dalam lot tanah tersebut.

Proses memasukkan kaveat dalam geran tanah bolehlah disamakan dengan prosedur tuntutan hakmilik oleh pihak bank atau Syarikat kewangan ke atas kenderaan dan rumah kediaman yang dibeli oleh pemilik melalui pinjaman atau gadaian. Selagi hutang pinjaman belum diselesaikan selagi itulah hakmilik kenderaan dan rumah kediaman akan terus dituntut oleh pihak bank. Hanya selepas pinjaman dilangsaikan barulah pihak bank akan melepaskan tuntutan hak ke atas kenderaan dan rumah kediaman tersebut.

Secara peraturan bagi tanah jenis pertanian, apabila pemilik tanah hendak memindahmilik kepada anak-anak dan isterinya secara pemberian kasih sayang, hanya 1 nama sahaja yang boleh dimasukkan nama di dalam geran tanah sebagai pemilik tanah yang baru bagi luas tanah 1 ekar. Bagi penama yang tidak boleh dimasukkan namanya di dalam geran tanah atas alasan tidak cukup syarat dari segi keluasan tanah atau belum cukup umur 18 tahun mereka perlulah membuat satu surat ikatan Amanah dan melantik salah seorang daripada mereka sebagai pemegang Amanah dan diberi kuasa untuk dimasukkan sebagai pemilik tanah yang memegang Amanah bagi pemilik lain yang tidak mempunyai nama di dalam geran tanah tersebut.

Begitu juga bagi sebahagian pembeli tanah pemilik yang mempunyai pegangan syer / bahagian yang dinamakan dalam tanah, tidak semua urusan jualbeli tanah itu boleh terus dibuat tukarmilik pengganti nama sebagai pemilik tanah yang baru. Contohnya pemilik tanah asal mempunyai pegangan syer 1 bahagian berkeluasan 2 ekar. Tetapi pembeli tanah hanya membeli 1 ekar sahaja dari bahagiannya dan terdiri daripada 10 orang yang berkongsi kos pembelian tanah tersebut. Sama seperti urusan penamaan bagi pemberian secara kasih sayang di atas, 10 orang pembeli ini juga perlulah membuat surat ikatan Amanah dan melantik salah seorang daripada mereka sebagai pemegang Amanah yang akan dimasukkan namanya sebagai pemilik tanah yang memegang amanah bagi pemilik lain yang tidak dinamakan dalam geran tanah.

Baki 9 pembeli lain yang tidak dimasukkan nama di dalam tanah, bagi mempertahankan hak mereka di dalam tanah tersebut bolehlah memohon kaveat persendirian sebagai halangan bagi sebarang urusan ke atas tanah tersebut dibuat tanpa persetujuan oleh mereka. Secara persamaan, mana-mana pembeli tanah berkeluasan kecil ( seperti lot lidi ) yang mempunyai dokumen sokongan seperti surat ikatan Amanah atau surat perjanjian jualbeli tanah ( SNP ) jika nama mereka tidak boleh dimasukkan di dalam geran tanah, mereka juga boleh mempertahankan hak mereka ke atas tanah tersebut dengan memasukkan kaveat persendirian. Samada boleh atau tidak boleh dapat kelulusan penulis hanya sekadar memberi saranan sahaja. Yang berkuasa menentukan dan memberi kelulusan adalah pihak pentadbir tanah di Pejabat Tanah Daerah.

Pihak yang hendak membuat permohonan kaveat persendirian ini perlulah menunjukkan dokumen sokongan yang tertentu dan dia juga boleh menarik balik kaveat tersebut pada masa hadapan. Selain daripada pemohon kaveat, pihak-pihak lain yang mempunyai kepentingan ke atas hakmilik tanah tersebut juga boleh memohon pemotongan kaveat yang telah dimasukkan tersebut dengan menunjukkan dokumen sokongan yang berkenaan.

Menjadi matlamat kepada penulis hanya untuk memperkongsikan ilmu pengetahuan dalam urusan ukur tanah dan pengurusan tanah sahaja. Kalau ada yang berminat nak buat urusan ukur tanah boleh hubungi kami. Tapi kalau ada yang nak bertanya lebih lanjut berkenaan urusan kaveat ini anda perluklah pergi bertanya di Pejabat Tanah Daerah.


PERMOHONAN TARIK BALIK KAVEAT OLEH PEMOHON

( klik foto untuk zoom pembesaran atau muat turun )


PERMOHONAN PEMOTONGAN KAVEAT OLEH LAIN-LAIN PIHAK YANG BERKEPENTINGAN

( klik foto untuk zoom pembesaran atau muat turun )


FI & BAYARAN BAGI SETIAP PERMOHONAN URUSAN KAVEAT

( klik foto untuk zoom pembesaran atau muat turun )


SEKIAN DAHULU

&

TERIMA KASIH


------------------------------------------------- --------------
Jurukur Tanah Klang @ 2024