CARI & TANDA SEMULA BATU
SEMPADAN TANAH LOT
Dalam
berbagai bidang kerja ukur tanah, kepakaran kami yang terutama adalah dalam
bidang kerja ukur ‘Cari & Tandakan semula batu sempadan’ tanah lot persendirian.
Tak
kiralah apa jenis tanah lot anda samada tanah kebun, tanah terbiar, tanah rata
dan lapang, tanah bukit, tanah semak belukar atau tanah yang dipinggiran mahu
pun dalam hutan. Selama kami beroperasi dari sebelum adanya teknologi secanggih
sekarang kami belum pernah lagi mengecewakan pelanggan kami.
Walau
lot tanah yang sudah berusia lebih dari 100 tahun dengan pelan PA masih lagi
pelan lukisan tangan. Walau pun batu sempadan asal berupa batu granit batu
bukit generasi pertama penanda sempadan tanah di bumi Malaya atau batu generasi
kedua batu bulat buatan manusia yang tertera ‘bulan & bintang’ tegak
berdiri menunjuk arah kiblat. Samada masih ada di atas tanah atau sudah
tenggelam ke dalam tanah, jikalau masih ada batu tersebut tetap akan boleh
jumpa semula. Kalau tak jumpa di atas tanah, kami akan cuba korekkan tanah
sedalam 1-2 kaki. Kalau tak jumpa juga kami akan timbus balik lubang tersebut
dan tandakan dengan tanda sempadan yang baru.
Agak
pelik juga, antara tanah lot baru yang bernombor 5-6 angka dengan tanah lot
lama yang bernombor cuma sekadar 2-4 angka sahaja. Antara tanah lot baru yang
berlokasi di kawasan perbandaran dengan tanah lot lama yang berlokasi jauh di
dalam semak hutan, adalah lebih mudah untuk jumpa semula batu asal lot lama
daripada lot baru.
Bagi
kami jurukur tanah, apabila dapat jumpa semula mana-mana batu sempadan asal
yang lama, satu perasaan menyeronokkan akan terbit menghilangkan segala rasa
letih dan marah ibarat seperti membuat jaringan gol dalam permainan bolasepak.
Walau pun tak menang tapi jaringan gol tersebut dapat memberikan sedkit
kegembiraan selepas tamat perlawanan. Anda boleh lihat pada foto contoh di
bawah batu-batu sempadan yang kami dapat jumpa kembali pada waktu membuat kerja
cari & tanda semula sempadan tanah lot pelanggan kami.
Jika pemilik tanah persendirian berminat untuk berurusan dengan kami bagi mencari dan tandakan semula sempadan tanah lot anda, sila hubungi kami secara telefon terus atau sekadar kirim mesej melalui aplikasi Whatsapp sahaja ke nombor :
Telefon @ Whatsapp :
012-3949064
( JT Klang )
Sebenarnya sebelum adanya pandemik Covid-19 di mukabumi ini kami sudah pun membuat urusan perbincangan dan kiriman dokumen secara atas talian sahaja tanpa perlu pelanggan keluar dari rumah pergi ke pejabat kami. Berurusan secara terus begini bukan sahaja lebih mudah malah lebih cepat, lebih jimat dan yang terpenting adalah lebih selamat daripada persekitaran virus merbahaya ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PERINGATAN :-
PEMBACA yang mahu menulis di ruang komen PERLU MENULIS nama ID atau menulis 'NAMA SAMARAN'. Sebarang ulasan dan pertanyaan dari 'TANPA NAMA' akan dihapuskan. Penggunaan bahasa perlulah yang penuh DAN berhemah. Penulisan dengan gaya BAHASA SMS yang tidak difahami AKAN DIHAPUSKAN