Jumaat, 21 Jun 2013

KERJA UKUR KEJURUTERAAN : MARINE PILING



SISTEM 2 ANGLE DALAM UKUR KEJURUTERAAN MARIN


Hai.. selamat bertemu kembali. Maaf kerana lama tak kirim entri baru kesini.

Tanpa berlengah lagi mari kita ikuti pula cerita disebalik entri ini. Pada tahun 2000 aku mendapat satu tawaran kerja yang tak mampu aku tolak kalau dikira dari segi gaji atau keseronokan bekerja. Satu pengalaman baru kerana buat pertama kali aku akan terbabit dalam kerja2 ukur tanah dan laut. Dan projek pertama itu adalah kerja2 mendalamkan laluan kapal dan juga membuat jeti 220m panjangnya di Naval Dockyard, TLDM Lumut, Perak.

Untuk pengetahuan anda semua, TLDM Lumut adalah pengkalan bagi tentera laut yang terpenting sekali di Malaysia. Jadi dari segi keselamatan aku tak dapat nak jelaskan dengan lebih terperinci kat sini bagaimana keadaan tempat tu. Cukuplah sekadar aku gambarkan sebagai terkawal ketat dengan 4 gate pass, luas & besar, cantik, ramai penghuni dan ada stadium bolasepak yang boleh bermain pada waktu malam saja dah boleh gambarkan betapa besarnya tempat ni.

Lumut adalah pekan kecil yang sedang meningkat menjadi bandar ketenteraan dan bandar pelancongan yang letaknya dihujung kuala Sungai Dinding. Boleh kesana melalui Kuala Lumpur menerusi jalan pantai barat melalui Klang - Kuala Selangor - Hutan Melintang - Setiawan - Lumut. Atau menerusi Ipoh - Setiawan - Lumut. Dan dari arah Pulau Pinang melalui Butterworth - Changkat Jering - Setiawan - Lumut.