Jumaat, 29 September 2023

PERBEZAAN ANTARA TANAH LOT, PT & PLOT

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

( Apa yang dimaksudkan dengan ‘TANAH LOT’ di sini adalah bidang tanah yang mempunyai nombor rujukan dimulai dengan ‘LOT’ di depan bukan ‘PLOT’ atau ‘PT’ )


DEFINASI TANAH ‘LOT’

Tanah lot mempunyai geran tanah sendiri yang dikeluarkan oleh pihak Pentadbir Tanah Negeri melalui Pejabat Tanah Daerah. Tanah lot mempunyai batu sempadan yang telah pun ditandakan di atas tanah. Tanah lot juga mempunyai pelan yang diperakui ( Pelan PA ) yang dikeluarkan oleh Jabatan Ukur & Pemetaan Malaysia ( JUPEM ) untuk dibuat sebagai rujukan rasmi bagi lot tersebut.


CONTOH GERAN TANAH LOT


DEFINASI TANAH ‘PT’

Berbeza pula keadaannya dengan tanah yang ditulis dengan ‘PT’ di depan. Tanah yang bernombor PT mempunyai geran tanah sendiri sama seperti tanah LOT. Tetapi tanah PT masih lagi hanya berstatus sementara ( nombor sementara / lot sementara / geran tanah sementara ) disebabkan kerja ‘ukuran halus / title survey’ bagi penandaan batu sempadan masih belum dibuat oleh kerajaan atau Jurukur Tanah Berlesen ( LS ) yang dilantik. Tanah PT tidak mempunyai pelan PA untuk dibuat sebagai rujukan rasmi. Semua jarak dan bearing garisan sempadan tanah lot PT termasuklah keluasan sebenar adalah bersifat sementara sahaja dan boleh berubah setelah kerja ukuran halus penandaan batu sempadan dibuat oleh Kerajaan atau LS yang dilantik.


CONTOH GERAN TANAH SEMENTARA LOT PT
  

DEFINASI TANAH ‘PLOT’

  Manakala bagi tanah yang hanya berstatus ‘plot’ sahaja, tanah tersebut tidak mempunyai geran tanah secara individu seperti tanah ‘LOT’. Tanah tersebut bukanlah satu lot sementara seperti tanah lot ‘PT’. Tanah ini hanyalah sebahagian tanah yang berkongsi hakmilik dengan tanah bahagian hakmilik orang lain dalam satu lot yang sama dan satu geran tanah yang sama. 


CONTOH PELAN PLOT PECAHAN BAHAGIAN TANAH LOT
 

RINGKASAN ARTIKEL

    Secara ringkasan, mana-mana bahagian tanah yang berstatus ‘PLOT’ jika pemiliknya ingin mendapatkan geran tanah berasingan tidak mahu lagi berkongsi geran tanah yang sama dengan pemilik-pemilik lain, maka dia perlulah membuat permohonan rasmi pecahan bahagian kepada Pentadbir Tanah Negeri melalui Pejabat Tanah Daerah. Permohonan pecahan bahagian tersebut perlulah memenuhi syarat tertentu yang telah ditetapkan oleh Kanun Tanah Negara.

Sesuatu permohonan pecahan bahagian yang cukup syarat akan didaftarkan dan dikeluarkan satu hakmilik / geran tanah sementara oleh pihak Pejabat Tanah Daerah. Sekarang barulah tanah ‘plot’ tersebut berubah menjadi tanah lot ‘PT’ yang mempunyai geran tanah sendiri tetapi masih lagi berstatus sementara.

Permohonan tersebut akan dibawa kepada pihak Pentadbir Tanah Negeri berserta dengan kesemua komen serta ulasan daripada pihak-pihak berkuasa yang terlibat seperti pihak Majlis Perbandaran, Jabatan Parit & Saliran serta lain-lain lagi.

Hanya setelah memenuhi kesemua syarat dan diberikan kelulusan oleh semua pihak berkuasa yang terlibat barulah permohonan tersebut akan diberikan kelulusan oleh pihak pentadbir tanah. Barulah kerja ukuran halus penandaan batu sempadan boleh dibuat dan satu pelan PA bagi lot tanah tersebut boleh dikeluarkan.

Dengan adanya pelan PA bagi lot tanah tersebut barulah nombor lot PT yang berstatus sementara sudah tidak digunapakai lagi ditukar dengan satu nombor LOT tanah yang baru. Geran tanah yang sementara juga sudah boleh ditukar kepada geran tanah yang sebenar.


----------------------------------------------------

NOTA KAKI

  Untuk lebih faham kepentingan penyediaan pelan pecahan bahagian bagi apa saja tujuan,  baca juga artikel yang telah disediakan di link bawah.

( klik )

KEPENTINGAN MEMBUAT PELAN PECAHAN BAHAGIAN



----------------------------------------------------

Dan bagi pemilik tanah yang berminat hendak berurusan dan mendapatkan sebutharga ukur tanah baca juga senarai soalan & jawapan pertanyaan lazim pelanggan ukur tanah untuk lebih faham prosedur serta ringkasan proses yang terlibat dari awal hingga siap.

( klik )

FAQ's : SEBUTHARGA UKUR TANAH


SEKIAN

TERIMA KASIH


----------------- Jurukur Tanah Klang @ 2024 ---------------

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN :-

PEMBACA yang mahu menulis di ruang komen PERLU MENULIS nama ID atau menulis 'NAMA SAMARAN'. Sebarang ulasan dan pertanyaan dari 'TANPA NAMA' akan dihapuskan. Penggunaan bahasa perlulah yang penuh DAN berhemah. Penulisan dengan gaya BAHASA SMS yang tidak difahami AKAN DIHAPUSKAN