بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Juru Ukur Tanah adalah penyedia perkhidmatan profesional bagi kerja-kerja pengukuran dan pemetaan tanah BUKAN dalam urusan menilai harga tanah seperti yang ramai tersalah anggap. Urusan ukur tanah bukanlah satu produk yang boleh disamakan dengan urusan jual beli barangan ATAU membuat penilaian bagi harga pasaran tanah.
Pelanggan yang baru hendak membuat urusan ukur tanah sering salah faham dengan cara harga kerja ukur tanah dikira dan diberikan kepada mereka. Mereka membuat pertanyaan harga tanpa memberikan butiran lengkap berkenaan tanah dan jenis kerja ukur tanah yang sebenarnya yang diperlukan oleh mereka.
CONTOH PERTANYAAN ADALAH SEPERTI BERIKUT
i.) Saya ada tanah di Kuala Selangor, berapa harga kalau nak ukur..?
ii.) Berapa kos nak ukur tanah 1 ekar tanah rata tapi semak...?
iii.) Tanah ayah berkongsi dengan pak cik & mak cik saya. Kalau saya nak ukur tanah ayah saja, berapa harga...?
Untuk memberikan harga bagi kerja ukur tanah yang diperlukan pelanggan tidak semudah itu. Bagi urusan jual beli barangan mungkin mudah tapi dalam urusan perkhidmatan ukur tanah, setiap juru ukur tanah perlu semak butiran tanah, butiran lokasi tanah dan butiran jenis kerja-kerja ukur yang perlu dibuat melalui kiriman dokumen dan perbincangan dengan pelanggan serta carian infomasi yang berkenaan dari laman web pihak berkuasa yang terlibat terlebih dahulu.
Selepas perbincangan dan semakan info dibuat barulah juru ukur tanah faham kerja apakah sebenarnya yang perlu dibuat dengan memberikan cadangan kepada pelanggan. Selepas pelanggan faham dan bersetuju dengan cadangan kerja ukur yang diberikan oleh juru ukur tanah, barulah satu sebutharga bagi butiran tanah dan lokasi serta kerja-kerja yang terlibat dapat disenaraikan dalam satu dokumen sebutharga yang akan diberi kepada pelanggan.
Bagi menyediakan satu sebutharga yang sebenar atau sekadar anggaran harga adalah penting untuk kami dapatkan pengesahan butiran berikut daripada pelanggan.
1.) Apakah jenis kerja ukur tanah yang nak kami buatkan
2.) Luas tanah berapa dan lokasi tanah dimana...?
3.) Nak kami ukur tanah ni, tuan tanah nak buat apa yang sebenarnya...?
4.) Nak buat ukuran atas tanah sahaja atau nak disediakan pelan sekali
KERJA UKUR TANAH UTAMA YANG KAMI BUAT UNTUK PEMILIK TANAH
i.) UKUR DEMARKASI - cari & tanda semula sempadan lot atau sempadan tanah salah satu bahagian pemilik yang berkongsi hakmilik lot tersebut
ii.) UKUR TOPOGRAFI - ukur aras tinggi rendah tanah di lokasi tanah yang terlibat
iii.) UKUR BUTIRAN @ DETAIL SURVEY - merekodkan butiran benda kekal yang ada di atas tanah seperti bangunan, rumah kediaman, pagar, jalan, parit, tiang-tiang eletrik, lampu serta telefon, paip air, saluran kumbahan, pokok-pokok besar dan tinggi yang sedia ada serta butiran benda yang ada di dalam tanah seperti paip, kabel dan lain-lain.
iv.) Selain kerja ukuran di lokasi kami juga ada menyediakan pelan ukuran tertentu dalam format pelan biasa untuk kegunaan sendiri atau dalam format pelan rasmi untuk kegunaan urusan rasmi pelanggan seperti pelan pra-hitungan/pre-comp, pelan susun atur pembahagian tanah, pelan pecahan bahagian, pelan demarkasi, topografi dan ukur butiran serta pelbagai jenis pelan ukuran lain yang mengikut keperluan pelanggan.
------------------------------------------------
Yang sebenarnya kerja ukur tanah tidak mempunyai harga tetap, minima, maksima, harga siling, harga lantai atau harga pasaran. Yang ada cuma kadar harga asas yang telah ditetapkan bagi setiap butiran tanah yang terlibat dan kadar harga asas bagi setiap jenis kerja ukur tanah yang perlu dibuat sahaja.
BUTIRAN YANG DIPERLUKAN
1.) Jenis kerja ukur tanah yang perlu dibuat
2.) Keluasan tanah yang terlibat
3.) Lokasi tanah
4.) Keadaan mukabumi lokasi tanah
5.) Nak buat ukuran atas tanah sahaja atau
6.) Ukuran atas tanah sekali dengan penyediaan pelan
7.) Kalau perlu sediakan pelan, nak buat pelan jenis apa.
Samada pelan BIASA yang ringkas untuk kegunaan sendiri dalam saiz sederhana berharga antara 200 hingga 400. Atau pelan RASMI yang padat dengan pelan tapak, pelan lokasi, pelan kunci, nota serta petujuk, cop & tandatangan Jurukur Tanah Berlesen ( LS ) serta lain-lain butiran yang mengikut keperluan pihak yang berkenaan.
Bagi penyediaan sebutharga kerja ukurtanah yang mengikut pekeliling Lembaga Jurukur Tanah Semenanjung Malaysia ( LJT ) ada lebih banyak butiran yang akan diambikira dan disenaraikan.
a.) Jumlah jarak ukur keliling tanah yang terlibat
b.) Jumlah jarak jauh ikatan azimuth dari batu sempadan sedia ada
c.) Jumlah jarak jauh Batu Aras Ketinggian Tanah ( BM Jupem ) yang berdekatan ( bagi kerja ukur topografi dan ukur butiran )
d.) Jumlah petak yang terlibat
e.) Kos membuat persediaan
f.) Kos mobilasasi
g.) Kadar upah per/hari
h.) Kadar harga secara Lump Sum
i.) 20 % yuran memproses data digital LJT
j.) 8 % Cukai kerajaan
Samada harga anggaran atau harga sebenar, anda perlulah berikan butiran yang lengkap serta nyatakan dengan jelas jenis kerja ukur tanah yang diperlukan. Berlainan butiran tanah serta berlainan jenis kerja ukur yang perlu dibuat maka harga juga akan berlainan tidak sama. Dengan butiran yang lengkap barulah boleh dikirakan harga yang tepat
Oleh kerana kami banyak membuat kerja bagi pemilik tanah persendirian yang bersaiz kecil maka kami sediakan satu harga minima atau harga terendah mengikut keluasan tanah 1 ekar yang pertama atau sebahagiannya mengikut lokasi dan kawasan tertentu bagi memudahkan pelanggan faham.
Harga minima ini adalah merupakan kadar harga bagi satu pasukan ukur tanah membuat kerja 1 hari di lokasi meliputi kos bagi pembelian barangan kerja, membuat carian dan pembelian infodata yang diperlukan, bayaran gaji untuk satu pasukan ukur tanah, peralatan ukur tanah, kenderaan serta kos perjalanan pergi dan balik ke lokasi tanah yang terlibat.
Harga minima atau terendah kami bagi kerja ukur tanah di Kuala Lumpur, Gombak, Hulu Langat, Hulu Selangor, Sabak Bernam & Sepang adalah : RM 800*
Bagi tanah di Kuala Selangor, Petaling & Kuala Langat : RM 700*
Dan bagi tanah di dalam daerah Klang adalah : RM 600*
Harga minima bagi luas tanah 1 ekar yang pertama ini
bermaksud jika luas tanah kurang dari 1 ekar harga tetap sama. Jika luas tanah melebihi 1 ekar barulah ada tambahan harga. Dan jika perlukan penyediaan apa-apa jenis pelan maka ada tambahan harga bagi penyediaan pelan tersebut selain daripada harga minima bagi membuat kerja ukur di lokasi.
Jumlah harga juga boleh bertambah jika terdapat faktor halangan seperti kawasan berbukit, hutan belukar, semak samun, kawasan berpaya serta jauh dari jalan utama dan tiada jalan masuk yang mudah untuk pergi ke lokasi tanah.
Bagaimana pun kami ada tawaran diskaun antara RM 100 hingga 20 % dengan bersyarat bagi kerja ukur tanah di lokasi tanah yang tertentu serta bagi penyediaan pelan ukuran dalam format biasa untuk kegunaan sendiri yang layak untuk diberikan diskaun.
Bagi penyediaan pelan dalam format pelan rasmi dengan endorsemen Jurukur Tanah Berlesen ( LS ) tiada sebarang tawaran diskaun yang dapat diberikan.
* ( HARGA MINIMA hanyalah bagi kerja ukur tanah sahaja TIDAK TERMASUK harga bagi penyediaan apa-apa jenis dan format pelan serta kos tambahan jika terdapat sebarang faktor halangan seperti lokasi kawasan berbukit, hutan belukar, semak samun, kawasan berpaya atau tiada jalan masuk yang mudah untuk pergi ke tapak lokasi )
------------------------------------------------
Bagi yang berminat nak dapatkan sebutharga untuk kerja ukur tanah, untuk lebih faham cara berurusan serta dokumen yang perlu dikirimkan oleh pelanggan sila semak & baca di pautan yang disediakan di bawah.
< klik bawah >
SEBUTHARGA kami adalah PERCUMA
Kalau setuju dengan harga barulah ada bayaran deposit melalui bank sebagai tanda persetujuan rasmi pelanggan
SEKIAN
TERIMA KASIH
------------------------------------------------- -----
Jurukur Tanah Klang @ 2024