Luas pemilik D ( ¼ ekar ) ditulis : ( 1/8 ) bahagian
Untuk mengetahui keluasan tanah sebenar setiap pemilik dalam unit luas yang tertentu, perlulah dikira secara kiraan matematik mudah dengan formula asas begini :
( Luas BAHAGIAN ) x ( Luas LOT
)
-------------------------------------------------
Rujuk fakta dalam foto lampiran ( 1 ) di atas
( klik foto untuk zoom pembesaran )
-------------------------------------------------
( LUAS LOT )
Luas lot 4104 yang ditulis dalam geran tanah adalah : 1.0345 Hektar
FORMULA PERSAMAAN NILAI LUAS TANAH
( 1 Hektar = 2.471 ekar = 10,000 mp = 107,639 kp )
Luas LOT 4104 ( 1.0345 hek ) dalam unit lain adalah :
Dalam EKAR :
( 1.0345 ) darab ( 2.471 )
= 2.556 Ekar
Dalam METER PERSEGI ( mp ) :
( 1.0345 ) darab ( 10,000 )
= 10,345 mp
Dalam KAKI PERSEGI ( kp ) :
( 1.0345 ) darab ( 107,639 )
= 111,353 kp
-------------------------------------------------
Sekarang rujuk pula pada fakta hakmilik
tanah tersebut dalam foto lampiran ( 2 ) di bawah.
-------------------------------------------------
Fakta dalam foto lampiran ( 2 )
( klik foto untuk zoom pembesaran )
---------------------------------------------
NOTA:-
Di dalam setiap dokumen Geran Tanah atau pun sijil Carian Rasmi atau Carian Persendirian, bahagian mukasurat ke 2 adalah merujuk kepada butiran maklumat rekod KETUAN PUNYAAN atau pun HAKMILIK ke atas tanah tersebut. Nama setiap pemilik tanah akan ditulis beserta dengan luas bahagian yang menjadi hakmiliknya dalam unit pecahan matematik.
---------------------------------------------
( LUAS BAHAGIAN )
Butiran hakmilik tanah Lot 4104 adalah seperti berikut :
Pemilik ( 1 ) : ( 249 / 1636 ) bahagian
Pemilik ( 2 ) : ( 498 / 1636 ) bahagian
Pemilik ( 3 ) : ( 249 / 1636 ) bahagian
Pemilik ( 4 ) : ( 32 / 409 ) bahagian
Pemilik ( 5 ) : ( 32 / 409 ) bahagian
Pemilik ( 6 ) : ( 32 / 409 ) bahagian
Pemilik ( 7 ) : ( 32 / 409 ) bahagian
Pemilik ( 8 ) : ( 32 / 409 ) bahagian
---------------------------------------------------
CARA MENGIRA LUAS TANAH SEBENAR
( Luas BAHAGIAN ) X ( Luas LOT )
1.) Luas tanah sebenar Pemilik 1 : ( 249 / 1636 ) bahagian
= ( 249 ) bahagi ( 1636 ) darap ( 1.0345 hektar )
b.) Dalam EKAR :
= ( 249 ) bahagi ( 1636 ) darap ( 2.556 ekar )
= 0.389 ekar
c.) Dalam METER PERSEGI ( mp ) :
= ( 249 ) bahagi ( 1636 ) darap ( 10,345 mp )
= 1,574.5 meter persegi
d.) Dalam unit KAKI PERSEGI ( kp ) :
= ( 249 ) bahagi ( 1636 ) darap ( 111,353 kp )
= 16,948 kaki persegi
2.) Luas tanah bahagian Pemilik 8 : (32 / 409) bahagian
a.) Dalam HEKTAR
= ( 32 / 409 ) x ( 1.0345 hektar )
= 0.0809 hektar
b.) Dalam EKAR
( 32 / 409 ) x ( 2.556 ekar )
= 0.1999 ekar
c.) Dalam METER PERSEGI
( 32 / 409 ) x ( 10,345 mp )
= 809.4 meter persegi
d.) Dalam KAKI PERSEGI
( 32 / 409 ) x ( 111,353 kp )
= 8,712 kaki persegi
---------------------------------------------
5 ulasan:
Salam.. Saya sedang membuat pecahan untuk rekod ketuanpunyaan tanah lot lidi berdasarkan perjanjian keluasan tanah dan kedudukan tanah semasa jual beli 10 tahun lepas yang belum selesai sehingga kini.. Disebabkan dalam perjanjian jual beli dulu tu setiap lot ada pelbagai saiz, saya mendapati pecahan tersebut menjadi sehingga per 5000 (cth seorang pemilik: 351/5000). Adakah pecahan sebesar ini boleh diterima dan biasa dilihat atau boleh ditulis dalam geran?
Harap mendapat pencerahan..
Salam juga...
Tak jadi masalah berapa besar pun angka pecahan tersebut sebab ini hanya sekadar angka dan pecahan dari segi matematik sahaja. Yang penting pastikan angka pecahan tersebut adalah betul.
Kadang2 terdapat luas tanah yang dalam nilai kecil lagi berangka ganjil dengan jumlah pemilik yang ramai hingga sukar untuk dipecahkan secara pecahan matematik mudah. Tapi tak perlu khuatir, saya beri anda satu tips cara untuk selesaikan masalah pecahan ini.
Ambil saja nilai luas pegangan pemilik dibahagi dengan luas lot tersebut. Contohnya, luas tanah adalah : 5171 meter persegi. Luas salah seorang pemilik adalah 1 ekar atau bersamaan 4047 meter persegi. Baki luas tanah tersebut iaitu 1124 meter persegi adalah milik 2 pemilik lain seorang separuh iaitu masing2 562 meter persegi.
Tanpa perlu sakit kepala untuk carikan nilai pecahan bagi setiap pemilik tersebut, dengan mudahnya cuma perlu ditulis sebagai berikut sahaja,
Pemilik A : 4047/5171 bahagian
Pemilik B : 562/5171 bahagian
Pemilik C : 562/5171 bahagian
Tidak ada salahnya dibuat pecahan pembahagian secara begini. Yang penting nilai pecahan tersebut mewakili luas yang tepat hakmilik tanah masing2.
Harap maklum
Sangat membantu, terima kasih banyak2 😊
Terbaik
Mudah dan sangat membantu
Ulasan baru tidak dibenarkan.