Google+ expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Jumaat, 13 Disember 2013

LATIT DAN DIPAT : KEPENTINGANNYA DI LAPANGAN YANG KITA TAK SEDARI




Apakah LATIT dan DIPAT ? Bagi pembaca-pembaca yang merupakan jurukur tanah atau pelajar bidang ukur tanah semestinya dah tahu. Tapi bagi mereka-mereka yang tak tahu pula, secara ringkasnya LATIT dan DIPAT ini adalah merupakan perbezaan jarak dalam paksi X & Y mengikut sistem pemetaan yang berpandukan arah Utara. Dan bagi penggunaan mengikut sistem peta dunia atau GPS pula ia lebih dikenalI sebagai perbezaan jarak dalam garisan LATITUTE dan LONGITUDE.


LATIT : beza jarak paksi Y antara dua titik ( + U / S -)

DIPAT : beza jarak paksi X antara dua titik ( + T / B - )  

Entri aku kali ini adalah tercetus dari kecuaian aku sewaktu hendak pergi buat kerja di site. Aku terlupa bawa kalkulator program tapi mujurlah kebanyakan telefon zaman sekarang telah sedia ada perisian kalkulator di dalamnya samada dalam mod biasa atau pun kalkulator sainstifik.


Kepentingan Latit dan Dipat adalah :-

1.) untuk mengira 'jarak' antara 2 titik
2.) untuk mengira 'bearing' antara 2 titik
3.) untuk mengira 'kordinit'
4.) untuk mengira 'tikaian lurus' control traverse
5.) untuk mengira 'luas' rangkuman traverse tersebut


Tapi untuk kali ini aku hanya nak ceritakan tentang kegunaan Latit dan Dipat ini untuk mengira jarak antara 2 titik, mengira kordinit dan juga untuk mengira bearing 2 titik tersebut.

Berpandukan pada gambarajah 2, aku akan berikan contoh pengiraan bagi mendapatkan penyelesaian kepada masalah-masalah yang ada di dalam gambarajah 3. Tapi sebelum tu kenalah tahu apa formula-formula yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah ini.



Sin Q = Stg / Sdg

Cos Q = Sbl / Sdg

Tan Q = Stg / Sbl

Formula bagi mencari jarak : Jarak ( Latit2 Dipat2 )1/2
Formula bagi mencari jarak : Dipat ( Jarak2 - Latit2 )1/2
Formula bagi mencari jarak : Latit =  ( Jarak2 Dipat2 )1/2

*SILA RUJUK KEPADA NOTA KAKI UNTUK LEBIH MEMAHAMI FORMULA2 INI



Sudut Q = 64°40’15”                                                                                                                                                             
Sekarang kita lihat pulak pada gambarajah 3. Dengan menggunakan program kalkulator sainstifik yang terdapat dalam telefon, aku akan tunjukkan cara2 untuk selesaikan masalah bagi mendapatkan nilai X dan Y dan seterusnya mencari bearing bagi titik A ke C dan juga menghitung kordinit titik C.

Diberikan nilai Dipat adalah = 6.096m dan sudut Q adalah = 64° 40’ 15” maka perkara pertama yang perlu kita cari adalah nilai Latit bagi garisan AC tersebut.


Latit = BC =      Tan Q = Y / 6.096
                             Y = Tan Q x 6.096
                             Y = 12.879 m

Jarak = AC =     Cos Q = 6.096 / X
                              X = 6.096 / Cos Q
                              X = 14.249 m


Setelah kita tahu nilai Latit bagi garisan AC adalah = 12.879m dan nilai Dipat garisan AC adalah = 6.096m maka sekarang kita cuba pula menggunakan formula yang lain sebagai perbandingan kepada jawapan di atas tadi..


Jarak =   ( Latit2 Dipat2 )1/2
                  ( 6.0962 12.8792 )1/2
                  = 14.249 m

Latit =     ( Jarak2 Dipat2 )1/2
                  ( 14.2492 6.0962 )1/2
                  = 12.879 m


Dipat =     ( Jarak2 - Latit2 )1/2
                   ( 14.2492 - 12.8792 )1/2
                   = 6.096 m



Manakala bagi menghitung bearing AC secara Latit & Dipat pulak, formulanya adalah  

Bearing AC  = Tan-1 ( Dipat Latit )
                       Tan-1 ( 6.096 / 12.879 )
                       = 25° 19' 45"  

Sebagai pemeriksaan mudah, garisan Dipat yang bergaris lurus 90° 00' 00" ( – ) Sudut Q 64° 40' 15" = 25° 19' 45". Maka jawapannya adalah sama dengan jawapan yang menggunakan formula Latit & Dipat tadi.

Setelah Latit & Dipat bagi garisan AC ini telah kita ketahui maka sekarang mudahlah untuk kita menghitung kordinit bagi titik C.

Kordinit C = ( 100 + latit AC , 100 + dipat AC )
= ( 112.879, 106.096)

Moga anda semua telah faham dan menghafal formula2 Latit & Dipat ini sebagai persediaan jika terpaksa membuat pengiraan secara manual dan bukannya secara menggunakan program.


Nota kaki :

Oleh kerana di dalam program Word yang aku gunakan untuk menulis entri ini tidak terdapat simbol matematik bagi 'punca kuasa' maka : 

Jarak = ( Latit2 Dipat2 )1/2  

mesti dibaca dan difahami sebagai : 

Jarak adalah bersamaan dengan 'punca kuasa' ('kuasa 2 Latit' dicampur dengan 'kuasa 2 Dipat') 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN :-

PEMBACA yang mahu menulis di ruang komen PERLU MENULIS nama ID atau menulis 'NAMA SAMARAN'. Sebarang ulasan dan pertanyaan dari 'TANPA NAMA' akan dihapuskan. Penggunaan bahasa perlulah yang penuh DAN berhemah. Penulisan dengan gaya BAHASA SMS yang tidak difahami AKAN DIHAPUSKAN

KLIK FOTO UNTUK MAKLUMAT PERKHIDMATAN KAMI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...