بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Juru Ukur Tanah adalah penyedia perkhidmatan profesional bagi kerja-kerja pengukuran tanah. Urusan ukur tanah bukanlah satu produk yang boleh disamakan dengan urusan jual beli barangan.
Pelanggan yang baru hendak membuat urusan ukur tanah sering salah faham dengan cara harga kerja ukur tanah dikira dan diberikan kepada mereka. Mereka membuat pertanyaan harga tanpa memberikan butiran lengkap berkenaan tanah dan jenis kerja ukur tanah yang sebenarnya yang diperlukan oleh mereka.
CONTOH PERTANYAAN ADALAH SEPERTI BERIKUT
i.) Saya ada tanah di Kuala Selangor, berapa harga kalau nak ukur...?
ii.) Berapa kos nak ukur tanah 1 ekar tanah rata tapi semak...?
iii.) Tanah ayah berkongsi dengan pak cik & mak cik saya. Kalau saya nak ukur tanah ayah saja, berapa harga...?
Untuk memberikan harga bagi kerja ukur tanah yang diperlukan pelanggan tidak semudah itu. Bagi urusan jual beli barangan mungkin mudah tapi dalam urusan perkhidmatan ukur tanah, setiap juru ukur tanah perlu semak butiran tanah, butiran lokasi tanah dan butiran jenis kerja-kerja ukur yang perlu dibuat melalui kiriman dokumen dan perbincangan dengan pelanggan serta carian infomasi yang berkenaan dari laman web pihak berkuasa yang terlibat terlebih dahulu.
Selepas perbincangan dan semakan info dibuat barulah juru ukur tanah faham kerja apakah sebenarnya yang perlu dibuat dengan memberikan cadangan kepada pelanggan. Selepas pelanggan faham dan bersetuju dengan cadangan kerja ukur yang diberikan oleh juru ukur tanah, barulah satu sebutharga bagi butiran tanah dan lokasi serta kerja-kerja yang terlibat dapat disenaraikan dalam satu dokumen sebutharga yang akan diberi kepada pelanggan.
Bagi menyediakan satu sebutharga yang sebenar atau sekadar anggaran harga adalah penting untuk kami dapatkan pengesahan butiran berikut daripada pelanggan.
1.) Apakah jenis kerja ukur tanah yang nak kami buatkan
2.) Luas tanah berapa dan lokasi tanah dimana...?
3.) Nak kami ukur tanah ni, tuan tanah nak buat apa yang sebenarnya...?
4.) Nak buat ukuran atas tanah sahaja atau nak ukur dan sediakan pelan sekali
JENIS KERJA UKUR TANAH UTAMA YANG KAMI BUAT UNTUK PEMILIK TANAH PERSENDIRIAN
i.) UKUR DEMARKASI - cari & tanda semula sempadan lot atau sempadan tanah salah satu bahagian pemilik yang berkongsi hakmilik lot tersebut
ii.) UKUR TOPOGRAFI - ukur aras tinggi rendah tanah di lokasi tanah yang terlibat
iii.) UKUR BUTIRAN @ DETAIL SURVEY - merekodkan butiran benda kekal yang ada di atas tanah seperti bangunan, rumah kediaman, pagar, jalan, parit, tiang-tiang eletrik, lampu serta telefon, paip air, saluran kumbahan, pokok-pokok besar dan tinggi yang sedia ada serta butiran benda yang ada di dalam tanah seperti paip, kabel dan lain-lain.
iv.) Selain kerja ukuran di lokasi kami juga boleh menyediakan satu pelan ukuran tertentu samada pelan format biasa untuk kegunaan sendiri atau pelan rasmi untuk kegunaan urusan rasmi pelanggan
------------------------------------------------
Kerja ukur tanah tidak mempunyai harga tetap, minima, maksima atau harga pasaran. Yang ada cuma kadar harga asas bagi setiap butiran tanah dan kadar harga asas bagi setiap jenis kerja ukur yang terlibat sahaja.
BUTIRAN YANG DIPERLUKAN
1.) Jenis kerja ukur tanah yang perlu dibuat
2.) Keluasan tanah yang terlibat
3.) Lokasi tanah
4.) Keadaan mukabumi lokasi tanah
5.) Nak buat ukuran atas tanah sahaja atau
6.) Ukuran atas tanah sekali dengan penyediaan pelan
7.) Kalau perlu sediakan pelan, nak buat pelan jenis apa. Samada pelan biasa untuk kegunaan sendiri dalam format yang ringkas dan saiz sederhana atau Pelan Rasmi yang padat dengan pelan tapak, pelan lokasi, pelan kunci, nota serta petujuk, cop & tandatangan Jurukur Tanah Berlesen ( LS ) serta lain-lain butiran yang mengikut keperluan pihak yang berurusan dengan pelanggan.
Bagi penyediaan sebutharga kerja ukurtanah yang mengikut pekeliling Lembaga Jurukur Tanah Semenanjung Malaysia ( LJT ) ada lebih banyak butiran yang akan diambikira dan disenaraikan.
a.) Jumlah jarak ukur keliling tanah yang terlibat
b.) Jumlah jarak jauh ikatan azimuth daripada 3 batu sempadan yang masih dalam keadaan baik
c.) Jumlah jarak jauh Batu Aras Ketinggian Tanah ( BM Jupem ) yang berdekatan hingga ke tapak lokasi kerja ( bagi kerja ukur topografi atau ukur butiran )
d.) Kos persediaan
e.) Kos mobilasasi
f.) Jumlah petak dan luas tanah setiap bahagian
g.) Kadar upah per/hari
h.) Kadar harga secara Lump Sum
i.) 20 % yuran memproses data digital LJT
j.) 8 % Cukai kerajaan
Samada harga anggaran atau harga sebenar, anda perlulah berikan butiran yang lengkap serta nyatakan dengan jelas jenis kerja ukur tanah yang diperlukan.
Berlainan butiran tanah serta berlainan jenis kerja ukur yang perlu dibuat maka harga juga akan berlainan tidak sama. Dengan butiran yang lengkap barulah boleh dikirakan harga yang tepat
Oleh kerana kami banyak membuat kerja bagi pemilik tanah persendirian yang bersaiz kecil maka kami sediakan satu harga minima atau paras harga terendah mengikut keluasan tanah 1 ekar yang pertama atau sebahagiannya mengikut lokasi dan kawasan tertentu bagi memudahkan pelanggan faham.
Harga ini adalah merupakan kadar harga bagi satu pasukan ukur tanah membuat kerja 1 hari di lokasi. Harga ini meliputi kos bagi pembelian barangan kerja, kos carian dan pembelian infodata yang diperlukan, kos bayaran gaji untuk pasukan ukur tanah, kos peralatan ukur tanah, kos kenderaan serta kos perjalanan pergi dan balik ke lokasi tanah yang terlibat.
Kadar Harga Minima kami secara asasnya adalah RM 800
bagi lokasi tanah di Kuala Lumpur dan Selangor.
Jika luas tanah kurang dari 1 ekar harga tetap sama. Jika luas tanah melebihi 1 ekar barulah ada tambahan harga yang akan dicampurkan. Dan jika pelanggan perlukan penyediaan apa-apa jenis pelan maka ada tambahan harga bagi pelan tersebut yang akan dicampurkan dengan kos kerja ukur di lokasi.
Bagi tanah di daerah-daerah pantai negeri Selangor kami ada tawaran diskaun antara RM 100 hingga 20 % ( dengan syarat tertentu ) dengan kadar yang paling rendah adalah RM 600** bagi kerja ukur tanah yang tak perlukan penyediaan apa-apa jenis pelan.
** ( Kadar terendah RM 600 hanya bagi lokasi tanah di daerah Klang sahaja )
------------------------------------------------
Bagi yang berminat nak dapatkan sebutharga ukurtanah, untuk lebih faham cara berurusan, cara kami menyediakan sebutharga serta dokumen yang perlu dikirimkan oleh pelanggan sila baca di pautan yang disediakan di bawah.
< klik bawah >
SEBUTHARGA kami adalah PERCUMA
Kalau setuju dengan harga sahaja barulah ada bayaran deposit melalui bank sebagai tanda persetujuan rasmi pelanggan
SEKIAN
TERIMA KASIH
------------------------------------------------- -----
Jurukur Tanah Klang @ 2024