Memaparkan catatan dengan label Pelan Pembahagian Tanah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pelan Pembahagian Tanah. Papar semua catatan

14 September 2026

TANDA SEMPADAN LOT ATAU SEMPADAN BAHAGIAN TANAH ANDA

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 




Perlu anda tahu kerja atau tugas seorang juru ukur tanah hanyalah mencari dan menandakan semula sempadan tanah.


1.)         Metod kerja : setiap juru ukur tanah perlu merujuk kepada ‘Pelan Akui’ ( PA ) keluaran JUPEM bagi mencari atau menandakan semula sempadan lot. Bagi kerja tanda sempadan bahagian pula juru ukur tanah perlu merujuk kepada ‘Pelan Pembahagian Tanah’ yang telah sedia ada atau yang akan disediakan terlebih dahulu jikalau masih belum ada lagi.

 

2.)        Setiap juru ukur tanah tidak boleh pergi tandakan tanah anda dengan begitu sahaja tanpa membuat persediaan dan mendapatkan informasi yang diperlukan atau cuma mengikut cakap dan tunjuk daripada pemilik tanah sahaja dengan tanpa merujuk kepada pelan-pelan yang dinyatakan di atas.

 

3.)        Dan tugas juru ukur tanah hanyalah sekadar menandakan sahaja dimanakah terletaknya kedudukan yang sebenar sempadan tanah anda berada.

 

4.)        Tugas menjaga setiap tanda sempadan yang telah ditandakan bukanlah tanggungjawap juru ukur tanah tetapi itu adalah tanggungjawap pemilik tanah itu sendiri dalam memastikan setiap tanda itu selamat dan tidak hilang.

 

5.)        Pihak Kerajaan melalui Pejabat Tanah Daerah hanya akan menandakan sempadan lot sahaja dengan batu sempadan tetapi sempadan bahagian tanah setiap pemilik yang berkongsi hakmilik dalam satu lot yang sama tidak akan ditandakan dengan apa-apa pun.

 

6.)        Setiap pemilik tanah yang ada hakmilik perlu menandakan sendiri bahagian tanah masing-masing setelah kedudukan setiap bahagian dipersetujui oleh semua pemilik tanah terlebih dahulu dengan disediakan satu ‘Pelan Pembahagian Tanah’. Satu pelan yang sama perlulah digunakan oleh semua pemilik tanah daripada mula dikeluarkan sampailah bila-bila pun selagi tidak ada sebarang perubahan atau pindaan dibuat ke atas pelan yang telah disediakan itu. Tetapi sempadan bahagian tanah masing-masing tidaklah boleh ditandakan dengan batu sempadan yang sama seperti yang kerajaan telah tandakan bagi sempadan lot.

 

7.)        Jenis penanda yang boleh digunakan adalah mengikut kesesuaian tempat tanda tersebut berada. Jika atas tanah boleh gunakan paip besi, paip pvc atau paku dengan kayu piket. Jika atas jalan tar, lantai simen atau tembok batu serta tanah berbatu yang keras gunakan paku besi anti karat, paku payung, paku dengan simen atau iron spike. Manakala kalau di dalam parit, sungai atau tanah paya yang dalam bergantung kepada keadaan mungkin tidak dapat ditandakan dengan apa-apa pun. Dan di dalam pelan sempadan itu akan ditandakan dengan ‘TT’.

 

8.)        Dan yang terakhir yang perlu pemilik tanah fahami dan sedari adalah apabila telah siap dibuat kerja tandaan sempadan di atas tanah maka tugas juru ukur tanah itu sudah pun selesai sudah. Jikalau lain kali tanda-tanda itu tercabut, rosak atau hilang itu bukan lagi termasuk dalam tugas juru ukur tanah yang telah disiapkan dahulu. Jikalau pemilik tanah mahu juru ukur tanah pergi tandakan semula setiap tanda yang telah rosak, tercabut atau hilang maka itu perlulah dikira sebagai satu kerja yang baru dengan harga yang baru.

 

CADANGAN TIANG BATU


CADANGAN TIANG KONKRIT PAIP PVC


RUJUK KEPADA FOTO LAMPIRAN DI ATAS

Jadi bagi memastikan setiap tanda itu tidak hilang atau untuk memudahkan pencarian kedudukan setiap tanda sempadan yang telah juru ukur tanah tandakan di atas tanah, suka kami cadangkan pemilik tanah buatlah salah satu daripada contoh yang kami berikan di dalam foto lampiran mengikut kesesuaian lokasi. Tidaklah nanti tanda sempadan itu hilang dan pemilik tanah perlu upah juru ukur tanah datang tandakan sekali lagi. Tidaklah nanti jadi membazir duit sahaja perlu berkali kali tandakan tanda di tempat yang sama bila untuk tandakan sempadan tanah buat pertama kali pun pemilik tanah dah buat ‘anggapan’ bahawa kos untuk ukur tanah adalah mahal. 

Bagi kami pula setiap harga yang diberikan adalah termasuk sekali dengan semua keperluan untuk kerja dan kos pengeluaran yang perlu kami keluarkan bagi membuat persediaan, mencari dan membeli informasi yang diperlukan, barangan kerja serta pelan yang perlu disediakan, peralatan mengukur, kenderaan, kos minyak dan tol perjalanan pergi dan balik, makan minum serta gaji pekerja untuk satu pasukan ukur tanah yang perlu dihantar untuk membuat kerja tersebut. 

Disebabkan itulah kami mempunyai satu harga paling minima bagi membuat satu kerja ukur tanah mengikut kawasan tertentu tak kiralah sama ada tanah yang nak di ukur tersebut hanya luas satu tapak rumah atau pun satu tapak parkir kereta sahaja. Bila luas tanah melebihi 1 ekar barulah ada tambahan harga yang akan dikenakan. Begitu jugalah jika ada faktor halangan yang akan menyusahkan kami membuat kerja seperti tanah berbukit, hutan belukar berpokok, semak samun, tanah berpaya atau tiada jalan masuk yang mudah untuk pergi ke lokasi tapak tanah yang perlu di ukur maka akan ada kos tambahan yang perlu ditambahkan ke dalam harga untuk kerja ukur tanah tersebut.

HARAP MAKLUM TERIMA KASIH

----------------------------------------------------

Jikalau anda berminat berurusan dengan kami bagi membuat kerja ukuran di tanah anda, sila hubungi kami menerusi saluran yang telah kami berikan di dalam menu utama di atas.

Atau anda boleh terus hubungi kami melalui kiriman mesej pertanyaan perkhidmatan melalui aplikasi Whatsapp dengan klik pada butang pautan @ link di bawah.
👇 klik 👇


-----------------------------------------------------
Jurukur Tanah Klang @ 2026

28 Julai 2025

KADAR HARGA MINIMA UKUR TANAH ( JURUKUR TANAH KLANG )

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


( UPDATED 2026 )

Juru Ukur Tanah adalah penyedia perkhidmatan bagi kerja-kerja pengukuran dan pemetaan tanah BUKAN menilai harga tanah seperti yang ramai tersalah anggap. Urusan ukur tanah juga bukanlah satu produk yang boleh disamakan dengan urusan jual beli barangan.

Pelanggan yang baru hendak membuat urusan ukur tanah sering salah faham dengan cara harga kerja ukur tanah dikira dan diberikan kepada mereka. Mereka membuat pertanyaan harga tanpa memberikan butiran lengkap berkenaan tanah dan jenis kerja ukur tanah yang sebenarnya yang diperlukan oleh mereka.


CONTOH PERTANYAAN ADALAH SEPERTI BERIKUT


i.) Saya ada tanah di Kuala Selangor, berapa harga kalau nak ukur..?

ii.) Berapa kos nak ukur tanah 1 ekar  tanah rata tapi semak...?

iii.) Tanah ayah berkongsi dengan pak cik & mak cik saya. Kalau saya nak ukur tanah ayah saja, berapa harga...?


Untuk memberikan harga bagi kerja ukur tanah yang diperlukan pelanggan tidak semudah itu. Bagi urusan jual beli barangan mungkin mudah tapi dalam urusan perkhidmatan ukur tanah, setiap juru ukur tanah perlu semak butiran tanah, butiran lokasi tanah dan butiran jenis kerja-kerja ukur yang perlu dibuat melalui kiriman dokumen dan perbincangan dengan pelanggan serta carian infomasi yang berkenaan dari laman web pihak berkuasa yang terlibat terlebih dahulu.

Selepas perbincangan dan semakan info dibuat barulah juru ukur tanah faham kerja apakah sebenarnya yang perlu dibuat dengan memberikan cadangan kepada pelanggan. Selepas pelanggan faham dan bersetuju dengan cadangan kerja ukur yang diberikan oleh juru ukur tanah, barulah satu sebutharga bagi butiran tanah dan lokasi serta kerja-kerja yang terlibat dapat disenaraikan dalam satu dokumen sebutharga yang akan diberi kepada pelanggan.

Bagi menyediakan satu sebutharga yang sebenar atau sekadar anggaran harga adalah penting untuk kami dapatkan pengesahan butiran berikut daripada pelanggan.


1.) Apakah jenis kerja ukur tanah yang nak kami buatkan

2.) Luas tanah berapa dan lokasi tanah dimana...?

3.) Nak kami ukur tanah ni, tuan tanah nak buat apa yang sebenarnya...?

4.) Nak buat ukuran atas tanah sahaja atau nak disediakan pelan sekali

--------------------------------------------

KERJA UKUR TANAH UTAMA YANG KAMI BUAT UNTUK PEMILIK TANAH

 
i.) UKUR DEMARKASI - cari & tanda semula sempadan lot atau sempadan bahagian tanah mana-mana pemilik yang berkongsi hakmilik lot tersebut

ii.) UKUR TOPOGRAFI - ukur aras tinggi tanah di lokasi tanah yang terlibat

iii.) UKUR BUTIRAN @ DETAIL SURVEY - merekodkan butiran benda kekal yang ada di atas tanah seperti bangunan, rumah kediaman, pagar, jalan, parit, tiang-tiang eletrik, lampu serta telefon, paip air, saluran kumbahan, pokok-pokok besar dan tinggi yang sedia ada serta butiran benda yang ada di dalam tanah seperti paip, kabel dan lain-lain.

iv.) Selain kerja ukuran di lokasi kami juga ada menyediakan pelan ukuran tertentu dalam format pelan biasa untuk kegunaan sendiri atau dalam format pelan rasmi untuk kegunaan urusan rasmi pelanggan seperti pelan pra-hitungan/pre-comp, pelan susun atur pembahagian tanah, pelan pecahan bahagian, pelan demarkasi, topografi dan ukur butiran serta pelbagai jenis pelan ukuran lain yang mengikut keperluan pelanggan.

------------------------------------------------

Yang sebenarnya kerja ukur tanah tidak mempunyai harga tetap, minima, maksima, harga siling, harga lantai atau harga pasaran. Yang ada cuma kadar harga asas yang telah ditetapkan bagi setiap butiran tanah yang terlibat dan kadar harga asas bagi setiap jenis kerja ukur tanah yang perlu dibuat sahaja.


BUTIRAN YANG DIPERLUKAN

1.) Jenis kerja ukur tanah yang perlu dibuat

2.) Keluasan tanah yang terlibat

3.) Lokasi tanah

4.) Keadaan mukabumi lokasi tanah

5.) Nak buat ukuran atas tanah sahaja atau

6.) Ukuran atas tanah sekali dengan penyediaan pelan

7.) Kalau perlu sediakan pelan, nak buat pelan jenis apa.
Samada PELAN BIASA yang ringkas untuk kegunaan sendiri dalam saiz sederhana berharga antara RM 200 hingga RM 400. Atau PELAN RASMI yang padat dengan pelan tapak, pelan lokasi, pelan kunci, nota serta petujuk, cop & tandatangan Jurukur Tanah Berlesen ( LS ) serta lain-lain butiran yang mengikut keperluan pihak yang berkenaan dengan harga minima RM 800. 

-------------------------------------------------------------

Samada harga anggaran atau harga sebenar, anda perlulah berikan butiran yang lengkap serta nyatakan dengan jelas jenis kerja ukur tanah yang diperlukan. Berlainan butiran tanah serta berlainan jenis kerja ukur yang perlu dibuat maka harga juga akan berlainan tidak sama. Dengan  butiran yang lengkap barulah boleh dikirakan harga yang tepat

Oleh kerana kami banyak membuat kerja bagi pemilik tanah persendirian yang bersaiz kecil maka kami sediakan satu harga minima atau harga terendah mengikut keluasan tanah 1 ekar yang pertama atau sebahagiannya mengikut lokasi dan kawasan tertentu bagi memudahkan pelanggan faham.

Harga minima ini adalah merupakan kadar harga bagi satu pasukan ukur tanah membuat kerja 1 hari di lokasi meliputi kos bagi pembelian barangan kerja, membuat carian dan pembelian infodata yang diperlukan, bayaran gaji untuk satu pasukan ukur tanah, peralatan ukur tanah, kenderaan serta kos perjalanan pergi dan balik seperti minyak, tol, makan dan minum.


HARGA MINIMA atau terendah kami bagi kerja ukur tanah

1.) Kuala Lumpur, Gombak, Hulu Langat, Hulu Selangor, Sabak Bernam & Sepang adalah : RM 800 *

2.) Kuala Selangor, Petaling & Kuala Langat : RM 700 *

3.) Di dalam daerah Klang sahaja adalah : RM 600 *


Harga minima bagi luas tanah 1 ekar yang pertama ini 
bermaksud jika luas tanah kurang dari 1 ekar harga tetap sama. Jika luas tanah melebihi 1 ekar barulah ada tambahan harga. Dan jika perlukan penyediaan apa-apa jenis pelan maka ada tambahan harga bagi penyediaan pelan tersebut selain daripada harga minima bagi membuat kerja ukur di lokasi. 

Jumlah harga juga boleh bertambah jika terdapat faktor halangan seperti kawasan berbukit, hutan belukar, semak samun, kawasan berpaya serta jauh dari jalan utama dan tiada jalan masuk yang mudah untuk pergi ke lokasi tanah.

Untuk kerja pembahagian tanah atau pecahan bahagian
secara kasar jumlah harga adalah bergantung kepada jumlah bahagian yang terlibat serta jenis pelan yang pelanggan mahukan. Kadar harga bagi setiap 1 bahagian tanah yang terlibat iaitu kerja penyediaan pelan 1 salinan serta kerja ukuran penandaan di atas tanah adalah di antara RM 200 ( minima ) hingga RM 400 ( maksima ) per/bahagian. Semakin banyak bahagian yang terlibat kadar harga akan menjadi semakin berkurangan hingga RM 200 per/bahagian. Tapi jika hanya cuma 2 bahagian sahaja dengan luas tidak melebihi 1 ekar kadar harga adalah RM 400 per/bahagian. Manakala bagi 1 bahagian sahaja, harga minima ikut keluasan 1 ekar yang pertama atau sebahagiannya seperti diatas akan diberikan kepada pelanggan dicampurkan lagi dengan harga bagi penyediaan pelan mengikut format yang pelanggan perlukan.  

Bagaimana pun kami ada tawaran diskaun antara RM 100 hingga 20 % dengan bersyarat bagi kerja ukur tanah di lokasi tanah yang tertentu serta bagi penyediaan pelan dalam format BIASA untuk kegunaan sendiri yang layak untuk diberikan diskaun. 

Bagi penyediaan pelan dalam format RASMI dengan endorsemen Jurukur Tanah Berlesen ( LS ) tiada sebarang tawaran diskaun yang dapat diberikan. 


* ( HARGA MINIMA TIDAK TERMASUK harga bagi penyediaan apa-apa jenis pelan serta kos tambahan jika terdapat sebarang faktor halangan seperti lokasi kawasan berbukit, hutan belukar, semak samun, kawasan berpaya atau tiada jalan masuk yang mudah untuk pergi ke tapak lokasi )

------------------------------------------------

Bagi yang berminat nak dapatkan sebutharga kerja ukur tanah, untuk lebih faham sila semak & baca di pautan yang disediakan di bawah.

< klik bawah >


SEBUTHARGA kami adalah PERCUMA
Kalau setuju dengan harga barulah ada bayaran deposit sebagai tanda persetujuan rasmi pelanggan



SEKIAN 
TERIMA KASIH 

------------------------------------------------- -----
Jurukur Tanah Klang @ 2026