Kerja ‘Ukur Demarkasi’ adalah merupakan salah satu
kerja ukur berkelas pertama dalam bidang kerja ‘Ukur Kadastral’. Ukuran
demarkasi dibuat bagi menandakan semula sempadan lot atau bagi mengesahkan
sempadan lot.
Dalam bidang kerja ukur kadastral, ukur demarkasi
lebih sering disebut sebagai kerja ‘cari batu’. Manakala bagi kerja ‘Ukur
Halus’ pula adalah kerja ‘tanam batu’. Pihak kerajaan melalui Jabatan Ukur
& Pemetaan Malaysia ( JUPEM ) atau pun pihak Jurukur Tanah Berlesen ( LS )
yang dilantik akan membuat kerja tanam batu sempadan apabila satu lot tanah itu
diluluskan penerbitannya. Selain daripada menanam batu sempadan untuk lot
tersebut, satu ‘Pelan Diperakui’ ( PA ) juga akan dikeluarkan dan didaftarkan
sebagai pelan rujukan yang sah bagi lot tersebut. Nombor rujukan pelan PA bagi
setiap lot akan ditulis masuk di dalam dokumen geran tanah lot tersebut.
Method kerja Ukur Demarkasi ini adalah jurukur
tanah akan mencari semula batu sempadan yang telah ditanam oleh kerajaan dengan
rujukan kepada pelan PA yang telah didaftarkan untuk lot tersebut. Jikalau
tidak jumpa atau sudah hilang barulah jurukur tanah akan menandakan semula batu
sempadan lot tersebut dengan tanda yang baru. Kerja ukur akan dimulakan dengan
mencari batu sempadan lot berdekatan yang masih lagi dalam ‘keadaan baik’ untuk
dijadikan sebagai datum titik permulaan. Maksud ‘keadaan baik’ adalah batu
sempadan tersebut masih dalam keadaan sempurna tidak rosak, jarak dan bearing
di antara 2 hingga 3 batu sempadan tersebut masih lagi dalam toleran yang
dibenarkan seperti yang ditulis dalam pelan PA. Daripada batu sempadan yang
dijumpai itu barulah jurukur tanah akan membuat pengiraan dan seterusnya mencari
serta menandakan semula batu sempadan lot yang perlu diukur.
Ukur demarkasi ini diperlukan apabila pemilik tanah
lot tersebut tidak tahu dimanakah sempadan tanahnya yang sebenar. Apabila
pemilik tanah mahu mengorek parit, memasang pagar, membuat jalan atau membina
rumah, sempadan tanah yang sebenar perlulah ditandakan dan disahkan terlebih
dahulu bagi mengelakkan terjadinya perlanggaran sempadan dengan lot
bersebelahan. Biasanya jika hanya untuk kegunaan sendiri kerja ukur demarkasi
ini hanya dibuat kerja ukur penandaan di atas tanah sahaja. Tetapi jika
membabitkan apa-apa permohonan rasmi atau sebagai satu syarat dalam urusan jual
beli tanah, satu pelan ukur demarkasi pengesahan sempadan lot akan dilukis dan
dikeluarkan selepas kerja ukur di atas tanah disiapkan. Dalam pelan ukur
demarkasi selain daripada tarikh kerja ukur dibuat, jarak & bearing setiap
garisan sempadan, jenis-jenis tanda sempadan lot juga akan ditulis ditunjukkan
di dalam pelan tersebut. Jika diminta oleh pemilik tanah, satu foto bagi setiap
batu sempadan juga akan diletakkan di dalam pelan tersebut untuk menunjukkan
keadaan serta kedudukan sebenar dan membuktikan satu kerja ukur bagi penandaan
sempadan lot tersebut telah pun dibuat.
___________________________________________
Seperti biasa jika anda ada keperluan untuk membuat apa-apa urusan ukur tanah ke atas tanah anda bolehlah hubungi kami melalui saluran yang telah diberikan disini. Untuk lebih mudah kirim sahaja pertanyaan tersebut melalui telefon dengan kiriman mesej melalui aplikasi WhatsApp ke nombor :
( Klik nombor di bawah )
--------------------------------------------------------------
Jurukur Tanah Klang @ 2023
#jurukurtanah
#jurukurtanahbagan
#jurukurtanahklang
#jurukurtanahdiklang
#jurukurtanahdiselangor
#baganbeachboy