HINDARI SENGKETA DAN PERGADUHAN BERPANJANGAN AKIBAT DARI ISU SEMPADAN TANAH TANPA PERLU TINDAKAN UNDANG-UNDANG
PERCAYALAH....
SEKIAN,
TERIMA KASIH
SEKIAN,
TERIMA KASIH
Kerja Ukur Butiran @ Detail Survey dijalankan
adalah bagi merekodkan butiran setiap ‘benda kekal’ yang terdapat di atas atau
di dalam tanah satu kawasan tertentu yang akan dilukis dan ditunjukkan dalam
satu pelan ukuran butiran.
Takrifan ‘benda kekal’ ini adalah seperti rumah
kediaman, bangunan, jalan, pagar, parit saliran, tiang-tiang letrik, telefon
atau lampu, paip-paip air atau utility lain, paip pembentung, kolam atau tangki
air, tebing sungai, tembok batu, kabel-kabel letrik atau komunikasi dibawah
tanah malahan jenis-jenis pokok tertentu serta papan-papan tanda jalan atau papan
iklan dan bermacam macam lagi benda lain yang perlukan pengukuran untuk diketahui
kedudukan serta saiz sebenar benda tersebut. Benda-benda yang perlu diukur juga
bergantung kepada keperluan tujuan sesuatu kerja ukur tersebut perlu dibuat.
Dari pengukuran di lokasi, data-data ukur akan
dilukis ditunjukkan pula di dalam pelan. Dari pelan ukuran butiran yang telah
disediakan perancangan bagi pembangunan dapat dibuat dengan lebih mudah dan
tepat.
Keterangan di atas hanyalah sekadar penerangan
ringkas salah satu bidang kerja ukur yang dibuat oleh kami. Untuk penjelasan
lebih lanjut berkenaan kerja ukur butiran ini anda bolehlah menghubungi kami.
_____________________________________________
Seperti biasa jika anda ada keperluan untuk membuat
apa-apa urusan ukur tanah ke atas tanah anda bolehlah hubungi kami melalui
saluran yang telah diberikan disini. Untuk lebih mudah kirim sahaja pertanyaan
tersebut melalui telefon dengan kiriman mesej melalui aplikasi WhatsApp ke
nombor :
( Klik nombor di bawah )
--------------------------------------------------------------
Jurukur Tanah Klang @ 2023
#jurukurtanah
#jurukurtanahbagan
#jurukurtanahklang
#jurukurtanahdiklang
#jurukurtanahdiselangor
#baganbeachboy
Kerja ‘Ukur Demarkasi’ adalah merupakan salah satu
kerja ukur berkelas pertama dalam bidang kerja ‘Ukur Kadastral’. Ukuran
demarkasi dibuat bagi menandakan semula sempadan lot atau bagi mengesahkan
sempadan lot.
Dalam bidang kerja ukur kadastral, ukur demarkasi
lebih sering disebut sebagai kerja ‘cari batu’. Manakala bagi kerja ‘Ukur
Halus’ pula adalah kerja ‘tanam batu’. Pihak kerajaan melalui Jabatan Ukur
& Pemetaan Malaysia ( JUPEM ) atau pun pihak Jurukur Tanah Berlesen ( LS )
yang dilantik akan membuat kerja tanam batu sempadan apabila satu lot tanah itu
diluluskan penerbitannya. Selain daripada menanam batu sempadan untuk lot
tersebut, satu ‘Pelan Diperakui’ ( PA ) juga akan dikeluarkan dan didaftarkan
sebagai pelan rujukan yang sah bagi lot tersebut. Nombor rujukan pelan PA bagi
setiap lot akan ditulis masuk di dalam dokumen geran tanah lot tersebut.
Method kerja Ukur Demarkasi ini adalah jurukur
tanah akan mencari semula batu sempadan yang telah ditanam oleh kerajaan dengan
rujukan kepada pelan PA yang telah didaftarkan untuk lot tersebut. Jikalau
tidak jumpa atau sudah hilang barulah jurukur tanah akan menandakan semula batu
sempadan lot tersebut dengan tanda yang baru. Kerja ukur akan dimulakan dengan
mencari batu sempadan lot berdekatan yang masih lagi dalam ‘keadaan baik’ untuk
dijadikan sebagai datum titik permulaan. Maksud ‘keadaan baik’ adalah batu
sempadan tersebut masih dalam keadaan sempurna tidak rosak, jarak dan bearing
di antara 2 hingga 3 batu sempadan tersebut masih lagi dalam toleran yang
dibenarkan seperti yang ditulis dalam pelan PA. Daripada batu sempadan yang
dijumpai itu barulah jurukur tanah akan membuat pengiraan dan seterusnya mencari
serta menandakan semula batu sempadan lot yang perlu diukur.
Ukur demarkasi ini diperlukan apabila pemilik tanah
lot tersebut tidak tahu dimanakah sempadan tanahnya yang sebenar. Apabila
pemilik tanah mahu mengorek parit, memasang pagar, membuat jalan atau membina
rumah, sempadan tanah yang sebenar perlulah ditandakan dan disahkan terlebih
dahulu bagi mengelakkan terjadinya perlanggaran sempadan dengan lot
bersebelahan. Biasanya jika hanya untuk kegunaan sendiri kerja ukur demarkasi
ini hanya dibuat kerja ukur penandaan di atas tanah sahaja. Tetapi jika
membabitkan apa-apa permohonan rasmi atau sebagai satu syarat dalam urusan jual
beli tanah, satu pelan ukur demarkasi pengesahan sempadan lot akan dilukis dan
dikeluarkan selepas kerja ukur di atas tanah disiapkan. Dalam pelan ukur
demarkasi selain daripada tarikh kerja ukur dibuat, jarak & bearing setiap
garisan sempadan, jenis-jenis tanda sempadan lot juga akan ditulis ditunjukkan
di dalam pelan tersebut. Jika diminta oleh pemilik tanah, satu foto bagi setiap
batu sempadan juga akan diletakkan di dalam pelan tersebut untuk menunjukkan
keadaan serta kedudukan sebenar dan membuktikan satu kerja ukur bagi penandaan
sempadan lot tersebut telah pun dibuat.
___________________________________________
Seperti biasa jika anda ada keperluan untuk membuat apa-apa urusan ukur tanah ke atas tanah anda bolehlah hubungi kami melalui saluran yang telah diberikan disini. Untuk lebih mudah kirim sahaja pertanyaan tersebut melalui telefon dengan kiriman mesej melalui aplikasi WhatsApp ke nombor :
( Klik nombor di bawah )
--------------------------------------------------------------
Jurukur Tanah Klang @ 2023
#jurukurtanah
#jurukurtanahbagan
#jurukurtanahklang
#jurukurtanahdiklang
#jurukurtanahdiselangor
#baganbeachboy
Kerja ‘Ukur Topografi’ merupakan kerja ukur
bagi merekodkan aras ketinggian tanah mana-mana kawasan yang perlu di ukur.
Bagi projek pembangunan seperti pembinaan jalanraya, jalan
keretapi, projek pembinaan empangan atau pun pembinaan kawasan perumahan kerja ukur topografi perlulah dibuat terlebih dahulu untuk perancangan guna tanah dan kesesuaian pembinaan bagi projek berkenaan.
Dari ukuran topografi tinggi rendah tanah di kawasan terlibat akan direkodkan dan ditunjukkan dalam satu pelan atau
peta topografi. Ketinggian dan bentuk sebenar keadaan mukabumi kawasan
berkenaan akan ditunjukkan dalam bentuk garisan yang dinamakan sebagai garisan
kontor. Jumlah garisan kontor yang akan ditunjukkan adalah bergantung
kepada perbezaan tinggi tanah kawasan yang terlibat. Secara
asasnya garisan kontor yang akan ditunjukkan adalah dalam 2 jenis garisan iaitu
‘kecil dan besar’ atau ‘major dan minor’. Garisan minor adalah bagi beza tinggi
yang kecil seperti setiap 1 meter satu garisan manakala garisan major pula adalah bagi beza
tinggi yang lebih besar seperti setiap 5 atau 10 meter satu garisan. Garisan minor akan berada di antara garisan major. Sebagai contoh, bagi ketinggian di antara 0 hingga 10 meter, garisan major akan dilukis bagi ketinggian setiap 5 meter bermula dengan ketinggian 0m , 5m & 10m. Garisan minor pula akan dilukis untuk beza tinggi setiap 1 meter bermula dengan 1m, 2m, 3m, 4m, 6m, 7m, 8m dan 9m. Apabila selang garisan kontor berada jauh serta tidak banyak ini menunjukkan tanah tersebut landai tetapi jika selang garisan kontor berada rapat dan banyak ini pula bermaksud kawasan tersebut berbukit. Sila rujuk foto
lampiran untuk faham.
Ukuran topografi penting bagi perancangan guna tanah dan kesesuaian pembinaan
tak kiralah bagi projek besar atau kecil. Contohnya, satu tanah lot yang terletak di lereng
bukit atau kawasan yang tidak rata jika pemilik tanah ingin membina sebuah rumah atau
bangunan dengan adanya pelan topografi pihak jurutera dan arkitek dapat
mencadangkan bentuk, kedudukan serta kesesuaian jenis kediaman yang boleh dibina di tapak tanah. Perancangan guna tanah dapat dibuat bagi
pengaliran air hujan atau peparitan bagi mengelakkan kerja tambahan seperti menambak
atau memotong tanah asal yang pastinya akan melibatkan kos tambahan bagi kerja
penyediaan tapak rumah atau bangunan tersebut. Bentuk serta ketinggian lantai rumah
atau bangunan dapat diselaraskan dengan bentuk serta ketinggian tanah asal lot
tersebut. Dengan perancangan yang bersesuaian dengan keadaan asal sudah pasti
kos bagi pembinaan dapat dijimatkan.
Bagi tanah pertanian yang terletak di kawasan
berbukit, dengan ukuran topografi teres-teres bagi tanaman, parit untuk saliran
serta jalan keluar masuk dapat dibuat perancangan di tempat yang lebih sesuai bagi memudahkan aktiviti pertanian. Produktiviti dapat dipertingkatkan dan kos pengurusan serta selenggaraan dapat dikurangkan.
Seperti biasa jika anda ada keperluan untuk membuat apa-apa urusan ukur tanah ke atas tanah anda bolehlah hubungi kami melalui saluran yang telah diberikan disini. Untuk lebih mudah kirim sahaja pertanyaan tersebut melalui telefon dengan kiriman mesej melalui aplikasi WhatsApp ke nombor :
( Klik nombor di bawah )
----------------------------------------------------------
Jurukur Tanah Klang @ 2023
#jurukurtanah
#jurukurtanahbagan
#jurukurtanahklang
#jurukurtanahdiklang
#jurukurtanahdiselangor
#baganbeachboy
----------------------------------------------------------
Jika anda ada keperluan untuk membuat kerja ukur tanah atau hendak menyediakan pelan bagi pembahagian tanah anda bolehlah hubungi kami. Untuk lebih mudah kirim sahaja pertanyaan melalui mesej aplikasi WhatsApp dengan klik nombor di bawah.
( klik bawah )