Memaparkan catatan dengan label Juru Ukur Tanah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Juru Ukur Tanah. Papar semua catatan

Selasa, 5 November 2024

KADAR HARGA MINIMA UKUR TANAH ( JURUKUR TANAH KLANG )

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


( Kadar harga berbeza mengikut kawasan & tidak termasuk kos bagi penyediaan pelan )


Juru Ukur Tanah adalah penyedia perkhidmatan profesional bagi kerja-kerja pengukuran tanah. Urusan ukur tanah bukanlah satu produk yang boleh disamakan dengan urusan jual beli barangan.

Pelanggan yang baru hendak membuat urusan ukur tanah sering salah faham dengan cara harga kerja ukur tanah dikira dan diberikan kepada mereka. Mereka membuat pertanyaan harga tanpa memberikan butiran lengkap berkenaan tanah dan jenis kerja ukur tanah yang sebenarnya yang diperlukan oleh mereka.


CONTOH PERTANYAAN ADALAH SEPERTI BERIKUT


i.) Saya ada tanah di Kuala Selangor, berapa harga kalau nak ukur...?

ii.) Berapa kos nak ukur tanah 1 ekar  tanah rata tapi semak...?

iii.) Tanah ayah berkongsi dengan pak cik & mak cik saya. Kalau saya nak ukur tanah ayah saja, berapa harga...?


Untuk memberikan harga bagi kerja ukur tanah yang diperlukan pelanggan tidak semudah itu. Bagi urusan jual beli barangan mungkin mudah tapi dalam urusan perkhidmatan ukur tanah, setiap juru ukur tanah perlu semak butiran tanah, butiran lokasi tanah dan butiran jenis kerja-kerja ukur yang perlu dibuat melalui kiriman dokumen dan perbincangan dengan pelanggan serta carian infomasi yang berkenaan dari laman web pihak berkuasa yang terlibat terlebih dahulu. Setelah dua-dua pihak, pelanggan dan juru ukur tanah faham apakah jenis kerja ukur tanah yang perlu dibuat dan pelanggan bersetuju dengan cadangan yang diberikan oleh juru ukur tanah, barulah satu senarai harga bagi kerja ukur tanah pelanggan dapat disediakan dalam satu dokumen sebutharga.  

Bagi menyediakan satu sebutharga rasmi atau sekadar satu anggaran harga sahaja penting untuk kami dapatkan pengesahan butiran daripada pelanggan seperti di bawah :

1.) Apakah jenis kerja ukur tanah yang nak kami buatkan

2.) Luas tanah berapa dan lokasi tanah dimana...?

3.) Nak kami ukur tanah ni, tuan tanah nak buat apa yang sebenarnya...?

4.) Nak ukur tanda atas tanah sahaja atau nak ukur tanda dan sediakan pelan sekali