Selasa, 2 Julai 2024
UKUR TANAH : KEPENTINGAN MEMBUAT PELAN PECAH BAHAGIAN UNTUK PEMBAHAGIAN TANAH
Sabtu, 29 Jun 2024
PECAH BAHAGIAN : MENGIRA LUAS TANAH SEBENAR BAHAGIAN MASING-MASING DALAM GERAN BERKONGSI HAKMILIK
Di dalam dokumen geran tanah atau sijil carian rasmi mahupun carian persendirian yang membabitkan lot tanah yang ada banyak pemilik, keluasan tanah setiap pemilik akan ditulis dalam format pecahan bahagian. Walau pun lot tanah tersebut hanya mempunyai 1 pemilik sahaja luas tanah yang menjadi hakmiliknya tetap juga akan ditulis secara pecahan bahagian. Keluasan tanah tidak ditulis dengan nilai luas tanah sebenar dalam unit Hektar, Ekar, Relung, meter persegi atau kaki persegi.
Luas hakmilik akan ditulis sebagai : ( 1/1 ) bahagian
Luas pemilik D ( ¼ ekar ) ditulis : ( 1/8 ) bahagian
-------------------------------------------------
-------------------------------------------------
Berpandukan kepada contoh kiraan luas sebenar bahagian tanah bagi Pemilik ( 1 ) & ( 8 ) di atas, cubalah anda kira pula luas sebenar bahagian tanah yang menjadi hak milik kepada pemilik-pemilik yang lain bagi Lot 4104 tersebut.
Jika anda faham cara mengira dan menggunakan formula serta pertukaran nilai dari satu unit ke unit luas yang lain yang betul seperti yang telah ditunjukkan dalam contoh pengiraan di atas, pasti anda akan mendapati bahawa tidak sukar untuk membuat pengiraan untuk mendapatkan nilai sebenar luas setiap bahagian tersebut.
Khamis, 27 Jun 2024
PENANDAAN REZAB JALAN MASUK KE LOKASI TANAH
Selain daripada kerja ukur bagi penandaan sempadan
lot dan sempadan bahagian tanah dalam lot yang mempunyai ramai pemilik
berkongsi geran tanah, kami dan jurukur tanah yang lain juga boleh membuat
kerja carian dan ukuran bagi penandaan rezab jalan masuk yang sedia ada atau
penandaan jajaran jalan masuk dengan lebar yang dikehendaki oleh pelanggan.
Tidak semua tanah yang bergeran dan yang mahu dibangunkan berada bersebelahan dengan jalan yang telah sedia ada boleh dilalui untuk pergi ke lokasi tanah tersebut. Pemilik tanah juga tidak boleh sesuka hati membuka jalan di atas tanah lot hak pemilik lain.
Untuk mengelakkan isu
perlanggaran sempadan atau pencerobohan tanah orang serta kerugian pada masa
hadapan, jalan masuk untuk ke lokasi tanah pemilik perlulah dibuat di dalam
rezab jalan yang sedia ada tapi jalan belum ada.
Jurukur tanah boleh membantu pemilik tanah dengan membuat carian dan cadangan pilihan arah jajaran jalan yang boleh dibuat dan dapat bersambung ke jalan yang sudah sedia ada ( rujuk foto lampiran contoh di atas ).
Kadar harga bagi kerja ini bergantung kepada jumlah keluasan tanah rezab jalan tersebut atau
jumlah jarak jauh jalan yang perlu diukur serta lain-lain faktor seperti lokasi, bentuk
mukabumi dan lain-lain faktor yang sama seperti kerja ukur untuk penandaan sempadan
tanah.
Secara asas bagi keluasan tanah 1 ekar yang pertama
atau sebahagiannya untuk penandaan rezab jalan atau bagi penandaan jajaran
jalan berjarak 200m atau sebahagiannya, kadar harga kami adalah RM 800. Jikalau luas
rezab jalan tersebut melebihi 1 ekar atau jarak jalan masuk tersebut melebihi 200m baru ada
tambahan harga pada kadar RM 4 / per meter. Faktor lokasi dan bentuk mukabumi
juga akan diambilkira dan ditentukan samada terdapat kos tambahan atau tidak
sama seperti untuk kerja penandaan sempadan tanah.
Sudah tentulah di antara 2 kawasan tanah yang
berlainan keadaan, lokasi dan bentuk mukabumi kadar harga tidak boleh sama
walaupun luas tanah atau jumlah jarak sama. Faktor-faktor yang menambah
kepayahan bagi kami dalam membuat kerja perlulah diambilkira dan akan ditambahkan
dalam jumlah harga.
Pemilik tanah yang berminat boleh hubungi kami bagi
perbincangan dan seterusnya mendapatkan sebutharga bagi kerja pengukuran rezab
jalan dan jajaran jalan masuk yang anda perlukan.
TERIMA KASIH
------Jurukur Tanah Klang @ 2024 -----