Jumaat, 25 Mac 2022

APLIKASI KALKULATOR CASIO FX-603P PRO2022 ANDROID

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 




APLIKASI KALKULATOR CASIO FX-603P PRO2022 ANDROID ( updated 1/4/2022 )

Tahukah anda persamaan antara kalkulator Casio fx-603p dengan kereta Proton Arena. Selain dari dua-dua barang ini sudah tak dikeluarkan lagi oleh pengilang, nilai pasaran untuk dua-dua model ini sudah berlipat ganda pada waktu ini walaupun sudah berusia lebih 30 tahun.

Tahun 1995 kali terakhir penulis dapat beli 3 unit FX-603p pada harga RM 180 setiap satu. Sekarang jika ada walau seburuk mana pun asal masih boleh mengira, harganya boleh mencecah 1 ribu lebih.

Sebenarnya sejak tahun 2014 lagi kalkulator fx-603p ini sudah pun dibuat dalam bentuk aplikasi Android. Tapi atas faktor ‘privacy & safety’, Google selaku pemilik sistem operasi Android telah mempertingkatkan halangan dari masa ke semasa dalam usaha untuk terus kekal mesra pengguna dan peniaga. Setiap kali sistem operasi Android ini dipertingkatkan maka pihak pengeluar aplikasi turut terpaksa melakukan perubahan pada aplikasi yang dikeluarkan mereka. Sekarang sudah ada versi baru yang lebih mudah dan mesra pengguna dikeluarkan khas untuk Android 10 ke atas. Versi Android 10 ke bawah yang lama masih boleh menginstal aplikasi ini tetapi mungkin paparan pemuka akan kelihatan berlainan daripada paparan Android 10 ke atas.

Dengan tersiap sedia 11 program asas untuk kegunaan Jurukur Tanah, pelukis pelan tanah dan pelajar yang terbabit dalam jurusan ukur tanah, ukur bangunan atau sains Geomatik, kami menawarkan aplikasi ini pada harga mampu milik : RM 50 sahaja.

Setiap pembelian akan menerima satu pakej dengan nota-nota bercontoh cara install, cara setting & load program serta nota cara penggunaan setiap program yang telah tersedia ada dalam aplikasi ini. Selain dari 11 program telah tersedia ada, masih terdapat ruang untuk pengisian 9 lagi program kosong dalam aplikasi ini. Bagi yang telah mahir dengan kalkulator Casio fx-602p atau fx-603p klasik dan ada mempunyai program sendiri, anda boleh saja memuat masuk program anda tersebut dengan cara yang sama seperti memasukkan program dalam kalkulator Casio Fx-603p klasik. Dan bagi yang tak pernah guna atau tak mahir dengan cara penggunaan kalkulator Casio FX-603p samada yang klasik atau dalam versi android, anda boleh memahirkan diri dengan membuat latihan cara penggunaan yang kami sertakan dalam pakej versi ‘Pro2022’ ini.

Yang berminat nak mendapatkan aplikasi ini boleh menghubungi kami secara kiriman pertanyaan melalui Whatsapp ke nombor yang diberikan di bawah :

 

WhatsApp ke : 012-394 9064 ( Nick JTB )

 

Dengan keluarnya versi baru ‘Pro2022’ mulai bulan Mac, 2022 dengan ini aplikasi ‘Simulator Casio FX-603p Android’ versi lama yang kali terakhir dinaiktaraf pada tahun 2019 yang lalu sudah diberhentikan pengeluarannya.

 

SEKIAN, TERIMA KASIH



Isnin, 7 Mac 2022

CARI & TANDA SEMULA BATU SEMPADAN TANAH LOT

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

CARI & TANDA SEMULA BATU SEMPADAN TANAH LOT 



( Foto : batu sempadan lama dengan bulan & bintang penunjuk arah kiblat )

Dalam berbagai bidang kerja ukur tanah, kepakaran kami yang terutama adalah dalam bidang kerja ukur ‘Cari & Tandakan semula batu sempadan’ tanah lot persendirian.

Tak kiralah apa jenis tanah lot anda samada tanah kebun, tanah terbiar, tanah rata dan lapang, tanah bukit, tanah semak belukar atau tanah yang dipinggiran mahu pun dalam hutan. Selama kami beroperasi dari sebelum adanya teknologi secanggih sekarang kami belum pernah lagi mengecewakan pelanggan kami.

Walau lot tanah yang sudah berusia lebih dari 100 tahun dengan pelan PA masih lagi pelan lukisan tangan. Walau pun batu sempadan asal berupa batu granit batu bukit generasi pertama penanda sempadan tanah di bumi Malaya atau batu generasi kedua batu bulat buatan manusia yang tertera ‘bulan & bintang’ tegak berdiri menunjuk arah kiblat. Samada masih ada di atas tanah atau sudah tenggelam ke dalam tanah, jikalau masih ada batu tersebut tetap akan boleh jumpa semula. Kalau tak jumpa di atas tanah, kami akan cuba korekkan tanah sedalam 1-2 kaki. Kalau tak jumpa juga kami akan timbus balik lubang tersebut dan tandakan dengan tanda sempadan yang baru.

Agak pelik juga, antara tanah lot baru yang bernombor 5-6 angka dengan tanah lot lama yang bernombor cuma sekadar 2-4 angka sahaja. Antara tanah lot baru yang berlokasi di kawasan perbandaran dengan tanah lot lama yang berlokasi jauh di dalam semak hutan, adalah lebih mudah untuk jumpa semula batu asal lot lama daripada lot baru.

Bagi kami jurukur tanah, apabila dapat jumpa semula mana-mana batu sempadan asal yang lama, satu perasaan menyeronokkan akan terbit menghilangkan segala rasa letih dan marah ibarat seperti membuat jaringan gol dalam permainan bolasepak. Walau pun tak menang tapi jaringan gol tersebut dapat memberikan sedkit kegembiraan selepas tamat perlawanan. Anda boleh lihat pada foto contoh di bawah batu-batu sempadan yang kami dapat jumpa kembali pada waktu membuat kerja cari & tanda semula sempadan tanah lot pelanggan kami.

Jika pemilik tanah persendirian berminat untuk berurusan dengan kami bagi mencari dan tandakan semula sempadan tanah lot anda, sila hubungi kami secara telefon terus atau sekadar kirim mesej melalui aplikasi Whatsapp sahaja ke nombor :


Telefon @ Whatsapp

012-3949064 

( JT Klang )

Sebenarnya sebelum adanya pandemik Covid-19 di mukabumi ini kami sudah pun membuat urusan perbincangan dan kiriman dokumen secara atas talian sahaja tanpa perlu pelanggan keluar dari rumah pergi ke pejabat kami. Berurusan secara terus begini bukan sahaja lebih mudah malah lebih cepat, lebih jimat dan yang terpenting adalah lebih selamat daripada persekitaran virus merbahaya ini.


BAWAH : FOTO - FOTO CONTOH BATU SEMPADAN ASAL YANG JUMPA SEMULA
















Khamis, 3 Mac 2022

KANDUNGAN MAKLUMAT DALAM PELAN DIPERAKUI ( PA )

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

KANDUNGAN MAKLUMAT DALAM PELAN DIPERAKUI ( PA )


( ATAS : FOTO CONTOH PELAN GERAN TANAH )


( BAWAH : FOTO CONTOH PELAN PA 19191 )


Apakah maksud dan fungsi sebenar ‘PELAN DIPERAKUI’ ( PA ) sebutan waktu kini dalam Bahasa Malaysia atau ‘CERTIFIED PLAN’ ( CP ) sebutan lama dalam Bahasa Inggeris.

Sepertimana kita warganegara Malaysia walaupun berjumlah puluhan juta orang dan ramai yang mempunyai nama yang sama tetapi setiap orang akan diberikan satu nombor pendaftaran MyKad atau nombor pengenalan diri yang berbeza yang boleh dirujuk untuk mengenalpasti identiti yang sebenar bagi setiap orang.

Begitulah fungsinya nombor rujukan ‘Pelan Diperakui’ atau pelan PA yang berlainan bagi setiap tanah lot walaupun bernombor sama dan berlokasi dalam daerah yang sama di negeri yang sama. Dalam setiap dokumen geran tanah bagi setiap tanah lot akan dituliskan satu nombor rujukan ‘Pelan Diperakui’ pada bahagian mukasurat depan untuk maklumat tanah dan juga pada mukasurat belakang yang mengandungi pelan tanah bagi tanah lot tersebut.

Selain itu dalam setiap pelan PA juga terdapat maklumat penting lain yang boleh dirujuk dan dijadikan sebagai pengesahan apabila membuat pencarian informasi tepat berkenaan mana-mana bidang tanah lot. Sebagai contoh apabila jurukur tanah perlu mencari atau menandakan semula sempadan mana-mana lot, pelan PA inilah yang akan dijadikan sebagai rujukan yang sah dan tepat dalam menandakan semula sempadan lot tersebut supaya berada pada tempat yang sama seperti asal walaupun pelan PA atau batu sempadan asal bagi lot tersebut telah berusia lebih dari 100 tahun. 


Antara kandungan maklumat dalam setiap pelan PA adalah seperti berikut :


1.)        Jarak setiap garisan sempadan

2.)        Bearing setiap garisan sempadan

3.)        Jenis petanda sempadan yang diguna untuk lot tersebut

4.)        Keluasan sebenar lot tersebut

5.)        Koordinat lokasi setiap batu sempadan lot tersebut

6.)        Jarak, bearing dan nombor lot yang bersebelahan

7.)        Nombor pelan PA bagi lot bersebelahan

8.)        Tahun kerja ukuran asal atau ukuran semula dibuat

9.)        Batu sempadan asal yang dijumpai waktu ukuran semula

10.)    Perubahan jarak & bearing antara yang asal dan terkini

11.)    Kedudukan rezab jalan & saliran yang berdekatan

12.)    Lebar, panjang & luas setiap rezab berkenaan

13.)    Lot tanah yang terlibat dalam setiap pengambilan tanah bagi tujuan rezab jalan, saliran atau talian elektrik


Jadi adalah disarankan kepada setiap pemilik tanah selain menyimpan dokumen geran tanah yang asal simpan juga pelan diperakui ( PA ) bagi lot tanah anda tersebut. Pengalaman daripada kejadian banjir besar penghujung tahun lepas, selain menyimpan dalam bentuk dokumen kertas, simpan juga salinan dalam bentuk digital dalam format foto atau pun dokumen PDF.

----------------------------------------------------------

Jurukur Tanah Klang @ 2023

#jurukurtanah

#jurukurtanahbagan

#jurukurtanahklang

#jurukurtanahdiklang

#jurukurtanahdiselangor

#baganbeachboy