Google+ expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Rabu, 16 Disember 2009

ASSUMPTION : KISAH CIKGU CIKGU SEKOLAH MENENGAH



1983 : Aku dimasukkan ke kelas perdagangan. Macam yg aku cerita sebelum ni dkt sekolah ni cuma ada 2 kelas saja. Kelas perdagangan dan sains pertanian. Cikgu Limah Ujang adalah cikgu yang ajar matapelajaran perdagangan. Berasal dari kelantan dan percakapannya pun macam orang yg tak sihat selalu. Masalah dgn cikgu ni adalah setiap tahun dia mengandung & bila beranak dia akan cuti panjang. Bila dah cuti tak adalah cikgu lain sebagai pengganti. Dan satu hal lagi dia mengajar 100% ikut buku, kalau kami tanyakan dia soalan yg tak ada dlm buku mulalah dia gelabah. Dan mulalah dia cari alasan nak marahkan kami balik. Kalau dia dah tak boleh nak buat apa2 lagi apalagi menangis kemudian buat laporanlah pada pengetua kami. Dia punya pasal lah sampaikan aku pun terus tak minat dgn matapelajaran perdagangan ni.

Cikgu sains pula yg pertama cikgu Nasir. Siapa ada buat salah maka jarinya akan dikepit dgn pensil. Dia ni tak suka mengajar dalam kelas. Bila waktu pelajaran dia semua pun beraturlah pergi ke makmal sains. Tapi tempoh mengajar dia dkt sekolah ni tak lama. Setahun saja kemudian pindah entah kemana. Cikgu sains yg kedua namanya cikgu Zul. Dia juga mengajar pendidikan jasmani. Cikgu ni mmg sporting habis sampaikan kalau minta rokok sebtg pun dia akan bagi. Kalau time pendidikan jasmani yg bestnya dia pun akan joint kami. Biasanya buat sedikit senaman kemudian main bola ataupun sepaktakraw. Tp kami ni nakal lah sikit, asyik nak duduk di sebelah team lawan dia. Kalau main bola tu asyik dia jadi sasaran kami. Pantang dapat bola kalau dia masuk maka kami akan tendang bola ke arah badannya. Waktu kelas sains dia cukup terbuka. Katanya apa nak malu, kita semua pun lelaki. Saya ada awak semua pun ada. Keh..keh..keh.

Puan Noraini binti Awang pula adalah buah hati semua pelajar sini. Kecil molek orgnya tp cukup lawa manis sekali. Bila dia masuk kelas macam2 yg kami akan buat dkt dia sampai pakai biji lada pun ada kerana nak buat dia ghairah. Yang lebih teruk lagi ada yang sampai mengendap dia dekat belakang tandas cikgu. Apa nak buat semua pelajar dekat sini pun lelaki nak tengok perempuan lain dah tak ada. Tak lupakan juga pada ustaz Ismail. Setiap kali masuk kelas asyik ingatkan pasal duit tabung. Orangnya kalau bercakap lembut tapi kalau dah marah mulalah jadi bengis, kalau nasib tak baik bakal dapat rasalah penampar arab dia. Dan telinga kami pun tak tahan dengar maki hamun dari mulut dia

Ada seorang lagi cikgu lelaki nama dia cikgu Kassim. Tapi kalau di belakang dia kami gelar dia si Kassim Baba. Mungkin dia adalah antara cikgu yg paling selekeh aku pernah jumpa. Mula2 datang ke sekolah bawa kereta tapi bila ada budak yg buka angin kereta dia dia bawa pula basikal. Tapi serupa juga, baik kereta atau basikal sama saja. Ada sajalah budak yg akan buka angin tayar. Dan aku rasa dia adalah cikgu yg pelajar semua paling tak suka. Kesian dekat dia. Pengetua kami namanya Kenneth Combs. Rambutnya sentiasa kemas rapi dan berminyak lagi. Sikat kecil siap ada di poket baju. Dah jadi rutin dia sehari hari datang ke sekolah dgn motor cup honda. Bila sampai saja di sekolah selepas parking motor depan pejabat, perkara pertama yg dia akan buat adalah sikat rambutnya. Dia ni tak ada belas kasihan langsung pada pelajar. Disiplin adalah satu kemestian. Siapa yg buat salah tiada maaflah baginya. Dia suruh pilih rotan diantara banyak yg jadi koleksinya, pusing belakang buntot kita lah jadi sasarannya. Sikap tak ada belas kasihannya sampailah hingga ke akhir tahun. Barang siapa yg banyak rekod sistem D MERIT maka akan buruklah sijil berhenti sekolah. Termasuklah aku yg hanya ditulis berkelakuan sederhana. Tapi bila aku dah meninggalkan alam persekolahan, aku rasa amat berterima kasih padanya. Kerana dialah yg memberikan aku kesedaran agar menjaga disiplin dan menjadi manusia yg berguna. Terima kasih cikgu..

1985 : Adalah merupakan tahun aku menduduki peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran ( SRP ). Dan tahun ini juga adalah tahun terakhir aku bersekolah di Sekolah Assumption Butterworth ini. Kerana sekolah ini hanyalah setakat sampai tingkatan 3 sahaja. Pada tahun 1986 maka aku telah dipindahkan ke sekolah lain pula iaitu Sekolah Dato Onn Butterworth ( SDOB ). Maka bermulalah kejutan budaya kerana di sana pelajarnya adalah bercampur lelaki dan perempuan. Jadi bacalah kisah aku yang seterusnya.

2 ulasan:

  1. cikgu kassim....cikgu yang paling pemalas, mengajar matapelajaran sains. Masuk makmal tak pernah buat ujikaji, cuma salin jawapan yang ditulis di papanhitam...ujian bulanan cuma 12 soalan sahaja(mungkin kerana sebanyak itu yang boleh muat tulis kat papanhitam), soalan objektif..habis ujian tukar kertas jawapan dgn kawan sebelah...tanda betul/salah siap tulis markah sekali..apapun sori la cikgu pasal komen sikit...beliau telah meninggal dunia

    BalasPadam
  2. Teringat lagi akan kata2nya bahawa dia punyai silat harimau... Dan bila difikirkan kembali rasa kasihan pun ada kerana pernah pada satu hari, apabila bas sekolah yg lalu betul2 di dpn rumahnya di sekolah rendah St Mark B'worth, kebetulan pula cikgu Kassim berada di luar pagar dibaling dgn bermcm2 sampah oleh murid2 yg berada di dlm bas sekolah tersebut...Kenakalan semakin menjadi jadi....

    Al-Fatihah buat arwah Allahyarham Cikgu Kassim

    BalasPadam

PERINGATAN :-

PEMBACA yang mahu menulis di ruang komen PERLU MENULIS nama ID atau menulis 'NAMA SAMARAN'. Sebarang ulasan dan pertanyaan dari 'TANPA NAMA' akan dihapuskan. Penggunaan bahasa perlulah yang penuh DAN berhemah. Penulisan dengan gaya BAHASA SMS yang tidak difahami AKAN DIHAPUSKAN

KLIK FOTO UNTUK MAKLUMAT PERKHIDMATAN KAMI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...