06 Jun, 2011

KERJA UKUR KEJURUTERAAN : SETTING OUT BANGUNAN





Entri aku kali ini adalah mengenai tips kerja2 asas pengukuran kejuruteraan untuk bangunan. Tapi sebelum itu aku nak terangkan sedikit mengenai apa yang perlu kau orang tahu mengenai binaan bangunan.

Setiap bangunan adalah terdiri dari 3 bahagian iaitu tapak, dinding dan bumbung. Tapak bangunan adalah yang paling penting sekali dan perlukan pengiraan serta ukuran yang tepat. Kerana kalau tersalah pengiraan lokasi peg atau tersalah diberi level maka bangunan tadi dah jadi tersalah bina dan tak mengikut pelan design yang telah ditetapkan oleh jurutera dan arkitek.

Dalam setiap tapak bangunan atau dalam bahasa Inggeris disebut ‘foundation’ biasanya terdapat batang2 piling ( bagi jenis tanah lembut atau pun tanah filing ), footing ( bagi jenis tanah keras atau berbatu ), pilecap, stump, ground beam, tiang column dan lantai bangunan.

Di dinding terdapat pintu, tingkap dan floor beam tingkat atas manakala pada bahagian bumbung pula terdapat roof beam, siling, rangka siling, rangka atap dan atap ( samada zink, asbetos atau genting ). Ada juga bumbung bangunan yang diperbuat dari konkrit yang rata.


Ok lah kita mulai terus dengan perkara pertama yang mesti jurukur buat iaitu membaca dan mengkaji pelan arkitek dan juga pelan struktur bangunan ( piling layout, footing layout dan ground beam layout ). Pertamanya pastikan dulu pelan dari arkitek dan jurutera struktur itu sama dari segi ukuran setiap bucu bangunan dari dinding ke dinding. Mengikut pengalaman aku selalunya terdapat perbezaan kecil bagi jarak2 dari satu tiang ke tiang yang lain. Atau pun kadang2 terdapat juga percanggahan saiz keluasan sesuatu ruang yang berada dalam bangunan tersebut. Kalau setelah kita mengkaji setiap pelan tersebut dan dapati ada percanggahan maka cepat2 lah beritahu pada pengurus projek untuk komen dan tindakan susulan.

Perkara kedua yang perlu dilakukan oleh jurukur pula adalah membuat ‘pre-comp plan’ bagi memastikan kedudukan dan keluasan bangunan tersebut di dalam lot tanah adalah tepat mengikut pelan struktur dan arkitek serta tidak ada pertindihan dengan infrastruktur lain seperti rezab  jalan, rezab parit, saluran paip, saluran kumbahan dan lain-lain.

Setelah dua perkara di atas telah jurukur pastikan betul dan tidak mempunyai masalah maka barulah boleh dimulakan kerja2 pengukuran dan penandaan di atas tanah. Tetapi selagi masih bermasalah jangan sesekali jurukur meletakkan walau sebatang peg pun kerana kemungkinan besar akan ada perubahan pada pelan bangunan tersebut dan bagi mengelak dari membuat kesalahan atau mengulang kerja yang sama berulang kali.

KERJA2 PENGUKURAN SETTING OUT BANGUNAN

1.) Mulakan kerja pengukuran dengan membuat station terabas kawalan horizontal secara tertutup dan mengelilingi keseluruhan tapak pembinaan tersebut. Selain itu tandakan juga lokasi bangunan itu di atas tanah bagi memberikan jurukur lebih informasi mengenai keadaan sebenar tapak bangunan tersebut dan .

2.)  Buatkan juga TBM ( batu aras sementara ) berdekatan dengan tapak bangunan itu tetapi pastikan letaknya ditempat yang selamat dan senang untuk dibaca apabila kita perlu membuat kerja2 pelarasan kawalan ketinggian bangunan tersebut. Pastikan TBM itu di konkritkan supaya dapat bertahan lama dan kekal disitu. Tuliskan juga ketinggian aras laras pada TBM itu untuk memudahkan kerja ukur.

3.)  Setelah siap kerja2 asas pengukuran iaitu terabas dan leveling dan dibuat pembetulan, dengan berpandukan pada pelan struktur samada pelan piling layout, footing layout atau pun ground beam layout jurukur perlu menandakan pula baseline bagi paksi X dan Y bangunan itu mengikut pelan layout di atas tanah. Contohnya bangunan itu bersegi 4 maka kita tandakan 4 penjuru bangunan tersebut yang telah di offsetkan sekurang kurangnya 2 meter ke belakang daripada garisan gridline pertama dan terakhir dan pagarkan supaya peg tersebut dapat bertahan lama, tidak diusik sewaktu kerja2 pembinaan dijalankan. Sebaiknya gunakanlah peg dari paip besi dan konkritkan tapaknya supaya tetap kekal disitu dalam jangkamasa yang lama serta tuliskan juga nombor gridline pada tapak peg itu contohnya A/1, A/9, F/1 & F/9. Dan jangan lupa dibaca juga ketinggian aras setiap peg tadi.

4.)   Pekerja pembinaan bagi membuat kerja2 tapak asas bangunan tersebut kebiasaannya akan membuat pagar kayu yang dipanggil ‘profile board’ ( pagar profile ) disekeliling tapak bangunan itu dengan berpandukan baseline yang ditandakan oleh jurukur kecuali jika kerja2 menanam cerucuk/piling perlu dilakukan terlebih dahulu. Pastikan ketinggian pagar profile itu adalah di paras tinggi lantai siap ‘finish floor level’ ( FFL ) bangunan tersebut. Jadi jurukur perlu memberitahu kepada pekerja tadi dengan menulis di peg tersebut berapa tinggi dari peg ke tinggi FFL. Setelah pagar profile itu siap dipasang tugas jurukur seterusnya adalah menandakan dengan tepat kedudukan gridline 4 penjuru A/1, A/9, F/1 & F/9 tadi ke atas pagar profile tersebut dengan menggunakan paku. Kemudian jurukur perlu memastikan juga yang jarak paku ke paku yang ditandakan itu adalah tepat mengikut jarak yang dituliskan dalam pelan layout. Tanda paku bagi gridline yang selebihnya pula akan ditanda sendiri oleh pekerja pembinaan.







5.)   Jikalau ada kerja2 menanam cerucuk di tapak bangunan itu maka jurukur perlu menandakan lokasi ‘piling point’ di atas tanah mengikut gridlinenya dengan tepat berpandukan pada pelan piling layout. Setelah siap kerja menanam cerucuk dan dipotong baki batang piling tersebut pada paras ‘cut off’ yang dimahukan oleh ‘supervisor’ projek bangunan itu maka jurukur perlu pula membuat satu ukuran ‘as-built’ piling iaitu dengan merekodkan X,Y center line batang piling yg telah dipotong tadi. Ini adalah untuk memastikan batang2 piling itu berada tepat di tempatnya dan tidak lari ke arah lain terlalu jauh. Selepas itu barulah pagar profile boleh dipasang oleh pekerja pembinaan dan jurukur menanda kedudukan gridline seperti perkara (4) di atas.

6.)   Seterusnya kerja2 penandaan tapak footing/pilecap akan dilakukan oleh pekerja pembinaan dengan cara menarik benang bagi 2 garisan gridline yang berlainan secara bersilang ( lihat foto rujukan di atas ). Jurukur akan diminta memberikan paras kedalaman dan ketebalan setiap footing/pilecap yang akan dikorek oleh pekerja binaan tersebut. Setiap perbezaan pada saiz footing/pilecap maka kedalamannya juga akan berbeza dengan nombor rujukan bagi footing/pilecap itu juga akan berbeza mengikut jadual footing/pilecap yang telah disediakan oleh jurutera struktur.

7.)   Seterusnya apabila footing/pilecap tadi telah siap dibuat maka jurukur perlu menanda pula ketinggian ground beam serta FFL pada casing atau framework kayu tiang column yang belum lagi dikonkritkan. Perlu diketahui disini kegunaan pagar profile sebenarnya adalah untuk memudahkan kerja penandaan gridline setiap tiang2 column yang akan dibina. Periksa dengan teliti sekali lagi pada pelan piling layout atau footing layout kerana kebiasaannya terdapat jarak offset yang tertentu bagi sesetengah tiang dan tak semestinya berada tepat di atas garisan gridline yang telah ditandakan. Dengan memastikan tinggi pagar profile itu berada di paras ketinggian 'finish floor level' maka pagar profile itu juga dapat digunakan sebagai penanda aras bagi memudahkan pekerja pembinaan menentukan ketinggian stump yang akan dibina. Stump adalah merupakan penyokong antara footing/pilecap dan ground beam.





8.)   Seterusnya setelah siap ground beam maka jurukur perlu memastikan pula besi2 tiang column yang belum dikonkrit itu berada dikedudukan yang tepat dan tegak tidak condong.

9.)   Dan apabila casing atau acuan framework tiang2 column telah siap dipasang maka jurukur perlu pula menanda ketinggian untuk floor beam bagi tingkat yang seterusnya.

10.) Sekarang ini kerja2 jurukur dah menjadi bertambah mudah. Apa yang perlu dilakukan hanyalah memindah station control ke tingkat yang atas untuk kerja kawalan horizontal dan memindahkan juga TBM ke tingkat atas. Dan kerja ini perlu diulang lagi setiap siapnya tingkat atas yang baru. Pada waktu ini jurukur hanya perlu memastikan bucu bangunan dan tiang column tadi tidak condong dan ketinggian paras floor beam adalah mengikut pelan struktur dan arkitek.





NOTA KAKI :

Kerja2 pengukuran di atas adalah merupakan kerja2 asas sahaja dan bagi bangunan yang ketinggiannya tak melebihi 5 tingkat. Bagi bangunan yang lebih tinggi pula asasnya adalah sama melainkan alat yang digunakan sedikit berbeza. Untuk memindahkan station control ke tingkat yang lebih tinggi pula jurukur perlu menggunakan alat yang di panggil ‘optical plummet’ dengan cara membuat 3 atau 4 station control di atas lantai tapak bangunan secara ‘L’ , ‘Y’atau pun 'X' kemudian ditebuk lubang samada bulat atau segiempat pada lantai tingkat atas seluas 3-4 inci dan tak perlulah besar sangat kerana selepas ini ia akan ditutup semula. Alat optical plummet ini berfungsi memastikan point control dibawah dan diatas adalah pada kedudukan paksi yang sama atau dalam ertikata lain sama kordinit X,Y nya dan jarak tertinggi yang boleh di capai adalah 150 meter. Ketegakan bucu bangunan pula dapat di kawal dengan menggantung plumbob yang seberat 5-10 kilogram di tingkat atas dan disetkan pointnya di bawah sekali iaitu di bahagian luar lantai tapak bangunan pada jarak yang tetap iaitu antara 1 atau 2 kaki dari dinding bangunan.

17 ulasan:

  1. salam..
    bolehkah saya dapatkan nota untuk ukur bangunan high risk melebihi 5 tingkat,n contoh beserta gambar?

    BalasPadam
  2. Wasalam..
    Terdapat nota internet dan foto lakaran untuk soalan saudara tapi malangnya penjelasan untuk kerja ukuran ini sangat ringkas dan agak sukar difahami oleh jurukur yang tidak berpengalaman dalam kerja2 ukuran bangunan tinggi. Jadi secara ringkasnya dan dalam bahasa yang mudah saya akan cuba tuliskan disini cara2 membuat kerja ukuran untuk soalan saudara.

    Kerja ukuran untuk bangunan tinggi sama saja dengan kerja ukuran setting out yang lain. Cuma yang berbeza adalah alat yang digunakan untuk membuat traverse dari 1 tingkat ke 1 tingkat yang lebih atas perlu menggunakan alat "optical plummet" iaitu alat yang dapat melihat point ( biasanya kepala paku ) control station kita bukan saja yang di bahagian bawah tetapi dapat juga melihat kedudukan point station itu yang berada di bahagian atas secara menegak. Sekarang alat ini juga terdapat dalam bentuk laser optical. Fungsi alat ini adalah sepertimana sewaktu kita set total station pada station control point, kita perlu melihat paku atau point station itu. Bagi 'total station' kita hanya dapat melihat point yang ada di bahagian bawah, berbeza dengan alat ini kita dapat melihat point di bawah dan juga di atas ( menegak dan sama kordinit ). Di lantai pada bahagian terbawah bangunan itu, kita buatkan 3 atau 4 station seperti biasa dan kita ukur jarak dan bearing station2 itu sepertimana kita membuat kerja traverse. Kemudian dengan alat ini point2 station tersebut kita transferkan ke bahagian atas secara menegak ( kordinit yang sama ) dengan cara membuat lubang kecil pada lantai bahagian atas sewaktu kerja konkrit lantai atas hendak dilakukan. Contohnya kita telah membuat 4 station pada 4 penjuru lantai bawah. Jadi sekarang kita perlu membuat 4 lubang untuk transferkan 4 station itu ke lantai atas pula. Bila konkrit lantai atas sudah kering dan dibuka formworknya. Maka sekarang apa yang perlu kita buat adalah pindah ke lantai atas dan ukur jarak dan bearing ke empat empat point yg di atas itu. Jarak dan bearing perlulah sama sepertimana station yang ada pada bahagian lantai terbawah. Jadi sekarang dengan adanya control point yang sama kordinit di atas maka dapatlah kita pastikan ketegakan atau verticality bangunan itu tetap sama seperti di bahagian bawah. Cuma untuk ukur aras ( leveling ) kita perlu lakukan seperti biasa iaitu dengan menggunakan alat dumpy level dan setaf dari 1 tingkat ke 1 tingkat. Untuk memastikan ketinggian lantai atas adalah tepat kita perlu tandakan tinggi lantai pada formwork setiap tiang sebelum kerja konkrit lantai atas dilakukan. Jadi sekarang secara horizontal dan vertical bangunan itu adalah terkawal.

    BalasPadam
  3. terima kasih atas info y sgt bermanfaat

    BalasPadam
  4. Balasan
    1. Boleh dikatakan saya dah terbabit dalam banyak projek dan dalam banyak bidang displin ukur. Saya pernah bekerja dengan syarikat kerjatanah, syarikat pembuat bangunan, kerja infrastuktur, highway dan berpengalaman juga dalam kerja ukur hidrografi.

      Buat masa sekarang pula saya banyak terlibat dalam kerja2 ukur bagi binaan 'marine engineering' seperti membuat jeti, dockyard, pelabuhan dan juga rumah api. Walau pun begitu saya masih juga menyimpan cita cita sekali dalam seumur hidup saya ingin membuat kerja ukur bagi bangunan 'high rise' yang melebihi dari 50 tingkat kerana sampai sekarang saya masih lagi tidak berpeluang melakukannya.

      Padam
  5. Salam.. nice blog n nota... ada tak nota or apa2 info pasal aplikasi ukur dalam setting-out struktur kejuruteraan. Ni tajuk assignment group sy.. klu ada tlg emailkan ke eina5783@gmail.com

    BalasPadam
  6. salam..saya kurang faham ukur kawalan ufuk dan pugak bagi sebuah bngunan..blh terangkan langkah kerja agar lebih difahami..terima kasih.. honeyberry_dd@yahoo.com

    BalasPadam
  7. salam..saya kurang faham ukur kawalan mendatar dan pugak bagi sebuah bngunan..blh terangkan langkah kerja agar lebih difahami....thank.....

    BalasPadam
  8. salam..saya kurang faham ukur kawalan mendatar dan pugak bagi sebuah bngunan..blh terangkan langkah kerja agar lebih difahami...thanks...
    mirotic221@gmail.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sila baca bahagian kedua bagi tajuk kejuruteraan bangunan ini. Terima kasih kerana sudi menjengah ke sini..

      Padam
  9. salam...sya nk dapatkan nota penyiasatan tapak kt aner???saya cri tak jumpa laa..

    BalasPadam
  10. salam untuk semua yang menjengah! bagus! informasi yang amat berguna bagi saya sebagai seorang penyelia projek yang baru bertugas, dengan sedikit pengetahuan asas binaan dan dari pengalaman bekerja sendiri dan ditambah pula dengan tips-tips dari pengarang seperti anda insyaallah saya berkeyakinan tiggi didalam menjalankan tugas sebagai team leader, saya akan terus menjengah kesini lagi untuk menimba ilmu dari kalian! minta halalkan ilmu dari anda semoga saya mendapat keberkatan dari rezki hasil kerja saya, terima kasih!!

    BalasPadam
  11. salam,.boleh terangkan pasal pelan topo,pelan cross sect dan long sect, pelan as-built dan juga pelan setting out,.nak tahu tentang pengukuran yang menghasilkan pelan-pelan tersebut,please,.tQ

    BalasPadam
  12. salam,bleh x sy dptkan contoh pelan setting out bagi bangunan ?

    BalasPadam

Sebarang Komen ?