Rabu, 4 Mei 2016

MEMBUAT STATION CONTROL POINT SECARA RESECTION



( KLIK FOTO UNTUK ZOOM BESARKAN )

Mengikut amalan biasa ukur tanah apabila hendak membuat satu ‘station control point’ ( stn / cp ), alat ukur iaitu alat total station perlu dipasang dan disetkan di atas satu station yang telah sedia ada dan kemudiannya di ikat bearing belakang ( back bearing ) kepada station yang lain yang ada di belakangnya. 

Contohnya seperti gambarajah di atas, jurukur akan memasang alat total station di atas station 2 kemudian bearing belakang di ikat kepada station 1. Selepas itu barulah satu station baru iaitu station 3 dibuat dan dibaca observation bearing, vertical* dan jaraknya ( slope distance* & horizontal distance ).

* tujuan dibaca vertical dan slope distance adalah untuk mengira ketinggian aras laras station tersebut secara tackymeter.


Ini membawa maksud apabila hendak membuat satu station yang baru, perlulah kena ada 2 station yang telah pun mempunyai nilai kordinit dan aras laras. Jikalau hanya ada 1 station sahaja yang ada maka tak dapatlah digunakan untuk membuat 1 station yang baru.

Membuat station dari 1 station yang tanpa ada station rujukan untuk bacaan back bearing tidaklah dapat di ikat dengan bearing yang sebenar. Jika digunakan juga, maka back bearing yang di ikat hanyalah merupakan ‘bearing anggapan’ sahaja dan perlu pula di ikat kepada station-station yang lain di tempat yang lain atau pun dibuat ‘cerapan matahari’ bagi pengiraan pembetulan bearingnya.

Jadi dengan mengguna pakai teori amalan yang sama iaitu ‘perlu ada 2 station untuk membuat 1 station baru’ jurukur boleh membuat 1 station baru itu secara ‘resection’ tetapi dengan tanpa memasang alat total station di atas mana-mana satu pun daripada 2 station yang telah sedia ada tersebut.

Station baru yang ke 3 tersebut boleh terus dibuat dan dipasang dan disetkan alat total station di atasnya dengan syarat alat total station yang dipasang di atas station baru tersebut mestilah boleh nampak dan boleh membuat observation bacaan bearing dan jarak kedua-dua station yang telah sedia ada. 

Tetapi perlu diingat amalan membuat station baru secara resection ini hanya boleh diterima jika untuk tujuan kegunaan sementara sahaja. Cara resection ini tidak boleh digunakan bagi membuat station yang baru dalam kerja ukur terabas / traverse.

( KLIK FOTO UNTUK ZOOM BESARKAN )

CARA-CARA MEMBUAT STATION SECARA RESECTION


a.) Buatkan 1 station baru dengan menggunakan paku di atas kayu piket ( atas tanah ) atau paku payung / paku konkrit ( atas permukaan simen atau jalan ) yang berkedudukan boleh nampak dengan jelas 2 station yang telah sedia ada.

b.) Kedudukan yang terbaik bagi station baru tersebut adalah pada jarak melebihi 30 meter dengan bukaan sudut yang tidak kurang daripada 30 darjah diantara kedua-dua station tersebut. ( Tidaklah menjadi kesalahan jika jarak adalah kurang dari 30 meter dan bukaan sudut kurang dari 30 darjah. Peraturan 30 meter dan 30 darjah ini adalah sekadar untuk meminimakan nilai selisih bacaan dalam mendapatkan hasil ukuran yang lebih tepat )

c.) Pasangkan dan setkan alat total station di atas station baru tersebut. ( STN 3 )

d.) Pasangkan ‘target prism’ di atas STN 1 & STN 2

e.) Dengan menggunakan bearing anggapan, buat bacaan observation ‘bearing dan jarak’ ke STN 1

f.) Kemudian buat bacaan observation 'bearing dan jarak' ke STN 2 pula

g.) Hitungkan nlai ‘bearing terus dan jarak terus’ ( direct bearing & direct distance ) dari STN 1 ke STN 2 dari hasil kedua-dua bacaan observation tadi.


>>>NOTA PENTING<<<

Untuk menghitung 'bearing terus' dan jarak terus' dari STN 1 ke STN 2 dari hasil bacaan observation, ia perlu dihitung bermula dari

STN 1 > STN 3 > STN 2

Maka bacaan bearing pada observation ke STN 1 dilangkah ( e ) tadi perlulah dicampur ( + ) atau di tolak ( - ) dengan 180 darjah. Jika bearing observation lebih besar dari 180 darjah maka ia perlu ditolak ( - ) 180 darjah. Jika bearing observation lebih kecil dari 180 darjah maka ia perlu dicampur ( + ) pula dengan 180 darjah.

>>><<<   


h.) Bandingkan ‘bearing dan jarak terus’ yang didapati dari bacaan observation tadi dengan ‘bearing dan jarak sebenar' dari STN 1 ke STN 2.

i.) Perkara yang terpenting adalah ‘jarak terus’ yang didapati dari hitungan Stn 1 > Stn 3 > Stn 2 bacaan observation tadi perlulah sama atau hampir sama dengan jarak sebenar STN 1 ke STN 2.

j.) Jika ‘jarak terus’ bacaan adalah sama dengan jarak sebenar maka hitungkan pula nilai pembetulan di antara ‘bearing terus’ bacaan observation dengan bearing sebenar STN 1 ke STN 2. Contohnya jika bearing sebenar adalah 225° 00’ 00” manakala ‘bearing terus’ dari bacaan observation adalah 215° 00’ 00” maka nilai pembetulannya adalah : +10° 00’ 00”.

k.) Buatkan pembetulan pada bearing anggapan yang digunakan untuk bacaan observation tadi dengan menggunakan nilai pembetulan +10° 00’ 00” dengan bearing bacaan STN 1 dan nilai pembetulan +10° 00’ 00” dengan bearing bacaan STN 2 ( rujuk langkah e, f & g di atas )  

l.) Setelah dibuat pembetulan +10° 00’ 00” pada kedua-dua bearing bacaan observation ke STN 1 dan STN 2 daripada STN 3, sekarang hitungkan sekali lagi nilai ‘bearing dan jarak terus’ dari STN 1 ke STN 2 dengan secara bermula dari STN 1 > STN 3 > STN 2.

m.) Setelah hitungan semula dibuat dengan menggunakan nilai pembetulan +10° 00’ 00”  pada bearing observation tadi, jika didapati nilai ‘bearing dan jarak terus’ bacaan observation dari STN 1 ke STN 2 adalah menyamai dengan ‘bearing dan jarak sebenar' STN 1 ke STN 2 maka hitungkan pula nilai kordinit STN 3 dengan menggunakan bearing dan jarak yang didapati daripada bacaan observation yang telah pun dibuat pembetulan pada bearingnya.


>>>JANGAN LUPA<<<

Apabila menghitung 'bearing terus' dan 'jarak terus' dari STN 1 > STN 3 > STN 2 , bearing dari bacaan observation dari STN 3 ke STN 1 tadi perlulah samada dicampur atau ditolak dengan 180 darjah.

Jika terlupa mencampur atau menolak dengan 180 darjah akan menyebabkan nilai dapatan dari hitungan 'bearing dan jarak terus' tersebut akan mendapat nilai yang SALAH.

>>><<<

SEKIAN TERIMA KASIH

"SHARING IS CARING"


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN :-

PEMBACA yang mahu menulis di ruang komen PERLU MENULIS nama ID atau menulis 'NAMA SAMARAN'. Sebarang ulasan dan pertanyaan dari 'TANPA NAMA' akan dihapuskan. Penggunaan bahasa perlulah yang penuh DAN berhemah. Penulisan dengan gaya BAHASA SMS yang tidak difahami AKAN DIHAPUSKAN