Isnin, 20 Oktober 2014

CARA MEMBUAT LEVELING DALAM PROJEK MEMBINA BANGUNAN





Asas membuat leveling menggunakan alat dumpy level adalah dengan membaca ketinggian setaf pada TBM dan kemudiannya membaca pula ketinggian setaf pada ‘Change Point’ ( CP ).

Cara membuat leveling adalah seperti yang ditunjukkan pada gambarajah di atas. Pertama sekali jurukur perlu memasang alat dumpy level pada kedudukan di tengah-tengah di antara TBM dan juga CP1. Jikalau keadaan mukabumi adalah berbukit tidak rata pastikan bahawa tempat untuk memasang alat level itu boleh nampak kedua-dua point TBM dan juga CP1 tersebut.


Diberikan contoh ketinggian RL TBM adalah : 5.250m dan bacaan ketinggian setaf pula adalah 3.550m. Setelah itu alat level dipusing dan dibacakan pula ketinggian setaf pada CP1 iaitu 0.655m.

Ahad, 5 Oktober 2014

BUKU GARIS PANDUAN UKUR KEJURUTERAAN SETTING OUT BANGUNAN


Kalau kita melihat pada iklan-iklan jawatan kosong bagi jawatan JURUKUR TANAH, LAND SURVEYOR dan SITE SURVEYOR yang ada di dalam akhbar atau pun di website internet yang cukup popular bagi golongan pencari pekerjaan iaitu Jobstreet.com, boleh dikatakan lebih dari 80% daripada iklan jawatan kosong yang memerlukan Jurukur Tanah itu adalah merupakan iklan dari syarikat kontraktor yang terlibat dengan projek membina bangunan.

Selain dari itu kalau kita melihat pula dari segi gaji yang ditawarkan untuk jawatan Jurukur Tanah, yang tertinggi yang ditawarkan, juga adalah dari syarikat kontrakor yang terlibat dengan projek membina bangunan.

Ini bermakna peluang untuk mendapatkan kerja dengan bergaji tinggi bagi pelajar bidang Ukur Tanah atau sekarang lebih dikenali sebagai Sains Geomatic yang dah tamat pengajiannya adalah lebih besar di dalam sektor ini berbanding yang lain.


Jumaat, 13 Disember 2013

LATIT DAN DIPAT : KEPENTINGANNYA DI LAPANGAN YANG KITA TAK SEDARI ( UPDATED MAC 2022 )




( Updated : Mac 2022 )

Apakah LATIT dan DIPAT ? Bagi pembaca-pembaca yang merupakan jurukur tanah atau pelajar bidang ukur tanah semestinya dah tahu. Tapi bagi mereka-mereka yang tak tahu pula, secara ringkasnya LATIT dan DIPAT ini adalah merupakan perbezaan jarak dalam paksi X & Y mengikut sistem pemetaan yang berpandukan arah Utara. Dan bagi penggunaan mengikut sistem peta dunia atau GPS pula ia lebih dikenalI sebagai perbezaan jarak dalam garisan LATITUDE dan LONGITUDE.


LATIT : beza jarak paksi Y antara dua titik ( + U / S -)

DIPAT : beza jarak paksi X antara dua titik ( + T / B - )  

Entri kali ini adalah tercetus dari kecuaian penulis sewaktu hendak pergi buat kerja di site. Penulis terlupa bawa kalkulator program tapi mujurlah kebanyakan telefon zaman sekarang telah sedia ada perisian kalkulator di dalamnya samada dalam mod biasa atau pun kalkulator sainstifik.


Kepentingan Latit dan Dipat adalah :-

1.) untuk mengira 'jarak' antara 2 titik
2.) untuk mengira 'bearing' antara 2 titik
3.) untuk mengira 'kordinit'
4.) untuk mengira 'tikaian lurus' control traverse
5.) untuk mengira 'luas' rangkuman traverse tersebut