TANDA
SEMPADAN LOT ATAU SEMPADAN BAHAGIAN TANAH
Perlu anda tahu kerja atau tugas seorang juru ukur
tanah hanyalah mencari dan menandakan semula sempadan tanah.
1.)
Metod
kerja : setiap juru ukur tanah perlu merujuk kepada ‘Pelan Akui’ ( PA )
keluaran JUPEM bagi mencari atau menandakan semula sempadan lot. Bagi kerja
tanda sempadan bahagian pula juru ukur tanah perlu merujuk kepada ‘Pelan Pembahagian
Tanah’ yang telah sedia ada atau yang akan disediakan terlebih dahulu jikalau
masih belum ada lagi.
2.)
Setiap
juru ukur tanah tidak boleh pergi tandakan tanah anda dengan begitu sahaja tanpa
membuat persediaan dan mendapatkan informasi yang diperlukan atau cuma mengikut
cakap dan tunjuk daripada pemilik tanah sahaja dengan tanpa merujuk kepada
pelan-pelan yang dinyatakan di atas.
3.)
Dan
tugas juru ukur tanah hanyalah sekadar menandakan sahaja dimanakah terletaknya kedudukan
yang sebenar sempadan tanah anda berada.
4.)
Tugas
menjaga setiap tanda sempadan yang telah ditandakan bukanlah tanggungjawap juru
ukur tanah tetapi itu adalah tanggungjawap pemilik tanah itu sendiri dalam
memastikan setiap tanda itu selamat dan tidak hilang.
5.)
Pihak Kerajaan
melalui Pejabat Tanah Daerah hanya akan menandakan sempadan lot sahaja dengan
batu sempadan tetapi sempadan bahagian tanah setiap pemilik yang berkongsi
hakmilik dalam satu lot yang sama tidak akan ditandakan dengan apa-apa pun.
6.)
Setiap
pemilik tanah yang ada hakmilik perlu menandakan sendiri bahagian tanah
masing-masing setelah kedudukan setiap bahagian dipersetujui oleh semua pemilik
tanah terlebih dahulu dengan disediakan satu ‘Pelan Pembahagian Tanah’. Satu
pelan yang sama perlulah digunakan oleh semua pemilik tanah daripada mula
dikeluarkan sampailah bila-bila pun selagi tidak ada sebarang perubahan atau
pindaan dibuat ke atas pelan yang telah disediakan itu. Tetapi sempadan
bahagian tanah masing-masing tidaklah boleh ditandakan dengan batu sempadan
yang sama seperti yang kerajaan telah tandakan bagi sempadan lot.
7.)
Jenis
penanda yang boleh digunakan adalah mengikut kesesuaian tempat tanda tersebut
berada. Jika atas tanah boleh gunakan paip besi, paip pvc atau paku dengan kayu
piket. Jika atas jalan tar, lantai simen atau tembok batu serta tanah berbatu
yang keras gunakan paku besi anti karat, paku payung, paku dengan simen atau
iron spike. Manakala kalau di dalam parit, sungai atau tanah paya yang dalam
bergantung kepada keadaan mungkin tidak dapat ditandakan dengan apa-apa pun.
Dan di dalam pelan sempadan itu akan ditandakan dengan ‘TT’.
8.)
Dan
yang terakhir yang perlu pemilik tanah fahami dan sedari adalah apabila telah siap
dibuat kerja tandaan sempadan di atas tanah maka tugas juru ukur tanah itu
sudah pun selesai sudah. Jikalau lain kali tanda-tanda itu tercabut, rosak atau
hilang itu bukan lagi termasuk dalam tugas juru ukur tanah yang telah disiapkan
dahulu. Jikalau pemilik tanah mahu juru ukur tanah pergi tandakan semula setiap
tanda yang telah rosak, tercabut atau hilang maka itu perlulah dikira sebagai
satu kerja yang baru dengan harga yang baru.
CADANGAN TIANG BATU
CADANGAN TIANG KONKRIT PAIP PVC
RUJUK KEPADA FOTO LAMPIRAN DI ATAS
Jadi bagi memastikan setiap tanda itu tidak hilang atau untuk memudahkan pencarian kedudukan setiap tanda sempadan yang telah juru ukur tanah tandakan di atas tanah, suka kami cadangkan pemilik tanah buatlah salah satu daripada contoh yang kami berikan di dalam foto lampiran mengikut kesesuaian lokasi. Tidaklah nanti tanda sempadan itu hilang dan pemilik tanah perlu upah juru ukur tanah datang tandakan sekali lagi. Tidaklah nanti jadi membazir duit sahaja perlu berkali kali tandakan tanda di tempat yang sama bila untuk tandakan sempadan tanah buat pertama kali pun pemilik tanah dah buat ‘anggapan’ bahawa kos untuk ukur tanah adalah mahal.
Bagi kami pula setiap harga yang diberikan adalah termasuk sekali dengan semua keperluan untuk kerja dan kos pengeluaran yang perlu kami keluarkan bagi membuat persediaan, mencari dan membeli informasi yang diperlukan, barangan kerja serta pelan yang perlu disediakan, peralatan mengukur, kenderaan, kos minyak dan tol perjalanan pergi dan balik, makan minum serta gaji pekerja untuk satu pasukan ukur tanah yang perlu dihantar untuk membuat kerja tersebut.
Disebabkan itulah kami mempunyai satu harga paling
minima bagi membuat satu kerja ukur tanah mengikut kawasan tertentu tak kiralah
sama ada tanah yang nak di ukur tersebut hanya luas satu tapak rumah atau pun
satu tapak parkir kereta sahaja. Bila luas tanah melebihi 1 ekar barulah ada
tambahan harga yang akan dikenakan. Begitu jugalah jika ada faktor halangan
yang akan menyusahkan kami membuat kerja seperti tanah berbukit, hutan belukar berpokok,
semak samun, tanah berpaya atau tiada jalan masuk yang mudah untuk pergi ke
lokasi tapak tanah yang perlu di ukur maka akan ada kos tambahan yang perlu
ditambahkan ke dalam harga untuk kerja ukur tanah tersebut.
HARAP MAKLUM TERIMA KASIH
----------------------------------------------------
Jikalau anda berminat berurusan dengan kami bagi membuat kerja ukuran di tanah anda, sila hubungi kami menerusi saluran yang telah kami berikan di dalam menu utama di atas.


