Memaparkan catatan dengan label Tanda Sempadan Bahagian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tanda Sempadan Bahagian. Papar semua catatan

14 September 2026

TANDA SEMPADAN LOT ATAU SEMPADAN BAHAGIAN TANAH ANDA

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

TANDA SEMPADAN LOT ATAU SEMPADAN BAHAGIAN TANAH  

Perlu anda tahu kerja atau tugas seorang juru ukur tanah hanyalah mencari dan menandakan semula sempadan tanah.


1.)         Metod kerja : setiap juru ukur tanah perlu merujuk kepada ‘Pelan Akui’ ( PA ) keluaran JUPEM bagi mencari atau menandakan semula sempadan lot. Bagi kerja tanda sempadan bahagian pula juru ukur tanah perlu merujuk kepada ‘Pelan Pembahagian Tanah’ yang telah sedia ada atau yang akan disediakan terlebih dahulu jikalau masih belum ada lagi.

 

2.)        Setiap juru ukur tanah tidak boleh pergi tandakan tanah anda dengan begitu sahaja tanpa membuat persediaan dan mendapatkan informasi yang diperlukan atau cuma mengikut cakap dan tunjuk daripada pemilik tanah sahaja dengan tanpa merujuk kepada pelan-pelan yang dinyatakan di atas.

 

3.)        Dan tugas juru ukur tanah hanyalah sekadar menandakan sahaja dimanakah terletaknya kedudukan yang sebenar sempadan tanah anda berada.

 

4.)        Tugas menjaga setiap tanda sempadan yang telah ditandakan bukanlah tanggungjawap juru ukur tanah tetapi itu adalah tanggungjawap pemilik tanah itu sendiri dalam memastikan setiap tanda itu selamat dan tidak hilang.

 

5.)        Pihak Kerajaan melalui Pejabat Tanah Daerah hanya akan menandakan sempadan lot sahaja dengan batu sempadan tetapi sempadan bahagian tanah setiap pemilik yang berkongsi hakmilik dalam satu lot yang sama tidak akan ditandakan dengan apa-apa pun.

 

6.)        Setiap pemilik tanah yang ada hakmilik perlu menandakan sendiri bahagian tanah masing-masing setelah kedudukan setiap bahagian dipersetujui oleh semua pemilik tanah terlebih dahulu dengan disediakan satu ‘Pelan Pembahagian Tanah’. Satu pelan yang sama perlulah digunakan oleh semua pemilik tanah daripada mula dikeluarkan sampailah bila-bila pun selagi tidak ada sebarang perubahan atau pindaan dibuat ke atas pelan yang telah disediakan itu. Tetapi sempadan bahagian tanah masing-masing tidaklah boleh ditandakan dengan batu sempadan yang sama seperti yang kerajaan telah tandakan bagi sempadan lot.

 

7.)        Jenis penanda yang boleh digunakan adalah mengikut kesesuaian tempat tanda tersebut berada. Jika atas tanah boleh gunakan paip besi, paip pvc atau paku dengan kayu piket. Jika atas jalan tar, lantai simen atau tembok batu serta tanah berbatu yang keras gunakan paku besi anti karat, paku payung, paku dengan simen atau iron spike. Manakala kalau di dalam parit, sungai atau tanah paya yang dalam bergantung kepada keadaan mungkin tidak dapat ditandakan dengan apa-apa pun. Dan di dalam pelan sempadan itu akan ditandakan dengan ‘TT’.

 

8.)        Dan yang terakhir yang perlu pemilik tanah fahami dan sedari adalah apabila telah siap dibuat kerja tandaan sempadan di atas tanah maka tugas juru ukur tanah itu sudah pun selesai sudah. Jikalau lain kali tanda-tanda itu tercabut, rosak atau hilang itu bukan lagi termasuk dalam tugas juru ukur tanah yang telah disiapkan dahulu. Jikalau pemilik tanah mahu juru ukur tanah pergi tandakan semula setiap tanda yang telah rosak, tercabut atau hilang maka itu perlulah dikira sebagai satu kerja yang baru dengan harga yang baru.

 

CADANGAN TIANG BATU


CADANGAN TIANG KONKRIT PAIP PVC


RUJUK KEPADA FOTO LAMPIRAN DI ATAS

Jadi bagi memastikan setiap tanda itu tidak hilang atau untuk memudahkan pencarian kedudukan setiap tanda sempadan yang telah juru ukur tanah tandakan di atas tanah, suka kami cadangkan pemilik tanah buatlah salah satu daripada contoh yang kami berikan di dalam foto lampiran mengikut kesesuaian lokasi. Tidaklah nanti tanda sempadan itu hilang dan pemilik tanah perlu upah juru ukur tanah datang tandakan sekali lagi. Tidaklah nanti jadi membazir duit sahaja perlu berkali kali tandakan tanda di tempat yang sama bila untuk tandakan sempadan tanah buat pertama kali pun pemilik tanah dah buat ‘anggapan’ bahawa kos untuk ukur tanah adalah mahal. 

Bagi kami pula setiap harga yang diberikan adalah termasuk sekali dengan semua keperluan untuk kerja dan kos pengeluaran yang perlu kami keluarkan bagi membuat persediaan, mencari dan membeli informasi yang diperlukan, barangan kerja serta pelan yang perlu disediakan, peralatan mengukur, kenderaan, kos minyak dan tol perjalanan pergi dan balik, makan minum serta gaji pekerja untuk satu pasukan ukur tanah yang perlu dihantar untuk membuat kerja tersebut. 

Disebabkan itulah kami mempunyai satu harga paling minima bagi membuat satu kerja ukur tanah mengikut kawasan tertentu tak kiralah sama ada tanah yang nak di ukur tersebut hanya luas satu tapak rumah atau pun satu tapak parkir kereta sahaja. Bila luas tanah melebihi 1 ekar barulah ada tambahan harga yang akan dikenakan. Begitu jugalah jika ada faktor halangan yang akan menyusahkan kami membuat kerja seperti tanah berbukit, hutan belukar berpokok, semak samun, tanah berpaya atau tiada jalan masuk yang mudah untuk pergi ke lokasi tapak tanah yang perlu di ukur maka akan ada kos tambahan yang perlu ditambahkan ke dalam harga untuk kerja ukur tanah tersebut.

HARAP MAKLUM TERIMA KASIH

----------------------------------------------------

Jikalau anda berminat berurusan dengan kami bagi membuat kerja ukuran di tanah anda, sila hubungi kami menerusi saluran yang telah kami berikan di dalam menu utama di atas.

Atau anda boleh terus hubungi kami melalui kiriman mesej pertanyaan perkhidmatan melalui aplikasi Whatsapp dengan klik pada butang pautan @ link di bawah.
👇 klik 👇


-----------------------------------------------------
Jurukur Tanah Klang @ 2026