Teruskan membaca untuk mengetahui cara dan formula yang betul untuk menukar nilai jarak dalam unit Rantai & Ling kepada unit 'meter' dan 'kaki'
13 Disember 2024
UNIT UKURAN : UNIT RANTAI DAN LING ( CHAIN & LINK )
Teruskan membaca untuk mengetahui cara dan formula yang betul untuk menukar nilai jarak dalam unit Rantai & Ling kepada unit 'meter' dan 'kaki'
29 Jun 2024
PECAH BAHAGIAN : MENGIRA LUAS TANAH SEBENAR BAHAGIAN MASING-MASING DALAM GERAN BERKONGSI HAKMILIK
Di dalam dokumen geran tanah atau sijil carian rasmi mahupun carian persendirian yang membabitkan lot tanah yang ada banyak pemilik, keluasan tanah setiap pemilik akan ditulis dalam format pecahan bahagian. Walau pun lot tanah tersebut hanya mempunyai 1 pemilik sahaja luas tanah yang menjadi hakmiliknya tetap juga akan ditulis secara pecahan bahagian. Keluasan tanah tidak ditulis dengan nilai luas tanah sebenar dalam unit Hektar, Ekar, Relung, meter persegi atau kaki persegi.
Luas hakmilik akan ditulis sebagai : ( 1/1 ) bahagian
Luas pemilik D ( ¼ ekar ) ditulis : ( 1/8 ) bahagian
-------------------------------------------------
-------------------------------------------------
Berpandukan kepada contoh kiraan luas sebenar bahagian tanah bagi Pemilik ( 1 ) & ( 8 ) di atas, cubalah anda kira pula luas sebenar bahagian tanah yang menjadi hak milik kepada pemilik-pemilik yang lain bagi Lot 4104 tersebut.
Jika anda faham cara mengira dan menggunakan formula serta pertukaran nilai dari satu unit ke unit luas yang lain yang betul seperti yang telah ditunjukkan dalam contoh pengiraan di atas, pasti anda akan mendapati bahawa tidak sukar untuk membuat pengiraan untuk mendapatkan nilai sebenar luas setiap bahagian tersebut.
29 September 2023
PERBEZAAN ANTARA TANAH LOT, PT & PLOT
( Apa yang dimaksudkan dengan ‘TANAH LOT’ di sini adalah bidang tanah yang mempunyai nombor rujukan dimulai dengan ‘LOT’ di depan bukan ‘PLOT’ atau ‘PT’ )
DEFINASI TANAH ‘LOT’
Tanah lot mempunyai geran tanah sendiri yang
dikeluarkan oleh pihak Pentadbir Tanah Negeri melalui Pejabat Tanah Daerah. Tanah
lot mempunyai batu sempadan yang telah pun ditandakan di atas tanah. Tanah lot
juga mempunyai pelan yang diperakui ( Pelan PA ) yang dikeluarkan oleh Jabatan
Ukur & Pemetaan Malaysia ( JUPEM ) untuk dibuat sebagai rujukan rasmi bagi
lot tersebut.
DEFINASI TANAH ‘PT’
Berbeza pula keadaannya dengan tanah yang ditulis
dengan ‘PT’ di depan. Tanah yang bernombor PT mempunyai geran tanah sendiri
sama seperti tanah LOT. Tetapi tanah PT masih lagi hanya berstatus sementara ( nombor sementara / lot sementara / geran tanah sementara
) disebabkan kerja ‘ukuran halus / title survey’ bagi penandaan batu sempadan
masih belum dibuat oleh kerajaan atau Jurukur Tanah Berlesen ( LS ) yang
dilantik. Tanah PT tidak mempunyai pelan PA untuk dibuat sebagai rujukan rasmi.
Semua jarak dan bearing garisan sempadan tanah lot PT termasuklah keluasan
sebenar adalah bersifat sementara sahaja dan boleh berubah setelah kerja ukuran
halus penandaan batu sempadan dibuat oleh Kerajaan atau LS yang dilantik.
CONTOH GERAN TANAH SEMENTARA LOT PT
DEFINASI TANAH ‘PLOT’
Manakala bagi
tanah yang hanya berstatus ‘plot’ sahaja, tanah tersebut tidak mempunyai geran
tanah secara individu seperti tanah ‘LOT’. Tanah tersebut bukanlah satu lot
sementara seperti tanah lot ‘PT’. Tanah ini hanyalah sebahagian tanah yang
berkongsi hakmilik dengan tanah bahagian hakmilik orang lain dalam satu lot yang
sama dan satu geran tanah yang sama.
CONTOH PELAN PLOT PECAHAN BAHAGIAN TANAH LOT
RINGKASAN ARTIKEL
Secara ringkasan, mana-mana bahagian tanah
yang berstatus ‘PLOT’ jika pemiliknya ingin mendapatkan geran tanah berasingan
tidak mahu lagi berkongsi geran tanah yang sama dengan pemilik-pemilik lain,
maka dia perlulah membuat permohonan rasmi pecahan bahagian kepada Pentadbir
Tanah Negeri melalui Pejabat Tanah Daerah. Permohonan pecahan bahagian tersebut
perlulah memenuhi syarat tertentu yang telah ditetapkan oleh Kanun Tanah
Negara.
Sesuatu permohonan pecahan bahagian yang cukup
syarat akan didaftarkan dan dikeluarkan satu hakmilik / geran tanah sementara
oleh pihak Pejabat Tanah Daerah. Sekarang barulah tanah ‘plot’ tersebut berubah
menjadi tanah lot ‘PT’ yang mempunyai geran tanah sendiri tetapi masih lagi
berstatus sementara.
Permohonan tersebut akan dibawa kepada pihak Pentadbir
Tanah Negeri berserta dengan kesemua komen serta ulasan daripada pihak-pihak
berkuasa yang terlibat seperti pihak Majlis Perbandaran, Jabatan Parit &
Saliran serta lain-lain lagi.
Hanya setelah memenuhi kesemua syarat dan diberikan
kelulusan oleh semua pihak berkuasa yang terlibat barulah permohonan tersebut
akan diberikan kelulusan oleh pihak pentadbir tanah. Barulah kerja ukuran halus
penandaan batu sempadan boleh dibuat dan satu pelan PA bagi lot tanah tersebut
boleh dikeluarkan.
SEKIAN
TERIMA KASIH
----------------- Jurukur Tanah Klang @ 2024 ---------------