Sabtu, 21 September 2024

PERKHIDMATAN KAMI

 بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


( Dahulu dikenali sebagai Jurukur Tanah Bagan )

PERKHIDMATAN JURUKUR TANAH PROFESIONAL


1.) Jurukur Pejabat / Office Surveyor :
Jurukur Tanah yang membuat khidmat perundingan, khidmat nasihat, perbincangan dan penyediaan dokumen

2.) Jurukur Lapangan / Field Surveyor :
Jurukur Tanah yang membuat kerja pengukuran di tapak lokasi tanah yang terlibat








PERKHIDMATAN MELUKIS PELAN TANAH


Perkhidmatan melukis pelan sama ada pelan bagi kerja ukur tanah yang telah dibuat atau pelan yang tak perlu dibuat kerja pengukuran.


2 FORMAT PELAN YANG BERBEZA


i.) PELAN BIASA : saiz sederhana untuk kegunaan sendiri

ii.) PELAN RASMI : saiz standard ikut keperluan untuk urusan rasmi pelanggan

* beza antara PELAN RASMI dengan PELAN BIASA selain dari saiz pelan, Di dalam PELAN RASMI terdapat Pelan Tapak, Pelan Kunci, Pelan Lokasi, Nota dan Petunjuk, butiran-butiran yang tertentu serta endorsemen cop & tandatangan pengesahan Jurukur Tanah Berlesen.






KAWASAN PERKHIDMATAN KAMI

SEKITAR
KUALA LUMPUR & SELANGOR


KAWASAN KEUTAMAAN KAMI ADALAH 
DI DAERAH KLANG DAN DAERAH PANTAI NEGERI SELANGOR


KERJA UKUR TANAH YANG KAMI BUAT



i.) UKUR DEMARKASI : Ukur tanda sempadan lot atau sempadan bahagian serta sempadan rezab jalan

ii.) UKUR TOPOGRAFI : Ukur aras tinggi rendah tanah tapak lokasi

iii.) UKUR BUTIRAN : Detail survey @ butiran benda kekal yang ada di lokasi

iv.) UKUR KEJURUTERAAN : Engineering / Construction Survey / kerja pengukuran setting out lokasi piling, tiang, sesiku atau bucu bangunan, cerun / slope, jajaran jalan dan lain-lain 

v.) PEMBAHAGIAN TANAH
Samada tanah pemilik yang berkongsi geran tanah, tanah keluarga, tanah warisan pusaka, pewaris Faraid atau Hibah serta bahagian tanah yang terlibat dalam urusan jual beli.


KERJA UKUR TANAH KEUTAMAAN KAMI


1.) PENYEDIAAN PELAN 'PRA-HITUNGAN / PRE-COMP' CADANGAN PECAHAN BAHAGIAN ATAU CADANGAN PEMBAHAGIAN TANAH

2.) UKUR TANDA SEMPADAN BAHAGIAN SALAH SEORANG PEMILIK ATAU BAHAGIAN SETIAP PEMILIK DALAM LOT YANG BERKONGSI GERAN

3.) UKUR DEMARKASI CARI DAN TANDA SEMULA SEMPADAN LOT ATAU SEMPADAN BAHAGIAN


Kerja yang menjadi keutamaan dan kepakaran kami adalah 'Cari dan Tanda semula sempadan lot atau sempadan pembahagian tanah' serta 'Penyediaan pelan cadangan pecahan bahagian @ cadangan pembahagian tanah' yang dipersetujui pemilik tanah terlebih dahulu sebelum boleh dibuat kerja ukuran penandaan di atas tanah.

Proses pembahagian tanah samada tanah keluarga atau tanah pusaka yang dibuat secara faraid, hibah atau keluasan bahagian yang tertentu mengikut kemahuan pemilik tanah serta pembahagian tanah yang terlibat dalam urusan jual beli.

Samada nak tandakan salah satu bahagian tanah hakmilik salah seorang pemilik tanah sahaja atau nak ditandakan tanah setiap bahagian hakmilik setiap pemilik tanah yang dinamakan di dalam geran tanah, kedua-dua pun kami boleh buatkan untuk anda.





_________________________________


Pertanyaan atau penjelasan lanjut mengenai Perkhidmatan Ukur Tanah adalah  lebih mudah dan lebih cepat kalau dibuat melalui aplikasi WhatsApp dengan :

( klik 👇 di bawah)


_________________________________


Bagi yang berminat hendak mendapatkan sebut harga kerja ukur tanah untuk memudahkan anda lebih faham dengan cara kami berurusan dengan pelanggan, keperluan info dan dokumen serta bagaimana cara kami menilai dan memberikan harga, sila baca di pautan di bawah :

( klik 👇 di bawah )

FAQ's : SEBUTHARGA UKUR TANAH


( SEBUTHARGA adalah PERCUMA, kalau setuju dengan harga baru kena bayar deposit )
______________________________________


NOTA KAKI

Terdapat lebih 60 tajuk artikel berkenaan ukur tanah dan pengurusan tanah serta senarai semak dan syarat keperluan bagi setiap urusan melibatkan Pejabat Tanah Daerah yang boleh didapati di menu ( SENARAI ARTIKEL )


( klik 👆 untuk ke LAMAN UTAMA )

_________________________________
Jurukur Tanah Klang @ 2024